Selasa, 30 Disember 2014

Carta kehidupan



Saya nak tanya satu soalan. Siapa kat sini yang tak mau hidup bahagia? Ada ke?

Semua orang nak hidup bahagia. Semua orang nak hidup senang. Semua orang nak hidup yang aman damai. Betul tak?

Tak ada orang yang nak susah. Tak ada orang yang nak kereta rosak. Tak ada orang yang nak sakit. Tak ada orang pun yang minta banjir, kebakaran, tanah runtuh. Tak ada. Kan?

Tapi kereta rosak boleh jadi. Banjir boleh jadi. Kemalangan boleh jadi. Sakit boleh jadi. Unfortunate events do happen.

Sebab Allah tak janji hidup kita sentiasa senang. Allah tak janji kita periksa semua mesti dapat straight A. Allah juga tak janji rumah, harta, tanah yang kita kumpul dengan susah payah akan terus kekal. Setakat kereta, Allah tak janji juga kereta kita tak kan rosak. Ada?

Allah kata, Dia bersama orang-orang yang sabar. Orang yang berjaya adalah orang beriman, orang yang menunaikan solat. Orang yang bahagia adalah orang yang bersyukur.

Sebab tu kita kena bersedia mentally, physically dan financially untuk any unfortunate events, sakit, kemalangan, hilang pekerjaan dan sebagainya. Simpanlah sedikit duit untuk masa susah. Jadi bila kita susah, tidaklah kita terlalu bergantung harap pada bantuan, pada kerajaan. Betul rezeki itu rahsia Allah. Kita kena tawakkal dalam masa yang sama kena usaha juga kan. Malah kalau takdir kita tak pernah susah, boleh juga diguna untuk bantu mereka yang susah.

Jalan ke arah financial success, yang pertama mesti ada insurans dan emergency saving. Berapa jumlahnya? Bergantung kepada tanggungan dan life style anda. Lepas dah ada 2 ni, barulah nak beli unit trust ke saham ke real estate ke. Yang basic fulfil 2 benda kat atas tu dulu. Insurans (takaful) dan emergency saving=)


Isnin, 29 Disember 2014

Mencari skin care

Saya ada terbaca somewhere yang mengatakan wanita adalah paling cantik pada usia 30-an. Eherm betul ke ni hihi.. Kalau begitu I might as well enjoy my 30s while I still can haha..

Anyway saya sedang mencari skin care yang sesuai. Selama ni memang kulit muka tak terjaga dengan baik. Dulu main sukan sampai hitam legam, sunblock pon tak pernah pakai. Hope it's not too late for me eheh. Saya pun bukanlah nak kulit cantik berkilat fulus mulus bak telur rebus bagai. Cukup sekadar bersih dan nampak fresh. Dan kalau boleh nak tona yang sekata. That's all.

Setakat ni ada 3 brand yang saya tengah consider..

1) Dermalogica - Herm.. saya ni terpengaruh dengan kakak officer kat kilang ni sebenarnya. Tengok kulit dia cantik bersih sekata je walau tanpa secalit bedak. Umur sekitar 40an. So saya selalu tanya kat dia. Katanya Dermalogica yang dia p kat Sunway Carnival. Dari segi harga memang agak mahal, about RM500 rasanya satu set. TAPI, quantity banyak ada yang 500ml macam tu. So mahal pun tapi habis lambat. Dia boleh pakai dalam 6 bulan.. lagi satu yang menarik sebab p kat kedai dia tu ada consultant. Dia boleh cek dulu jenis kulit kita macam mana, then baru dia recommend items yang sesuai.

2) Produk Jerslin - Produk ni femes dengan Jerslin Oil nya. Dia ada juga soap, lotion dan bedak sejuk. Yang ni harga memang murah. Buatan bumiputera. Dari segi produk safety, saya agak yakin dengan brand ni. Sebab kawan saya yang introduce. Dia ni pulak memang dietian kerja dengan KKM. Cuma dari segi keberkesanan tu yang tak tau. Sebab tak banyak review pasal soap atau bedak sejuk dia kat internet. Nak try pun boleh je sebab harga murah.

3) Xanzwhite - Ni mama yang whatsapp kat saya. Katanya produk research n certified by SIRIM. Satu set RM165, tapi kalau nak lengkap lagi RM300. Saya first time dengar brand ni. So taktau reliable ke tak. Betul ke SIRIM certified ni heheh..

You all guna apa? Ada sesiapa ada pengalaman dengan produk di atas? Bolehlah rekemen.

TAPI, saya bukan nak cantik dalam masa 3 hari. Bukan juga nak kulit berkilat macam cermin. I only need a decent skin care that is safe and works well with my skin. My skin type rasanya hermm not too oily, not too dry juga. Biasa saja. Acne pun tak ada sangat. Kadang-kadang saja muncul bila bulan mengambang. Price range pula.. Dermalogica tu limit lah.. Can not go higher than that. Saya bukan nak jadi ratu cantik. Sekadar nak menawan suami di rumah saja. HAHAHA.

Mabuk nasi dagang

Salam Isnin semua=)

Terima kasih lah kepada yang meneka kat entry sebelum ni hehe. Ramai yang dapat menjawab dengan betul. Yeay sila bagi tepukan untuk diri sendiri paci paci paci :P

Yes saya try buat nasi dagang lagi. Tapi kali ni tak guna dah beras Mak Cik Faiza. Saya cuma campur beras biasa dengan beras pulut. Kali ni buat dengan lebih bersemangat. Gaul betul-betul. Sampai arun 2-3 kali punya takut tak jadi he he he. Alhamdulillah akhirnya menjadi dah nasi dagang Mak Cik Siti.

Hari Sabtu tu, pukul 9 pagi mula rendam beras. Buat acar dan masak gulai ikan tongkol. Menjelang pukul 12 dah siap semua. Pack masuk dalam masuk tingkat, pastu kami p picnic kat rumah baru. Sambil-sambil nak menyetelkan hal-hal kitchen kabinet kat rumah tu.

Sebab apa saya beria-ia sangat buat nasi dagang ni? Sebenarnya saya nak bagi kat jiran bawah rumah. Dia orang Kelantan. Akak ni selalu je bagi bihun, kuih, kat kami. Tapi saya jarang sangat berpeluang nak membalasnya. Pinggan dia pun ada 2 dah kat rumah kami belum pulangkan lagi. Sampai lately ni dia hantar makanan dalam polysterin dah. Mungkin pinggan rumah dia dah habis -______-; Maafkan saya. Saya kadang-kadang masak, nak hantar kat dia. Tapi takda jodoh dia pulak takda kat rumah.

Samalah kali ni pun. Jenuh nak perabiskan 4 cawan beras kot saya masak. Semalam baru habis. Nasib baik budak-budak suka. Saya pulak terus rasa macam dah ketat-metat dah segala seluar baju haha. Yelah nasi tu bersantan, kuah gulainya pun bersantan. Lagi-lagi homemade ni memang mewah santannya. Berbeza kalau beli kat kedai hehe. Okay yer anak-anak dan bapak, dengan ini mama mengisytiharkan mama cuti dari buat nasi dagang sehingga pemberitahuan kelak.

Alaa Kakzakie, gambar ni je yang ada. tak dan nak hias cantik2 lam pinggan hehe..

Apa pun eksperimen berjaya. Misi tercapai. Alhamdulillah. Hihi.

Jumaat, 26 Disember 2014

Bantu mereka

Untuk warga Penang, ini saya dapat dari news kat NST:

GEORGE TOWN: The Penang government is calling for generous contributions of essential goods to help states stricken by floods.

State Welfare, Caring Society and Environment committee chairman Phee Boon Poh called on the public to donate, especially to the flood relief centres in Perak.

"As of now, we urgently need bottled water, milk powder and sanitary pads for the 50-odd relief centres in Perak.

"We have also packed some 10,000 pieces of recycled clothing to be distributed to those displaced," he said when contacted today.

Phee added that Penang was keen to help the east-coast states but was advised to only do so when the floods there have subsided.

"This morning, we have contacted the flood relief centres in the east coast, they advised us to avoid going there as all roads are closed.

"So we have decided that, the closest we can go is Perak," he said.

Those interested to contribute can head to the Caring Society Complex (Kompleks Penyayang) at Jalan Utama in George Town or call the Penang Welfare Department at 04-6505259.

Alternatively, the public can also channel their donations to the respective district Welfare Department offices at:-

Balik Pulau - Kompleks Pasar Awam MPPP.
Kepala Batas - Wisma Persekutuan, Jalan Bertam, Kepala Batas.
Bukit Mertajam - 2nd floor, Wisma Hock Teik, No. 1778, Jalan Ciku.
Jawi - First floor, Block B, Kompleks Jabatan Kerajaan, Sungai Jawi.
--------------------------------

Atau paling mudah, derma melalui SMS. RM1 pon boleh. Jomlah sama-sama bantu.


Tadi ustaz kat IKIM kata, jangan diingat musibah ini sesuatu yang buruk sahaja. Kita tak tau rahsia Allah, kita tak tau apa Allah nak bagi pada kita selepas ini. Mungkin sesuatu yang lebih manis dan berharga daripada apa yang kita ada, apa yang kita ada tapi dah hilang.

Tolonglah..paling kurang RM1.. serta doa yang berpanjangan..

Heartbreaking

Assalamualaikum semua. Salam Jumaat=)

Berita-berita banjir kali ini betul-betul menyedihkan saya. Allahuakbar Allah Yang Maha Besar.. Hanya dengan air, hanya dengan air yang sehari-hari kita guna untuk minum, masak, mandi.. Hanya dengan air itu kawan-kawan semua, Allah berupaya menurunkan musibah buat umat manusia. Benarlah Allah itu Maha Kuasa. Hanya Allah yang Maha Hebat peraturannya.

Setelah agak lama tak scroll FB, cuti semalam saya ambil peluang tengok update tentang banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Memang sungguh sedih rasanya. Melihat ada yang terperangkap di tingkat 4. Melihat ada ibu yang sarat. Melihat ada yang bersalin di hutan. Melihat ada yang kelaparan setelah berhari-hari terputus bekalan.

Very heartbreaking. Sungguh mengganggu emosi saya. Sebab tulah terkadang saya elakkan dari membaca dan melihat berita-berita yang sedih begini. Sebab saya begini orangnya, cepat terkesan dengan kesedihan orang lain.

Tapi cerita banjir kali ini pastilah berbeza. Bukan sesuatu yang saya patut elak dari mengetahuinya. Apatah lagi Terengganu tanah tumpah darah saya. Kelantan juga ramai saudara-mara. Kawan baik saya di sana juga sedang menunggu masa kelahiran anak kedua.

Tidak terbayang dek akal saya. Kalau saya  berada di sana. Dengan anak kecil bertiga. Kasihannya saya pada anak-anak di sana!

Atas sebab kasihan pada mereka, walau dilanda selsema dan badan terasa kurang upaya. Semalam saya gagahkan juga diri memasak untuk keluarga. Apalah sangat selsema yang sedikit. Sedang di dapur masih punya beras dan telur. Sedang hidup dengan selesa. Sedang tidur masih boleh lena. Apalah sangat susah saya!

Allah sedang menguji mereka. Malah Allah juga sedang menguji kita. Mungkin ini peluang kita berbuat pahala. Berbuat kebaikan yang terkadang kita lupa. Jika punya kelebihan wang ringgit, bantulah mereka. Atau bantulah dengan doa. Kerana hanya Allah yang punya kuasa mutlak ke atas air, hujan, dan juga kita.

Saya doakan keselamatan mereka. Dan saya doakan mereka redha..


Rabu, 24 Disember 2014

Cinta Nasi Dagang Tak Kesampaian

Sebelum orang datang ketuk pintu rumah saya bertanyakan nasi dagang (hehehe), biarlah saya ceritakan kesudahannya yang begitu tragis sekali.

Nasi dagang saya tak menjadi T__________________T
Agak keraih hinggakan lenguh rahang mengunyahnya T___________T
Haikal panggil nasi kicap keras T_______________T

Beginilah rupanya masa baru-baru nak kukus. Tapi nasi dagang yang saya makan kat Terengganu bukan macam ni tau. Tu yang saya tak konfiden nak masak ni.

Bila beras dah kembang sikit, berlaku lah upacara penggaulan dengan pre-mixed santan, hirisan bawang, halia, halba, gula dan garam.
Setelah dikukus sekian lama sejam lebih kurang, beras yang putih dah masak dan lembut rasanya. Masalahnya beras yang perang ni masih lagi rasa macam padi. Saya pun tak tau beras jenis apa sebenarnya ni. Padi biasa ke padi jenis lain ka. Pening kepala memikirkannya. Ni yang sambil masak sambil hands-free calling dengan mama. Dia suruh whatsapp gambar beras perang ni. Katanya patutnya dah masaklah ni mungkin rasanya agak keras begitu.  

Jam pun dah pukul 9 pagi, perut anak-anak dan mak bapaknya dah lapar. Kita makan ajelah.. Alhamdulillah boleh dimakan. Lepas tu takde sesapa yang sakit perut hehehe. Cuma rasa nasinya agak keras huhu. Gulai ayam dan acar saya dah buat malam sebelumnya lagi.

Alhamdulillah nasib baiklah gulainya menjadi. Ini second attempt saya buat gulai guna rempah cap bunga rose ni. Hari tu buat dah gulai ikan tongkol. Diorang punyalah suka makan bertambah-tambah sampai kena masak nasi lain untuk satu sesi makan malam. Kali ni sebab anak-anak dan bapaknya suka memakan ayam maka saya pun buat gulai ayam lah demi orang tersayang.

Inilah pengalaman pertama saya buat nasi dagang sendiri tanpa mama disisi haha. Sebenarnya kan, saya tak masukkan susu seperti yang diarahkan oleh Mak Cik Faiza. Saya ikut cakap mama, cuma masuk santan saja. Mungkin tak cukup santan. Mungkin juga Mak Cik Faiza murka dengan saya, maka tak menjadi nasi dagang saya hehe. Mungkin juga saya kurang selawat dan tawakkal, asik risau nasi tak jadi. Lalu Allah menurut sangkaan hambanya. Sebab tu lah kita ni kena positif sentiasa. Negatif akan menarik negatif jua adanya. (Bercanggah dengan teori electron ni hehehe)

Maka saya telah berjanji dengan mama, balik kampung next time nak buat sesi eksperimen lagi. Abang Veder pun dah kedengaran request nasi dagang lagi.. saya dengar sayup-sayup di telinga hahaha..

Cara masak nasi dagang Mak Cik Faiza

Salam semua=)

O0o0 ada juga yang nak tengok hasil air tangan saya membuat nasi dagang ye. Hihi..

Sebelum tu saya kongsikan cara membuat nasi dagang menurut Mak Cik Faiza.
  1. Rendam beras Faiza 2-3 jam. Lepas tu, bersihkan dan tos.
  2. Kukus beras Faiza sampai kembang.
  3. Angkat dan gaulkan beras Faiza bersama hirisan bawang merah, halia, halba, garam, gula, santan dan setin susu lemak manis.
  4. Sambung kukus sehingga nasi dagang anda masak.
Begitulah lebih kurang nya yang dia tulis kat belakang packaging dia tu. Lupa pula nak bagitau sepeket beras Faiza mengandungi 2kg beras, RM19.90 ke RM19.60 macam tulah..

Petang sebelum beli tu saya dah Whatsapp mama. Buat kesekian kalinya bertanya cara-cara masak nasi dagang hehehehe. Nasiblah mama rajin melayan. Tulah dulu kat rumah taknak belajar. Sekarang baru nak hegeh-hegeh. Cara mama buat pun lebih kurang sama je lah macam cara yang Mak Cik Faiza ajar tu. Cuma mama kata rendam beras semalaman pun tak apa. Dan tak ada pulak mama suruh bubuh susu tu. Sehebat mana pun Mak Cik Faiza, nasi dagang mama tetap dihati=)

Bersambung...

Selasa, 23 Disember 2014

Nasi dagang idaman kalbu

Salam all=)

Sesungguhnya saya ni asalnya dari Terengganu. Kot ada yang taktau hehe. Jadi memang masa kecik biasa sangat makan nasi dagang ni tau. Buat yang taktau nasi dagang kami makan masa breakfast. Ingat dulu sanggup lepas Subuh keluar p beratoq kat Mak Cik nasi dagang kat kampung sebelah. Fuh memang marvellous dan famous amous nasi dagang dia. Kalau pergi lepas pukul 7 alamatnya bye bye lah.. Habis kau!

Saya dah ada belajar buat nasi dagang ni dengan mama dulu kadang-kadang kali balik cuti. Tapi masalahnya masa mama masak saya tak ada, masa nasik dah siap baru saya muncul. Haha nampak tak cakap kat mama nak belajar masak walhal nak makan yang lebih. Alasan!

Berapa minggu lepas saya terjumpa beras nasi dagang Faiza ada jual kat kedai runcit depan rumah. Terus teruja rasa dihati ada can nak masak nasi dagang sendiri. Walaupun pelik juga awatnya nasi dia beras dia banyak kaler koko. Lalu saya pun beranggapan oh ini mungkin versi Kelatey tapi bolehlahhh. Kebetulan mama ada bagi rempah gulai cap rose untuk buat kuahnya hari tu masa mama balik dari Terengganu. Rempah ada 2, satu yang biasa satu dia tulis rempah masak..




So apa jadi dengan nasi dagang saya??
TO be continued.. tihihi

Khamis, 18 Disember 2014

Hijrah hati

Assalamualaikum semua=)

Suka saya nak share apa yang saya dengar kat ikim semalam. Slot Islam Itu Indah tapi lupa nama ustaz nya -__-;

Katanya orang boleh dibahagikan kepada 3 jenis:
1. Orang berjaya : Yakni orang yang hari ini lebih baik dari semalam.
2. Orang terpedaya: Yakni orang yang hari ini sama dengan hari semalam.
3. Orang celaka: Yakni orang yang hari ini lebih buruk dari semalam.

Baik dari segi apa?
Ada 2 iaitu baik dari segi amalan sebagai hamba, dan sebagai khalifah.

Bagaimana menjadi orang yang baik?
 Pertama sekali kena buat ialah hijrahkan hati kita. Hijrah untuk meninggalkan kejahatan. Hijrah dari percaya kepada yakin.

3 sebab orang buat jahat adalah:
1. Tak yakin pada Allah.
2. Tak yakin pada akhirat.
3. Terlalu cinta pada diri dan tak mengasihi orang lain.

Jadi orang Islam yang berbuat jahat ni sebenarnya hanya percaya (pada Allah), tapi tak yakin.

Apa beza antara percaya dengan yakin?
Percaya ini dengan akal, tapi yakin dengan hati.
Percaya ini dengan berfikir, tapi yakin dengan merasai.

Contohnya:
Orang yang tahu Allah mendengar berbeza dengan orang yang merasai Allah mendengar.

Percaya sahaja hanya cukup untuk mengesahkan iman seseorang. Menjadikan seseorang itu Muslim.
Tapi dengan yakin meresap dalam hati, menjadikan seseorang itu mukmin.

Bagaimana menjadi seorang mukmin?
Adalah dengan ilmu. Ada sahabat (atau imam, maaf saya tak sempat take note namanya) mengatakan bahawa definisi ilmu itu adalah ketibaan makna pada hati. Ilmu bukan setakat mengetahui, tapi perlu dirasa dengan hati.

Oleh itu untuk menjadi orang yang baik kita perlu yakin pada Allah, pada hari akhirat (IMAN) serta mengasihi orang lain (UKHUWAH).

Setakat ini saja yang sempat saya take note. Semoga bermanfaat.

InsyaAllah lepas ni saya nak cuba sampaikan pada anak-anak pula. Semoga kita semua menjadi orang mukmin. Amin..


Selasa, 16 Disember 2014

Berakhir sudah penaklukan Lindt Cafe

Ada dengar pasal pergerakan keganasan yang menjadikan orang-orang dalam Lindt Cafe kat Australia? Saya dengar sejak semalam kat TV pastu radio pastu astro awani.. Mereka yang dijadikan tebusan must have went through a nightmare.

Mengganas dengan menggunakan nama Islam..
So not right..

Apapun saya doakan pengakhiran yang baik buat segala kemelut yang melanda dunia fana ini... Amin.

Isnin, 15 Disember 2014

Better me

Salam Isnin semua=)

I bet you all ada masa tiba-tiba rasa down kan. Especially for us women. There was a time dulu-dulu saya pernah depressed tersangat I thought of hurting myself. Masa tu severe PMS agaknya. Tambah tension dengan husband masa tu asik main game jer. Last-last saya keluar dari rumah dan pergi jalan kaki sensorang round punya round sejam ada kot. Sampai rumah, husband masih lagi tetap dengan gamenya. Entah-entah dia tak perasan pun saya keluar -___________-;

But those were when I was younger lah. Emosi tak stabil haha. Pantang terjentik merajuk ahaks!

Nevertheless, still lah kita kena improve ourself to be better, day by day kan. Bila dah jadi mak ni lagi lah, have to better in order to raise better children.

I am not good, I did wrong things, but I commit myself to be better. Sebab kita pun taktau how much time we have left. (A client of my colleague just died after giving birth to her 2nd child..muda lagi orangnya).

Saya yakin we can get through life better if we have more ilmu. Pasti kita lebih redha, lebih yakin, lebih maju ke hadapan kalau kita berilmu.

Dan ilmu hanya boleh diperoleh dengan belajar, dan membaca.

Jom kawan-kawan kita membaca. Bacalah kitab yang satu. Penerang hati penunjuk jalan. Insha Allah berjaya dunia akhirat. Amin..

Ahad, 14 Disember 2014

Best Takaful Operator


Tahniah PruBSN Takaful.
Tahniah our clients who constantly support us.

Semua berhak memilih takaful operator masing-masing.
It's okay so long you dah ada awareness.

But we're the best in Asia!
Just tot the idea might help you picking the best provider for you:)

Jumaat, 12 Disember 2014

Undang-undang 3 hari

Suatu hari cuti yang indah saya berjalan-jalan dengan niat nak window shopping kat Pavilion.

Jalan punya jalan punya jalan sampai nak naik lenguh kaki, dah lah pakai heels pulak tu. Bertambah lenguhnya.. tapi nak nampak cantik punya pasal, lenguh pun lenguhler. Bukan orang tau pon hehe.

Tiba-tiba saya lalu kat satu kedai ni, nampak sehelai dress warna merah kembang setaman yang dipakai oleh cik patung. Dalam hati saya Oh My Gucci!!! Cantiknya. Tiada dress yang lebih cantik tiada yang lebih indah tiada yang lebih bersinarrrrr selain dress merah di depan mata. Menepati cita rasa, menepati impian yang selama ini diidamkan. Simple yet so elegan! Hurm..

Tiba-tiba teringat pula tahun depan nun nanti ada company dinner. Dalam kepala dah terbayang, kalaulahh..kalaulahhhh..kalaulah saya dapat pakai dress ni nanti alangkah bahagianya. Alangkah indahnya hidup ini. Tiada yang lebih indah lagi. Mungkin nanti boleh menang best dress, dapat voucher Jusco RM50 :P

Lalu kaki melangkah masuk ke dalam kedai. Mata melilau cari tanda harga. Mana ni tanda harga ooooiiii menyorok pulak ye. Tak jumpa cari dengan mata, tangan pun mencapai dress idaman hati. Sambil merasa tekstur dan membelek material kain dengan jari tulus temulus saya. Oh lembutnya kain dia.. bagaikan sutera. Cantiknya jahitan dia tiada cacat celanya.

Lantas terjumpa benda yang dicari-cari. Tanda harga!! Dalam hati ada sedikit nervous nak tengok harga dress pujaan hati. Sebelah mata dipejam, tengok guna sebelah mata saja. Dengan harapan boleh meneutralkan rasa..

Mak oih!! RM499!!

Mahalnya!!!

Tapi kan ke cantik. Kan ke pujaan hati idaman kalbu. Kan ke inilah dress paling jelita yang pernah saya jumpa sepanjang hayat ini?

Apalah sangat RM499.. Tak sampai RM500 pun.. Guna credit card dulu, nanti dah dapat gaji saya bayarlah balik. Alaa boleh punya lahh. No hal lah.. sap sap soi je nih..

Sreeeeeeeeeeeeetttt bunyi leretan kad VISA.

That's it! The damage has been done!

Maka bulan depan dan bulan seterusnya, bercatulah makan saya. Tiada lagi makanan bernutrisi, hanya mi segera hari-hari..

----------------------------

Amacam.. does it sounds real? Okaylah saya ada sikit-sikit tiru Sophie Kinsella tihihihi..

My dear friends, kawan-kawan saya sekalian.. inilah yang kita panggil impulse buying. Membeli benda yang kita sebenarnya tak perlu, tanpa berfikir panjang, malah membawa kerosakan kepada akaun bank kita. This is very very dangerous ye.

And this doesn't apply to benda yang mahal-mahal saja. Benda yang tak begitu mahal pun sama juga. As long as we don't need it, kalau beli juga maka membazirlah namanya.

Tak salah membeli-belah, asalkan, dan pastikan that we can actually afford it! Jangan nanti hujung bulan gigit jari.

So inilah tips nya ya. Macam mana nak mengelakkan diri dari TERBELI sesuatu yang kita tak berniat pun nak beli. Bila kita rasa nak beli benda tu, sabar dulu. Relax.. tarik nafas, hembus. Tarik, hembus.. perlahan-lahan angkat kaki keluar dari kedai. (Kalau online, cepat-cepat tutup browser :P)

Lepas tu cuba fikir secara waras, pertimbangkan dulu. Is it worth your hard earned money or not. I bet masa tu, hawa nafsu akan mengatasi akal fikiran kita dan mengarah kita untuk beli juga hehe.

That's why we wait. Sebelum beli sesuatu, cuba tunggu 3 hari. Lepas 3 hari, fikir balik, betul ker kita masih nak beli benda tersebut. Saya rasa most of the time, perasaan nak membeli yang membuak-buak sebelum ni tu akan pudar. Takda rasa dah.. If it does, selamatlah poket anda=)

Jadi bila kita rasa nak beli sesuatu yang tak perlu, apa kita buat kawan-kawan?
Berhenti. Tunggu 3 hari. Fikir balik.

Kalau masih rasa nak beli, cuba tunggu 100 hari. Haha. Tipu. Kalau dah nak beli juga, belilah. Tiada daya saya menghalangnya. Kalau boleh kumpul duit sampai cukup baru beli ye.

p/s: Kalau anda tengok, sebab tu kedai buat pelbagai offer yang menarik, pelbagai diskaun hebat yang timely limited. Semua ni nak ambik kesempatan atas perasaan teruja anda. Hehehe..



Syurga yang dicita

Salam Jumaat semua=)

Setiap hari adalah peperangan (bagi saya). Everyday is a battle. Perang melawan nafsu amarah, perang melawan nafsu malas, perang melawan bisikan syaitan yang direjam, perang melatih sabar. Dalam kebanyakannya, sering saya tewas. Lemahnya saya. Sungguhlah syurga Allah itu mahal.

Bukankah syurga itu indah?
Bukankah syurga nanti keadaanya tenang, nyaman, nikmat senikmatnya?
Bukankah di syurga kita sentiasa muda jelita?
Bukankah di syurga nanti kita bebas menikmati buah-buahan yang lazat bila-bila masa?
Bukankah di syurga nanti mengalir sungai-sungai yang sejuk dan nyaman airnya?
Bukankah syurga (akhirat) itu kekal selamanya?

Berperanglah di dunia, demi syurga yang dicita..


Khamis, 11 Disember 2014

Mencari homestay di Golden Triangle KL

Salam semua=)

Saya tengah plan untuk a very short vacation to KL next month. Ada training kat Phileo Damansara hari Ahad, so hari Sabtu ingat nak bawa anak2, mama dan adik2 berjalan sikit. Sebab kami ni total 9 pax so rasa macam tak sesuai pula nak ambil hotel.

So saya cari homestay yang:
  1. Boleh masuk 6 orang dewasa, 3 budak kenit.
  2. Location kalau boleh dekat atau senang nak pergi KLCC.
  3. Kalau dekat dengan station Rapid KL pun best, boleh saya p training naik public transport je.
  4. Kids/family friendly. Ada pool and playground adalah idaman.
  5. Budget sebolehnya bawah RM300, lagi murah lagi bagus hehe.
  6. Basics requirement: bersih, kemas, selesa dan selamat.
  7. Kalau boleh nak checkout lambat sket around 2 or 3 pm.
Saya sebenarnya tak tau nak pergi mana. Setakat ni hanya terfikir Aquaria KLCC atau Petrosains. Tu yang nak dekat dengan KLCC. Blur taktau nak pergi mana sebab nak bawa budak2 dan orang tua sekali hehe. Lagipun hari Ahad saya nak keluar awal pagi. So tidaklah nak beraktiviti berat sangat.

So sesiapa ada homestay atau boleh suggest mana-mana tempat yang bagus amat dialukan. Thanks!!

p/s: Saya pun tak tau Golden Triangle tu kat mana haha. Dekat website cari hotel banyak tulis tu. Saya agak tempat yang boleh jalan kaki pergi semua shopping malls dekat2 Pavi dekat Bukit Bintang tu kot. Betul tak?

Selasa, 9 Disember 2014

Ada insurans tapi tak pernah guna? - CMK #1

Komen blogger:
Zumal ada amik insuran tapi tak pernah guna pun... Hehe ^-^

CikSiti membalas komen:

Ini adalah sebenarnya bagus! Tahniah dan syukur alhamdulillah.. kerana ini tandanya Encik Zumal seorang yang sihat dan pandai menjaga kesihatan =)

Tiada istilah RUGI ada insurans tapi tak pernah guna. Of course kalau kita betul-betul sakit, better guna insurans yang kita bayar bulan-bulan tu. Tapi kalu tak pernah sakit, that's really a blessing for you. Taukah anda ada plan yang provide NO CLAIM BONUS? Kalau you all tak pernah sakit dan tak pernah claim untuk tahun itu, syarikat insurans (Prudential contohnya) akan bagi sejumlah amaun mengikut dalam polisi. Nak tau you all eligible ke tak? Sila cek polisi masing-masing hehe.

Dan suka saya nak ingatkan janganlah sengaja-ngaja jer nak admit masuk hospital walaupun sebenarnya tak berapa sakit. (Ada kes macam ini). Kerana ini akan merugikan anda juga! Antara keburukannya:
  1. Mengurangkan dana perubatan dalam pelan anda. Kalau sekali admit 5-6 ribu, makin lama makin sikit lah tinggal dalam coverage limit tu. Nanti kalau betul-batul sakit teruk, nak guna dah tak cukup kan susah.
  2. Menyukarkan anda untuk upgrade pelan/beli insurans baru. Pihak insurans boleh detect setiap kali anda admit. Kalau nanti nak upgrade pelan contohnya dari R&B (room n board) RM100 ke bilik lebih tinggi, disebabkan history admit yang banyak, mungkin akan di reject.
  3. Boleh mengakibatkan harga insurans naik secara keseluruhan. Kalau semua orang duk pakat claim je, lama-lama dana dalam pool pun tak cukup untuk cover semua orang.
Itu saja setakat ini.. yang penting JAGA KESIHATAN dan amalkan gaya hidup sihat. Mencegah lebih baik dari merawat. Tapi worst case kalau sakit (sakit kan ujian dan rahmat dari Allah), insha Allah tak perlu risau pasal bil rawatan dah kalau ada insurans beserta kad kesihatan.

Komen ini daripada entry : Eh, insurans saya tak cover hospital?!
Lawat blog pengomen: Dunia Zumal

Slot CikSiti membalas komen ini mungkin akan menjadi rutin. Teruskan mengomen, bertanya atau beri pendapat. Mungkin selepas ini giliran komen anda pula diulas oleh CikSiti =)

Isnin, 8 Disember 2014

Eh insurans saya tak cover hospital?!!

Assalamualaikum..
Salam pagi Isnin=)

Malam semalam saya dapat call dari seorang client. Katanya suami dia 2-3 hari ni sakit kepala, kalau pergi buat further check up dekat hospital cover tak?

Sadly saya terpaksa cakap tak cover kak..

Sebab apa? Sebab plan yang diorang ambik tu (PruBSN Protect) cover kematian, accidental dan criticall illness (lump sum payment). Tak ada medical card.

Mereka bajet kurang seratus, jadi memang saya bagi pelan yang affordable for them. Atas faktor usia agak tinggi, tambahan merokok pula, untuk ambik medical card memang kena allocate lebih sikit..

Saya dah explain pasal tak ada medical card ni banyak kali. Mungkin dia lupa. Next time saya kena explain supaya orang betul-betul faham dah tak lupa. Hehe boleh ke? Berusahalah.

My point is, ramai sebenarnya yang taktau apa benefit yang ada dalam insurans yang diorang ambil. Sama ada tak faham langsung, atau lupa. Bila tanya dah ada kad kesihatan ke belum semua cakap dah. Tapi sebenarnya tak ada. Insurans tu sama ada cover nyawa sahaja, atau accident sahaja.

Selalunya orang cepat-cepat je cakap dah ada insurans sebab nak lari dari ejen hehehe.

So cuba cek balik polisi insurans you all. Apa benefit yang ada? Cover apa? Cover berapa? Jumlah manfaat masih valid ke tak valid?

Kalau tak berapa faham, boleh tunjuk kat saya. Saya boleh review dan explain semampu boleh insha Allah. No charge hehe. Insurance company mana pun tak kisah okay. If you need my help just mention it here okay.

Till then, happy working all=)

Khamis, 4 Disember 2014

Protect

Assalamualaikum semua=)

Sekejapan saja dah hari Khamis kan. Kerja ni macam apa pun tak siap. Hehehe. Berusahalah!

Syukur Alhamdulillah satu takaful application untuk suami kepada kakak clerk ofis saya baru saja lulus. Lama pending application dia due to existing condition. Suaminya ada history slipped disc..

Maklumat suami,
Umur: 40 tahun
Status merokok: Yes
Pekerjaan: Lab Technichian

Monthly contribution (payment): RM55

Benefit yang dia dapat dari pelan ini,
Kematian/Hilang upaya kekal: About RM80,000
Manfaat kemalangan: RM20,000
Manfaat rawatan outpatient akibat kemalangan: RM2,000
Term: 11 tahun

Sepatunya mengikut quotation RM50, tapi kena tambah RM5 sebagai loading (sebab ada slipped disc). Tak faham takpa, nanti saya share lagi=)

In summary, kalau suami ni meningal dunia, RM80,000 akan diserahkan pada isteri. PruBSN Protect ni pelan traditional jadi sangat affordable kan. Bayar RM55 sebulan, dapat RM80,0000 jika meninggal.

Ini sekadar ilustrasi dan harga serta manfaat kat atas ni cuma applicable untuk this particular person only. Lain orang, lain condition, lain jumlahnya ye. Kalau nak tau berapa you/suami punya exact figure untuk pelan ni, bagi kat saya birthday, smoking status dengan pekerjaan. Saya boleh buatkan quotation. Kotlah nak planning untuk tahun depan-depan ke kan. Tanya je takmau terus ambik pon takpa.

Maaflah kalau you all pening baca ni hehe. Jangan risau, tak faham pun tak apa. Memang pening sikit sebab tu saya prefer terus jumpa dan explain face to face. Lebih simple sebenarnya.

Kes ini, isteri yang buat application dan bayar untuk suami. Sebab kalau apa-apa jadi kat suami, isteri yang akan sambung menanggung keluarga dan anak-anak nanti kan. So isteri-isteri semua boleh consider ni ye kalau suami anda jenis yang takmau tambah commitment untuk insurans.

Tapi sebolehnya suami lah yang beli lebih manis. Bukankah tanggungjawab suami tu. Apa kata tahun ni bagi surprise kat isteri dengan beli takaful sebagai hadiah anniversary hehe.

Either way, mana-mana pon boleh. Kalau you all dah ada existing ejen yang service you all untuk current punya insurans, cuba tanya kat dia pasal pelan ni. Tapi nak tanya saya pon boleh je=)

Rabu, 3 Disember 2014

KY

Assalamualaikum semua=)

Dari semalam saya terfikir nak buat entry pasal KY ni..

Siapa tau apa itu KY? Kalau ada yang kerja company Jepun maybe taulah kot ni.

KY atau nama penuhnya Kiken Yochi (危険予知).


Maksudnya Danger Prediction. Dalam setiap situasi yang kita hadapi, cuba kita imagine apa bahaya yang tersembunyi atau yang boleh timbul. Cek dulu betul-betul sebelum buat sesuatu tindakan. Check Safety Before Action! Mungkin dari situ kita boleh nampak apa bahaya yang ada dan boleh eliminate the source.

Contoh yang senang lah saya bagi. Jenis bahaya: Kebakaran di dapur. Bila nak masak kat dapur, sebelum buka api, cek dulu ada tak benda yang highly flammable contohnya kertas ke dekat tepi-tepi stove tu. Dalam masa yang sama cek juga whether kipas terpasang ke yang boleh menyebabkan benda-benda terbang ke arah api. Kalau ada, eliminate the source. Bila dah rasa selamat, baru buka api. Sekadar contohlah..

Jepun yang terkenal dengan bermacam-macam jenis sistem dan salah satunya yang paling ditekankan adalah dari aspek keselamatan. Lagi-lagi kalau tempat kerja yang agak kritikal dari segi safety macam kilang, site dan sebagainya. They are really good at handling this safety matter walaupun sometimes rasa macam absurd. But better be safe than sorry kan.

KY ni boleh di practice anytime, anywhere dalam setiap aspek kehidupan kita sebenarnya. Dah jadi responsibility kita untuk mengelakkan bahaya walau dimana berada. Especially parents with kids. Kena sentiasa cek safety untuk anak-anak juga kan..

Maybe later I will share more on this. In the meantime, please stay safe yer peeps=)


p/s: KY dikalangan anak-anak muda Jepun juga ada maksud lain selain Kiken Yochi. Iaitu KY=Kuuki Yomenai (空気読めない). Ini kalau direct translation dia 'tak boleh membaca udara'. Hehe boleh faham tak? Kuki Yomenai ni selalu digunakan macam kata sifatlah bagi orang yang kurang sensitif dengan keadaan sekeliling dia. Contohnya kan macam ni.. Aminah dan Aisyah ni tengah sedih pasal sesuatu, muka suram je tak ceria takde moodlah orang tengah sedih kan. Tiba-tiba Ali ni boleh pulak buat lawak ntah apa2 tanpa dia sedar pun yang kawan-kawan dia ni tengah bersedih sebenarnya. Ini contohlah..


Selasa, 2 Disember 2014

Pengomen tegar Nov 2014


Assalamualaikum semua=)

Terima kasih sebab datang berkunjung kat blog CikSiti ni. Saya harap you all semua tak bosan baca entry saya. You just wait, I will bring more boringness into your world because I am now studying on becoming a free writer hahahhaha. If I do become a writer, please support me yer *jingjingjing*

Saya dari dulu suka menulis. Dan berdasarkan pengiktirafan cikgu-cikgu kat sekolah, I think I am quite good at it. Jadi saya suka bila ada homework karangan haha. Karangan pertama saya masa darjah 4, cerita pasal lebah (rasanya) dapat markah 90 lebih hehe. Lepas tu saya ada menang pertandingan inter-school menulis karangan biografi 'Saya sebuah basikal'.. Tapi mungkin juga sebab saya tak banyak saingan kot kat sekolah dulu. Kalau pergi sekolah yang lebih 'bandar' mungkin tiada harapan bagi saya haha.

Anyway I am not going to brag about myself any further. Those were a long time ago hehe. Kenangan dalam kenangan. So yeah..thank you again untuk semua readers and to those yang tanpa gagal meninggalkan komen dan pendapat dalam setiap entry saya. Terima kasih.. from the bottom of my heart.
Thank you Nazeck.
Thank you Daddy Ziyyad.
Thank you Zai.
Thank you Kak Rai.
Thank you Kira Sakura.
Thank you Kak Nor Azimah.
Thank you Sha.
Thank you Scha.
Thank you aizamia3.
Thank you cik Anggur.
Thank you cik Fafa.
Thank you SITI.
Thank you baby-pose.
Thank you Buat Wanita.
Thank you ALL.

p/s: Saya memerlukan coding yang lebih berkesan lah untuk top commentors ni. Saya nak yang macam Nazeck punya tu bila masuk bulan baru dia auto reset kan. Tapi tak jumpa kat mana. Sesiapa tau please share yer thanks!



Isnin, 1 Disember 2014

Sana sini orang kawen

Assalamualaikummm..

Apa kabar semua?Apa aktiviti weekend?Kami sibuk memenuhi jemputan kahwin. Ini pon tengah otw ke Kompleks Tabung Haji Bayan Baru ni tengah sesat ni hehe. (Originally entry ini ditaip dalam kereta semalam)

Personally saya suka pergi kenduri belah Perak sebab lauk dia mostly favourite saya. Kalau yang jenis masakan kampunglah. Semalam punya kenduri, diorang masak sendiri. Siap sambal ikan keli pun ada. Pergh bahagialah si Abang Veder. Saya tak biasa makan ikan darat, so saya makan lauk dagingnya saja. Alhamdulillah =)

Kerja kahwin sekarang memang lain berbanding kerja kahwin dulu ye. Rata-rata sekarang ramai orang buat dekat ball room hotel/dewan. Wah dengan hiasan dewan yang cantik secantiknya. Dengan door gift macam-macam. Alhamdulillah makin senang orang kita ye. Kalau mampu apa salahnya kan.. Sekali seumur hidup kata orang..

Teringat saya kat iklan RHB bank kat radio yang promote pinjaman untuk perkahwinan tu. Pengantin perempuan nak tambah jemputan, pengantin lelaki kata mana nak cukup duit. Terus pengantin perempuan suruh buat pinjaman bank.

Reception CikSiti tahun 2009.. Gambar dengan nenek yang datang dari Melaka..

Macam yang saya kata tadi, nak buat majlis meriah, kalau mampu apa salahnya. Tapi ini jelas, tak mampu (senario dalam iklan). Kalau tak mampu, bagi saya memang salah nak buat majlis besar-besaran hinggakan terpaksa berhutang. Yang kemudiannya bakal membebankan pasangan tu juga lepas berkahwin nanti.

Majlis kahwin hanya sehari. Nak tanggung hutang bertahun malah makan puluhan tahun. Kalau dah ada pinjaman PTPTN lagi, loan kereta lagi. Personal loan interest tinggi pulak tu. Padanlah ramai belia kita yang dah diisytihar muflis sekarang.

Mungkin benar mungkin ada juga yang terpaksa buat pinjaman bukan atas kerelaan kehendak sendiri. (Walaupun pilihan dan keputusan di tangan masing-masing). Kalau dah terpaksa juga buat pinjaman, buatlah pengiraan yang terperinci dulu ye. Fikir masak-masak dan uruskan sebaiknya. Kalau boleh elakkan simply pinjam lepas tu lupakan. Mengundang bahaya ni.. Lebih baik lagi, bersederhanalah...




Jumaat, 28 November 2014

Anda suka minum latte?

Assalamualaikum..

Salam Jumaat semua=)

Siapa kat sini yang suka minum coffee latte? Those yang suka buat trips ke Starbucks ke Old Town White Coffee ke Coffee Beans ke mesti familiar sangat dengan menu-menu latte ni kan. As for me, I'm not one of the coffee lovers, so no thank you. Dan saya juga ada sedikit resistance terhadap going into fancy coffe shops so sangat jaraaaaaaaaang masuklah actually. But if you do love them, why not kan? As long as you're are happy=))

Next question. Banyak pulak soalan kan petang-petang Jumaat ni hehe. Siapa kat sini tau atau pernah dengar pasal financial guru cum author bernama David Bach? Dia sangat terkenal dengan buku pertama dia Smart's Women Finish Rich. Which I read back then in my college time and still have the copy. If you ave read the book, good for you=) Saya harap anda sedang bergerak ke arah financial freedom dengan jaya. Doakan saya juga yang masih merangkak ni heheh.

So hari ni saya nak share pasal Latte Factor. Apakah benda alah nyer Latte Factor ni? Ia sebenarnya satu frasa yang Encik David ni suka sangat guna untuk menyedarkan orang ramai bahawa hanya dengan menyimpan dalam kadar yang sikit, untuk jangka masa yang panjang, sebenarnya boleh membuatkan orang tu jadi jutawan!

So mekanisme dia macam ni lah lebih kurang. Mekanisme? Forgive my words selection.. after all I am still a technical person Bertabah ya kawan-kawan.

  • Setiap hari kita spend duit untuk benda-benda kecik macam fast foods, rokok, snack atau kudap2, dan even latte. Ataupun kalau kita memang jenis makan kat luar setiap hari, tiap kali tu order air sedap-sedap juga.
  • Perbelanjaan kita yang sikit-sikit ni, kalau dikumpulkan dalam berapa bulan atau tahun boleh jadi nilai yang agak besar.
  • Kalau kita sebaliknya laburkan duit tu, kemungkinan kita boleh create dana yang besar untuk persaraan kita. Mungkin boleh capai RM1 juta!
Basically macam ni lah kalau real senario dia..

Ahmad mendapati hari-hari duit dia ni adaaa je lah yang dia buat belanja. Lagi lagi dia ni perokok tegar, sehari hisap sekotak rokok. Sekotak rokok sekarang katakan RM12. Pagi2 breakfast kat fancy cafe harga kopi saja (tak termasuk nasi lemak) katakan RM5. Pukul 10 keluar brunch sambil-sambil menghembus asap pulak, belanja lagi RM5. So berapa dah? RM22 kan..

Katakanlah Ahmad, berumur 23 tahun, simpan RM5 setiap hari, setiap bulan dapat simpan RM150(RM5x30hari). Lepas setahun Ahmad boleh melabur dalam RM2,000. Dengan rate dividen 10% setahun, agaknya berapa yang Ahmad ada bila dia umur 60 tahun?

Cuba you all imagine anda kat tempat Ahmad, tapi tak hisap rokok lah ye better hehe. So you simpan RM5 setiap hari selama 40 tahun. Berapa banyak agaknya you akan ada bila bersara nanti? Mungkin RM100,000, RM200,000 atau RM500,000? Dekat RM1.2 juta!! So just imagine mungkinkah kopi mahal anda (atau benda lain, isi tempat kosong ____ ) sebenarnya bernilai RM1 juta? Even kata simpan kat Tabung Haji dengan rate of return 5-6% pun dah boleh jadi dalam RM500,000.

Nilai yang sikit setiap hari + disiplin melabur = JUTA!

Jadi apa tunggu lagi? Simpanlah dari sekarang no matter how young you are. Lagi muda lagi bagus..

P/S: Kalau ada yang nak pinjam buku Smart Woman Finish Rich saya, just let me know ok. FOC =)


Khamis, 27 November 2014

1st Anniversary Giveaway Mind Meld


CLICK BANNER TO JOIN



Isteri dan Suzuki Cup 2014

Salam semua=)

Apa khabar hari ni? Saya Alhamdulillah getting better dengan simptom selsema masih berbaki. Small matter lah tu..

So you all minat dengan bola? Saya bolehlaa, kalau husband bukak channel bola saya layankan aje. Tips rumah tangga bahagia giteww. Cuba faham apa yang pasangan kita minat. Jangan sesekali perlekehkan minat dia sekalipun kita tak minat. I have a friend who is very supportive dengan minat husband dia terhadap bola dan terhadap segala jersey bola. Sama-sama stay up tengok game. Dia boleh sort out satu wardrobe untuk husband letak jersey saja. Walawwehh.. Kalau husband tak sayang lagi taktau la nih haha.



Saya pun ada satu masa tu minat juga bola. Siap join budak2 lelaki main Fantasy Football lagi. Haha takde kerja betul. Masa study dulu selalu join the boys main futsal. Siap ada perlawanan futsal antara Uni dekat Jepun dulu. Saya menang tau siap masukkan 2 gol lagi. Hehehe. Tapi saya sorang je josei (perempuan) yang terlebih semangat masa tu. Orang lain main malu-malu jer ihiks..

So sedikit sebanyak saya fahamlah kalau Abg Veder tak mau keluar rumah kalau ada hari yang ada game tu. Redho je lah haha. Bukan selalu pun. Ataupun kalau kat kampung, takmau balik rumah mama time ada game sebab mama tak subscribe sports channel. Okay ni tipu je. Dia balik juga dan tengok game kat phone guna Astro On The Go. Heheh.

Kesimpulannya mesti ada toleransi lah senang antara suami isteri. Suami cuba faham minat isteri, and vice versa lah. Baru adil dan saksama kan. Anyway husband saya pun selalu support je apa yang saya buat. Walaupun dia ada kata saya ni involve banyak sangat benda sampai tak fokus. Heheh. Betul tu. Saya sokong. So saya kena lebih fokus yer sekarang hihi.

So Suzuki Cup tahun ni saya pun tak perasan bila dia start haha. Tapi adalah join tengok sesikit game Malaysia main. So far the result, Malaysia seri dengan Myanmar 0-0, semalam kita kalah dengan Thailand 2-3. Next game lawan Singapore hari Sabtu ni 29/11.. So isteri take note yer kalau suami kaki bola, mungkin anda tidak akan kemana-mana hari Sabtu ni. Ataupun suami anda mungkin meninggalkan anda kat rumah untuk tengok bola kat kedai mamak. Hehehe.

p/s: Suami pun janganlah over sangat kalau boleh. Kalau lebih sangat kita nak support pon payah. Nak lepuk berdosa pulak. Hehe. Bersederhanalah dalam setiap perkara=)


Kasut PUMA Hadiah dari Abah

You all semua jangan tak percaya, saya dulu agak tomboy orangnya. Hahah! Semua kawan-kawan sekolah saya, kalau jumpa sekarang they all akan buat remark seperti:

“Ya Allah, ayunya kau Sid” (yes kawan sekolah panggil saya Sid, lebih havoc berbanding Siti ahaks)
“Eeeee Sid, aku tak percaya lah ko dah jadi macam ni. Siap anak dah 3 lagi..” (amboi kau dah kenapa tak percaya aku boleh beranak -__-;)
Dan..
“Ooooooi kurusnya ko Sid!!” (ya.. dulu saya tak kurus heheh)
Yes I’ve changed a lot. For the better heheh.
Saya dulu main hoki tau sejak darjah 5 sampai habis form 5. Masa sekolah menengah, lepas dapat masuk team sekolah, coach minta kami beli boots yang lebih sesuai untuk main hoki kat padang berbanding pakai sport shoes biasa. Pakai sport shoes biasa ni licin, sat2 tergolek nak nak time hujan hehe. Masa balik cuti sem (saya sekolah asrama), saya pun minta arwah abah belikan boots. Dan saya ingat lagi abah belikan boots PUMA warna hitam, gambar harimau dia tu warna biru. Walaupun kami bukan orang berada, abah tetap belikan untuk saya. Demi sokongan terhadap anaknya ini. Terima kasih Abah!


Gambar ihsan google. Lebih kurang macam ni lah kasut saya dulu.
Dan saya lebih selesa pakai sneaker bila berjalan sesuai dengan perwatakan saya yang ‘tak berapa ayu’ suatu waktu dahulu. Especially waktu zaman study dulu2 yang memerlukan saya turun naik bas lah ketapi lah basikal lah. Kalau kena kejar anjing ke, dah terbangun lewat ke, laju sket boleh lari haha.
Cukuplah mukadimah setakat ini. Amboi punya panjang baru mukadimah je? Hihi. Kat sini suka untuk saya kongsikan kepada penggemar-penggemar sneakers (PUMA especially) kat luar sana, cara-cara membersihkan sneaker supaya bila pakai tu nampaklah cantik dan kemas je kan. Tak kiralah kalau tuan empunya badan dia comot sket pon. Hehehehe..
How to Clean Suede Puma Shoes
Penggemar jenama PUMA pastinya tidak asing lagi dengan koleksi sneaker Suede mereka yang cukup klasik seperti gambar berikut. Salah satu koleksi kasut sneaker Puma ini cukup digemari ramai adalah kerana reka bentuk kasut yang cukup selesa dipakai terutama sekali bagi mereka yang ‘kaki travel’. Pemakaian kasut sepanjang hari tidak langsung memberikan kesakitan pada kaki malah amat melancarkan perjalanan anda.












Bagi yang sedang tertanya-tanya bagaimanakah cara untuk membersihkan kasut suede Puma, perlu diingatkan bahawa cara pembersihan adalah berbeza dengan kasut kulit mahupun kasut kanvas. Ini kerana, struktur suede itu sendiri adalah lembut dan dan agak sensitif.


 Oleh itu, pertama sekali, anda haruslah membersihkan permukaan kasut dengan menggunakan berus yang lembut. Beruskan kasut secara selari supaya tidak merosakkan struktur kasut suede tersebut.

Cara ini mungkin agak unik, tetapi amat berkesan. Bagi kotoran yang ketara, gunakan pemadam pensel bagi menghilangkan kotoran tersebut.


Dan terakhir sekali, semburkan suede protector untuk menyempurnakan langkah-langkah pembersihan kasut suede anda.


Sekian.. Senang kan? Sesiapa ada kasut suede bolehla try apply cara ni. Kalau belum ada dan sedang mencari, boleh tengok2 kat Zalora yer. Semoga bermanfaat=)

Rabu, 26 November 2014

Nikmatnya sihat

Asalamualaikum semua=)

Alhamdulillah CikSiti masih lagi bernafas di muka bumi ini. Sejak dua menjak Allah bagi rahmat dan kasih sayang dengan menguji saya dengan demam, selsema, sakit kepala, ulcer dalam mulut dan sakit gigi. Sebab apa saya kata rahmat? Sebab kalau kita tak sakit, jarang kita nak bersyukur dengan sihatnya tubuh badan kita, selesanya rasa kalau tak sakit kepala, syoknya kalau hidung tak tersumbat.  Bila dah sakit macam ni baru lah terasa kehilangan nikmat tu kan. As some saying says, we never appreciate something until it's gone..

Tadi on the way datang office saya nyaris nak ter accident. Bila kepala ting tong, judgement masa driving pun kurang tepat. Alhamdulillah tidaklah berlanggar, setakat kena hon saja. Actually dah berapa kali jugak jadi minor accident bila drive waktu tak sihat. Bahaya betul kan. I desperately need to rest. Nak kata overworked pun macam taklah kerja bertungkus lumus mana. Hehe.

Anyway, sekarang memang musim orang sakit agaknya. Kat office pun ramai yang tak sihat. Take care of your good health yer kawan-kawan. Minum air masak banyak2 tau. And avoid driving when you are not feeling well. Bukan saja membahayakan diri sendiri malah orang lain juga kalau drive masa tak sihat. Nasihat untuk diri sendiri sama nih. Huhu.

Sabtu, 22 November 2014

Ganti Gaji



Assalamualaikum semua..
How's your weekend so far? Hehe. Let's start an early day everyday okay. Barulah rasa weekend panjang sikit. Let's be productive!

Just  an quick update sebelum saya keluar rumah hari ni. Saya ada buat entry pasal pelan pengganti gaji sebelum ni. Lebih kepada traditional life insurance/takaful. Saya sangat syorkan isteri-isteri ambik untuk suami. Kalau suami kita tiba-tiba meninggal dunia, at least ada sedikit bekalan untuk kita dan anak-anak. Bayaran bulanan pun tak mahal. Ikut budget anda RM50 sebulan pun boleh..

Saya baru tolong sorang kakak kerani kat office ambil pelan ni untuk suami dia. Alhamdulillah permohonan lulus walaupun suami dia ada history slipped disc. So please ye. Masih sihat, masih muda adalah waktu paling untung untuk buat insurans. Kalau tak berapa muda atau tak berapa sihat pun insha Allah boleh kita usahakan.

Any further information needed, straight away contact saya okay=) siti.sharini@gmail.com. Atau tulis saja di ruangan comment. Thanks!

Jumaat, 21 November 2014

Siapalah kita..hanyalah sekerdil hamba

Salam Jumaat yang penuh barakah..

Hari Jumaat penghulu segala hari. Tiba-tiba teringat kisah adik baby Hari Jumaat bin Hafidz hehehehe. Alhamdulillah masih lagi bernafas sampai ke hari ini. Walaupun saya insan pendosa malah mudah lalai lagi alpa, Allah masih beri saya peluang untuk bertaubat dan mendekatkan diri padaNya. Maka oleh kerana itulah masih adanya seorang saya di muka bumi ini.

I came across this article dekat FB. Not really an article la. Banyak gambar je. Pada saya apa yang gambar tu cuba nak sampaikan adalah betapa kecilnya kita ni sebagai manusia, sangat sangat kecil. Sedangkan kalau dibandingkan matahari dengan bumi yang kita duduk ni pun, bumi itu sudah sangat kecil. Apatah lagi kita ni ibarat semut je kot. Maha suci Allah Tuhan sekalian alam. Tak terjangkau dek akal.

And this is where you live in your neighborhood, the solar system.

Sungguh kata-kata Allah itu benar. Sungguh al-Quran itu benar. Tiada lain yang lebih benar. Siapalah kita untuk menidakkannya.

Akal fikiran kita sememangnya terbatas jika untuk memikirkan kejadian alam semesta ni. Bukan tandingan kita. Sebab tu orang tua-tua kata usah difikirkan benda yang diluar jangkauan kita, boleh gila jadinya.

Betul tau. Ada seorang yang kurang waras akal fikirannya. Dulu selalu saya jumpa di stesen bas Kuala Terengganu. Beliau ini kata orang dahulunya amatlah bijak pandainya. Terlampau banyak membaca menimba ilmu. Akhirnya memakan diri. Memang selalu bila saya nampak beliau, seolah-olah sedang berhujah. Panjang lebar hujahnya tapi tidaklah dapat difaham oleh akal kecil saya (sekolah rendah waktu itu). Apa kesudahan beliau? Wallahualam. Semoga syurga tempatnya.

Kesimpulannya? Ingatlah tiada yang lebih besar, tiada yang lebih kuasa dari-NYA. Bahkan kita hanyalah hamba yang sekerdilnya. Semoga hari ini kita ingat, hari esok pun kita ingat, malah sampai kapan pun kita ingat.

Saya menulis sekadar memperingati meluah rasa. Bukan kerana saya lebih sempurna imannya. Bukan juga kerana saya rasa lebih mulia akhlaknya. Malah saya juga insan yang penuh dengan kedaifan, yang mengharap belas ihsan Allah cuma.

Maafkan saya bukanlah berpujangga. Tapi bahasa memang minat saya. Macam mana boleh jadi engineer pon taktaulah saya. Hehehe. Apapun sempena Jumaat yang mulia, jom doa banyak-banyak dan sedekah=)

Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist 2015





Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist Jan-Jun 2015 kini bermula. Penyertaan dibuka mulai hari ini sehingga 30 Disember 2014.

Klik link dibawah banner untuk join! Jom semua, kita join :)

Semua yang join akan tersenarai dalam bloglist BuatWanita.Blogspot.Com untuk bulan Januari 2015 hingga bulan Jun 2015.



Pemenang bertuah akan menerima hadiah sponsor dari LittlePuteri.Blogspot.Com


Thank you for your support!






Khamis, 20 November 2014

Perokok yang tak patut

Minggu lepas saya encounter 2 situasi kurang menyenangkan melibatkan perokok. Saya bukan nak double standard pada perokok ke apa. Belive me husband saya pun merokok dan dulu lebih tegar sebab dia beli rokok sekotak sehari. Saya tak pernah paksa dia berhenti merokok sebab saya tau it won't do. Kalau sesiapa nak berenti merokok, it has to come from the bottom of their heart (ewah). So tiada sistem paksaan di situ. Sistem mengugut pun tiada. Sebab apa? I know walaupun dia bertahan untuk tak merokok di depan saya, dia boleh merokok kat office atau mana2 luar rumah. See I have no power over him. Hanya saya minta dia please get away from the children when smoking. Merokok kat luar rumah saja. No smoking in the car as well. Tapi sekarang aktiviti merokok Abg Veder dah berkurang. Or at least he's not buying his own ciggarete pack anymore. So no more smoking at home. At the office, I leave it to his judgement lah. Puncanya selepas dia diserang seizure (sawan) last year, jadi sekarang sudah insaf sikit. You can read about it here, and here. Anyway, I think he has done a good effort. Bukan senang juga nak berhenti merokok tau. Syabas Abg Veder.


So minggu lepas, saya nampak seorang ayah ni merokok sambil dukung anak perempuan dia whom I gues about 3 years old umur dia, kat kedai mamak. Hurm. I don't get it at all how he can do such thing.

And another one I saw one school kid dengan uniform sekolahnya selamba saja hisap rokok sambil bawa motor. Yes I know this happens everywhere. It's just that when you actually look at it, you have this very uneasy feeling. So wrong yet so common.

If only I can help them to understand..

You all nak tau tak rate insurans untuk perokok adalah lebih mahal (sikit). Sebab apa? Sebab perokok adalah berisiko tinggi untuk dapat macam-macam sakit kritikal.

Tapi perokok jugalah yang sepatutnya ambik insurans secepat mungkin. Sebab apa? Sebab perokok adalah berisiko tinggi untuk dapat macam-macam sakit kritikal. Yes sebab yang sama juga. Better mahal sedikit daripada bayar mahal banyak nanti kan. Itu pun kalau masih berpeluang untuk dirawat.

Masa kat Jepun pernah juga saya tanya member Jepun ni. Eh why you smoke aa? Tak takut sakit ke? Dia jawab, apa nak takut. Semua orang akan mati. Cepat atau lambat je. Kalau dah takdir dia mati sebab hisap rokok, so let it be laa. Haa pandai Jepun tu cakap Melayu rojak lagi.

Yes, mindset yang sebegitu pun ada. Who am I to judge? Anda masih mahu merokok? All I have to say is, it's up to you. Seriously. But if you do smoke, please get away from us especially our kids (and yours too). Thank you.

Update 21/11/14, 9:22 am
Boleh baca ulasan Dr. Nazeck yang berkaitan kat sini dan sini juga. Thanks babe!


Selasa, 18 November 2014

Suatu Hari di Kuala Kangsar


Assalmualaikum=)

Maafkan saya lama menyepi yer sampai ada yang kata dah habis baca seluruh isi blog ni pun tak ber update lagi. Amboi gigih ya. Terharu ni hihi.. terima kasih daun keladi=)

Alkisahnya kami balik Ipoh weekend hari tu menjenguk mak abah, mama dan adik2 tercinta. Alhamdulillah masih dikurniakan rezeki menatap wajah-wajah kesayangan.

On the way balik Ipoh hari Sabtu, kami singgah kat Kuala Kangsar, setelah sekian lama tak p..

Ini kedai pak cik Abg Veder (husband saya lew tew). Setentang dengan setesen keretapi Kuala Kangsar. Ada jual mee/bihun/kuew tiau kari/sup, nasi lemak, nasi ayam. Jemputlah datang..Ada 10 unit kedai makan sederet ni. Moh ler singgah =) Tapi bukak dari pagi sampai tengah hari ajer kedai ni. Kedai lain mungkin ada yang sepanjang hari agaknya.

Lepas makan singgah Persisiran Sayong sat. Excited bebudak ni tengok air. Takut ada yang terjun, tak dapat kami nak berlama-lama hehe.
Kita naik sampan tipu-tipu je lah yer anak-anak demi keselamatan dan kemaslahatan bersama hehe. Kat belakang sanun banyak kedai-kedai makan. Bau laksa yang kuat mengiurkan haha. Ajak Abg Veder makan tak dilayan. Sebab baru pas makan kan hihi

Singgah Masjid Ubudiah pula. The kids frust sebab tak masuk castle haha so bawak mai masjid pun bolehlah. Malah lebih afdhol gitteww.. Alhamdulillah berpeluang menjejakkan kaki kat sini. Cantik juga masjid ni.

Moh kita balik. Hari dah nak hujan. Herrm kat sini lah tempat kejadian memori daun pisang zaman muda remaja dulu kala hahahahaha. Apakah ia? Biarlah rahsiaaaa hihihi..

Bye-bye Kuala Kangsar. Next time ada rezeki kita datang lagi..

Udah nak sampai pun rumah mak. Singgah beli putu bambu Kampung Temiang. Sedappp satu bekas RM3. Lupa pulak nak ambik gambar kuihnyer walaupun beli 5 haha tamak haloba. Adoi lapar pulak rasaa..

Sekian dulu yer. Maaflah tak berapa pandai nak wat ala-ala travel log. Camera pun tak bawak ni semua gambar ihsan Abg Veder.  Sebenarnya saya paksa Abg Veder ambik gambar hehe. Mai lah jalan-jalan ke Perak=)


Jumaat, 14 November 2014

Bila blogger berblogging

Salam Jumaat semua.

Saya tak tau nak consider myself as a blogger or not. Macam tak je. Hehe. Sebelum storybyciksiti ni, dulu zaman muda-mudi saya ada juga menulis blog. Dulu guna platform blogdrive. Masa tu template pun background color hitam je haha. Melancholic gila. Zaman-zaman keseorangan masa study kat Jepun dulu. Bosan-bosan je buatlah entry meluah perasaan which was mostly private entry pun. Haha motif nak buat blog? Baik tulis dalam Words jer keskes.. Mengenangkan saya seorang yang tak berapa suka nak mengimbau kenangan silam haha saya delete rasanya account tu. Dulu saya ada fotopages gak. Bila p jenjalan jer lepas tu sibuk upload gambar kat Fotopages kan. Maklumler dedulu mana ada Facebook. Paling gah pun Friendster haha.

Lepas dah matang sikit (hahahaha) saya tukar ke wordpress. Dah takdelah guna background hitam macam remaja bermasalah sangat kan haha. Account ni masih ada lagi. But I there's nothing much inside.

Dedulu blog yang saya follow mostly blog kenkawan yang kenal kat alam realiti je. Kenkawan sekolah, kolej and a few blogger celebrities macam Hanis Zalikha, Red Mummy, Ceeramoon, Sepet etc.. Years back then I think they all pun were not such a hit like today lah.

Then few days back tetiba tergerak nak tengok blog Ceeramoon. Rupanya sekarang dah jadik Ceeranoh. Yelah bersempena dengan dia pun dah kahwin dan beranak pinak semua kan. The way she blogs pun dah lain. Everybody change. Semua dah jadi lebih matang kan hehe.

Yang menariknya latest entry Ceera ada mention dia ambik insurans dengan Prudential. Siap tolong promote lagi. So saya pun terfikir sejenak, ramai juga top bloggers yang ambik insurans dengan Prudential sebenarnya. Contoh macam Abang Ben Ashaari dengan Red Mummy. Ejen kepada Red Mummy tu adalah senior kat Uni merangkap (wife) leader Prudential saya juga. Yang juga kakak kepada Abang Nara, yakni Kak Nara. Hehehe.. So you see pusing-pusing kat situ juga. Thanks for your trust, terima kasih kepada semua yang menyokong Prudential & PruBSN, whether you are a famous blogger or not. Hihi.

Saya je yang belum ada client dari kalangan blogger lagi ihiks. Who wants to be the first? =)

Update at 5:00 pm,
Nampaknya blogger cik puan Mimi Azirah kita pun pilih PruBSN Takaful untuk anak-anaknya. Alhamdulillah tahniah. Thanks for your trust in PruBSN=) *Maaf pinjam link tampal kat sini yer thanks!!*

Tetiba rasa nak bubuh gambar polisi kami jugak kat sini hihi..

Khamis, 13 November 2014

Segmen : Blogwalking by Syahirah Valiant #1


Memenuhi jemputan cik adik Syahirah =)

 


Sindrom anak kedua

Assalamualaikum=)

Saya ada baca satu artikel yang sangat menarik kat doktorbudak.com. A very nice one. You can read the full article here.

Right there written in the article, that is exactly how my 2nd child, Mohd Haris (anak yang soleh) is behaving!! Sekarang umur 3 tahun. Abang yang sulung Haikal, 5 tahun. Adik dia Hadi 1 tahun.

"According to Adler the second or middle child often have sense of not belonging, they fight to receive attention from parents and they feel insecure easily. The middle child or second child lacks drive and actually looks for direction from the first child. They tend to go with the flow of things. Adler also describes them as a natural mediator and is usually the peacemaker in the family. They would have many friends due to their easygoing nature and is loyal to their friends. The child may have even temper or take it or leave attitude. Adler believes that the middle child feels squeezed out of a position of privilege and significance. As such they are compelled internally to find peace within the family."
Exactly..lebih kesian lagi Haris, umur dia around 2 tahun, sudah dapat lagi adik pula. So you see, attention kami kat dia boleh kata memang kurang. And I can see he is very very independent. Kalau rasa mengantuk nak tidur, dia masuk je dalam bilik tidur sorang-sorang. Kadang-kadang rasa sedih pula, masuk-masuk bilik dia dah tertidur. Lagi-lagi kalau dia minta buatkan susu tapi saya tak sempat buatkan dia dah tidur. I can feel a pang in my heart T__T

Anyway as a mother I am trying my very best to love them equally. Now that Hadi pun dah besar and not such a baby anymore, saya cuba spend masa dan perhatian untuk Haris dan Haikal juga=) I may not be the best mother, but I am all u've got. So bear with me yer kiddos hehe.

Anyway semalam saya sembang dengan Haris dalam bilik air..

Me: Kenapa Haris asik poo jer?

Haris: Yelah sebab Haris makan nasik banyak sangat kat sekolah. Lepas tu makan banyak sangat dekat rumah.

Me: Kenapa Haris makan banyak?

Haris: Yelah sebab Haris nak jadi besar macam mama dengan abah.

Me: Oo yeke..Haris nak jadi besar nak buat apa?

Haris: Nak kejelah.

Me: Haris nak kerja kat mana?

Haris: erm..nak kerja kat KL! (amboi hang Haris, bukan main nak keje kat KL yer nak glamour saja)

Me: Oooooo Haris nak kerja nak beli apa?

Haris: Beli kete Mater..

Me: Haaa beli Mater? Haris nak p mana bawak kete Mater?

Haris: P jalan-jalan lah.

Me: Oooo mama boleh ikut tak?

Haris: Boleh!

Me: Kita nak jalan-jalan p mana?

Haris: P jalan-jalan tengok Mater.....

@_______________________@

Sabaq je lah. Hahahaha..

Kereta idaman Haris -______-;
Maklumlah bila main role play, abang Haikal je yang dapat jadi hero Mcqueen. Haris jadilah watak sampingan je..but he's very loyal and even proud of it hehe..way to go Haris! Buruk tak semestinya tak bagus kan=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...