Isnin, 18 Ogos 2014

Pay yourself first - Part 2

So apakah sebenarnya maksud pay yourself first ni?
Maknanya bila you all dapat gaji tu, the very first thing to do is SAVE (or invest lah)! Yes save dulu for yourself. Bukan bayar belanja shopping sana sini hehe. In fact, kita punya KWSP tu contoh terbaik lah untuk konsep pay yourself first ni. Tapi KWSP tujuan utama dia untuk guna waktu persaraan nanti. So untuk tabung kecemasan, still we need to put aside some money somewhere that is more liquid (lebih senang withdraw).

Berhati-hati berbelanja :P gambar ihsan Google.

Pay yourself first the automatic way?
Kalau nak harapkan kita sendiri yang nak saving bulan2 memang agak susah nak diharap. Kang ada je benda nak beli lah. Atau pun takut tak cukup duit nak pakai, belanja dulu, kalau ada lebih baru saving. Jawabnya memang takkan pernah lebih siap tak cukup lagi ada. Melainkan kalau kita tau diri kita ni memang betul2 berdisiplin gaya ketua pengawas sekolah kan :P

Jadi macam mana nak jadikan saving kita ni automatic salah satunya melalui potongan gaji lorh. Kebaikannya menyimpan melalui potongan gaji ni:
  1. Automatic!
  2. Save masa
  3. Jimat transaction fees
  4. Elakkan lupa
Saya sangat rekemen saving melalui potongan gaji ni. Memang hassle free. Walaupun tengok slip gaji nampak sikit je, tapi kita tau kita dah ada simpanan. Ada juga orang yang buat loan ASB sebagai cara untuk memaksa diri sendiri saving. Ataupun buat autodebit, atau apa tu scheduled transaction ke macam tu. Take note on the transaction fees yer. Cuba sebaik mungkin elakkan bayar fees walaupun RM1 hehe. Yelah kalau berpuluh tahun tu dah berapa tuu.. Having a saving goal pon sangat membantu. Mungkin boleh tulis pasal ni next time.

P/S: Tabung Haji sekarang boleh withdraw direct from Maybank2u je. Memang berguna saat2 emergency. Tapi jangan asik withdraw jer pulak yer ><;

Sudahkah anda praktikkan mana2 cara kat atas? Sharelah dengan kami=)

4 ulasan:

  1. ramai yg tak bayar diri sendiri dulu.. tak disiplin.. so last nya saving tah ke mana mana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Btul tu..kita kena paksa diri untuk saving..kalau x mmg lah saving kelaut jawabnya..

      Padam
  2. Buat saving sendiri...dpt gaji sembunyi sesiap...tapi kena disiplin kuat la...haha..

    BalasPadam

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...