Selasa, 15 Januari 2019

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH



Salam semua..

Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sekian lama saya dan suami berangan nak berbuat demikian.

Minna de oide!


Biar saya ceritakan serba sedikit latar belakang penubuhan kelas ini ya. Kelas kami beroperasi di Station 18, Ipoh di bawah nama AKH Synergy & Training Centre Ipoh. Syarikat AKH dibuka oleh suami dan 2 orang lagi rakannya. Selain daripada kelas Bahasa Jepun, program utama ada menyediakan Latihan Pengendalian Makanan.

Hafidz Sensei

Latihan Pengendalian Makanan adalah mengikut permintaan daripada peserta. Setakat ini kelas Bahasa Jepun adalah pada hari Ahad pukul 1030-1130 pagi. Kelas seminggu sekali, dengan yuran bulanan RM70. Bayaran pendaftaran sekali sahaja RM30. 

Objektif utama kelas kami adalah supaya pelajar dapat bertutur asas bahasa Jepun dengan target waktu pembelajaran selama 90 jam. 

Belajar betul-betul tau!

Di sini, saya ceritakan sedikit pengalaman dan kelayakan saya dalam bahasa Jepun ya. Saya pernah tinggal di Jepun selama lebih kurang 8 tahun. Saya belajar Engineering dan pernah bekerja tetap juga di sana. Selain itu saya buat pelbagai kerja separuh masa sewaktu di sana. Salah satu daripadanya adalah sebagai tenaga pengajar Bahasa Malaysia kepada orang-orang Jepun. Malah salah seorang pelajar saya adalah pelajar tahap Master dalam bidang Bahasa Malaysia. Saya juga mempunyai sijil Japanese Language Profiency Test (JLPT) tahap 1. 

Selain daripada mengikut silibus pembelajaran setiap minggu, kami juga ambil sedikit masa untuk berkongsi tentang kebudayaan Jepun, pengalaman kami dan lain-lain pengetahuan am mengenai negara Jepun. Setakat ini kelas baru berlangsung sebanyak 2 sesi dan kami mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas kami. Boleh hubungi nombor di bawah ya.

Baik setakat ini saja untuk hari ini. Arigatou ne!

Tempat kami.


KELAS BAHASA JEPUN/PUBLIC MUTUAL/PRUBSN
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

26 ulasan:

  1. Alhamdulillah..semoga dipermudahkan urusan seronok juga kalau dapat belajar bahasa jepun nih

    BalasPadam
  2. terbaek.. seronok belajar bahasa jepun :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak tanya berapa Kene bayar? Bayar ikut kelas or ikut package?

      Padam
  3. Seronok juga, kalo dekat boleh gak akk join. Bayaran pun berpatutan. Semoga usaha ciksiti dan suami mendapat kejayaan yea.

    BalasPadam
  4. wahhh bestnya tahu berbahasa jepun
    kalau dekat..mmg dah join kelas tu
    seronok eh dpt belajar bahasa lain

    BalasPadam
  5. Wah. .Hebat akak. ...
    Seronok belajar mcm2 bhasa ni. ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah ZF. Rezeki Allah bagi. ZF pon boleh belajarr jugakk.

      Padam
  6. haaaaai kak hehe..
    rindu kelas Jepun. rasa rugi belajar tak prektis =(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haii SYM!!

      jomlah sembang nihonggo dalam group hihi..

      Padam
  7. menarik dapat belajar bahasa asing ni..lama juga sis duk jepun erkk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh lah tahan lama dia he he..ada yg tak balik terus pun ada..

      Padam
  8. Kelas hari apa dan berapa kali ad dlm sebulan?

    BalasPadam
  9. Wahhh akhirnya ada juga kelas bahasa jepun di ipohhhhh..

    BalasPadam
  10. berapa hari dalm satu minggu macam mana nk daftar ncik

    BalasPadam
  11. Kalau nak ambil JLPT, silibus di akademi ni cover tak?

    BalasPadam

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...