Memaparkan catatan dengan label islamic. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label islamic. Papar semua catatan

Isnin, 5 Jun 2017

MATI ITU PASTI

Assalamualaikum,

Pertama sekali, setinggi-tinggi takziah saya ucapkan buat keluarga sahabat saya di STF yang bernama Dalina. Beliau baru sahaja meninggalkan kita pada jam 3 pagi tadi di Hospital Selayang. Beliau rupanya sudah lama bertarung dengan penyakit SLE, tanpa kami sedari. Beliau juga merupakan adik kepada blogger Daddy Ziyad

Pada usia 33 tahun, beliau pergi menghadap Ilahi pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Sungguhlah ajal maut, jodoh pertemuan semua ketentuan dariNya. Seterusnya mengingatkan saya bahawa akhiratlah matlamat utama kita.

“Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman dan bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu.” (QS. Muhammad 36)

Astaghfirullahal'azim.. betapa lalainya saya selama ini. Moga Allah ampunkan dosa kita semua. Semoga pengakhiran yang baik jadik milik kita semua. 

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Rabu, 8 Jun 2016

SAHUR ITU LATIHAN UNTUK BANGUN MALAM

Assalamualaikum semua.

Apa khabar? Macam mana puasa hari ketiga? So far so good harapnya Alhamdulillah.

Pagi tadi dengar di IKIM, motivasi pagi hari ini berkenaan fadhilat sahur. Antara yang masih ingat dan rasa terpanggil untuk berkongsi:

Sahur itu adalah latihan untuk kita bangun bermunajat di waktu malam. 

Sumber imej dari carian Google
Kita memang tau amalan bersahur memang sunnah yang patut kita ikut untuk mendapat lebih keberkatan dalam menunaikan ibadah puasa. Lagipun apa saja yang menjadi amalan Nabi Muhammad SAW pasti ada kebaikannya untuk kita. Dan rupanya bila saya dengar dalam radio tadi, baru saya sedar eh betul lah kan... Sahur sebagai latihan untuk kita bangun bermunajat dan beribadah waktu malam. Sepatutnya kita bangun bukan semata-mata untuk makan, tapi sebelum makan tu seharusnya diisikan dengan amal ibadah seperti solat sunat, mengaji al-Quran dan sebagainya. Sebagai latihan untuk kita, supaya nanti selain bulan Ramadhan pun kita boleh terus bangun beribadah waktu malam. Memanglah disunatkan kita melewatkan makan sahur kata ustaz, tapi tak semestinya kita bangun last-last minute dah dekat imsak. Kalau begitu maka memang makan sajalah yang kita dapat.

Fadhilat bangun beribadah malam ni memanglah banyak. Sedangkan Rasulullah SAW yang maksum  dan dijamin masuk syurga pun beribadah malam sampai bengkak kakinya kerana baginda amatlah mementingkan ibadat malam. Namun apa yang paling terkesan yang saya dengar tadi, ibadat malam walaupun sedikit akan menjadi ruh untuk ibadat kita di siang hari. Ibadat malam menjadi jambatan bagi menjadikan kita insan yang lebih kusyuk dan tawadduk. 

Semoga sama-sama dapat kita amalkan dan melatih diri ke arah lebih baik. Tulisan saya adalah berdasarkan pemahaman saya. Tolong betulkan jika ada salah silap ye. Terima kasih. Wallahualam..


Selasa, 24 Mei 2016

Ramadhan bakal tiba lagi

Salam semua=))

Alhamdulillah. Tak lama lagi Ramadhan bakal bermula. Sekejap je masa berlalu sekarang kan. Tup tap tup tap dah setahun. Dalam 13 hari lagi nak mula puasa dah, so apa persediaan you all semua? Bercakap mengenai Ramadhan ni, bukan setakat bersedia dari segi fizikal atau pun makanan je ye. Yang paling utama matlamat kita dari segi amal ibadah untuk Ramadhan kali ni.

Bagi saya biarlah Ramadhan ini menjadi titik tolak untuk saya berubah ke arah yang lebih baik in sha Allah. Untuk itu kenalah bersedia dari sekarang kan. In sha Allah..

Dan yang paling penting jaga solat. Ramai orang boleh puasa tapi tak ramai yang betul-betul boleh menjaga solat kan. Semoga Allah menjauhkan kita dari merasa berat untuk solat. Amin.




Isnin, 25 April 2016

BERGANTUNG 100% PADA ALLAH

Assalamualaikum,

Saya nak kongsi sedikit daripada apa yang dikongsikan oleh leader saya minggu lepas.

Apabila Dr. Zakir ditanya, macam mana beliau boleh hafal begitu banyak dalil, ini jawapannya:
1) Bergantung 100% pada Allah
2) Berusaha bersungguh2
3) Barulah cari teknik2 yg boleh meningkatkan daya hafazan

Walaupun dalam soalan asal bertanyakan bagaimana cara menghafal hadis, tapi sebenarnya jawapan beliau adalah sangat boleh diaplikasikan dalam apa juga segenap kehidupan kan. Seingat saya masa sekolah dulu-dulu selalu sangat dengar, kalau nak mencapai kejayaan mesti USAHA, DOA & TAWAKKAL. Malah guru kita dulu ajar kena usaha dulu lepas tu, last sekali baru tawakkal. Jadi nampak contradict sedikit di situ dengan jawapan Dr Zakir dari segi susunannya bukan.

Bila dihayati balik, memang sepatutnya kebergantungan harus sepenuhnya diletakkan pada Allah. Setiap yang berlaku, setiap kejayaan mahupun kegagalan, kesakitan mahupun kesembuhan sesungguhnya adalah dengan izin Allah jua. Bahkan kalau Allah inginkan sesuatu itu terjadi amatlah mudah bagi Allah. Sedangkan segala aturan planet-planet di langit dan segala yang di bumi pun ditadbir oleh Allah, apatah lagi sekadar urusan harian kita insan yang lemah lagi kerdil ini. Sungguh amat mudah bagi Allah menetapkan segala sesuatu, atas izinNya jua.

Adapun begitu mestilah kita ni sebagai manusia kenalah berusaha untuk mencapai sesuatu yang kita hajati. Bukankah dunia ini adalah medan ujian buat kita. Keinginan kita juga satu bentuk ujian. Sejauh mana yang kita sanggup lakukan demi mencapai keinginan kita, cara bagaimana yang kita sanggup buat, cara yang baik atau sebaliknya juga menjadi parameter dalam ujian. Semuanya dinilai oleh Allah. Bahkan keputusan ujian kita pasti diberikan dengan tersangat adil. 

"Pada hari ini, tiap-tiap diri dibalas dengan apa yang telah diusahakannya; tidak ada hukuman yang tidak adil pada hari ini. Sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisabNya." - Surah Ghafir ayat 17

Jomlah kita istiqomah, dalam setiap apa yang kita lakukan, bergantunglah 100% pada Allah kemudian usahalah sekuatnya. Semoga dapat juga dididik pada anak-anak. Wallahualam.

Jumaat, 15 April 2016

BIASAKAN YANG BIASA-BIASA

Assalamualaikum.

Pagi tadi dengar di IKIM, tajuk motivasi pagi hari ni: Biasakan yang biasa-biasa. Mesejnya perkara-perkara yang kita rasa macam biasa-biasa, tapi kalau kita biasakan buat, sentiasa amalkan insha Allah akan mendapat result yang tak kurang hebatnya.

Contoh yang Ustad bagi, katakan setiap pagi semasa hantar anak ke sekolah, sebelum dia melangkah turun dari kereta, cuba kita minta dia baca syahadah. Perkara yang biasa. Tapi biasakan buat setiap hari. Insha Allah kesannya bakal ada, harapan kita agar dikuatkan akidah anak-anak kita amin.

Istighfar. Memang biasa sangat dengar orang suruh istighfar. Bila rasa berdosa, istighfar. Bila marah istighfar. Bila terkejut, istighfar. Bila takda apa-apa pun sepatutnya istighfar. Sebagai penghapus dosa, penyejuk hati, pemurah rezeki, pendekat diri kepada Pencipta. Benda simple. Tak perlu pergerakan khusus, tak perlu suara yang lunak. Dalam hati pun boleh istighfar. Alangkah ruginya jikalau selagi nyawa masih dikandung badan, amalan biasa-biasa seperti istighfar pun tidak dibiasakan.

Wallahualam.

Selasa, 4 November 2014

Make up, wudhu' dan sentuh

Assalamualaikum..

Semalam saya ada company dinner lagi after work kat Equatorial Penang . Yang ni lebih besar sebab involve semua company dalam T**** Group. Eceyh privacy sangat kan hehe. The food was okay, event pun okay juga. Alhamdulillah. Saya pakai baju kurung raya hari tu je senang cerita. Make up pun ala kadar macam biasa.

Tapi bukan kisah dinner yang saya nak cerita. Hari ni saya nak sentuh pasal make up dan wudhu'. Sekadar pengalaman, pandangan dan demi belajar lebih lagi. Maaf saya tak akan keluarkan dalil-dalil ke hadis yang berkenaan kerana ceteknya ilmu di dada saya ni. Insaf..

Lumrah wanita nak kelihatan cantik kan. Tambah-tambah zaman sekarang ni semua nak upload masuk FB, IG semua haruslah lebih lagi cantiknya. Sebab bukan sekadar orang dalam ball room jer yang tengok, satu dunia pun boleh tengok! Hehe.

Persoalan. Bila dah make up, kalau siap dengan bulu mata pelesu semua macam mana nak solat? Tak ke penat setiap kali nak wudhu' kena padam, lepas tu kena apply make up semula? Kawan saya cerita, colleagues dia hari-hari pergi kerja dengan make up yang memang full coverage (macam line telefon pulak hehe). What they do is, wudhu' pagi2 sebelum apply make up, lepas tu kekalkan wudhu' sepanjang hari. Atau sampai lepas solat Asar lah kot ye. Mak aih!!! Tak terjangkau dek akal saya.

Macam mana nak tahan diri daripada pergi toilet, buang angin semua for every single day? Bukankah boleh jadi macam-macam penyakit nanti. Herm.. things women do for the sake of beauty :P Cekal betul mereka. Saya kalau sekali sekala untuk event boleh la kut, tu pun mungkin bertahan sejam dua je. Hehe. Especially kalau pakai tudung lilit2, boleh2 takmau bukaka dah. Malas nak re-lilit kan hihi.. Dah buka nanti, bila lilit balik dah tak sama dengan yang lilit mula-mula hehe. Sesiapa ada tips untuk mengatasi permasalahan donia ini amatlah dialu-alukan haha. Please share ye. Erm selain dari pakai tudung express. Hehe.

Lepas tu kan, kalau kita dah siap2 make up dan wudhu', kena berjaga-jaga supaya tak terbatal wudhu' kan. Kalau dah nak terpergi toilet ke tu memang pasrah lah. What to do.. we have to answer the nature's call hehe. Tapi kalau tersentuh dengan bukan mahram, aiiii yang ni memang berasap hahahaha. Siapa setuju angkat tangan! Hehehe..

Eh tapi kalau tersentuh wanita yang non-muslim, batal tak wudhu'? Semalam saya ada tanya kat seorang kakak ni kat surau hotel, dia kata menurut Ustazah yang namanya saya dah lupa, dalam rancangan Da'i, tak batal wudhu' kalau bersentuhan dengan wanita non-muslim. Walaupun aurat kita dengan mereka adalah sama seperti aurat dengan bukan mahram. Tapi kalau bersentuhan kulit, wudhu' tak batal sebab kita bukan boleh kahwin dengan dia! Terus angguk tanda faham.

Banyak betul masalah wanita kan. It's not easy to be one hehe..

Sebagai konklusi nya (eherm dah macam karangan pulak, penat memerah otak ni), saya rasa the best way is to go moderate. Bersederhana dalam segala aspek kehidupan. Buatlah mengikut kemahuan, mengikut kemampuan tapi janganlah keluar dari batasan. Boleh nak make up untuk nampak cantik, tapi janganlah sehingga menyusahkan, jangan pula berlebih-lebihan. Sebaik-baiknya berdandan dan berhiaslah untuk suami kat rumah juga. Sepatutnya kena lebih lagi. Kalau suami suka dan isteri sanggup nak pakai bulu mata pelesu kat rumah hari-hari pun, apa salahnya hehe (>‿◠)✌

Abang Veder , tolong belanja FCC satu set, terima kasih in advance 

Jumaat, 3 Oktober 2014

Dunia fitnah berleluasa

Assalamualaikum.. Salam Jumaat semua=)

Di hari Jumaat yang mulia ini, dengan penuh kerendahan hati, ingin sekali saya berpesan kepada kawan-kawan sekalian alam. Yakni, janganlah cepat sangat percaya apa sahaja yang you all lihat atau baca from the internet, FB, whatsapp segala-mala. Tolonglah sahabat take note, tak semua yang dipaparkan kat depan mata kita tu betul. Bila dah baca sesuatu yang kadang-kala berunsurkan provokasi ke atau yang buat kita beremosi ke, cuba tarik nafas dan bawa bertenang dulu. Lepas tu secara perlahan-lahan fikir dan analyze guna akal fikiran yang kita ada sama ada boleh percaya atau tak boleh percaya, benar ataupun auta semata. Dunia sekarang penuh agenda, penuh propanda. jadi berhati-hatilah. Kita takmau memperjuangkan sesuatu yang pada mata kita benar walhal sebenarnya itulah benda yang salah. Lebih ditakuti ramai pula yang menyebelah pada pihak yang salah dan yang benar pula dipandang serong malah dikeji dicaci. Lantas kita merasa selesa walhal kita sebenarnya dipihak yang salah.

Lebih-lebih lagi dalam dunia dihujung jari sekarang ni, terlalu senang fitnah tersebar. Cuma type dan update (status FB misalnya). Sesiapa saja boleh buat. Dengan ada pulak button 'share', sesiapa saja boleh menjaja cerita yang suatu waktu dulu kita panggil 'bawak mulut'. Sekarang tak payah bukak mulut pun dah boleh menabur fitnah nau'zubillahiminzalik.. Oleh yang demikian kawan-kawan, before you share something on the social media, please pause for a bit. Fikir dulu, whether info itu benar atau tak, mana sumber sahih, adakah memberi manfaat kalau kita share, tidakkah mengaibkan pihak lain, adakah mengundang dosa kepada kita.. the same goes before we update any status jugaklah.. Sebab tu saya rasa mengambil sikap berlapang dada amat penting. Helps us to think rationally before we do any action.

Saya mohon perlindungan Allah supaya kita semua tak terjebak dalam menjadi tentera fitnah ini. Amin. Oleh yang sedemikian wahai rakan taulan sekalian, di hari Jumaat ini marilah kita membaca surah al-Kahf dan bersedekah dan mohon ampunlah. Semoga Allah menerima amalan kita. Amin ya Rabb. *Mungkin inilah 'dekat' yang saya cari*

Wallahua'lam..

Sabtu, 6 September 2014

7. Asma' binti Abu Bakar #100TokohWanitaDiSisiRasulullah

Asma' binti Abu Bakar - wanita yang memiliki 2 ikatan tali pinggang.

Asma' merupakan saudara Aisyah, seorang yang cantik, cerdas dan lincah. Asma' dikurniakan umur yang panjang serta kecerdasan akal fikiran. Asma' termasuk kumpulan wanita yang terawal memeluk Islam. Asma' menghantar makanan dan minuman kepada Rasulullah dan ayahnya Abu Bakar ketika peristiwa hijrah mereka. Asma' digelar 'zatin nithaqin' yang bermaksud wanita yang memiliki 2 ikatan tali pinggang. Ini kerana pernah satu ketika Asma' mahu menghantar makanan dan minuman kepada Rasulullah dan Abu  Bakar, dia tiada tali untuk mengikat bungkusan makanan dan minuman itu. Lalu Asma' pun memotong tali ikatan pinggangnya kepada dua bahagian dan digunakan untuk mengikat bungkusan makanan dan minuman. Rasulullah mendoakan agar Asma' dikurniakan tali ikatan pinggang yang lebih baik dan indah di syurga.

Asma' berkahwin dengan Zubair bin Awwam, seorang pemuda biasa dan tidak juga berharta. Anak mereka Abdullah bin Zubair dilantik menjadi khalifah menggantikan Yazid bin Mu'awwiyah. Bagaimanapun dia ditentang oleh Bani Humayyah di bawah pimpinan Hajjaj bin Yusuf ats-Tsaqafi. Pejuang dibawah pimpinan Abdullah ramai yang belot lalu tinggallah Abdullah di ambang kekalahan.

Ketika inilah Abdullah mendapatkan nasihat daripada ibunya Asma' samada untuk terus berjuang atay menyerah kalah. Asma' menasihatinya untuk terus berjuang dan akhirnya Abdullah bin Zubair syahid.
--------------------------------------
Disclaimer: Ini hanya summary dan diolah oleh saya sendiri hasil bacaan buku #100TokohWanitaDiSisiRasulullah. Sila baca bukunya untuk pengetahuan lebih lanjut beserta rujukan yang sepatutnya. Thanks!

Next:
8. Atikah binti Zaid #100TokohWanitaDiSisiRasulullah


Khamis, 4 September 2014

Sometimes people who have less, gives more...

Assalamualaikum morning peeps=)

Just a very quick entry for this morning. Saya ada tengok satu video shared by Wardina kat FB tadi. Very touching. The video shows a man goes from table to table asking people who is actually eating, where he can get some food because he is hungry. Appearance dia well groomed and not scary at all. But most of them of course said no.

##VIDEO REMOVED##

Then  2 men give some burger and fries to a homeless man. The man received it and thanks them. Lepas tu datanglah mamat tadi that was acting to ask for food from the homeless man. Guess what? Yes, the homeless man shares his food with the man. How ironic isn't it?

Just imagine, how will you react kalau tengah makan best2 kat kedai then suddenly ada orang datang tanya.."Akak..kat mana saya boleh dapat makanan ye? Saya laparlah..."

Saya rasa the first thing that will cross our mind is "Biar betol orang ni? Mesti orang jahat!" or.. "Buat2 minta sedekah la ni.." Well if you do think like that I don't blame you. It's because of our society condition right now, with too many bad people. It's wise to think of our safety first kan..

On the other hands..how come the homeless people willingly share their food with others?
Because they have nothing to lose!
The food was given by someone else, so he doesn't even have the food in the first place. How much difference will it make if he give it to others? Almost nothing isn't it? He can just go through the day just like any other day in his life..
And what if the man who came up to him is really a theft?
Still he need not to be scared..because again. he has nothing to lose.. nothing to guard or treasure..

But us? We scared that bad people will snatch our money, our designer handbag, our jewellery and what not.. Because we have too much so we are constantly afraid of losing whatever we have..or actually what we THINK we HAVE. That itself peeps..in the end..makes us the most selfish people who are always hiding our hands in our pocket, from helping others who are really in need. Yet again..it seems like nothing is wrong with that stand either..

How about once in a second, we think and we trully accept what was being said by our God, that all our belongings are actually not ours. That everything is being lent to us. Even our body is not ours. If only we can get rid of that I-own-everything-and-all-is-mine sentiment. Maybe..just maybe, it will be a better world.

Okay, that was not so quick entry eh -__-;

But seriously, what will you do if suddenly someone come up to you and says he/she is hungry?
Do share with me.

If you  find this entry will be benificial to others please feel free to share. Thanks=)

Rabu, 3 September 2014

6. Asma' binti Yazid bin Sakan al-Ansoriyah #100TokohWanitaDiSisiRasulullah

Bismillahirahmaanirrahiim..

Tokoh kali ni ialah Asma' binti Yazid bin Sakan al-Ansoriyah.. Panjang jugak nota tentang sahabat ni sampai 9 pages. In shaa Allah I'll try to summarize it for your easy reading. Nak tau details sila baca buku #100TokohWanitaDiSisiRasulullah tulisan Hepi Andi Bastoni.

Asma' ni merupakan wanita Ansar yang juga antara yang terawal memeluk Islam melalui dakwah Mush'ab bin Umair. Asma' memiliki akal n agama yang kuat, berani, tegar, sabar dan beriman. Ilmu yang mendalam dalam al-Quran dan hadis menambahkan lagi lah kelebihannya yang mahir berpidato dan mengolah perkataan. Kira memang pandai bercakap lah dia ni. Asma' pernah bertanya kepada Rasulullah tentang kedudukan kaum wanita adakah menyamai kaum lelaki dalam mendapat pahala. Rasulullah sendiri memuji Asma' di hadapan para sahabat yang lain oleh kerana indahnya cara Asma' tadi bertanya. Rasulullah menjawab pertanyaan Asma' dengan mengatakan bahawa setiap kebaikan yang dilakukan terhadap suami, mencari keredhaan dan mengikuti persetujuan suami nescaya pahala juga buat wanita. Kat sini boleh kita nampak besarnya hak seorang suami ke atas isterinya.

Asma' binti Yazid juga sangat bersungguh-sungguh dan terperinci dalam menanyakan sesuatu. Suatu ketika Asma' menanyakan Nabi cara bersuci sesudah haid. Baginda menjawab hendaklah membasuh kepala dengan air yg direndam daun sirih, kemudian ambiklah secarik kain yang diberi minyak wangi dan bersucilah dengannya. Asma' terus bertanya lagi bagaimana cara bersuci dengan kain tu. Aisyah lalu memberi isyarat kepada Asma supaya mensucikan bekas-bekas darah.

Asma' binti Yazid juga dimuliakan oleh Allah yang mana makanan yang diberikan oleh Asma' kepada Nabi cukup berkat. Walaupun sedikit tapi boleh dinikmati puluhan orang sehingga kenyang. k

Ketetapan idah yakni menunggu sehingga 3 kali suci juga turun buat pertama kali ketika Asma' ditalak pada zaman Nabi.

Asma' juga banyak berjihad di jalan Allah ketika peperangan Khaibar, Yarmouk, bukan sekadar membantu pahlawan2 di medan perang. Malah Asma' sendiri berjaya membunuh beberapa orang musuh Islam.

Disebabkan keutamaan2 inilah Asma' dikhususkan oleh Rasullah sebagai salah seorang wanita yang dijamin masuk syurga.

 -------------------

Disclaimer: Ini hanya summary dan diolah oleh saya sendiri hasil bacaan buku #100TokohWanitaDiSisiRasulullah. Sila baca bukunya untuk pengetahuan lebih lanjut beserta rujukan yang sepatutnya. Thanks!

Next:
7. Asma' binti Abu Bakar #100TokohWanitaDiSisiRasulullah

Selasa, 2 September 2014

Banyak hutang!

Assalamualaikum Selamat Pagi Selasa! Hihi.. Selalu pagi Isnin je yang dapat pengiktirafan lebih. Kali ni pagi Selasalah sebab hari ni baru start kerja kan..

So how how's your long weekend? Sambut merdeka ker? Saya berkenduri kendara hari Ahad hari tu soooo penatnya sampai ke hari ni. Walhal jadi tukang makan jer pun hahaha..

Oklah saya tengah rasa bersalah ni banyak hutang entry #100TokohWanitaDiSisiRasulullah. Lepas ni kena buat backdated 2 entry plus hari ni punya so 3 entry T__T Tapi takpa in sha Allah saya akan teruskan perjuangan ewaahhh..

Saya juga hutang join segmen mamakaori ni..hihi.. Gambar dah ambik dah cun punyaaa..haha nantikaaaannnnnn..

Sekian dulu. Demi mengakhiri entry saya ini, saya kongsikan doa melunaskan hutang. Semoga bermanfaat..

Sumber Google

Ahad, 31 Ogos 2014

5. Asma' binti Umais #100TokohWanitaDiSisiRasulullah

Asma' binti Umais memeluk Islam sebelum Rasulullah memasuki rumah al-Arqam bin al-Arqam..maknanya Asma' merupakan antara yang terawal lah beriman. Dia berhijrah ke Habsyah bersama suaminya, Ja'far bin Abu Talib yang mendapat gelaran 'Si Burung Syurga'.

Asma' dikatakan telah meriwayatkan sebanyak 60 hadis drpd Rasulullah. Umar bin Khattab pun selalu bertanyakan tafsir2 mimpi kepada Asma'.

Asma' pernah berkahwin dengan Ja'far dan Abu Bakar, sebelum berkahwin dengan Ali. Dia dikurniakan dengan anak lelaki bernama Muhammad bin Ja'far dan Muhammad bin Abu Bakar. Ada satu masa kedua2 orang Muhammad ni bergaduh saling membanggakan ayah masing, bertanding ayah siapa yang paling mulia dan baik. Ali yang terdengar hal ni mengadu kat Asma'. Lalu Asma' berkata dia tak pernah melihat seorang pemuda yang lebih mulia daripada Ja'far dan seorang lelaki tua yang lebih baik daripada Abu Bakar.

-------------------

Ini entry back dated. Sudah jauh ketinggalan T__T

Disclaimer: Ini hanya summary dan diolah oleh saya sendiri hasil bacaan buku #100TokohWanitaDiSisiRasulullah. Sila baca bukunya untuk pengetahuan lebih lanjut beserta rujukan yang sepatutnya. Thanks!

Next:
6. Asma' binti Yazid bin Sakan al-Ansoriyah #100TokohWanitaDiSisiRasulullah


Sabtu, 30 Ogos 2014

4. Arwa' binti Abdul Mutalib #100TokohWanitaDiSisiRasulullah

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmaanirrahiimm..Tokoh ke-4 kita untuk projek 1 Hari 1 Sahabat, Arwa' binti Abd Mutalib.

Arwa' binti Abdul Mutalib ni salah orang daripada ibu saudara Rasulullah.. Mula-mula anaknya yang bernama Kulaib yang peluk Islam dulu. Lepas tu anak dia balik dan minta Arwa' pergi jumpa sendiri dengan Rasulullah untu mengucap 2 kalimah sahadah. Akhirnya Arwa' memeluk Islam dan jadi salah sorang wanita yg sangat lantang membela Rasulullah..

Berita keislaman Arwa' sampai ke pengetahuan Abu Lahab. Abu Lahab nii carik Arwa' dan perintahkan supaya balik rumah...Arwa' sempat juga berdebat melawan Abu Lahab. Ini menggambarkan hebatnya seorang ibu yang tegas dalam membela puteranya dalam memerjuangkan kebenarn. Arwa' juga slalu menyeru anak lelakinya untuk mendukung dan membela perjuangan Rasulullah.

------------------
Maaf ini entry back dated.

Disclaimer: Ini hanya summary dan diolah oleh saya sendiri hasil bacaan buku #100TokohWanitaDiSisiRasulullah. Sila baca bukunya untuk pengetahuan lebih lanjut. Thanks!


Jumaat, 29 Ogos 2014

3. Amah binti Khalid #100TokohWanitaDiSisiRasulullah

Bismillahirrahmanirrahimm..

In sha Allah kita teruskan projek 1 hari 1 Sahabat dengan tokoh yang ke-3, Amah binti Khalid dikutip dari buku #100TokohWanitaDiSisi Rasulullah..

Amah binti Khalid ni berasal drpd kaum Quraisy. Datuk dia merupakan salah sorg pembesar Quraisy. Parents Amah merupakan antara yang terawal mengikuti dakwah Rasulullah dan memeluk agama Islam. Bapanya Khalid mendapat petunjuk melalui mimpi. Khalid bin Sa'id bermimpi yg ayahnya Sa'id bin Al-Ash nak tolak dia masuk dalam api. Dalam mimpinya itu Rasulullah datang selamatkan Khalid. Bila diceritakan mimpinya pada Abu Bakar ash-Shiddiq, Abu Bakar menyuruhnya menemui Rasulullah dan bersaksi bahawa tiada tuhan yg berhak disembah selain Allah.

Khalid dan isterinya berhijrah bersama Rasulullah ke Habsyah. Amah juga dilahirkan di Habsyah dan diterap dengan ilmu keimanan dan kecintaan kepada Rasul sejak kecik lagi. Khalid bercerita kepada Amah cerita tentang pengislamannya, kekafiran datuk Amah dan sebagainya. Amah pernah mendapat hadiah sehelai baju daripada Nabi sambil Rasulullah bersabda 'Pakailah pakaian ini sehingga lusuh'.

Amah termasuk dalam golongan wanita mulia kerana dia juga termasuk antara seorang yg meriwayatkan hadis daripada Nabi. Amah telah berkahwin dengan pahlawan Islam dan ketua keluarga Zubair bin Awwam yg merupakan sahabat setia Rasululllah. Mereka dikurniakan 2 orang anak lelaki iaitu Umar dan Khalid. Amah binti Khalid merupakan salah sorang anak perempuan sahabat yg berumur panjang, berkat doa Rasulullah masa memakaikan baju yg diberinya kepada Amah.

-------------

Maaf ini entry back dated.

Disclaimer: Ini hanya summary dan diolah oleh saya sendiri hasil bacaan buku #100TokohWanitaDiSisiRasulullah. Sila baca bukunya untuk pengetahuan lebih lanjut. Thanks!

Next:
3. Amah binti Khalid #100TokohWanitaDiSisiRasulullah

Previous:
1. Aisyah binti Abu Bakar #100TokohWanitaDiSisiRasulullah
2. Al-Khansa' binti Amr #100TokohWanitaDiSisiRasulullah


Khamis, 28 Ogos 2014

2. Al-Khansa' Binti Amr #100TokohWanitaDiSisiRasulullah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Hari ini 2 Zulkaedah 1435 Hijrah kita teruskan Projek 1 Hari 1 Sahabat dengan tokoh kedua, Al-Khansa' Binti Amr #100TokohWanitaDiSisiRasulullah..

Al-Khansa atau terkenal dgn panggilan 'Ibu para syuhada', dilahirkan pd zaman jahiliah dan berasal dari Bani Mudhar. Dia ni sorg yg fasih, mulia, murah hati, tenang, berani, tegas, suka berterus-terang dan pandai bersyair.

Al-Khansa ni kawin dgn Rawahah bin Abdul Aziz as-Sulami, dan ada 4 orang anak lelaki. Dan kesemua anak lelakinya ni syahid di medan Qadisiyah! Semuanya jadi pahlawan terbilang hasil didikan ibu mereka. Diriwayatkan sebelum keluar berperang, keempat2 mereka ni bertengkar siapa yg perlu tinggal kat rumah untuk jaga ibu diorang. Tapi bila Al-Khansa terdengar, dia sendiri yg menyuruh kesemua anaknya keluar berperang demi mempertahankan agama tercinta.

Masa Al-Khansa dgr berita kematian anak2nya dia tak berasa sedih malah bersyukur sebab Allah telah memuliakan anak2nya dengan mati syahid. Al-Khansa meninggal pada zaman permulaan pemerintahan khalifah Usman bin Affan iaitu pada tahun ke-24 Hijrah.

--------------

Subhanallah..hebatnya Al-Khansa sebagai seorang ibu kan yang mampu mendidik anak sampai jadi pahlawan yg berani dan berpegang teguh pada Islam. Kita ni nak hantar anak pergi sekolah first day pon sememeh hehehe..Semoga kita pun dapat didik anak2 kita sebaiknya amin..

Disclaimer: Ini hanya summary dan diolah oleh saya sendiri hasil bacaan buku #100TokohWanitaDiSisiRasulullah. Sila baca bukunya untuk pengetahuan lebih lanjut. Thanks!

Esok:
3. Amah binti Khalid #100TokohWanitaDiSisiRasulullah

Rabu, 27 Ogos 2014

1. Aisyah binti Abu Bakar #100TokohWanitaDiSisiRasulullah

Dengan lafaz Bismillahirrahmaanirrahiim..
Hari ni saya mula dengan projek 1 Hari 1 Sahabat. Saya cuma bagi summarize lah ye daripada kisah sahabat2 wanita di zaman Rasulullah SAW. Siapa yang nak tau lebih lagi tu bolehlah beli buku #100TokohWanitaDiSisiRasulullah, harganya RM33 shj.

So kita mulakan dengan Aisyah binti Abu Bakar..

Sedikit biodata Aisyah
  • Aisyah dilahirkan 4 tahun selepas Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul..Herm so maknanya jarak umur Aisyah dgn Rasulullah 44 tahun la kan. sebab Nabi Muhammad diangkat menjadi rasul masa umur 40 tahun.
  • Masa dinikahi oleh Rasulullah, umur Aisyah bari 9 tahun lebih, duk bermain riang-ria lagi..
  • Aisyah meninggal dunia semasa umur 66 tahun, tahun 58 Hijrah, dalam bulan Ramadhan dan dimakamkan di Baqi'.
Keistimewaan Aisyah sebagai isteri Rasulullah
  • Aisyah tinggal kat bilik yg bersebelahan dengan Masjid Nabawi. Banyak wahyu yang diturunkan masa Rasulullah berada dalam bilik Aisyah.
  • Dalam hati Rasulullah Aisyah sangat istimewa sebab tu dapat banyak privilege berbanding isteri2 yang lain. Walaupun isteri2 lain jelous tapi diorang tetap menghargai kedudukan Aisyah yg sgt terhormat.
  • Aisyah sentiasa pakai baju yang cantik2 dan berhias untuk Rasulullah supaya Rasulullah selalu senang dengannya.. (insaf saya di sini)
  • Sepanjang Rasulullah sakit, baginda tinggal bersama Aisyah dan akhirknya wafat di pangkuan Aisyah.
Keperibadian mulia Aisyah
  • Aisyah tak pernah ambil ringan tentang hukum kecuali yang jelas dalilnya drpd al-Quran dan sunnah. Aisyah paling dekat dengan Rasulullah sebab itu Aisyah boleh dapat ilmu dengan cepat direct drpd Rasulullah.
  • Aisyah termasuk wanita yang banyak menghafal hadis Nabi.
  • Aisyah banyak mengeluarkan sedekah sampaikan kat rumahnya tak tertinggal satu dirham pun.
Sekian saja. Semoga bermanfaat=) Maaf kalau ada kekhilafan.

*Esok: 2. Al-Khansa' binti Amr #100TokohWanitaDiSisiRasulullah

Selasa, 26 Ogos 2014

Projek 1 Hari 1 Sahabat

Assalamualaikumm..selamat pagi semua=)

Sudah lama saya pendamkan hasrat nak berkongsi buku-buku yang saya baca (bacaan sebenar: beli tapi tak baca2 lagi). Maka dengan ini saya mengumumkan (ewah!!!) in sha Allah bermula esok 1 Zulkaedah 1435 saya akan melancarkan Projek 1 Hari 1 Sahabat untuk memperkenalkan tokoh-tokoh wanita di zaman Rasulullah SAW. Makanya saya akan bermula dengan buku bertajuk 100 Tokoh Wanita Di Sisi Rasulullah in sha Allah..

Project Backgroud:
Saya suka buku. Suka beli buku. Suka masuk perpustakaan/kedai buku. Bila dikelilingi buku2 tu rasa macam besttt sangat tak terungkap dengan kata-kata hahah! Betul ni. Saya ada banyaaak buku yang dibeli dan terperam kat dalam rumah. Ada yang saya baca cuma beberapa page terawal lepas tu dah tak terbaca. Alasan saya, I'm always busy with works, kids and house chores. So buku ini salah satu daripada yang menimbun kat rumah tu lah. Ishh teruknya..

Project Purpose:
  1. Memaksa diri menghabiskan baca buku! Hehe. Kalau tak rugi je lah beli pastu berhabuk je kat rumah. Memang sibuk tapi sebenarnya we have to allocate time lah actually kan. Less Facebook, more real books yeayy!! Not that I'm always on FB pon eheh ><;
  2. Sharing dengan blog readers. Setakat ni saya rasa kebanyakan blog readers saya ni wanita dan ibu-ibu kan. So it's a good startlah I think. Banyak yg kita boleh belajar daripada sahabat2 wanita di zaman Rasulullah ni. Semoga menjadi panduan untuk kita menjalani kehidupan sehari2 sebagai wanita,isteri, ibu di dunia yg penuh pancaroba ni amboooiiii.. Serius ni serius:)
  3. Selari dengan salah satu tujuana saya berblog untuk menyebarkan ilmu.. Jadi inilah usaha saya yg kecil lagi molek ini. Usaha yang kecil, saya tak kecil heheh ^^;
Target Completion Date:

Start: 1 Zulkaedah 1435 bersamaan 27/08/2014
End:  11 Safar 1435 bersamaan 4/12/2014
Memandangkan ada 100 tokoh maka kita nak buat dalam 100 hari lah ye. Biar sikit tapi berterusan gituu..in sha Allah.. saya ni memang ada masalah nak commit hehe. So kena buat planning macam ni untuk senang keep track. Tolong support dan tolong ingatkan kalau saya lupa tau.. Thankssss!!

Jadi in sha Allah esok kita mulakan dengan tokoh pertama.
1. Aisyah binti Abu Bakar #100TokohWanitaDiSisiRasulullah

p/s: Rupanya hari ni dah pun 30 Syawal..

Selasa, 12 Ogos 2014

Ust Ebit Lew & Pn. Lina Karim

Assalamualaikum semua.

Dalam misi saya menjadikan blog ni bermanfaat walaupun sikit, ingin saya kongsikan tentang 2 orang yang saya follow ni. Manalah tau kalau korang pun nak jenguk dan follow sama.


1)Pn. Lina Karim
Saya dulu follow blog beliau yg cerita pasal pendidikan al-Quran anak2 beliau Darwish n Darwisya. Alhamdulillah sejuk hati saya tengok anak2nya yang dari kecik dah dididik utk hafaz al-Quran. Dulu saya ada juga pnah try nak mengamalkan amalan makanan sunnah yg disuggest kat blog ni. Iaitu badam,kurma,madu,olive oil,buah tun,habbatus sauda,kismis n minyak ikan ni diblend sekali dan simpan utk diambil 2 sudu mcm tu hari2. Tapi tulah..tak istiqomah saya ni. Dari anak seorang sampai sekarang anak dah 3.. Ya Allah tak baiknya saya dah ada sumber ilmu tapi tak manfaatkan utk anak2 saya. Kesian diorang T_T

Sekarang Pn. Lina dah buat seminar n kursus utk share ilmu tentang pendidikan al-Quran anak2 ni. Boleh cek dekat http://www.islamicparentingnetwork.net/. Kalau korang subscribe mailing list dia, memang selalu dapat e-mail yg bermanfaat insya Allah. Dan saya rasa beliau taklah begitu pushy utk promote seminar/produk dsbnya.

2) Ust. Ebit Lew
Saya first time kenal Ust Ebit dari radio IKIM, dengar masa drive balik kerja beberapa bulan lepas. Saya rasa suka dan seronok dengar penyampaian beliau. Terus saya google dan cari info serba sikit tentang Ust Ebit..Menarik juga jalan hidup dia yang mana sebelum ni jauh dari Allah, diberi hidayah lalu sampai lah sekarang dah jadi Ustaz. Bolehlah follow beliau dekat FB. Post2 beliau semua senang faham dan menusuk kalbu especially pasal kekeluargaan, anak2 semua. Beliau pun ada buat training, boleh cek kat http://keluargasunnah.com/

Post ini bukan berbayar tau hehe. Saya saja share untuk manfaat bersama.


Jumaat, 11 Julai 2014

Happy Birthday to me

Alhamdulillah..today I turned 1 year older. Ya Allah.. I've been in this world for 30 years. Saya risau. Jika 30 tahun yg saya lalui tak cukup bermanfaat dan tak dapat menolong saya ke di akhirat nanti. Banyaknya dosa, banyaknya amalan baik yang saya tinggalkan.. Allahuakbar..

Setiap detik yg kita lalui sbnrnya mendekatkan kita kepada mati.. Berapa detik lagi yang kita ada? Tiada siapa yg tahu. Allah yang Maha Besar, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Andai Kau cabut nyawaku biarlah aku dalam keadaan beriman, matikan aku dalam husnul khotimah. Aku ingin ke syurgaMu ya Allah..

Jadi azam saya, saya nak menggunakan tiap detik yg tersisa ni utk membaiki diri ke arah lebih baik. Semoga saya diberi kekuatan melawan hawa nafsu yg leka dan suka bersenang-lenang dan membuang masa..Amin Ya Rabb..

Maafkan saya memang emosi sikit. Mungkin akibat banyak melihat membaca tentang perkembangan di Gaza. Seiringan ini saya doakan Allah melindungi saudara2 kita yg teraniaya, di seluruh pelosok dunia. Kepada yang mampu bolehlah bagi sumbangan. Semoga usaha kita diberkati Allah..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...