Assalamualaikum semua.
Dalam misi saya menjadikan blog ni bermanfaat walaupun sikit, ingin saya kongsikan tentang 2 orang yang saya follow ni. Manalah tau kalau korang pun nak jenguk dan follow sama.
1)Pn. Lina Karim
Saya dulu follow blog beliau yg cerita pasal pendidikan al-Quran anak2 beliau Darwish n Darwisya. Alhamdulillah sejuk hati saya tengok anak2nya yang dari kecik dah dididik utk hafaz al-Quran. Dulu saya ada juga pnah try nak mengamalkan amalan makanan sunnah yg disuggest kat blog ni. Iaitu badam,kurma,madu,olive oil,buah tun,habbatus sauda,kismis n minyak ikan ni diblend sekali dan simpan utk diambil 2 sudu mcm tu hari2. Tapi tulah..tak istiqomah saya ni. Dari anak seorang sampai sekarang anak dah 3.. Ya Allah tak baiknya saya dah ada sumber ilmu tapi tak manfaatkan utk anak2 saya. Kesian diorang T_T
Sekarang Pn. Lina dah buat seminar n kursus utk share ilmu tentang pendidikan al-Quran anak2 ni. Boleh cek dekat http://www.islamicparentingnetwork.net/. Kalau korang subscribe mailing list dia, memang selalu dapat e-mail yg bermanfaat insya Allah. Dan saya rasa beliau taklah begitu pushy utk promote seminar/produk dsbnya.
2) Ust. Ebit Lew
Saya first time kenal Ust Ebit dari radio IKIM, dengar masa drive balik kerja beberapa bulan lepas. Saya rasa suka dan seronok dengar penyampaian beliau. Terus saya google dan cari info serba sikit tentang Ust Ebit..Menarik juga jalan hidup dia yang mana sebelum ni jauh dari Allah, diberi hidayah lalu sampai lah sekarang dah jadi Ustaz. Bolehlah follow beliau dekat FB. Post2 beliau semua senang faham dan menusuk kalbu especially pasal kekeluargaan, anak2 semua. Beliau pun ada buat training, boleh cek kat http://keluargasunnah.com/
Post ini bukan berbayar tau hehe. Saya saja share untuk manfaat bersama.
Perkongsian tentang pengurusan kewangan, takaful, unit trust, bahasa Jepun and a little bit of everything.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH
Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...
-
Bismillahirrahmanirrahimm.. Siapa guna kredit kad kat sini? Angkat tangan. Saya pun baru je guna setelah 3 tahun bekerja kat bumi Malaysia...
-
Salam semua, Saya ada satu Whatsapp group kawan-kawan satu batch sekolah menengah ni. Memandangkan sekolah tu semua perempuan makanya ahli...
-
Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...
terima kasih atas perkongsian..nanti nak ursha tengok..:)
BalasPadamsama2 kak..semoga bermanfaat.
Padambaru2 ni ada orang share status dari Ustaz Ebit tu.. menarik jugak..
BalasPadamkan..tak terlalu berat tp still very informative
Padam