Isnin, 22 Julai 2019

SASA DAN HARUM DENGAN DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY

Assalamualaikum semua.

Saya doakan semua sihat-sihat dan baik-baik belaka ya. Siapa di sini yang punya ramai anak lelaki macam saya? Saya ada 3 orang anak bujang berusia 10, 8 dan 6 tahun. Di usia mereka sekarang, sudah pandai menjaga penampilan diri ya. Pagi-pagi sebelum pergi sekolah bukan main bersiap. Anak sulung saya, kalau rambutnya sudah disikat, janganlah nak pergi sentuh kepala atau rambutnya. Alamatnya muncung panjang sedepa nanti, marah kerana takut rambutnya nanti dah tak handsome.

Tapi itulah.. Selalunya pagi-pagi memang smart habis. Tapi bila dah sampai waktu balik sekolah.. herm masing-masing sudah comot dan berpeluh. Tahu sajalah budak lelaki! Sentiasa aktif berlari ke sana ke sini. Semua benda nak menang. Semua benda nak berlumba.

Dashing Deo + Perfume Body Spray


Jadi hari ni saya nak memperkenalkan produk wangian daripada Dashing; Dashing Deo + Perfume Body Spray. Barulah anak-anak dan suami kita kekal wangi dan segar sepanjang hari.

Dashing Deo + Perfume Body Spray


Hanya 1 Produk Untuk 2 Fungsi!!


Menggunakan dua produk bagi memastikan jejaka tampil berbau hebat dan segar sebenarnya amat mencabar! Ini kerana, adalah mustahil untuk mencari minyak wangi yang harumannya sepadan atau boleh digabung dengan haruman dari semburan deodoran yang bertujuan untuk mengatasi masalah bau badan sahaja.

Minyak wangi sememangnya lebih mahal, sebab itu sesetengah lelaki hanya menggunakan satu produk sahaja iaitu semburan deodoran untuk mencegah bau badan. Mereka tidak menggunakan minyak wangi untuk haruman hebat sebab kos minyak wangi yang lebih tinggi. Pastinya lebih bagus dan senang jika mempunyai semuanya dalam satu! Ringkas, mudah, dan cepat, itulah mantra seorang lelaki.

Sebagai peneraju dalam pasaran kelengkapan penjagaan diri lelaki. DASHING memahami sepenuhnya keperluan lelaki dan untuk memberikan penyelesaian muktamad, DASHING melancarkan Semburan Badan DEO + PERFUME! Pertama dari DASHING, satu produk untuk tampil berbau hebat dan segar sepanjang hari.

Model Dashing hihi

Gabungan Mantap 2 dalam 1


Produk DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY yang baru dilancarkan ini menggabungkan kedua-dua manfaat deodoran dan minyak wangi dalam SATU botol! Jadi ia memudahkan dan juga menjimatkan masa. Kalau tak kena pakai 2 kali dan juga kalau nak travel kena bawa 2 produk. Nampaknya DASHING sudah menyelesaikan masalah ini!

Dirumus dengan wangian DASHING Eau De Toilette, ia memberikan haruman maskulin tahan lama untuk memastikan si lelaki berbau hebat sepanjang hari. Dengan agen anti-bau dan anti-bakteria, DEO + PERFUME baharu ini berkesan memberikan perlindungan 24 jam terhadap bau badan. Biasanya semburan deodoran hanya boleh bertahan dalam 2 ke 3 minggu, manakala DASHING DEO + PERFUME baharu ini berada dalam liga tersendiri. Formulanya adalah 100% deodoran. Ia amat menjimatkan dan dapat bertahan lama kerana satu botol boleh meyembur sehingga 880 semburan, oleh itu tahan sehingga 146 hari! Ini bermakna satu botol mampu bertahan sehingga 5 BULAN!

Kaum lelaki kini boleh menikmati semua manfaat DASHING DEO +PERFUME BODY SPRAY yang datang dalam pek bersaiz 120ml. Dengan reka bentuk ringkas dan menawan, pastinya mudah untuk di bawa kemana sahaja anda pergi.

Penuh gaya mutu keunggulan..


4 Variasi DASHING DEO + PERFUME BODY SRAY

DASHING DEO + PERFUME BODY SRAY kini hadir dalam variasi:

HATTRICK

Abang Haris bersama Dashing Hatrick dan Ultimate Kick



Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber.

ULTIMATE KICK


Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.

SPEED

Abang Haikal bersama Dashing Speed



Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.

HITMAN


Hadi bersama Dashing Hitman



Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.


Nak Dapatkan DASHING DEO + BODY SPRAY Sekarang? DASHING DEO + BODY SPRAY hadir dalam botol semburan pam bersaiz 120ml pada RM12.20.  Harga yang mampu milik bukan?? Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama, pasaraya hyper serta platform belian atas talian.

Untuk maklumat lanjut berkenaan DASHING sila layari laman Facebook DASHING di:
FACEBOOK: https://www.facebook.com/Dashing.MY/
INSTAGRAM: https://www.instagram.com/dashing_my/

---------------------------

PRUBSN TAKAFUL/ PUBLIC MUTUAL/ KELAS BAHASA JEPUN 012-2961984 (SITI) 012-7645998 (HAFIDZ) siti.sharini@gmail.com

Isnin, 1 Julai 2019

KELAS BAHASA JEPUN IPOH STATION 18


Assalamualaikum semua.

Anda semua masih beraya ke tu? Sedar tak sedar, Syawal pun semakin hampir melabuhkan tirainya. Saya doakan anda semua melalui Ramdhan dan Syawal dengan penuh keberkatatan dan kebaikan tahun ini. Mudah-mudahan bertemu lagi kita dengan Ramdhan yang akan datang. Insha'Allah.

Lama saya tak menulis dalam blog ini. Alhamdulillah kehidupan berjalan dengan baik dengan limpah rahmatNya. Tidaklah mewah tapi cukuplah membahagiakan. Sesungguhnya bahagia itu letaknya pada hati. Saya pun masih belajar dan terus belajar bagaimana untuk sentiasa bahagia walau sesekali uijan datang melanda. Kata orang ujian itu datang kerana kasih sayang Allah pada kita, supaya kita sentiasa ingat padaNya. 

Kali ini izinkanlah saya beritahu sedikit perkembangan kelas Bahasa Jepun yang saya dan suami kendalikan bertempat di Station 18, Ipoh (deret Mee Rebus Ramli). Alhamdulillah permintaan meningkat. Setakat ini kami kendalikan 2 sesi kelas iaitu pada hari Ahad pukul 8:30 pagi dan sesi kedua pada pukul 10:30 pagi. Target waktu kelas adalah sejam, seminggu sekali. Cuma kebiasaannya akan drag juga masa dalam setengah jam.

Siti Sensei. Peace :))



Sedikit penerangan mengenai kelas kami.. Kelas fokus kepada pertuturan bagi potential pelajar ataupun profesional untuk berinteraksi dalam bahasa Jepun. Pelajar yang ada sekarang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Ada yang baru habis belajar sekolah menengah, ada yang sedang bekerja, ada juga pelajar-pelajar yang menunggu kemasukan UPU. Alhamdulillah pelajar-pelajar pun semua yangb baik-baik, comel-comel belaka hihi.


Kelas pukul 10:30 pagi tu adalah kelas batch pertama. Silibus mereka sudah agak advanced, minggu depan kami akan upgrade ke buku teks yang kedua. Kelas 8:30 pagi merupakan batch kedua, dan silibus masih di peringkat awal. Kami juga sedang membuka pengambilan untuk batch ketiga. Kelas dijangkakan akan dibuat pada sebelah malam hari Rabu, pukul 8:30 malam setiap minggu. Jika ada yang berminat, boleh hubungi kami nanti ya.

Suka juga untuk saya kongsikan minggu lepas saya hadir ke satu mesyuarat pemegang saham, bertugas sebagai penterjemah bahasa Jepun-Inggeris. Alhamdulillah dipermudahkan urusan dan dilancarkan pertuturan. Malam sebelum pergi tu "kinchou' (nervous) juga sampai tak boleh tidur! Sepanjang 4 tahun bekerja dengan syarikat sekarang ni sebenarnya setiap tahun paling kurang 2-3 kali saya hadir mesyuarat tu. Setiap kali tu jugalah nervous sebab orang yang saya nak jumpa tu semua berpangkat tinggi dan termasuk orang Eropah. Tapi Alhamdulillah sekarang dah kurang nervous dah hehe. Yang pasti saya pun kena teruskan belajar dan belajar lagi. Barulah yakin untuk mengajar pula kan. Doa-doakanlah ya.

Baiklah setakat ini dahulu tulisan saya untuk hari ini. Doumo arigatou ne=)



PUBLIC MUTUAL/ KELAS BAHASA JEPUN 012-2961984 (SITI) 
PRUBSN TAKAFUL 012-7645998 (HAFIDZ)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...