Isnin, 11 Ogos 2014

Walaupun hidup 1000 tahun part 2

Assalamualaikum..
Selamat kembali ke alam nyata hihi. Happy working Monday morning peeps! :)
Senyum lebar-lebar..

Lambat pulak update entry ni -_-;
Al-maklum kekangan masa di hujung minggu dengan melayan keletah anak2. Tambahan pula Abang Veder kurang sihat. So kami berkurung dalam rumah je sepanjang 2 hari. Tu yang budak2 tu mcm hyper sangat dah taktau nak melepaskan tenaga yang terpendam hehehe..

Anyway saya nak sambung sikit pasal entry yang lepas, kali ni kita tengok dari segi kewangan pulak. Siapa yang takmau hidup lama? Semua pun mahu kan. Tapi kalau terlalu lama? Sikit sebanyak akan ada juga masalah betul tak?

So you guys just imagine eh, kita sekarang umur bersara 60 tahun kan. So bila bersara, dapatlah duit EPF katakan lah ada RM100,000.. so let say sebulan korang belanja RM1000. So berapa lama duit EPF ni boleh bertahan? Jom kira sikit:

RM100,000/1000/12=8.3 tahun

This means we only can afford to live sampai umur 68 tahun je. Lepas tu we have no money left untuk meneruskan kehidupan. So how? Hidup mesti diteruskan..

Pic taken from Google

Itu kalau anggaran monthly expenses RM1000 je. Tapi kalau macam kami ni, buat loan rumah sampai umur 65 tahun, 5 tahun lepas bersara tu still lagi kena bayar loan rumah RM1600 sebulan! So ofkos lah dah lebih dari RM1000 sebulan kan..

In reality:
"Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata golongan pekerja khususnya mereka yang memperoleh pendapatan bulanan RM700 dan ke bawah menghadapi masalah kewangan selepas bersara dan wang simpanan KWSP habis dalam masa tiga tahun."
Sumber dan berita penuh: Berita Harian

So what do u think?
Korang ada buat planning utk lepas bersara nanti x?
If ada macam mana korang plan?
If tak ada, why is that?
Adakah anda berminat nak buat planning, atau tak berminat langsung?
Feel free to share ur thoughts. Thanks=)

2 ulasan:

  1. betul tu sid..duit epf bukan cukup pon nak pakai utk selamanya..sebab tu ramai jer yg pencen keje jadi guard..huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul kan..kena ada option lain gak selain EPF..kita pon takleh imagine kerja kilang smpi umur 60 tahun ni mcmana. dah jadi mak tok pun kna pakai uniform hihi

      Padam

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...