Sabtu, 30 Januari 2021

URUS CASHFLOW DENGAN BIJAK

Assalamualaikum,

Hari ini saya nak kongsikan sedikit berkenaan pengurusan kewangan 'cash flow'. Baru-baru ini saya ada beli workbook Cashflow EDIT daripada senior saya semasa di Jepun dulu, kak Naff. Boleh follow IG beliau, content yang baik dan menarik.

Sumber: IG


Kenapa? Sebab azam saya tahun ni adalah untuk betul betul kurangkan hutang, buat simpanan kecemasan. Seterusnya fokus pada pelaburan untuk pengajian anak-anak, menunaikan haji, bantu keluarga dan adik-beradik. Merancang untuk menunaikan impian yang lebih membawa makna dalam kehidupan dan sebagai bekalan di sana nanti inshaAllah.

Umur pun dah semakin meningkat. Sedar tak sedar dah dekat 40 dah. Bila fikirkan balik rasa macam menyesal tak mula menyimpan dan melabur betul-betul dari awal memasuki alam perkerjaan. Sedangkan dulu saya banyak je membaca buku-buku pengurusan kewangan. Tapi tulah, ilmu tanpa amal maka kuranglah ertinya.

Walaupun bagi usia saya, waktu paling baik untuk melabur adalah 15 tahun dahulu, perkara yang lepas usah dikenang. Masa yang kedua terbaik adalah SEKARANG. InshaAllah mudah-mudahan usaha dengan niat yang baik akan diberkatiNya. 

Maka saya mahu mengambil kesempatan ini untuk menyeru saudara-saudari untuk sama-sama mencari dan mengamalkan ilmu pengurusan kewangan yang baik terutama bagi yang bekerja tetap mahupun bekerja sendiri. Memanglah duit bukan segalanya, tapi bukankah lebih baik jika kita boleh berdikari tanpa perlu meminta bantuan sekiranya kita mampu.

Namun dalam kegawatan akibat pandemik ni, saya faham ramai sangat yang terkesan dari segi ekonomi keluarga. Sekiranya saudara-saudari berjaya mendapatkan tangguhan pinjaman, ataupun mengeluarkan simpanan KWSP melalui iSinar, uruslah sebaiknya. 

Bagi yang masih bekerja dan punya pendapatan tetap pula, tanya tanyalah khabar adik-beradik, jiran tetangga, rakan-rakan. Mana tahu ada yang memerlukan. Ada sesetengah yang menderita dalam diam tanpa siapa pun tahu. Marilah sama-sama kita bantu.

Saya faham sangat bagaimana perasaannya, walaupun menghadapi kesusahan tapi tak terkeluar dari mulut untuk bersuara. Terkadang ia memerlukan perasaan cakna dan empati yang tinggi dari orang sekeliling. Bantu-membantulah. InshaAllah. 



Jumaat, 29 Januari 2021

#DAHSETEL

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua,

Harga minyak petrol 30 Januari - 5 Febuari 2021


Hari ini saya nak kongsikan tentang aplikasi #Setel. Ia ada aplikasi untuk memudahkan urusan pembayaran ketika mengisi minyak di stesen minyak Petronas. Anda hanya perlu muat turun aplikasi Setel, daftar sebagai pengguna, masukkan maklumat bank anda, top up. Seterusnya bolehlah bayar guna apps sahaja nanti, tanpa perlu ke kaunter atau swipe kad bayaran anda di panel pam.

Saya baru guna aplikasi ini dalam 2 bulan. Jujur saya katakan, memang sangat memudahkan urusan. Terutama buat ibu bapa yang mempunyai anak kecil, anda tak perlu bawa anak ke kaunter atau tinggalkan mereka di kereta untuk buat pembayaran. Boleh bayar terus dari dalam kereta je! Lebih selamat, bukan? Lagipun di saat Covid-19 masih tak surut ni, adalah lebih baik untuk mengurangkan contact sebaik mungkin kan.

Anda juga boleh memasukkan maklumat dan link kan keahlian kad Mesra anda ke dalam aplikasi Setel. Tak perlu bawa kad fizikal lagi. Dan point mata ganjaran anda akan ditambah secara automatik! Kad Mesra saya sendiri dah rosak sebab saya gunakan untuk mencungkil pintu yang rosak =P Kadang-kadang lupa bawa. Kadang-kadang adik cashier swipe laju-laju, point tak masuk pun -_-; Jadi guna aplikasi Setel, senang kan?

Selain daripada tu, boleh tengok rekod pembelian petrol, cek harga petrol semasa, terima penyata bulanan dan semak lokasi stesen minyak terdekat. Best kan? Boleh membantu mengurus budget dengan berkesan tau. Contohnya setiap kali gaji, top up siap2 mengikut budget bulanan penggunaan petrol anda. Jadi tak adalah masalah kut terbabas guna duit ke lain, nak isi minyak dah susah pulak nanti.

Apa pun, bergantung kepada keselesaan masing-masing ya. Bagi saya, baguslah aplikasi ni. Anda boleh cek di laman web rasmi Setel nanti ya untuk maklumat lebih lanjut. Jika nak download dan sudi guna kod saya ni https://www.setel.my/ref/beufr, terima kasih banyak. Kita untung sama k=)


KAK SITI EJEN UNIT TRUST ANDA=)

Selasa, 19 Januari 2021

URUS KEWANGAN DENGAN BIJAK

Assalamualaikum. 

Lama sungguh tidak menulis di blog ini ya. Kali terakhir pada bulan Mac 2020, bersempena permulaan penularan wabak Covid-19 tempoh hari.

Dan nampaknya, keadaan wabak masih belum pulih malah semakin menaik nampaknya.

Marilah kita semua sama-sama mengamalkan langkah-langkah keselamatan dan mengikut SOP yang telah ditetapkan pihak berwajib.

Tambahan pula dengan perlaksanaan PKP/PKPB di tempat-tempat terpilih, turut memberi kesan kepada ekonomi setempat dan keluarga.

Syukur juga ada insentif dan pelepasan pengeluaran KWSP yang diisytiharkan kerajaan, sedikit sebanyak mungkin boleh membantu mereka yang terkesan. Marilah sama-sama membantu keluarga, saudara atau jiran yang mungkin memerlukan bantuan.

Dengan kesempatan ini saya menyeru supaya kita semua uruslah kewangan dengan bijak. Kepada yang mengeluarkan wang dari akaun KWSP, ingatlah itu adalah duit persaraan kita. Uruskanlah sebaiknya. Elakkan kepada penggunaan benda yang kurang perlu atau yang boleh ditangguh.

Namun, saya faham juga mungkin ada juga yang mengambil kesempatan ini untuk berbelanja lebih sedikit bagi menggembirakan hati keluarga dan anak-anak. Terpulanglah. Semoga dipermudahkan dan baik-baik saja buat semua.

Jika boleh teruskan menyimpan atau melabur untuk hari tua, pendidikan anak dan untuk impian kita yang penting seperti menunaikan haji, membeli rumah dan sebagainya.

Simpan atau laburlah di tempat yang boleh mendatangkan pulangan yang baik dan kalis inflasi. Boleh saja kita menyimpan di dalam platform yang disediakan kerajaan seperti ASB, Tabung Haji, SSPN dan sebagainya. 

Sebagai tambahan, boleh juga melabur di dalam unit trust untuk pelaburan jangkan panjang dan keuntungan yang lebih tinggi (high risk, high return). Yang penting mesti tau financial goal kita. Barulah kita boleh melaksanakan pelaburan dengan lebih berstruktur. 

Cukuplah setakat ini dahulu. Sebagai maklumat tambahan, kelas bahasa Jepun kami masih lagi beroperasi. Namun fokus operasi sekarang adalah melalui online. Boleh hubungi kami untuk maklumat lebih lanjut ya. 

Terima kasih kerana sudi membaca :)


YOUR PUBLIC MUTUAL UNIT TRUST CONSULTANT,
KAK SITI









Rabu, 18 Mac 2020

Stay Safe!


Assalamualaikum semua,

Dengan situasi penularan wabak Covid-19 sekarang, saya tidaklah berniat untuk memberi nasihat, tips atau ceramah panjang lebar.

Kerana saya yakin, terlalu banyak informasi yang tersedia untuk kita baca dan fahamkan.

Back to basic, ikutlah guideline yang sepatutnya yang telah dikeluarkan oleh pihak berwajib.

InshaAllah sama-sama kita doakan semoga wabak reda dengan cepat dan dipermudahkan urusan semua pihak.

Sebarkanlah kasih-sayang.

Cari jalan untuk membantu dan memberi sumbangan kepada orang sekeliling dan masyarakat yang memerlukan.

Jalankan tanggungjawab sebagai komuniti yang berkesan.

Ambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan jangkitan.

InshaAllah.. InshaAllah pasti ada jalan keluar.

Saya sayang semua.

p/s: Kelas Bahasa Jepun ditangguhkan sepanjang tempoh 18-31 Mac 2020.

PUBLIC MUTUAL PRUBSN TAKAFUL KELAS/
PENTERJEMAHAN BAHASA JEPUN /
YOUNG LIVING ESSENTIAL OIL PRODUCTS

Isnin, 9 Mac 2020

Projek Tanaman di Halaman Rumah


Assalamualaikum..

Semoga semua sihat sejahtera hendaknya. Cuaca di Ipoh tak berapa menentu sekarang.
Berhari-hari kepanasan, nanti tiba-tiba hujan lebat.
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kan.
Kena syukur selalu dan dalam masa yang sama jagalah kesihatan.
Minum banyak air putih, sentiasa cuci tangan dan berkumur.
Tambahan pula dengan penyebaran Virus Covid-19 ni, kita kenalah tingkatkan lagi langkah-langkah kebersihan dan keselataman.

Hari ini saya nak kongsikan tentang hobi baru iaitu menanam pokok-pokok di halaman rumah ya.
Kebetulan kami sewa rumah tepi, jadi kawasan agak lapang.
Beberapa tahun ini kami cuma menanam rumput dan lalang sahaja.
Ada pokok jambu air dan pokok mangga yang rajin berbuah.
Akan tetapi selalunya berulat kerana kami tak beri perhatian dan kasih sayang secukupnya kepada mereka T___T

Al-kisahnya bermula hujung tahun lepas bila mama kami berpindah, dia tinggalkan banyak pokok bunga dan pasu untuk saya jaga.
Suami saya yang selalu siram. Terima kasih ya awak.
Saya selalu tengok pokok waktu malam dan hari minggu sahaja.
Mula-mula tu bagai hidup segan mati tak mahu sahaja pokok-pokoknya.
Bila saya selalu 'google' dan belajar serba sedikit cara penjagaan pokok, barulah nampak pokok semakin sihat.
Ada yang mula berbunga dan berbuah pun!
Barulah rasa gembira di hati haha.
Alhamdulillah semua atas izinNya.

Jadi sekarang kami nak melebarkan sayap lebih jauh.
Iaitu dengan cuba menanam sayur-sayuran atau buah-buahan pula.
Setakat ini saya sudah semai benih cili, rozel, bawang putih dan serai.
Tunggu masa nak semai di tanah pula.
Sebelum tu kenalah proses rumput dan lalang yang ada tu dulu T_T

Anak-anak pun seronok membantu, berkebun katanya =)
Cuma sekarang agak risau sedikit nak berkebun sebab ada sarang lebah pada pokok jambu.
Nak halau macam kasihan pula.
Tapi nanti jadi semakin besar susah pula ya.
Tengoklah nanti kita nego dengan lebah tu macam mana.
Minta dia orang pindah ke tempat lain.
Harap-harap dia boleh dibawa berbincang =P

Baiklah setakat ini dahulu.

Pokok-pokok yang Mama bagi untuk dijaga.
Pokok kari yang tumbuh sendiri
Anak pokok rozel, benih dapat daripada orang Myanmar di kilang.
Seronoknya pokok bunga kertas berbunga!
Cubaan menanam bawang putih
Pokok nanas perhiasan. Comel beno buahnya =P


Gaya pekebun di malam hari..


PUBLIC MUTUAL
RUBSN TAKAFUL
KELAS/ PENTERJEMAHAN BAHASA JEPUN/
YOUNG LIVING ESSENTIAL OIL PRODUCTS
012-2961984 (SITI) 012-7645998 (HAFIDZ)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...