Ahad, 31 Ogos 2014

5. Asma' binti Umais #100TokohWanitaDiSisiRasulullah

Asma' binti Umais memeluk Islam sebelum Rasulullah memasuki rumah al-Arqam bin al-Arqam..maknanya Asma' merupakan antara yang terawal lah beriman. Dia berhijrah ke Habsyah bersama suaminya, Ja'far bin Abu Talib yang mendapat gelaran 'Si Burung Syurga'.

Asma' dikatakan telah meriwayatkan sebanyak 60 hadis drpd Rasulullah. Umar bin Khattab pun selalu bertanyakan tafsir2 mimpi kepada Asma'.

Asma' pernah berkahwin dengan Ja'far dan Abu Bakar, sebelum berkahwin dengan Ali. Dia dikurniakan dengan anak lelaki bernama Muhammad bin Ja'far dan Muhammad bin Abu Bakar. Ada satu masa kedua2 orang Muhammad ni bergaduh saling membanggakan ayah masing, bertanding ayah siapa yang paling mulia dan baik. Ali yang terdengar hal ni mengadu kat Asma'. Lalu Asma' berkata dia tak pernah melihat seorang pemuda yang lebih mulia daripada Ja'far dan seorang lelaki tua yang lebih baik daripada Abu Bakar.

-------------------

Ini entry back dated. Sudah jauh ketinggalan T__T

Disclaimer: Ini hanya summary dan diolah oleh saya sendiri hasil bacaan buku #100TokohWanitaDiSisiRasulullah. Sila baca bukunya untuk pengetahuan lebih lanjut beserta rujukan yang sepatutnya. Thanks!

Next:
6. Asma' binti Yazid bin Sakan al-Ansoriyah #100TokohWanitaDiSisiRasulullah


Sabtu, 30 Ogos 2014

4. Arwa' binti Abdul Mutalib #100TokohWanitaDiSisiRasulullah

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmaanirrahiimm..Tokoh ke-4 kita untuk projek 1 Hari 1 Sahabat, Arwa' binti Abd Mutalib.

Arwa' binti Abdul Mutalib ni salah orang daripada ibu saudara Rasulullah.. Mula-mula anaknya yang bernama Kulaib yang peluk Islam dulu. Lepas tu anak dia balik dan minta Arwa' pergi jumpa sendiri dengan Rasulullah untu mengucap 2 kalimah sahadah. Akhirnya Arwa' memeluk Islam dan jadi salah sorang wanita yg sangat lantang membela Rasulullah..

Berita keislaman Arwa' sampai ke pengetahuan Abu Lahab. Abu Lahab nii carik Arwa' dan perintahkan supaya balik rumah...Arwa' sempat juga berdebat melawan Abu Lahab. Ini menggambarkan hebatnya seorang ibu yang tegas dalam membela puteranya dalam memerjuangkan kebenarn. Arwa' juga slalu menyeru anak lelakinya untuk mendukung dan membela perjuangan Rasulullah.

------------------
Maaf ini entry back dated.

Disclaimer: Ini hanya summary dan diolah oleh saya sendiri hasil bacaan buku #100TokohWanitaDiSisiRasulullah. Sila baca bukunya untuk pengetahuan lebih lanjut. Thanks!


Jumaat, 29 Ogos 2014

3. Amah binti Khalid #100TokohWanitaDiSisiRasulullah

Bismillahirrahmanirrahimm..

In sha Allah kita teruskan projek 1 hari 1 Sahabat dengan tokoh yang ke-3, Amah binti Khalid dikutip dari buku #100TokohWanitaDiSisi Rasulullah..

Amah binti Khalid ni berasal drpd kaum Quraisy. Datuk dia merupakan salah sorg pembesar Quraisy. Parents Amah merupakan antara yang terawal mengikuti dakwah Rasulullah dan memeluk agama Islam. Bapanya Khalid mendapat petunjuk melalui mimpi. Khalid bin Sa'id bermimpi yg ayahnya Sa'id bin Al-Ash nak tolak dia masuk dalam api. Dalam mimpinya itu Rasulullah datang selamatkan Khalid. Bila diceritakan mimpinya pada Abu Bakar ash-Shiddiq, Abu Bakar menyuruhnya menemui Rasulullah dan bersaksi bahawa tiada tuhan yg berhak disembah selain Allah.

Khalid dan isterinya berhijrah bersama Rasulullah ke Habsyah. Amah juga dilahirkan di Habsyah dan diterap dengan ilmu keimanan dan kecintaan kepada Rasul sejak kecik lagi. Khalid bercerita kepada Amah cerita tentang pengislamannya, kekafiran datuk Amah dan sebagainya. Amah pernah mendapat hadiah sehelai baju daripada Nabi sambil Rasulullah bersabda 'Pakailah pakaian ini sehingga lusuh'.

Amah termasuk dalam golongan wanita mulia kerana dia juga termasuk antara seorang yg meriwayatkan hadis daripada Nabi. Amah telah berkahwin dengan pahlawan Islam dan ketua keluarga Zubair bin Awwam yg merupakan sahabat setia Rasululllah. Mereka dikurniakan 2 orang anak lelaki iaitu Umar dan Khalid. Amah binti Khalid merupakan salah sorang anak perempuan sahabat yg berumur panjang, berkat doa Rasulullah masa memakaikan baju yg diberinya kepada Amah.

-------------

Maaf ini entry back dated.

Disclaimer: Ini hanya summary dan diolah oleh saya sendiri hasil bacaan buku #100TokohWanitaDiSisiRasulullah. Sila baca bukunya untuk pengetahuan lebih lanjut. Thanks!

Next:
3. Amah binti Khalid #100TokohWanitaDiSisiRasulullah

Previous:
1. Aisyah binti Abu Bakar #100TokohWanitaDiSisiRasulullah
2. Al-Khansa' binti Amr #100TokohWanitaDiSisiRasulullah


Nasihat dari seorang Stranger

Assalamualaikumm..selamat pagi. Salam Jumaat semua. Pagi yang dingin sangat kat Penang hari ni fuh fuh..

Kisah Jumaat lepas saya terjumpa sorang abang ni yang juga agent Prudential dekat Bread History sebelah branch Seberang Jaya tu. Lepas saya submit form kat kaunter, saya jengah Bread History tu. Dah banyak kali jengah tapi ragu2 nak makan sebab saya tengok interior dia macam erm tak ada unsur keislaman. Logo Halal pon tak nampak, yang nampak cuma tulisan tangan 'No Pork, No Alcohol'.Saya masih lagi was2 walopon selalu nampak Malay beli kat situ.  Untuk kesekian kalinya saya nak berlalu pergi tapi lapar sangat, nanti dah balik kilang langsung tak ada apa nak makan. Saya nampak abang ni duduk kat meja luar tu, pakai kopiah dan agak berusia juga. Akhirnya saya tanya kat dia kedai ni okay ka boleh makan x? Abang tu kata okay. Bolehlah nak makan huhu.

Maafkan saya memang jakun sikit. Selepas 8 tahun duduk kat Jepun sanun, saya memang tak keep track lah dgn perkembangan kedai2 makan kat Malaysia ni. Saya balik2 tengok mcm2 franchise yg tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan (ewwaaahh!) macam Old Town lah, Richard lah apalah semua nama ala2 mat saleh dan mahal pulak tu makanan dia T_____T Dan dah macam trend pulak muda-mudi p makan kat cafe2 begini. Serius mula2 saya cultural shock juga. Macam tak percaya 1 meal yang biasa2 saja berharga RM20! So not my cup of tea.. Tapi kalu orang ajak tu kadang2 p lah jugak..

Eh. Berbalik kisah abang agent tadi. Banyak yg dia nasihatkan berkenaan survival dlm industri takaful n insurans ni. Baik dia bagi macam2 nasihat walaupun first time jumpa. Memang tak lokek ilmu.. Yang paling saya ingat dia kata semua income kita tak kira lah dari komisen atau gaji, mesti dibahagi 3 bahagian. 1 bahagian untuk business, 1 bahagian untuk commitment+saving, 1 bahagian untuk zakat. Zakat ni sangat penting dia kata. Zakat tak mestinya zakat yang dibayar dekat pejabat zakat. Zakat boleh buat tiap2 hari. Kalau nampak budak2 tu bagi duit 2-3 ringgit pon boleh dikira zakat. P masjid ke surau ke bubuh lagi 2-3 ringgit. Macam ni lebih mudah berbanding dengan nak bayar setahun sekali, bila jumlahnya nampak banyak, sikit sebanyak kita pun rasa berat nak bagi. Betul kan?
Sumber dari Google
Satu lagi nasihat yg saya dapat dari sorg pak cik penjual kat JB. Masa tu saya sekolah menengah lagi so kira2 15 tahun ada kot cerita ni. Kami keluar outing reramai. Pastu pakcik ni promote ajak masuk kedai dia saya tak ingat dah jual apa. Kami ni yang sememangnya miskin cakap 'kitorang takde duitlah pakcik'.. Sekali pakcik tu kata 'Jangan kata takda duit. Tak baik. Nanti betul2 takda duit baru tau. Tak nak beli tak pa. Tapi jangan cakap takda duit. Tak baik'.. Lebih kurang macam tulah.. Dan sejak tu saya memang sebolehnya mengelak daripada kata takda duit, walaupun memang takda duit. Hehehe. Masa tu saya kurang fahamlah kenapa pakcik tu cakap macam tu. Sekarang saya dah faham sikit.. Bila cakap takda duit tu bunyi macam kita tak bersyukur kan.. Selagi tak syukur selagi tu rasa tak cukup.

Thank you strangers..Semoga Allah merahmati kalian. So apa lagi semua. Di hari Jumaat yang mulia ni jom bersedekah! Niatkan pahala sedekah untuk ibu bapa juga ya. In sha Allah pahala berganda=)

Khamis, 28 Ogos 2014

2. Al-Khansa' Binti Amr #100TokohWanitaDiSisiRasulullah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Hari ini 2 Zulkaedah 1435 Hijrah kita teruskan Projek 1 Hari 1 Sahabat dengan tokoh kedua, Al-Khansa' Binti Amr #100TokohWanitaDiSisiRasulullah..

Al-Khansa atau terkenal dgn panggilan 'Ibu para syuhada', dilahirkan pd zaman jahiliah dan berasal dari Bani Mudhar. Dia ni sorg yg fasih, mulia, murah hati, tenang, berani, tegas, suka berterus-terang dan pandai bersyair.

Al-Khansa ni kawin dgn Rawahah bin Abdul Aziz as-Sulami, dan ada 4 orang anak lelaki. Dan kesemua anak lelakinya ni syahid di medan Qadisiyah! Semuanya jadi pahlawan terbilang hasil didikan ibu mereka. Diriwayatkan sebelum keluar berperang, keempat2 mereka ni bertengkar siapa yg perlu tinggal kat rumah untuk jaga ibu diorang. Tapi bila Al-Khansa terdengar, dia sendiri yg menyuruh kesemua anaknya keluar berperang demi mempertahankan agama tercinta.

Masa Al-Khansa dgr berita kematian anak2nya dia tak berasa sedih malah bersyukur sebab Allah telah memuliakan anak2nya dengan mati syahid. Al-Khansa meninggal pada zaman permulaan pemerintahan khalifah Usman bin Affan iaitu pada tahun ke-24 Hijrah.

--------------

Subhanallah..hebatnya Al-Khansa sebagai seorang ibu kan yang mampu mendidik anak sampai jadi pahlawan yg berani dan berpegang teguh pada Islam. Kita ni nak hantar anak pergi sekolah first day pon sememeh hehehe..Semoga kita pun dapat didik anak2 kita sebaiknya amin..

Disclaimer: Ini hanya summary dan diolah oleh saya sendiri hasil bacaan buku #100TokohWanitaDiSisiRasulullah. Sila baca bukunya untuk pengetahuan lebih lanjut. Thanks!

Esok:
3. Amah binti Khalid #100TokohWanitaDiSisiRasulullah

7 things you should know about CikSiti - Versatile Blogger Award

 
 
 
Versatile Blogger Award
Syarat-syaratnya :
Thanks the nice fella who gave you this award ;)
Include a link to their blog
Select 15 blogs/bloggers you've recently discovered/followed regularly.
Nominate these 15 to the Versatile Blogger Award
Tell the person who nominated you with 7 things about yourself
Al-kisah saya yang telah di tag oleh Kesoma Rai dan Mama Kaori.. Setelah terperam beberapa hari ni maka hari ini akan saya perah otak ini untuk memenuhi permintaan ramai. Eh? Anyway terima kasih kerana mengingati saya=)
Here we goes..7 things you should know about me. Cey macam paksaan je nak suruh orang tau kan hehe..
  • Saya suka tomato. Saya dan tomato tak dapat dipisahkan heheh. Sebenarnya segala jenis ulam saya suka. Tapi tomato paling senang dapat dan tahan lama boleh beli banyak2 sekaligus. Tiap kali makan, potong sebijik wat ulam. Saya siap beli tomato simpan lam fridge office lagi eheh.
  • Bertentangan dgn Mama Kaori kiter..saya memang tak minat mengemas! It runs in my blood hahah! Memasak okay lagi..mengemas..adohaiiii. Kalau sekali sekala mengemas sebab dah bersepah sangat akan end up lagi bersepah hahah! Tapi jangan risau rumah saya masih terkawal sebab nasib baiklah Abg Veder yg rajin mengemas ihiks. TQ bie..
  • Tak suka shopping. Yes.. saya memang tak gheti nak shopping especially baju sendiri. Bila p shopping complex tu macam semua tak berkenan. Bila berkenan mahal pulak. Pastu malas nak jalan pusing round banyak2 nak cari yg berkenan tapi tak mahal. Lenguh lah kaki ni..Kalau pergi sorang lagilah lost last2 apa pun tak beli. Ataupun beli tapi dah sampai rumah tak puas hati. Complicated btol..
  • Tak serius jaga kulit muka. Okay yg ni memang saya rasa bersalah. Tapi still takde improvement. Saya guna bio-essence 2 tahun lepas sekali je ada complete set. Sampai sekarang ada lagi lotion and mask dia. Lain dah habis tak top up balik.. Pakai apa yg ada je. Tulah muka pun dah naik banyak bintik2 kutil minyak segala ni. Ada rezeki nanti pergi laser je boleh? Heheh.
  • Saya tak suka benda2 yg overcooked. Lagi raw lagi bagus heheh.. Kalau masak udang tu sampai isi dah lekang dari kulit hermm..kureng sikit. Sayur pun kalau masak saya masukkan daun2 tu last sekali, panaskan kejap pastu tutup api. Takmau masak sampai lembik.. Saya rasa kurang sedap dan takut nutrisi semua hilang kalau lebih masak.
  • Saya berasal dari Terengganu. Yes rumah saya dulu dekat dgn pantai. Saya suka..tapi I've been far from home sejak umur 12 tahun. Belajar n kerja di Johor, Bangi, Jepun, Shah Alam dan sekarang Penang.. Ramai yg tak boleh detect asal usul saya. Tapi boleh lagi nak speaking Teganung. Cuma orang cakap saya ckp Ganu bunyik macam Siam -_____-
  • Saya suka menyakat hehehe. Dulu adik2 saya selalu kena sakat bila saya ada kat rumah. Sampai menangis2 pastu mak saya pun tension heheh. Sekarang menyakat anak sendiri pulak. Hihi kesian budak2 tu.. Tapi boleyla kan..menyakat mengeratkan silaturrahim gitewww.. Tapi bila abah diorang sakat budak2 tu nanti saya tension, abah dioranglah kena marah hihi.
Sekian saja dari saya yang seadanya ni keskes.
 
Herm nak tag siapa ni 15 orang? Ramai tu dek non..
8. Eimah
10. budak

Gleneagles Penang

Assalamualaikumm selamat pagi semua=)

Setakat ni dah 2 kali saya p Gleneagles Penang ni. First time tahun lepas, husband saya yakni (cewah siap yakni lagi :p) Abg Veder p buat EEG test. EEG atau nama penuhnya Electroencephalogram test ni adalah satu test measure dan record electrical activity dalam otak. So dalam kes Abg Veder ni untuk cek what triggered the epiplepsy atau sawan tu lah. Further info boleh cek sini lah ye.


Image from Google

Abg Veder actually warded kat KPJ Penang. Tapi KPJ xder neurology specialist tu yang dia refer kami ke Gleneagles, jumpa Dr. Sim Bee Fung. Test dia ambil masa dalam setengah jam macam tu rasanya. Ker lama lagi? Saya pun tak ingat sangat. The doctor was very nice. After the test memang dia explain satu per satu dengan laymen term supaya senang kita nak faham. Dia kata dalam masa setahun ni mesti buat close monitoring. Sebab masa tu first time Abg Veder kena epilepsy. Kalau it happen again, most likely akan ada serangan yang seterusnya. If that happens, then kena start on medication for epilepsy lah. So Abg Veder actually was not suppose to drive for 2 years sebab it can be very dangerous kalau serangan epilepsy jadi masa tgh drive. So far Alhamdulillah syukur sangat tak pernah berulang lagi. Semoga takdelah sampai bila2. Kami pergi untuk test saja, tak warded pun. After test balik sambung masuk wad kat KPJ heheh..Cost untuk EEG test tu berapa eh RM600++ kot. Nasiblah insurans cover kan..

Image from Google
Gleneagles ni herm susah juga nak cari tempat dia bagi kitorang yg jarang p Penang Island ni. Sampai skrg still depends on Waze ehehe. Parking kat bawah tu sikit je. Tapi dia ada parking tingkat yang sangat sempit dekat bhgian slide yang naik turun tu huhu. Gayat saya takut tergesek kereta kat dinding. Staff dia well friendly lah, good hospitality. Saya suka uniform diorang! Batik pink colour lagi. Yang baju kebaya tu dah ala2 sterwardess MAS dah eheh. Crowded jugaklah ramai orang. Huhu sama ada ramai sangat orang sakit sekarang atau Gleneagles tu memang femes sangat sume pon nak datang situ. Tapi saya rasa sebab banyak specialist available kat situ thats why ramai orang. Ward dia kami tak masuk so tak tengoklah condition macam mana. Tapi saya rasa surelah baik kan.

Kalau you all nak tau, Gleneagles ni is one of PruBSN preferred hospital. Apa yang bestnya? Yang bestnya kalau kita ada medical card Health Enrich Advanced/Premier ni, deposit waived. maksudnya kita tak payah bayar deposit lah upon admission. Dan pemegang kad Premier pulak, boleh dapat bilik yg harganya RM1000 per night! Yang siap ada lounge sendiri bagai tu.




Just so you know yer.. tapi kalau berminat dengan medical card ni amat dialu-alukan. Kita tak minta sakit, tapi sakit datang tanpa warning.. You all boleh cari ejen berdekatan for more info or better yet ask me pon boleh..


Rabu, 27 Ogos 2014

1. Aisyah binti Abu Bakar #100TokohWanitaDiSisiRasulullah

Dengan lafaz Bismillahirrahmaanirrahiim..
Hari ni saya mula dengan projek 1 Hari 1 Sahabat. Saya cuma bagi summarize lah ye daripada kisah sahabat2 wanita di zaman Rasulullah SAW. Siapa yang nak tau lebih lagi tu bolehlah beli buku #100TokohWanitaDiSisiRasulullah, harganya RM33 shj.

So kita mulakan dengan Aisyah binti Abu Bakar..

Sedikit biodata Aisyah
  • Aisyah dilahirkan 4 tahun selepas Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul..Herm so maknanya jarak umur Aisyah dgn Rasulullah 44 tahun la kan. sebab Nabi Muhammad diangkat menjadi rasul masa umur 40 tahun.
  • Masa dinikahi oleh Rasulullah, umur Aisyah bari 9 tahun lebih, duk bermain riang-ria lagi..
  • Aisyah meninggal dunia semasa umur 66 tahun, tahun 58 Hijrah, dalam bulan Ramadhan dan dimakamkan di Baqi'.
Keistimewaan Aisyah sebagai isteri Rasulullah
  • Aisyah tinggal kat bilik yg bersebelahan dengan Masjid Nabawi. Banyak wahyu yang diturunkan masa Rasulullah berada dalam bilik Aisyah.
  • Dalam hati Rasulullah Aisyah sangat istimewa sebab tu dapat banyak privilege berbanding isteri2 yang lain. Walaupun isteri2 lain jelous tapi diorang tetap menghargai kedudukan Aisyah yg sgt terhormat.
  • Aisyah sentiasa pakai baju yang cantik2 dan berhias untuk Rasulullah supaya Rasulullah selalu senang dengannya.. (insaf saya di sini)
  • Sepanjang Rasulullah sakit, baginda tinggal bersama Aisyah dan akhirknya wafat di pangkuan Aisyah.
Keperibadian mulia Aisyah
  • Aisyah tak pernah ambil ringan tentang hukum kecuali yang jelas dalilnya drpd al-Quran dan sunnah. Aisyah paling dekat dengan Rasulullah sebab itu Aisyah boleh dapat ilmu dengan cepat direct drpd Rasulullah.
  • Aisyah termasuk wanita yang banyak menghafal hadis Nabi.
  • Aisyah banyak mengeluarkan sedekah sampaikan kat rumahnya tak tertinggal satu dirham pun.
Sekian saja. Semoga bermanfaat=) Maaf kalau ada kekhilafan.

*Esok: 2. Al-Khansa' binti Amr #100TokohWanitaDiSisiRasulullah

Selasa, 26 Ogos 2014

Menjadi2 nampaknya Pingbusuk ni..

Mengikut jejak langkah akak Rai kiter, saya pun dengan ini remove lah juga widget pingbusuk  daripada blog saya ini. Sebabnya makin bertambah2 pulak iklannya.. dulu 1 dan kadang2 je sekarang 2 pulak dan sentiaasaaa ada lak tu.. dan herm terkadang saya tengok tajuk2 blog entry yg di susume (propose) tu alahai sensasi sungguh dengan terkadang ada unsur2 tak sepatutnya.. Macam tak bestlah.. So sekarang kita manual ping yo lah hihi.

You all ada sumber ping yang lain nak share dengan saya tak?

p/s: Herm lama tak menggilap kebolehan bhs Jepun yang dah makin berkarat ni..mungkin boleh juga share bhs Jepun sebagai aktiviti harian blog ni. Amboooiiii..banyaknya nak buat. FOKUS FOKUS!!

Projek 1 Hari 1 Sahabat

Assalamualaikumm..selamat pagi semua=)

Sudah lama saya pendamkan hasrat nak berkongsi buku-buku yang saya baca (bacaan sebenar: beli tapi tak baca2 lagi). Maka dengan ini saya mengumumkan (ewah!!!) in sha Allah bermula esok 1 Zulkaedah 1435 saya akan melancarkan Projek 1 Hari 1 Sahabat untuk memperkenalkan tokoh-tokoh wanita di zaman Rasulullah SAW. Makanya saya akan bermula dengan buku bertajuk 100 Tokoh Wanita Di Sisi Rasulullah in sha Allah..

Project Backgroud:
Saya suka buku. Suka beli buku. Suka masuk perpustakaan/kedai buku. Bila dikelilingi buku2 tu rasa macam besttt sangat tak terungkap dengan kata-kata hahah! Betul ni. Saya ada banyaaak buku yang dibeli dan terperam kat dalam rumah. Ada yang saya baca cuma beberapa page terawal lepas tu dah tak terbaca. Alasan saya, I'm always busy with works, kids and house chores. So buku ini salah satu daripada yang menimbun kat rumah tu lah. Ishh teruknya..

Project Purpose:
  1. Memaksa diri menghabiskan baca buku! Hehe. Kalau tak rugi je lah beli pastu berhabuk je kat rumah. Memang sibuk tapi sebenarnya we have to allocate time lah actually kan. Less Facebook, more real books yeayy!! Not that I'm always on FB pon eheh ><;
  2. Sharing dengan blog readers. Setakat ni saya rasa kebanyakan blog readers saya ni wanita dan ibu-ibu kan. So it's a good startlah I think. Banyak yg kita boleh belajar daripada sahabat2 wanita di zaman Rasulullah ni. Semoga menjadi panduan untuk kita menjalani kehidupan sehari2 sebagai wanita,isteri, ibu di dunia yg penuh pancaroba ni amboooiiii.. Serius ni serius:)
  3. Selari dengan salah satu tujuana saya berblog untuk menyebarkan ilmu.. Jadi inilah usaha saya yg kecil lagi molek ini. Usaha yang kecil, saya tak kecil heheh ^^;
Target Completion Date:

Start: 1 Zulkaedah 1435 bersamaan 27/08/2014
End:  11 Safar 1435 bersamaan 4/12/2014
Memandangkan ada 100 tokoh maka kita nak buat dalam 100 hari lah ye. Biar sikit tapi berterusan gituu..in sha Allah.. saya ni memang ada masalah nak commit hehe. So kena buat planning macam ni untuk senang keep track. Tolong support dan tolong ingatkan kalau saya lupa tau.. Thankssss!!

Jadi in sha Allah esok kita mulakan dengan tokoh pertama.
1. Aisyah binti Abu Bakar #100TokohWanitaDiSisiRasulullah

p/s: Rupanya hari ni dah pun 30 Syawal..

Jumaat, 22 Ogos 2014

Bila dah sakit

Assalamualaikum..
Tadi saya pergi office Prudential Seberang Jaya. Hantar form2 servicing client. Semoga selamatlah semua..

Application suami sendiri pulak tak settle2 lagi aih..dah sebulan lebih ni nampak gayanya. Well begitulah gayanya bila orang yang dah pernah sakit nak apply insurans (2nd policy). Kali ni kena pergi minta medical report kat Gleneagles pulak, tempat suami saya buat EEG test tahun lepas. Beginilah tugas seorang ejen. Akan ku usahakan juga demi anak-anak tercinta ewah..Btw, yang kami tengah apply ni PruBSN Protect, sejenis plan traditional yang sangat affordable. Bayar RM50 je sebulan, benefitnya andai suami saya TPD atau meninggal dunia, RM65,000 sedia menanti untuk kegunaan saya dan anak2. Nampak memang tak banyak, tapi in sha Allah sangat membantu. Bukan kita nak minta jadi ye kawan2, tapi tulah tak minta jadi pun masih perlu bersedia.


Jadi nasihat saya, kalau suami masih sihat cepatlah advice lah dia untuk apply insurans/takaful. Jika sihat in sha Allah mudah je sebenarnya urusan nak apply insurans ni. Kalau dah sakit macam nilah gayanya banyak requirementnya. Tapi masih boleh cuba apply daripada tak ada langsung.

Remark: Nilai bayaran dan benefit diatas adalah berdasarkan usia, pekerjaan dan status merokok suami saya. Lain orang lain ya..Lagi muda umur, xmerokok maka lagi murah. Kalau nak saya boleh buatkan quotation ye..quotation free yo.


Semoga suami kita sentiasa sihat sentiasa=)


Al-Fatihah MH17

Assalamualaikum..

Selamat pulang buat mereka..

Semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman bagi yang beragama Islam.

Seorang kakak senior sebelah dorm saya kat STF dulu juga salah seorang daripadanya.

Sungguh mati itu pasti.

Al-Fatihah..

Khamis, 21 Ogos 2014

Giveaway Harry Potter Postcards from Germany!!

Click banner to join ya
 
Hi..
Saya dijemput oleh tuan badannya untuk join GA ni. TQ yerr cik owner..
Hadiahnya poskad dari Germany lagi wah wah wah..
 
Saya pun first time melawat blog cik adik manis (bodek) ni, jadi belumlah betul2 mengenal hati budi masing2 gitu hehe. Nanti saya nak godek2 dia buat apa lah sampai jauh kat Germany sinun. Doktor kah? Ahli muzik kah? Jurutera kah? Hihi bestnye kan jauh tu Jerman sure speaking Germany berabuk neh..
 
Kliklah banner untuk join ye. Sekian =)

To be or not to be

Assalamualaikumm..

Apakah tujuan anda berbelog?

Saya?

Apa tujuan saya ek? Saya nak menyebarkan ilmu yang bermanfaat. Ewahhhh macamlah ilmu penuh di dada kan. Hnss hnsss..

Betullah ni. Saya nak jadikan blog ni suatu sumber yang mendatangkan manfaat. Tak kira lah sharing dari segi kewangan ke kesihatan ke ilmu agama ke self improvement ke pengalaman sebagai ibu ke. Sambil-sambil meluaskan network. Go beyond the horizon gitu. Walaupun masih tak namapk hasilnya lagi. Berusahalah! Mungkin saya perlu buat gunn chart kot hihihi. Amboi engineer sangat.

Jadi soalan saya,
Perlukah saya join Nuffnang? Hahaha tiba-tiba sahaja.. Cepat siapa nak promote Nuffnang kat saya? How does Nuffnang add value to your life? Hah berat sangat soalan tu sure tak ada orang nak jawab kihkih..

Hukum-hakam Pembahagian Harta

Assalamualaikum semua..
Semalam saya attend training PruIslamic Wealth Planner kat Sungai Petani. Memang bermanfaat sangat banyak yang saya dapat belajar.. Alhamdulillah.

Siapa yang ingat cerita P. Ramlee, tajuk dia 3 Abdul? Ingat tak 2 orang abang yang hampeh tu bapak baru meninggal dah sibuk cerita pasal pembahagian harta. Dahlah macam tu, xadil langsung pula tu..That is sadly really happening in our community.. sejak dulu lagi. Sure ada sesiapa antara you all yang pernah mengalami atau dengar cerita sedara2 tok nenek kita yang membolot harta pusaka ni kan.. Ada tak? Angkat tangan sikit hihi..Alah macam dalam drama-drama Melayu tu..


Gambar ihsan Google
Sepatutnya orang sekarang lebih senang menguruskan harta masing-masing, sebab ilmu dah tersebar luas. Hukum-hakam pembahagian harta ni semua dah ada dalam Al-Quran pun.. Dan kalau nak dapatkan nasihat penasihat pun its becoming more affordable.

Well sometimes people are just too busy making money but they forgot to manage it for better distribution when they are gone. Kan duit, harta kekayaan semua tak boleh dibawa mati. Tapi taklah bermaksud kita tak perlu mencari kekayaan. Kekayaan perlu dicari dan DIAGIHKAN. Thats what we call wealth distribution peeps:)

Nak agihkan harta pun perlu melalui saluran yang betul, biar ada hitam putih. Jika tidak nanti akan ada yang teraniaya. Sebab apa? Sebab adanya sifat TAMAK HALOBA sesetengah manusia.. Kalau tak delah kes bergolok berparang berebut harta pusaka kan..

You should know and aware of this too. Sebab mati akan datang bila2..You all boleh tanya kat ejen insurans anda. Yes we are trained to serve you in many aspects in protecting your wealth. Bukan setakat jual insurans je tugas kami ni ya. Boleh tanya saja juga dan tak perlu pun beli insurans dari saya if u dont want to. Mana yang saya tahu bolehlah saya jawab in sha Allah..

Selasa, 19 Ogos 2014

Makanan Sunnah

Assalamualaikum..
When I ask: How are you today?
You answer: Good! Very good! Excellent!

Alhamdulillah bagusss clap clap clap tepuk tangan untuk diri sendiri hehehehe.

Herm pengamalan makanan sunnah, siapa yang amalkan? Saya ada juga sikit-sikit tapi nak istiqomah tu yang payah. Selalu apa yang saya buat ialah masukkan contohnya kismis ker kurma ke dalam makanan yang saya masak. Sebab selalunya saya akan lupa atau tak ada masa nak makan, yg kedua supaya anak2 pun boleh makan tanpa diorang sedar hehehe. Sepatutnya saya kena didik diorang supaya suka makan makanan sunnah ni kan. Berusahalah!

Ada satu kedai online yang jual kurma, buah tin, kismis segala-galanya lah. Boleh cek kurmamehr.com. Ataupun sesiapa kat Penang mainland kat Aeon Big, kedai buku Hassani pun banyak jual makanan sunnah. Saya nak sangat p ni tapi kekangan masa huhu.. Nak cari habbatus sauda oil.. Saya baca kat sini memang banyaklah manfaat dia. Siap boleh halau nyamuk lagi.

 
Alhamdulillah hari ni rezeki saya, Kak Ina bagi kurma yang tak habis di makan masa bulan puasa hari tu. Ya saya memang makan kurma hari-hari kalau boleh untuk kesihatan dan demi mengekalkan milk supply. So sesiapa nak hadiahkan saya kurma? Hehe.

Saya suka minum fresh milk jugak. Tak de ke servis milk delivery eh.. Sekali sekala pergi Tesco tu boleh lah beli tapi nak beli banyak2 kang tak muat peti ais. Nak beli kedai runcit mahal sangat dan ada yang kotak je. Tolonglah saya ni..

Eh anyway berbalik  kepada amalan makanan sunnah ni bukan takat tengok pada bahan makanannya saja. Cara pengambilannya pun eloklah ikut yang selalu diamalkan oleh Rasulullah contohnya makan buah setengah jam sebelum makan dsbnya. Sebab apa yang diamalkan oleh Nabi tu pasti baik untuk kita sebab Nabi mendapat ilmu dari Allah kan.. Wallahualam..

Okay lunch hour now!

Isnin, 18 Ogos 2014

Pay yourself first - Part 2

So apakah sebenarnya maksud pay yourself first ni?
Maknanya bila you all dapat gaji tu, the very first thing to do is SAVE (or invest lah)! Yes save dulu for yourself. Bukan bayar belanja shopping sana sini hehe. In fact, kita punya KWSP tu contoh terbaik lah untuk konsep pay yourself first ni. Tapi KWSP tujuan utama dia untuk guna waktu persaraan nanti. So untuk tabung kecemasan, still we need to put aside some money somewhere that is more liquid (lebih senang withdraw).

Berhati-hati berbelanja :P gambar ihsan Google.

Pay yourself first the automatic way?
Kalau nak harapkan kita sendiri yang nak saving bulan2 memang agak susah nak diharap. Kang ada je benda nak beli lah. Atau pun takut tak cukup duit nak pakai, belanja dulu, kalau ada lebih baru saving. Jawabnya memang takkan pernah lebih siap tak cukup lagi ada. Melainkan kalau kita tau diri kita ni memang betul2 berdisiplin gaya ketua pengawas sekolah kan :P

Jadi macam mana nak jadikan saving kita ni automatic salah satunya melalui potongan gaji lorh. Kebaikannya menyimpan melalui potongan gaji ni:
  1. Automatic!
  2. Save masa
  3. Jimat transaction fees
  4. Elakkan lupa
Saya sangat rekemen saving melalui potongan gaji ni. Memang hassle free. Walaupun tengok slip gaji nampak sikit je, tapi kita tau kita dah ada simpanan. Ada juga orang yang buat loan ASB sebagai cara untuk memaksa diri sendiri saving. Ataupun buat autodebit, atau apa tu scheduled transaction ke macam tu. Take note on the transaction fees yer. Cuba sebaik mungkin elakkan bayar fees walaupun RM1 hehe. Yelah kalau berpuluh tahun tu dah berapa tuu.. Having a saving goal pon sangat membantu. Mungkin boleh tulis pasal ni next time.

P/S: Tabung Haji sekarang boleh withdraw direct from Maybank2u je. Memang berguna saat2 emergency. Tapi jangan asik withdraw jer pulak yer ><;

Sudahkah anda praktikkan mana2 cara kat atas? Sharelah dengan kami=)

Pay yourself first! - Part 1

Salam..

Siapa pernah dengar ungkapan PAY YOURSELF FIRST ni? Saya rasa kalau you all baca tips kewangan ke, mesti selalu come across this. Kalau ada yang tak tau, pay yourself first ialah cara paling effective for saving our hard earned money.

OK saya ada soalan ni jawab tau.
  1. Siapa ada buat saving/investment?
  2. Kalau ada, kata mana?
  3. Frequency macam mana? Setiap bulan atau bila rasa datang ilham?
  4. How do u feel about it? Rasa seronok ke secure ke bila ada saving?
  5. Untuk yang tak ada saving pulak, how do feel about it? Seronok je boleh belanja macam2 every month, atau rasa tak best tapi nak buat macam mana nak xde budget untuk saving. Just share your feeling je lah..
Let me share my answers okay..
  1. Yes saya ada buat saving
  2. Tabung Haji, ASB, Unit trust (CIMB Islamic DALI Equity Growth Fund).
  3. Monthly (potongan gaji & auto debit)
  4. Saya rasa secure. Sebab saya tau in case anything happen, emergency ke apa saya masih ada simpanan. Kalau boleh saya takmau pinjam atau susahkan orang. Dan kalau ada orang terdekat yg memerlukan bantuan, saya boleh guna untuk tolong orang juga.
  5. Not applicable lah soalan ni to me since so far alhamdulillah saya masih berjaya menabung.
Let me hear from you first nanti saya boleh sambung lagi pasal PAY YOURSELF FIRST okay=)

GIVEAWAY MERDEKA : PENANG MARI BAQ ANG BY SITI YANG MENAIP

Click the banner to join
 
Assalamualaikum..
Saja try test hihi..
Click banner to join yer.

3 jam di Tesco St. 18 Ipoh

Asslamulaikum semua..
Kami balik Ipoh wiken hari tu. Alhamdulillah ni dah selamat sampai Penang balik dah.

Saya nak share cerita hari Sabtu hari tu kan saya pergi Tesco St. 18 dekat je dengan rumah mak mertua saya. Tujuannya saya p nak buat sharing pasal medical card n Plan Pengganti Gaji by PruBSN ni lah..saya adalah sembang2 dengan seorang ibu muda umur 18 tahun pasal medical card n pelan pendidikan anak dia.. Dia kata oklah nanti kang dia call lah saya. It's okay, saya cuma sharing kepentingan dia. If okay nak proceed I am happy to help, kalau tak ambik pun takpa saya tak marah apatah lagi makan orang hehehehe.. Bila adik ni bergerak nak balik, saya tengok keliling mana tempat boleh p sebab serabut dengan mamat 2 orang jual iron yg duk panggil orang secara memaksa -_-; Adoi. Kesian saya tengok orang terpaksa lari dari diorang.

Masa tu lah saya ternampak seorang makcik duduk atas kerusi roda sorang2 macam tunggu seseorang. Saya pun p lah salam, tanya khabar dan sembang dengan dia. Panjang kami borak.. Macam-macam jugak makcik ni cerita. Umur dah 79 tahun, kaki dia tu sakit lulut lepas jatuh kat bilik air dah bertahun lah macam tu. Tapi Alhamdulillah  lain penyakit darah tinggi kencing manis semua tak ada. Makcik ni cerita anak dia ada 2 orang, sorang lelaki sorang perempuan.. Cucu ada ramai.. Hihi seronok dengar dia cerita..

Saya pun layan je lah tanya anak duduk kat mana.. Tiba2 dia macam sedih.. Katanya anak perempuan  dia dah meninggal tahun lepas.. Kanser payudara. Masa detect tu dah stage 4. Buat chemo sekali, tapi sebab x tahan dgn kesan slps chemo tu arwah anak makcik ni decide utk stop chemo n balik rumah. Allahuakbar.. Masa tu umur 40 tahun.. Innalillah..

Lepas tu banyak jugaklah kami borak sampailah suami makcik ni datang bawak trolley dah siap beli barang2. Lepas pakcik p letak barang kat kereta dia datang balik ambik isteri dia pulak. Sweeeet jer. Alhamdulillah saya tengok pakcik ni sihat lagi bolehlah menjaga  dan masak utk isteri tercinta.

Picture from Google
There is always something we can learn about from people every day kan.. Saya doakan mereka sihat dan bahagia selalu.. Anyway Prubsn pon ada plan untuk cover penyakit wanita ni, Takaful Puteri nama diberi. Nanti saya share ok..

Rabu, 13 Ogos 2014

Minor construction

Tihihi perasan tak? Perasan ke tak? Saya dah berjaya buat scrollback box untuk bloglist kat tepi itu. Hasil tunjuk ajar dari satu blog comel yang berwarna pink. Alamak maaf saya lupa copy link >_<; Tapi saya dah ucapkan terima kasih personally kat entry beliau. Thanks again yerr.

Dengan widget pingbusuk kat atas tu saya follow macam kat blog Our Kizuna. Saya sebenarnya tak fully understand how it works sangat tapi saya try letak je lah tgk camana. Cikgu Math kat kolej saya dulu selalu cakap, tak paham takpe,lama2 nanti paham -____-

Sesiapa lagi ada tips nak increase traffic kat blog sila kongsikan dengan saya yer. TQQ=)

RM1 untuk RM1000

Assalamualaikum..
Saya nak tanya ni hihi.
Kalau saya nak bagi RM1000 sekarang, you all nak tak?
Syaratnya cuma bayar kat saya RM1 je sebulan, sampailah cukup saya dapat balik RM1000.
Kalau saya mestilah nak. Kena pulak kalau tengah urgent nak guna duit kan.

Inilah konsep Takaful. Kita cuma set aside berapa % je daripada income, untuk apa? Supaya kita ada duit yang banyak di saat2 kita memerlukan contohnyab bila sakit, accident dsb. Kalau kita meningggal, duit yang banyak tu dapat kat anak isteri atau keluarga kita. Kalau kita sakit kritikal atau lumpuh, duit manfaat dapat, even the RM1 tu pun dah tak payah bayar.

Isn't that good enough??

Image from Google


Hari Sabtu lepas saya jumpa client kat A tu Z. Sambil beli bunga, sempat sign up policy sat gitu. Si suami owner caterer kat kilang umur 36 tahun. Dia ambik policy yg minimum RM100 sebulan, dapat coverage RM100,000 bila meninggal dan lain2 benefit. Si suami kata sebab dia ambik takaful ni supaya kalau apa2 jadi kat dia, atleast ada tinggalkan something untuk isteri n anak dalam kandungan.. Bagus si suami ni kan..untung isteri dia.. (Selingan: suami saya pun bagus gak hihi)

So, sudahkah suami anda mempunyai plan takaful/insurans? Cuba tanya tengok. Kalau takda, sila lah cari ejen yg berdekatan. Kalau tak ada ejen kat tepi2 kiri kanan tu, boleh tanya saya. Kita jumpa boleh cerita details. Lepas cerita then decidelah whether you perlu atau tak ambik takaful ni. Isteri nak buatkan untuk suami pon boleh, sebab ianya untuk protect kita juga sebagai isteri.

P/S: Offer RM1000 di atas hanya ilustrasi. Jangan mintak RM1000 kat saya tau. Hihi.

Selasa, 12 Ogos 2014

Ust Ebit Lew & Pn. Lina Karim

Assalamualaikum semua.

Dalam misi saya menjadikan blog ni bermanfaat walaupun sikit, ingin saya kongsikan tentang 2 orang yang saya follow ni. Manalah tau kalau korang pun nak jenguk dan follow sama.


1)Pn. Lina Karim
Saya dulu follow blog beliau yg cerita pasal pendidikan al-Quran anak2 beliau Darwish n Darwisya. Alhamdulillah sejuk hati saya tengok anak2nya yang dari kecik dah dididik utk hafaz al-Quran. Dulu saya ada juga pnah try nak mengamalkan amalan makanan sunnah yg disuggest kat blog ni. Iaitu badam,kurma,madu,olive oil,buah tun,habbatus sauda,kismis n minyak ikan ni diblend sekali dan simpan utk diambil 2 sudu mcm tu hari2. Tapi tulah..tak istiqomah saya ni. Dari anak seorang sampai sekarang anak dah 3.. Ya Allah tak baiknya saya dah ada sumber ilmu tapi tak manfaatkan utk anak2 saya. Kesian diorang T_T

Sekarang Pn. Lina dah buat seminar n kursus utk share ilmu tentang pendidikan al-Quran anak2 ni. Boleh cek dekat http://www.islamicparentingnetwork.net/. Kalau korang subscribe mailing list dia, memang selalu dapat e-mail yg bermanfaat insya Allah. Dan saya rasa beliau taklah begitu pushy utk promote seminar/produk dsbnya.

2) Ust. Ebit Lew
Saya first time kenal Ust Ebit dari radio IKIM, dengar masa drive balik kerja beberapa bulan lepas. Saya rasa suka dan seronok dengar penyampaian beliau. Terus saya google dan cari info serba sikit tentang Ust Ebit..Menarik juga jalan hidup dia yang mana sebelum ni jauh dari Allah, diberi hidayah lalu sampai lah sekarang dah jadi Ustaz. Bolehlah follow beliau dekat FB. Post2 beliau semua senang faham dan menusuk kalbu especially pasal kekeluargaan, anak2 semua. Beliau pun ada buat training, boleh cek kat http://keluargasunnah.com/

Post ini bukan berbayar tau hehe. Saya saja share untuk manfaat bersama.


Isnin, 11 Ogos 2014

Walaupun hidup 1000 tahun part 2

Assalamualaikum..
Selamat kembali ke alam nyata hihi. Happy working Monday morning peeps! :)
Senyum lebar-lebar..

Lambat pulak update entry ni -_-;
Al-maklum kekangan masa di hujung minggu dengan melayan keletah anak2. Tambahan pula Abang Veder kurang sihat. So kami berkurung dalam rumah je sepanjang 2 hari. Tu yang budak2 tu mcm hyper sangat dah taktau nak melepaskan tenaga yang terpendam hehehe..

Anyway saya nak sambung sikit pasal entry yang lepas, kali ni kita tengok dari segi kewangan pulak. Siapa yang takmau hidup lama? Semua pun mahu kan. Tapi kalau terlalu lama? Sikit sebanyak akan ada juga masalah betul tak?

So you guys just imagine eh, kita sekarang umur bersara 60 tahun kan. So bila bersara, dapatlah duit EPF katakan lah ada RM100,000.. so let say sebulan korang belanja RM1000. So berapa lama duit EPF ni boleh bertahan? Jom kira sikit:

RM100,000/1000/12=8.3 tahun

This means we only can afford to live sampai umur 68 tahun je. Lepas tu we have no money left untuk meneruskan kehidupan. So how? Hidup mesti diteruskan..

Pic taken from Google

Itu kalau anggaran monthly expenses RM1000 je. Tapi kalau macam kami ni, buat loan rumah sampai umur 65 tahun, 5 tahun lepas bersara tu still lagi kena bayar loan rumah RM1600 sebulan! So ofkos lah dah lebih dari RM1000 sebulan kan..

In reality:
"Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata golongan pekerja khususnya mereka yang memperoleh pendapatan bulanan RM700 dan ke bawah menghadapi masalah kewangan selepas bersara dan wang simpanan KWSP habis dalam masa tiga tahun."
Sumber dan berita penuh: Berita Harian

So what do u think?
Korang ada buat planning utk lepas bersara nanti x?
If ada macam mana korang plan?
If tak ada, why is that?
Adakah anda berminat nak buat planning, atau tak berminat langsung?
Feel free to share ur thoughts. Thanks=)

Khamis, 7 Ogos 2014

Walaupun hidup 1000 tahun

Assalamualaikum..

Hari ni kawan saya kehilangan neneknya yang meninggal sakit tua, umur 98 tahun. Innalillahh..Al-Fatihah untuk Opah dan takziah buat kawan saya dan keluarganya. Opah meninggal sakit tua, ye lah dah dekat 100 tu umurnya. Opah ni dah 35 tahun tinggal dengan family kawan saya ni so diorang lah yang menjaga arwah Opah selama ni. Alhamdulillah. Kawan saya ni pula doktor. Parents dia pun doktor jugak. Baguih diorang kan..Semoga Allah membalas jasa baik diorang yang menjaga Opah selama ni kan..

Panjang betul umur arwah Opah ni kan. Sememangnya kita hidup untuk dimatikan, lepas tu dihidupkan semula kat alam lain nanti. So memang pasti dan tempoh masa hidup kita ni pun dah termaktub dah. Cuma kita je taktau.. Bila baca tafsiran sural Al-An'am ayat 60, memang terkesan di hati saya..

So korang semua agak berapa lama lagi akan hidup kat dunia yang fana ni? Eh..kan dah kata kita takkan tau berapa lama boleh hidup. Kuasa Allah semua tu. Mana boleh main agak2. So sebab kita tak tau lah kita kena bersedia sebenarnya kan. Bersedia untuk mati dalam masa terdekat, dan juga bersedia untuk hidup lebih lamaaaaa lagi. Bersedia untuk mati of course lah semua tahu kan. Buatlah apa yang disuruh, tinggalkan apa yang dilarang, beramal sebaik2nya. Tak perlulah Ustajah (tiba2!) nak kupaskan kat sini sebab semua orang dah tau. Yang taktau boleh rujuk buku, pergi kuliah, usrah dan sebagainya yer.

Gambar sekadar hiasan. Ihsan dari Google.


Bersedia untuk hidup lama pulak macam mana? Ni pun Allah dah bagitau kita kan, bila usia manusia ni dipanjangkan dia akan berbalik kepada keadaan macam bayi yang baru dilahirkan. Terbatas dari segi pergerakan, mungkin terbaring saja, ingatan pun tak kuat, gigi pun semua tanggal. Baby kan memang nak kena ada orang attend kat dia sepanjang masa, uruskan makan pakai segala, mcmtu jugalah orang tua ni kan. Jadi alangkah indah dan untungnya jika nanti anak kita pulak yang menjaga kita bila tua nanti. Saya yakin anak yg soleh/solehah akan sanggup menjaga parents yang sakit walau sesusah mana pun. Tanggungjawab kitalah nak melahirkan dan mendidik anak2 yg soleh ni pulak. Maha suci Allah segala yang ada di langit dan bumi ni semua bersistem kan sebenarnya. Herm sebenarnya saya taktau nak luah kan macam mana yang ada dalam kepala otak saya ni. Harap korang paham benda alah apa lah yg saya tgh cuba bgtau ni hehe.

Apa pun, semoga Allah memberi kita rezeki dan kekuatan untuk jaga parents kita pulak. Sebab saya yakin besar ganjarannya nanti. Sebaliknya kalau kita yang pergi dulu, semoga pergi dalam husnul khotimah. Amin Ya Rabbal 'Alamiin..

Rabu, 6 Ogos 2014

Blog List

Hi again:) Ini sticky post. Sila ke bawah untuk latest entry ewwaahh.

Selitan sekejap sebelum sambung entry pasal raya. Saya tengah dalam proses nak update n bagi cantek sket blogger list saya ni. So far I've got:
  1. Mates from School & College - ini include semua kawan2 sekolah dan kolej saya. senior junior pun sekali lah. FYI saya sekolah kat Sek Keb Merchang 1990-1996, Sekolah Tun Fatimah JB 1997-2001, KYPM Bangi (JAD) 2002-2004, Okayama Univ. of Science 2004-2007, Shibaura Inst of Tech 2008-2010..
  2. Northern Bloggers - memandangkan saya skrg pun dah tinggal kat Utagha, saya buat lah category ni supaya saya lebih dapat mengenali dan info pasal tempat2 menarik mahupun apa jua seni kebudayaan dan adat istiadat orang Utagha ni melalui baca blog korang. Ewahhhh!! Betul lah ni >_< Tapi sekarang list ni bercampur baur lah tak dapat nak sorting bebetul lagi.
  3. Sweet Bloggers - ni untuk category masak-memasak tapi saya ingat campur yo lah dgn blogger bukan utagha walopon bukan blog memasak. Mungkin includes parenting blog, jahit menjahit ke fesyen ke. Tihihi.
  4. Famous Amos - ni yg agak2 blogger otai lah kot. herm siapa lagi yg sesuai dgn jiwa saya untuk difollow agaknya ek.
So, any of you falls into any of these categories?? Sila mengaku hihi dan tinggalkan jejak di sini okay=)

Tambahan: Sapa nak ajar saya macam mana nak bg bloglist jadi pendek? Macam tunjuk 5 latest updated je ke, atau buat bg jd lam kotam yg boleh scroll ke. Ker ada option kat widget bloglist tu? Hihi saya taktauuu.Tolonggg..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...