Selasa, 28 Oktober 2014


For things to change I must change first..

Khamis, 23 Oktober 2014

Breastfeeding bullies

Eherm..

Siapa yang pernah dengar term breastfeeding bullies ni? Pada yang taktau saya cerita sikit ye. Breastfeeding bullies ni refers to emak-emak yang BF anak dia dan terlalu taksub dengan breastfeeding hingga tahap menghina emak-emak yang bagi susu formula kat anak.

Lets give them a big NO!

Saya faham dengan kemajuan teknologi serta limpahan sumber informasi (eh!), it is actually a very good thing that mothers nowadays are very keen on breastfeeding their babies. Memang Allah pun sarankan kita menyusu anak sehingga cukup 2 tahun or setakat mutually agreed by both mother and baby. Tak dapat disangkal susu ibu paling baik bagi bayi.

But at the same time, kita juga kena faham tak semua ibu yang dikurniakan rezeki untuk menyusukan anak. Ada yang dah usaha macam-macam, beli breast pump mahal, makan supplement, power pumping lagi tapi masih tak mampu sediakan susu yang secukupnya untuk baby. As a final resolution kenalah bagi juga formula kan. Takkan nak biar anak kelaparan semata-mata nak mempertahakankan pendirian nak juga BF anak sebab orang sekeliling kita semua BF anak.

On the other hands, there are mothers who choose not to BF pun ada. Just leave it to them la kan. Kita tak tau apa masalah orang so lets not simply judge others dengan kecaman seperti:

Oh siapa tak BF anak, tak sayang anak..
Tak BF anak, nanti anak tak pandai..
Susu tak cukup maknanya malas nak usaha..

and what not..

I get it  some simply just nak nasihat. I also do sometimes, kalau ada orang ask for advice (saya pun BF anak2 juga).Atau bagi semangat. Cuma maybe diorang tak perasan yang their comments or remarks to actually boleh menyakitkan hati ibu-ibu yang lain. Ada yang extreme sangat komen nyer pun. Especially those yang nak sangat BF tapi tak dapat. So lets berhati-hati kalau tulis komen or update status kat FB tu. Takut tanpa disedari entah berapa banyak hati yang kita dah sakitkan.

Come on yer peeps. Bukan susu badan semata-mata yang menentukan sel-sel otak anak kita berhubung ke tak, anak kita pandai ke tak, sihat ke tak. Yes BF does help tapi it's not the only factor. Semua atas ketentuan Allah juga. Banyak lagi faktor lain, macam didikan kita, persekitaran, dan sebagainya yang bakal menentukan kelansungan hidup anak-anak kita.

Not breastfeeding does not make us less a mother.

Tidak menyusukan anak dengan susu badan tak menjadikan seseorang kurang keibuan.

Setiap ibu memang nak bagi yang terbaik untuk anak-anak. We do our best within our capabilities. Yes, mengikut kemampuan masing-masing. In sha Allah..

Kuddos to those breastfeeding mothers. And to those non-breastfeeding mothers also. We worked hard being pregnant, lepas tu pushing the babies out into the world pulak. Breastfeeding or not, kita masih seorang ibu.

Apa pun pilihan kita yang penting jangan stress tau especially dengan pandangan orang sekeliling. Kita kena happy2 barulah anak pun happy kan =)

And do not judge! Dalam segala apa aspect pun, just stop judging. Bukan kerja kita tu nak bagi hukuman kat orang. There a lots of trouble kat dunia ni yang timbul just because of people keep on judging other people. Berlapang dada lah.. It's okay to give advice, but lets keep it moderate. Or better yet, give advice to those willing to hear only heheh.

Peringatan untuk diri sendiri juga ni. Mohon tiada yang terasa ya. Kalau ada, saya minta maaf tau.

Selasa, 21 Oktober 2014

TPM Dinner 2014

Assalamualaikum semuaaa..

Jengjengjeng!!!!

Baru nak upload cerita dinner yang kononnya Glitz n Glamarous itu.. Maaflah saya tak bawak camera pun haha. Memang selalu xbawa dan tak ambik gambar pun kalau event yang saya sorang jer pergi tak bawa anak-anak. Saya cuma menyelit-nyelit dalam camera orang he he..

So lihatlah akak Siti you all taklah merelit mana. Tudung half moon shawl hadiah dari mama yang dibuat dan dijahit manik sendiri. Baju from The Pop Look pun mama yang sponsor hihi. Kakak saya bagi untuk raya hari tu tapi for the time being mama saya tak muat nak pakai so bagi saya pinjam hehehe. Yer saya adalah sebegitu jimat ye kenkawan tak ada nya nak membeli baju baru ke apa. Walaupun ada juga teringin hahaha. Kawan saya pakai dress kembang n merelit macam elsa yang menang Best Dress, dapat hadiah voucher Pacific RM50. Bagi can lah kat orang-orang muda. Hihi..

Akak bertiga ni committee members yang organize event malam tu. Maaflah atas dasar privacy saya tak tunjuk lah wajah cun they all. Tapi seriously mereka memang cun lah kalau dah make up kat kedai kan.
Gambar blur sikit. Taktau apa diorang silap setting DSLR tu.. bolehler dari tak ada gambar kan..hihi
 
As for me, saya make up sendirian berhad je. Ambik kesempatan ini untuk beli barang make up sesikit. Seriously macam dah lama gila tak beli kot bertahun ada rasanya. Sampai dah buang pun ada sebab mestilah dah expired nak pakai pun tak best.
 
Eye liner, lip pencil, mascara n CC cream from FCC. Lipstick Maybelline. Barang FCC ni best juga. Saya beli dari husband punya cousin. Mascara tu saya tak sempat nak pakai sebab semalam baru sampai -_-; Hari Sabtu hari tu saya beli je mascara Silky Girl kat pharmacy depan rumah hihi. Nasib murah jer.

FCC Foundation ni saya beli few months ago. Best! Bau wangi, dispersion bagus. Highly recommended.
Saya ada mintak sorang kawan ambik gambar close up guna DSLR dia tapi gambar tak minta lagi hehehe. Saya jarang pun make up. But if I do, I rather go the natural look. Taklah berat sangat mata memandang mahupun bahu memikul haha. Anyway FCC ni available over the counter kat Parkson besar atau tru dealer. Boleh cek sini. Tapi kalau berminat nak beli dengan cousin saya tu boleh juga. PM saya nanti saya bagi no pone dia okay:) Dia kat Shah Alam.
 

Jumaat, 17 Oktober 2014

Biar gadjet beribu harga, tiada data apalah guna..

Assalamualaikum..

Salam Jumaat semua. Amboi tajuk entry ala-ala pepatah Melayu gitu. Sambil senyum simpul persis gadis sunti dengan kain batik menudung kepala =D

Hehehehe.. al-kisah hari ni saya tertinggal pulak Maxis MiFi punya benda alah tu. So no whatsapp so everlah for today. Saya currently guna 2 phone. 1 untuk call / sms saja. Line phone saya ni memang murah punya RM28 jer per month. Lagi satu untuk data. Sebab saya punya iPad wifi punya so saya guna lah Maxis MiFi ni. So, 4 benda alah ni kena sentiasa ada bersama saya, baru saya boleh betul2 connected to the world hahahaha. Which usually end up saya akan terlupa bawa salah satu, dua atau tiga benda ni semua. Hehehe.. How easy our life back then kan. Ignorance is bliss. Kadang-kadang on weekend saya biar je semua habis bateri, tenang hidup. Tapi not good juga untuk business person kan. Sekali sekala okay ler.
So sepatutnya hari ni saya nak share dengan you all sesuatu jeng jeng jeng. Tapi tak boleh nak access gambar-gambar semua, so tak dapatlah. Sila nantikan yer. Keyword: Shawl.

Selamat melalui hari Jumaat yang penuh barakah you all.

PruBSN ada launch product baru UmmahLink. Later saya cerita lagi.

Khamis, 16 Oktober 2014

Hadiah GA Mama Kaori dah sampai!!

Assalamualaikum..

Entry ini khas untuk menghargai akak mama kaori dan kesoma rai kiter gitu.

Alhamdulillah hadiah GA Merdeka dah sampai semalam. Akak clerk tolong ambik dari Admin sempat membebel. Apa bendalah yang hang beli ni Siti oi bau macam ikan keghin apa nih.. hahahaha. Saya ambik cium pastu saya kata Oh sedapnyaaaaaa. Hahah hangin jer Kak Ina..


Amboi banyaknya bungkusan akak dapat semalam.. Manalah Kak Ina tak bengang keskes.. Terima kasih yer Kak Ina selalu tolong ambik barang kami. Selalu tolong dispatch untuk kami. We love u muah..


Jeng jeng jeng.. wah wah ada miso paste, konbu, bonito and sea weed. Nyums! Arigatou minna!!!
Dari semalam dah excited nak breakfast makan miso shiru. Pagi tadi bangun, masak nasi, keluarkan ayam, panaskan magic pan. Sekali jer api sat2 malap lalu padam! Huwarghh takde rezeki.. Gas habis. Kempunan. On the way mai keja singgah beli nasi lemak singgit aje leww.. So maaf kengkawan tak dapat nak review rasanya lagi kena beli gas dulu haha.

Bungkusan kedua ada lotion halia. Kawan sekolah saya hantar dari Johor. Produk keluaran Johor ni.. Thanks Ida=)

Bungkusan ketiga ada tudung halfmoon shawl, mama saya bagi hadiah!! Hihi. Mama yang beli kain, design dan jahit manik. Cuma jahit tepi je dia sub kat kedai jahit. Yang ni tak boleh tunjuk! Kena surprise sikit sebab saya nak pakai untuk company dinner Sabtu ni. Hehehe.. Tema dinner Glitz & Glamarous gitewww. So merasalah you all tengok akak Siti merelit nanti hahahahaha. Itu pun kalau dapat pergi lerr sebab husband kerja Sabtu tu -__-; Tengok dia boleh lari tak. Kalau tak boleh maka nya dinner kat rumah jer lah dengan anak2 =)


Isnin, 13 Oktober 2014

Do not cancel your insurance policy!!!

Adoi.

Tadi nampak seorang abang technician kat kilang dengan kaki bengkak. Minggu lepas saya nampak dah kat FB dia gambar kulit kaki terkoyak ADOIADOIADOI tengok pun dah sakit.

So saya sembanglah dengan dia tanya macam mana boleh jadi semua. Rupanya sebab jatuh longkang masa tengah menguruskan perniagaan pasar malam dia. Allah.. musibah datang pelbagai cara kan.

Yang xsyoknya, benda tu jadi sehari lepas dia cancel policy PruBSN dia. Adeh.. so tak dapatlah claim.. Abang ni saya pernah juga offer nak tolong buat application medical untuk dia dulu, tapi tak ada feedback. Baru-baru ni dia buat dengan kawan dia, so okaylah. Saya pun happy jer as long as orang tu berkesedaran nak ambil insurans, dengan ejen mana2 pun Alhamdulillah dah.

Tapi boleh pulak dia cancel. Sebabnya policy dia exclude coverage untuk kaki kiri sebab kaki dia pernah patah masa main bola dulu2. Dia kata rugi lah, bayar mahal tapi tak cover untuk bahagian yang paling dirisaukan. Actually memang macam tulah kaedahnya insurans, kami cover orang yang berkemungkinan untuk jadi sakit (which is everyone are likely to get sick). Kalau kami cover orang yang dah memang sakit alamat lingkuplah seluruh company insurans, sebab semua orang buat claim. Then all money will be gone in seconds yo lah..

I can relate lah sebenarnya. Betullah dia rasa macam tu kan, sebab dia fokus pada satu expect saja. (Expect rugi bayar insurans sebab insurans ni takmau cover kaki kiri aku) Tapi sebenarnya pada saya you kena tengok on the whole picture. Cuma satu exclusion. Tapi kalau dia kena penyakit lain, masih lagi cover. Banyaaaaaakk lagi penyakit lain yang dia boleh kena selain kecederaan pada kaki kiri. Ahli sukan pun ada yang bukan meninggal masa bersukan, malah ramai yang bermasalah jantung, kanser and so on. See..

Ada member ejen saya kata, dia sepatutnya bersyukur sebab exclude satu bahagian je. Ada orang yang NAK sangat buat insurans tapi tak dapat tau. Betul juga tu. Setakat ni saya tak ada lagi client yang kena reject permohonannya..

Back to square saya rasa Abang ni sebenarnya tak sedar lagi ruginya dia cancel plan insurans tu. Dan mungkin juga bayaran bulanan yang dia kena bayar terlalu tinggi bagi dia which does not meet dia punya budget. Tu sebab utama yang dia cancel rasanya.

Jadi kawan-kawan, insurans memang penting, tak dinafikan lagi. But it is also important to find an agent yang boleh bagi harga according to your budget, dan yang boleh bagi maklumat secara telus kepada anda. Above of all kalau you dah ada insurans, jangan terus terpedaya kalau ada ejen yang approach suruh stop insurans lama, then buat baru dengan dia. Anda mungkin rugi besar. Melainkan kalau insurans lama tu pun tak boleh diharap dan menghabis beras semata-mata. Things like this, tolong consult kepada yang lebih mengetahui. Kalau you all tanya saya, in shaa Allah saya tak akan bias. Saya cuma akan kata PruBSN is the best. Heheh. Seriously saya akan advice according to your needs. Saya orang jujur (sambil buat muka dedikasi).

Eh tertinggal. Kenapa saya rasa sayang sangat dia stop policy insurans dia (walaupun saya bukan ejen dia)? Sayang woohh. Kali ni Alhamdulillah dia cuma jatuh longkang. Masih boleh datang kerja hari ni. What if anything bigger happened? Adoi kesian kat anak bini dia tau. Ingatkan boleh claim insurans, sekali jer tak boleh sebab dah cancel polisi! Ajal maut jodoh pertemuan memang di tangan tuhan, tapi kan Allah dah suruh kita bersedia.

Qreazant books sampai!

Assalamualaikum selamat pagi Isnin=)

Quick update saja.

Ingat tak saya cerita pasal sewa buku kat Qreazant tu? Actually buku dah sampai hari Jumaat lepas lagi! Terlupa nak update. Read previous entry on Qreazant.

Cepat kan? Saya register dan buat payment RM144 (package 3 buku sekali sewa) hari Rabu, hari Jumaat buku dah sampai. Saya minta hantar ke alamat ofis, so easy! Kalau hantar alamat rumah kang tak ada orang pulak kan nak terima.

Jeng jeng jeng jeng!!
Diorang siap provide sampul pos laju untuk return buku bila habis baca nanti. Nak return pun senang, just inform them then they will ask Pos Laju to come and collect from us. No charges at all.

Buku apa sawa sewa? Eherm..First Things First, Kisah Para Nabi dan Rasul & Jutawan Saham giteww. Buku semua siap dah berbalut plastik so kurang sikit kerisauan kotorkan buku atau basah kena hujan ker huhu.. Saya memang suka angkut buku ke mana saja (walaupun pun tau  xsempat baca -_-; just the feeling of having a book with me makes me feel calmer heh)


I am trying to improve myself on time management and prioritizing and everything. Semua pun seems to be messy so obviously I am not trying hard enough T______T So saya cubalah baca buku First Things First ni pulak. Same author I think dengan 7 Habits of Highly Effective People tu. God please give me strength!! Walaupun the key point is just to DO IT. Memang betul benda yang paling susah untuk berjaya ialah DISIPLIN!

Jutawan Saham tu saya silap order. Supposedly saya kena baca buku introduction dulu for the beginners yang baru nak meneroka pasaran saham ni. Sekali jer buku ni dah masuk Swing mode trading and analysis pulak .Most of the methods saya dah tau juga sesikit because we used to trade forex before back in Japan. Tapi dah ada baca jer lah.

Buku kisah nabi ni saya baca, lepas tu cerita balik dekat anak-anak as bedtime story. I use the easiest words dan cara yang senang lah untuk budak2 faham kan. Setakat ni dah cerita kisah Nabi Adam dan Qabil n Habil. Bersiap sedialah dengan soalan 'KENAPA?' at the end of every sentence -____-; Pening mak kau nak cerita pun tak senang hahaha. Bertabahlah.. I'll try to make it a routine in shaa Allah.. Walaupun towards the end of each story mama nya macam dah mamai, cakap pun merapu. So anak2 pun bertabahlah dengan mama yer hahahahah.

Amboi tak quick dah pon entry ni.

Okaylah u guys just go check it out at qreazant.com yer.

Ini bukan entry berbayar. It's simply I love them much and I just believe that helping others succeed can be my success as well =)

Jumaat, 10 Oktober 2014

Petua murah rezeki dan melindungi kekayaan

Assalamualaikum salam Jumaat semua.

Mesti hati tengah berbunga-bunga sebab berapa jam lagi nak habis kerja kan. Weehuuu. Tak sedar diri kerja banyak kat ofice nih heheh.

Alhamdulillah hari ni ada vendor belanja makan lunch sushi. Rezeki jangan ditolak heheh.

Anyway, siapa nak tau petua murah rezeki?
Jangan lokek memberi.
Jangan asik aim untuk menerima je. Sepatutnya kita kena rebut peluang untuk jadi pihak yang memberi. Memberi takkan buat kita jatuh miskin. Memberi bagi kita nikmat, satu perasaan yang sangat seronok. Memberi dengan ikhlas tanpa mengharap balasan buat kita lebih tenang. Percaya tak? Kalau tak percaya, cubalah sendiri =)

Saya rasa kagum sekarang ramai sangat orang kita yang mula celik mata terhadap kewangan. Ada yang nak jadi pejuang hartanah, ada yang nak jadi saudagar emas, ada yang nak jadi jutawan saham. Memang bagus. Usaha ke arah memajukan ekonomi sendiri dan membela nasib keluarga, memang tak salah langsung. Malah ramai juga yang sanggup join seminar, kelas berbayar, mencari mentor dan sebagainya demi untuk berjaya. Syabbas bete syabbas! Semoga sentiasa berlandaskan jalan yang benar. Semoga Allah memberkati usaha kita semua. Amin Ya Rabb.

Namun dalam masa yang sama kita kena ingat tau, mengumpul kekayaan semata-mata tak lengkap tanpa melindungi kekayaan itu. Faham tak? Senarionya macam ni lah.. Kita kahwin lepas tu dapat anak-anak yang comel dan montel. Mesti kita nak protect anak kita kan. Takmau bagi kena penyakit, takmau bagi hilang kena culik, nak suruh membesar bagaikan juara.

Samalah dengan harta, wang ringgit kita. Kita penat2 kumpul, kalau tak protect, takut nanti habis sekelip mata. Let say kita kerja 10 tahun, dapat gaji kita simpan ke invest ke beli saham ke dapat kumpul RM50,000. Alhamdulillah.. banyak tu 50k.. kita pun berkira-kira nak travel keliling dunia lah contohnya. Tup tup tiba-tiba tak sempat p travel, kita kena sakit cancer. Kena buat emergency operation yang belanjanya RM50,000 jugak. Mana kita nak ambik duit? Kalau ada saving, mestilah saving dulu yang kita tuju kan? See.. kumpul harta bukan main lama dan susah payah, tapi nak hilang sekelip mata je. So nampak tak? Inilah yang dinamakan wealth protection using medical insurance. Kalau kita ada medical card, 50k operation cost tu dah kawtim dah, insurans company tanggung. So selamatlah 50k yang kita kumpul berpenat lelah tu. Contohlah..

Maaf ye entry yang boring lately ni. Hihi. Actually banyak benda nak cerita. Cerita raya contohnya tapi gambar semua dalam camera tak menyempat nak transfer lagi. So sabar je lah ye kawan-kawan semua hihi. Nanti kita cerita lagi=)

Khamis, 9 Oktober 2014

Segmen Bloglist November 2014 By Adeline

http://adelinelah.blogspot.com/2014/10/segmen-bloglist-november-2014-by-adeline.html
Click banner to join

Sakit penghapus dosa

Assalamualaikum semua.

Apa khabar hari ni? Khabar saya kurang baik. Gastrik dan sakit kepala adalah sangat tak selesa. Paling tak best rasa mual ni bluerghhh.. Sakit kepala sebab tak cukup tidur pun sama sebab tadi bangun tengah malam pam susu lepas tu dah susah nak tidur balik. Sabar lah ye. Anggap saja sakit sebagai penghapus dosa.

Tapi tulah siapa suruh semalam skip lunch. Sendiri cari sakit huhu. Semalam saya half day, pagi cuti, petang baru masuk ofis. Tapi tak sempat makan lunch sebelum datang. Malam baru makan nasi. Sudahnya datanglah sakit. Sabar lah ye.

Kita ni baru sakit sikit dah mengeluh. Tak boleh imagine macam manalah orang bertahan dengan sakit teruk macam cancer, accident semua tu kan. Ya Allah ampunkan dosa kami dan kurniakan kami kesabaran.

Macam mana pun sakit tetap akan datang kadang-kala sebagai ujian. Tapi mungkin juga sebagai rahmat. Sebab ada orang yang bila datangnya sakit, ukhuwah keluarga lebih terjalin. Ada yang lebih banyak mengingat Allah bila sakit. Inilah rahmat. Sabar lah ye.

Sakit memang boleh datang bila-bila tanpa diduga. Disebalik kesakitan secara fizikal, sakit pun akan beri kesan pada emosi dan hati. Tapi ada juga yang kata sebaliknya. Jika hati kita kuat in sha Allah lagi senang kita menghadapi dan melawan penyakit. Orang yang bersemangat tinggi untuk sembuh lebih cepat baik daripada orang yang meratapi kesakitan. Wallahualam.

Sakit juga akan beri kesan besar pada kewangan. Mengubat sakit perlukan duit. Ada duit in sha Allah hati lebih tenang dan boleh fokus untuk proses rawatan dan penyembuhan. Betul tak? Sebab tu ambik insurans dan medical card sangat penting. Dengan kos rawatan yang makin meningkat sekarang. It's always better to prepare early.

Kalau you all nak tanya saya pasal medical card, boleh tanya anytime. Ada masa kita jumpa sambil minum-minum. Saya belanja=)

Sewa buku dengan Qreazant.com


Sudah lama saya berhasrat nak subscribe Qreazant ni. Oh apa benda ni? Qreazant ni satu kedai buku yg offer book rental service. Saya memang suka! Walaupun ada banyak lagi buku menimbun kat rumah yang belum dibaca -_-; Tapi most yg ada kat rumah ni more to reference book. So handy to have so I can refer anytime. That's my excuse hehe.

Sebab apa saya suka sewa buku? Sebab saya suka buku. Hihi. Makes me feel like a little bit smarter haha.

Jom kita bandingkan antara beli dan sewa. Firstly, beli mahal! Sewa lebih murah. Secondly, tak membazir kalau sewa. In case kalau buku yg dipinjam xbest, baca xhabis pun boleh pulangkan jer balik. Thirdly, jimat space. Heheh kalau beli buku banyak-banyak mesti kena ada good storage system kat rumah supaya tak bersepah kan. Bila sewa senang, habis baca, pulang balik. Out of sight hehe. 4thly, good as book review tool. Kalau ada yg jenis suka wat koleksi buku dengan cita-cita nak buka library kat rumah, tapi at the same time nak jimat, boleh sewa dulu. Kalau best kang baru beli. Yang lebih best, transaction semua online je. Poslaju hantar buku yg dipinjam, pastu mai pick up buku untuk dipulangkan. Sesuai sangat untuk orang sibuk dan susah nak kuar rumah macam saya heheh. Anyway kedai dia kat Bangi. sesiapa yg dekat bolehlah p jenguk.

Check it out kat qreazant.com eks.Owner dia ni senior saya kat KYPM Bangi dulu. Grad Japan juga. Dia joint venture dengan kakak dia. Tapi saya xpernah jumpa secara directlah. Tapi senior satu U saya bestfriend dia, so selalu sangat dengar cerita pasal kakak ni.

Rabu, 8 Oktober 2014

Korban

Assalamualaikum semua.

Macam mana sambutan Hari Raya Korban tahun ni? Maaf saya tak wish pun selamat hari raya kat you all. Banyak benda yang sepatutnya dibuat pun tak terbuat. Things have been very messy lately. Astaghfirullah.. Kena sort out hati dan solat betul-betul baru tenang dan senang nak sort out yang lain-lain kan in shaa Allah.

Anyway, I had a wonderful raya with the in laws, siblings.. I love them so much although I don't show it to them that much.. Kena berkorban lebih lagi ni demi yang tersayang ihiks.

True

On another note, I seriously need to change because I really don't like how things are working out here. Change need sacrifice also. In fact bigger sacrifice. For things to change, I must change first. Discipline discipline discipline. The hardest thing to do.. I wish I can hypnotized myself into it heheh.

Nanti kita cerita ceritu lagi pasal raya ya. Nak cerita kena ada gambar sekali baru best.

That's all for now. Let's keep on moving forward people!

Jumaat, 3 Oktober 2014

Terima kasih top commentators!

Setelah 5 bulan blog ini beroperasi.. dengan ini saya nak menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan buat semua yang melawat blog saya yang tidak seberapa ini. Lebih-lebih lagi buat yang rajin memberi feedback yang bernas untuk entry2 saya juga =)

7 top commentators setakat seperti berikut:
  1. Mamakaori (45)
  2. Z@i Z@mR33 (25)
  3. Rai Ourkizuna (18)
  4. Kira Sakura (12)
  5. cik Anggur (10)
  6. Mimi Azirah (8)
  7. Petak Bunga (7)
Terima kasih tau.. saya taktau lah nak bagi apa. Saya kirimkan doa boleh? :P

Mamakaori especially mendahului rakan-rakan yang lain jauh tuuu.. Kita kasik cerita sikit. Akak kiter ni senior saya dekat JAD dulu. JAD stands for Japanese Associate Degree, tempatnya dekat KYPM Bangi. Dulu kitorang buat foundation before pergi Jepun kat sanalah. Selama 2 tahun, 8 jam sehari kami belajar bahasa Jepun plus other subjects @_@ Setiap hari ada test Kanji (tulisan Jepun yang macam China tu). Cumanya kat sana dulu saya nampak2 jelah mamakaori ni. Comel2 gitu orangnya. Saya ni pemalu takut nak tegur senior ni hehe. Senior yang kenal banyak sikit pun mungkin kakak2 usrah. Itupun diorang yang beriya nak membimbing saya ke arah kebenaran. Dulu2 zaman muda mudi, bila nampak kakak usrah jer lari ahahahahha buruk perangai. Jenuh kakak usrah pulak nak kejar kami hihi. Anyway mamakaori ni senegeri dengan saya, orang Ganu kiterrr. Wahwah orang Ganu memang comel2 kan. Ahaks! Apparently Rai Ourkizuna pun sama tempat juga kami. Hihi. Kecik donia ni kan..

Thanks again yer atas sokongan anda. Disebabkan mamakaori dah jauh sangat meninggalkan sahabat2 yang lain, saya rasa nak tukar widget buat top monthly commentator lah pulak. Barulah competetive sikit haha! Tapi saya tak jumpa pulak widgetnya. Share dengan saya pulissssss.. Manalah tau lepas ni dapat ilham nak bagi sesuatu ker kat pembaca yang disayangi sekalian ewah!

Serius ni. Tolong share widget monthly top commentator. Thanks in advance!

Berkorbanlah sikit demi manfaat jangka panjang

Dalam Utusan hari ni keluar artikel pasal Takaful. Secara ringkasnya dia kata;
  1. Tahap kesedaran terhadap kepentingan Takaful especially di kalangan Melayu sangat sikit. Hanya 13 daripada 100 orang memiliki sijil Takaful.
  2. Alasan utama ialah tak cukup duit sebab kos sara hidup tinggi. Sedangkan kebanyakan mampu beli kereta mewah, gajet elektronik dan sebagainya.
  3. Diorang ni actually tak nampak keperluan dan manfaat jangka panjang Takaful dan lebih cenderung spend duit untuk keseronokan jangka pendek.
  4. Skim Takaful menyediakan perlindungan dengan membayar sejumlah pampasan sekiranya peserta meninggal, sakit kritikal, kecacatan kekal. So disebabkan perjalanan hidup yang sukar diramal, semua orang sepatutnya mempunyai sijil takaful untuk melindungi diri dan keluarga.
  5. Kos rawatan semakin hari semakin meningkat. Kalau ditakdirkan kita mendapat sakit kritikal, apakah persediaan kita?
  6. Sebahagian kita sedar kepentingan Takaful tapi still buat tak endah. Until its too late.. Bila dah perkara dah jadi, kesian keluarga yang ditinggalkan terpinga-pinga tanpa perlindungan kewangan.
  7. Dalam masa sama pengendali Takaful sepatutnya memberi informasi secara lebih meluas bukan setakat di bandar sahaja. Sebab semua orang perlukan Takaful termasuk yang tinggal di kampung.
  8. Buat masa ni ejen berdaftar dengan pengendali Takaful yang banyak buat promotion. But there are certain agent yang hanya mementingkan aspect perniagaan tanpa benar-benar mendidik tentang Takaful. No Good! We need real prihatin agent here.
  9. Hopefully semua orang especially umat Islam kat Malaysia ni sedar kepentingan Takaful supaya diri dan keluarga sentiasa dilindungi ketika ditimpa musibah.
Klik link kat atas untuk artikel penuh. Gigih saya dah summarize kan untuk you all hehe.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Isteri-isteri sekalian, kita tak kan tau bila masanya suami tersayang akan pergi tinggalkan kita. Tolonglah ambil sikit masa untuk fikir, kalau suami kita tiba-tiba meninggal dunia, kemana nak kita bawa anak-anak semua? Nak tumpang rumah parents.. selama mana? Suami meninggal, pendapatan pun meninggal sama. Percayalah it will not be easy. Arwah ayah saya meninggal sebab accident masa saya form 4. Lepas tu kehidupan kami sangat susah. Duit biasiswa sekolah yang tak seberapa saya hantar kat mak dan adik2 di kampung buat belanja. Waktu rehat saya tak makan sebab tiada duit. Saya sudah laluinya sebab tu saya tau. Yang lain tak perlulah saya cerita lanjut.. (Alhamdulillah berkat doa ibu dan keluarga, cikgu, sahabat, dan kasih sayang Allah pada saya, merasa saya tamat pengajian kat Japan dulu)
Sekarang industri Takaful makin maju. Sudah ada pelan yang murah RM20 pun sudah boleh dapat perlindungan. Waktu sihat dan muda ni lah masa yang sangat sangat sesuai. Kalau dah sakit nanti belum tentu permohonan kita diterima. Application suami saya sampai sekarang belum approve sebab history sakit dia.
Yes tugas saya hanya berkongsi dan mendidik anda. Pilihan tetap di tangan anda. Kalau rasa nak jumpa saya boleh contact 012-2961984. Kalau you all ada kawan-kawan yang juga ejen takaful, silalah consult kawan you all tu pun tak apa. Kalau ada kawan yang mungkin memerlukan info ni macam surirumah sepenuh masa atau ketua keluarga dengan single income, tolong panjangkan kepada dia.


Dunia fitnah berleluasa

Assalamualaikum.. Salam Jumaat semua=)

Di hari Jumaat yang mulia ini, dengan penuh kerendahan hati, ingin sekali saya berpesan kepada kawan-kawan sekalian alam. Yakni, janganlah cepat sangat percaya apa sahaja yang you all lihat atau baca from the internet, FB, whatsapp segala-mala. Tolonglah sahabat take note, tak semua yang dipaparkan kat depan mata kita tu betul. Bila dah baca sesuatu yang kadang-kala berunsurkan provokasi ke atau yang buat kita beremosi ke, cuba tarik nafas dan bawa bertenang dulu. Lepas tu secara perlahan-lahan fikir dan analyze guna akal fikiran yang kita ada sama ada boleh percaya atau tak boleh percaya, benar ataupun auta semata. Dunia sekarang penuh agenda, penuh propanda. jadi berhati-hatilah. Kita takmau memperjuangkan sesuatu yang pada mata kita benar walhal sebenarnya itulah benda yang salah. Lebih ditakuti ramai pula yang menyebelah pada pihak yang salah dan yang benar pula dipandang serong malah dikeji dicaci. Lantas kita merasa selesa walhal kita sebenarnya dipihak yang salah.

Lebih-lebih lagi dalam dunia dihujung jari sekarang ni, terlalu senang fitnah tersebar. Cuma type dan update (status FB misalnya). Sesiapa saja boleh buat. Dengan ada pulak button 'share', sesiapa saja boleh menjaja cerita yang suatu waktu dulu kita panggil 'bawak mulut'. Sekarang tak payah bukak mulut pun dah boleh menabur fitnah nau'zubillahiminzalik.. Oleh yang demikian kawan-kawan, before you share something on the social media, please pause for a bit. Fikir dulu, whether info itu benar atau tak, mana sumber sahih, adakah memberi manfaat kalau kita share, tidakkah mengaibkan pihak lain, adakah mengundang dosa kepada kita.. the same goes before we update any status jugaklah.. Sebab tu saya rasa mengambil sikap berlapang dada amat penting. Helps us to think rationally before we do any action.

Saya mohon perlindungan Allah supaya kita semua tak terjebak dalam menjadi tentera fitnah ini. Amin. Oleh yang sedemikian wahai rakan taulan sekalian, di hari Jumaat ini marilah kita membaca surah al-Kahf dan bersedekah dan mohon ampunlah. Semoga Allah menerima amalan kita. Amin ya Rabb. *Mungkin inilah 'dekat' yang saya cari*

Wallahua'lam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...