Khamis, 28 Ogos 2014

Gleneagles Penang

Assalamualaikumm selamat pagi semua=)

Setakat ni dah 2 kali saya p Gleneagles Penang ni. First time tahun lepas, husband saya yakni (cewah siap yakni lagi :p) Abg Veder p buat EEG test. EEG atau nama penuhnya Electroencephalogram test ni adalah satu test measure dan record electrical activity dalam otak. So dalam kes Abg Veder ni untuk cek what triggered the epiplepsy atau sawan tu lah. Further info boleh cek sini lah ye.


Image from Google

Abg Veder actually warded kat KPJ Penang. Tapi KPJ xder neurology specialist tu yang dia refer kami ke Gleneagles, jumpa Dr. Sim Bee Fung. Test dia ambil masa dalam setengah jam macam tu rasanya. Ker lama lagi? Saya pun tak ingat sangat. The doctor was very nice. After the test memang dia explain satu per satu dengan laymen term supaya senang kita nak faham. Dia kata dalam masa setahun ni mesti buat close monitoring. Sebab masa tu first time Abg Veder kena epilepsy. Kalau it happen again, most likely akan ada serangan yang seterusnya. If that happens, then kena start on medication for epilepsy lah. So Abg Veder actually was not suppose to drive for 2 years sebab it can be very dangerous kalau serangan epilepsy jadi masa tgh drive. So far Alhamdulillah syukur sangat tak pernah berulang lagi. Semoga takdelah sampai bila2. Kami pergi untuk test saja, tak warded pun. After test balik sambung masuk wad kat KPJ heheh..Cost untuk EEG test tu berapa eh RM600++ kot. Nasiblah insurans cover kan..

Image from Google
Gleneagles ni herm susah juga nak cari tempat dia bagi kitorang yg jarang p Penang Island ni. Sampai skrg still depends on Waze ehehe. Parking kat bawah tu sikit je. Tapi dia ada parking tingkat yang sangat sempit dekat bhgian slide yang naik turun tu huhu. Gayat saya takut tergesek kereta kat dinding. Staff dia well friendly lah, good hospitality. Saya suka uniform diorang! Batik pink colour lagi. Yang baju kebaya tu dah ala2 sterwardess MAS dah eheh. Crowded jugaklah ramai orang. Huhu sama ada ramai sangat orang sakit sekarang atau Gleneagles tu memang femes sangat sume pon nak datang situ. Tapi saya rasa sebab banyak specialist available kat situ thats why ramai orang. Ward dia kami tak masuk so tak tengoklah condition macam mana. Tapi saya rasa surelah baik kan.

Kalau you all nak tau, Gleneagles ni is one of PruBSN preferred hospital. Apa yang bestnya? Yang bestnya kalau kita ada medical card Health Enrich Advanced/Premier ni, deposit waived. maksudnya kita tak payah bayar deposit lah upon admission. Dan pemegang kad Premier pulak, boleh dapat bilik yg harganya RM1000 per night! Yang siap ada lounge sendiri bagai tu.




Just so you know yer.. tapi kalau berminat dengan medical card ni amat dialu-alukan. Kita tak minta sakit, tapi sakit datang tanpa warning.. You all boleh cari ejen berdekatan for more info or better yet ask me pon boleh..


5 ulasan:

  1. kesiannya.. hopefully tak berlaku lagi insiden tu.. dah tau ke apa puncanya..?

    BalasPadam
  2. alhamdulilah dah beransur baik. moga baik terus la lepas ni amin amin

    BalasPadam
  3. oohh..tak pernah tahu ade test macam tu utk otak..hahaha..nampak sgt jakun..tu pon berangan nak jadi doktor..kakaka...

    BalasPadam
  4. @rai- amiiinnn..mintak jauhlah kak..takut saya tengok masa dia kena tu..smpi sekarang taktau punca nya apa..

    @kira - aminn thankss kira

    @mama kaori - berangan takpe xdosa eheheh..kalu dah smpi spital tu hai macam2 test lah ada..

    BalasPadam
  5. medikal kad memang penting..tapi ada gak yang tak amik peduli

    BalasPadam

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...