Memaparkan catatan dengan label tips berbelanja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips berbelanja. Papar semua catatan

Selasa, 28 Januari 2020

DISKAUN SAMAN TRAFIK PDRM 50%!


Assalamualaikum semua,

Sedar tak sedar Januari 2020 pun sudah hampir ke penghujungnya.

Bagaimana dengan perlaksanaan azam baru anda semua? Sudah mula mengejar target atau belum?

Azam saya tahun ini adalah untuk menumpukan lebih perhatian terhadap kesihatan fizikal, mental dan rohani diri untuk diri sendiri dan anak-anak. InshaAllah.

Bab azam ini inshaAllah saya akan tulis dalam entri yang lain.

Hari ini saya nak kongsikan tentang diskaun saman trafik PDRM yang boleh dibayar secara online sejak 18 Januari 2020 dan akan berakhir pada 1 Febuari 2020.

Tempoh diskaun berbaki beberapa hari saja lagi.

Rebutlah peluang ini untuk membayar saman-saman anda yang tertunggak itu.

Saya sudah. Anda bila lagi hehe. Tunaikanlah kewajipan kita sebagai rakyat yang berhemah sambil berjimat =P

Pembayaran online boleh dibuat melalui MyEG dan Rilek.com.my.

Layarilah laman sesawang mereka dan mendaftar sekiranya anda masih belum mendaftar.

Daftar akaun MyEG di SINI.

Boleh terus semak jumlah saman dan bayar melalui FPX, lebih mudah.

Mudah sangat sangat berbanding bayar secara manual ya kawan-kawan.

Teringat kisah silam semasa membayar saman di kaunter yang dikelolakan oleh PDRM dan MBI Ipoh.

Beratur lebih 5 jam dalam panas terik ya ampun. Tak akan ku ulang lagi.

Jadi tunggu apa lagi. Bayarlah sekarang!


Image result for saman myeg
Sumber gambar : jomurusduit.com


Akhir kata, sepatutnya tanggungjawab kita adalah memandu secara berhemah dan mengikut peraturan yang ditetapkan ya kawan-kawan.

Demi keselamatan bersama dan InshaAllah tak akan kena saman!

Semoga bermanfaat!

p/s: Terima kasih PDRM=)


PUBLIC MUTUAL
PRUBSN TAKAFUL
KELAS/ PENTERJEMAHAN BAHASA JEPUN
YOUNG LIVING ESSENTIAL OIL PRODUCTS

Isnin, 11 November 2019

DEMAM 11.11


Assalamualaikum semua,

Harap semua sihat sejahtera hendaknya ya. Saya masih mengalami selsema dan batuk, setelah demam hampir 2 minggu. Ya Allah.. bila dah lama tak sakit, sekali sakit yang teruk. Rasa macam hilang kesabaran Astagfirullahal'azim. Walhal selama ini Allah bagi nikmat sihat, kurang rasa syukurnya. Maka benarlah sihat itu nikmat. Moga kita lebih bersyukur dan berusaha menjaga kesihatan diri. Bila tak sihat, mula lah mood pun tiada, semangat pun hilang. Ya Allah berdosanya. Padahal orang lain yang sakit lagi teruk masih boleh sentiasa senyum malah memberi inspirasi kepada orang lain. Sungguh lemahnya saya!

Jadi anda semua pun jagalah kesihatan ya. Makan yang seimbang, banyakkan minum air putih, kurangkan pengambilan gula. Bersenam jangan lupa ya. Saya pun dah lama tak bersenam ni. 

Hari ni saya cuma nak update secara ringkas. Maklumlah blog ini sudah lama terbengkalai. Dari aspek kerja di pejabat, Alhamdulillah. Saya masih berusaha belajar dan belajar. Semangat tu biasalah kadang-kadang naik, kadang-kadang turun. Masih berusaha untuk menyiapkan laporan lapangan untuk kompetensi Buangan Terjadual. Untuk pengolahan efluen, Alhamdulillah saya dah dapat kompetensi penuh pada bulan April tempoh hari. Perancangan tahun depan nak ikuti latihan Safety nad Health Officer pula. Doakan!

Kelas Bahasa Jepun Alhamdulillah masih berlangsung. Sekarang kami ada 2 sesi iaitu hari Ahad pukul 10:30 AM dan Rabu malam pukul 8:30 PM. Pelajar ada yang datang dan pergi kerana kekangan dan komitmen masing-masing. Tetapi ada beberapa orang yang setia bersama kami dari awal penubuhan kelas tempoh hari. Semoga ilmu yang diturunkan mendatangkan manfaat ya. Kami juga menyediakan kelas untuk staf-staf Majlis Bandaraya Ipoh, 3 hari seminggu. Dijadualkan silibus akan habis pada penghujung tahun ni inshaAllah. 

Saya juga masih aktif sebagai ejen unit trust bersama Public Mutual. Nak kata aktif sangat tu tidaklah. Maklumlah kekangan kerja. Kena pandai agihkan masa yang bagi saya sampai sekarang masih belum pandai lagi he he he. Segala urusan insurans Prudential dan Prudential BSN Takaful sekarang di ambil alih oleh suami saya. Tapi klien saya masih boleh berurusan dengan kami seperti biasa ya. 

Anak-anak Alhamdulillah. Semua pun baru baik demam. Nasib baik sudah habis peperiksaan semua. Keputusan peperiksaan yang abang so so Alhamdulillah. Padanlah dengan saya pun tak memantau secara terperinci sangat. (Jangan ikut macam saya). Tetapi tahun depan, saya pun kena usaha untuk lebih pantau kerja-kerja sekolah anak-anak. Abang Haikal tahun depan sudah masuk darjah 5, Haris darjah 3, Hadi darjah 1. Secara rasminya semua anak-anak saya bersekolah rendah tahun depan ya. jadi mama tak bolehlah nak perasan muda lagi.

Akhir sekali, berbalik kepada tajuk posting saya hari ini. 11 November merupakan hari jualan besar-besaran platform e-commerce ya. Lazada siap buat konsert lagi semalam. Mungkin ramai yang teruja, apa pun pesanan saya, berbelanjalah secara berhemah. Benda diskaun tak bermakna kita kena beli. Bawa bertenang, tarik nafas dalam-dalam, kalau perlu baru beli ya. Okay, selamat membeli-belah!


PRUBSN TAKAFUL/ PUBLIC MUTUAL/ KELAS BAHASA JEPUN
siti.sharini@gmail.com

Dapatkan tudung sekolah untuk anak-anak dengan menekan link di bawah ya.

Ahad, 6 Mei 2018

TIPS AJAR ANAK BERBELANJA



Assalamualaikum semua.

Sedar tak sedar kita dah pun masuk bulan 5 tahun 2018. Pantas masa berlalu kan. Entry blog nak dapat sebulan satu pun susah. Apa nak jadi ni Cik Siti? Okay abaikan.

Hari ni saya nak share tentang tips ajar anak-anak berbelanja. Saya pun bukanlah pandai sangat bidang kewangan mahupun parenting. Sekadar kongsi pengalaman. Kepada sesiapa yang tak mengenali diri saya, saya ibu kepada 3 orang anak lelaki. Anak saya umur 9, 7 dan 5 tahun. Setakat ini lah ye hehe. 

Mak-mak (dan ayah) di luar sana pernah tak alami situasi anak mengamuk berguling-guling kat kedai minta dibelikan barang? Atau nampak anak orang lain yang menangis kat kaunter kedai, lebih-lebih lagi kedai mainan? Atau dengar mak-mak marah anak yang tak habis-habis nak beli gula-gula? Saya rasa ini situasi yang biasa kita nampak. Atau orang putih kata common gitu.


Saya Alhamdulillah, setakat ni tak pernah lagi anak-anak saya mengamuk kat kedai sebab tak dibelikan barang yang diorang nak. Jadi tak ada masalah lah kalau bawa anak-anak pergi kedai dengan poket yang limited pun he he he.. Apa cara yang saya gunakan untuk meminimumkan drama dalam kehidupan bersama anak-anak ni?

Teruskan membaca tips ajar anak-anak berbelanja (atau tidak berbelanja haha) di bawah.
1. SET MINDA ANAK-ANAK. Biasanya sebelum masuk ke kedai, saya akan pastikan saya terangkan siap-siap tujuan datang ke kedai, apa barang yang nak dibeli. Jika cuma nak beli groceries, cakap pada mereka cuma nak beli barang sekian sekian, selain dari itu kita tak akan beli. Minta tolong anak-anak tolong cari sama-sama barang yang nak dibeli to keep them occupied. Mereka akan rasa lebih seronok dan dapat belajar kenal nama-nama barang.
2.   BERI PENERANGAN. Mungkin cara di atas sukar berkesan lagi-lagi kalau kita baru nak practice. Anak-anak masih belum faham, itu biasa. Kita cuba terangkan dengan sabar, dan kena bari mereka masa. Terangkan kenapa tak boleh beli. Selalu saya cakap je duit yang mama bawa cuma cukup untuk beli barang sekian-sekian. Tapi kalau tiba-tiba nanti anak tanya kuat-kuat mama cukup duit ke tak sampai satu kedai boleh dengar, bertabahlah he he he. 
3.     BERI PELUANG PILIH DAN BAYAR SENDIRI. Jika hari tu adalah memang hari berbelanja untuk anak-anak, saya biarkan mereka pilih barang sendiri. Tentulah dah set limitation siap-siap berapa barang seorang boleh beli dan direct ke arah range harga yang saya nak he he. Tapi pastikan anda punya banyak masa untuk menunggu diorang shopping. Mau seharian kena tunggu kat kedai tu haha. Cuma ingat, ini adalah proses pembelajaran, dan sabarlah menunggu hihi.
4.     PERCAYA. Percaya pada anak-anak. Sekali sekala minta mereka tolong belikan barang. You will be surprise how much responsible they are ready for. Ia akan membantu anak-anak menjadi lebih berani, bertanggungjawab dan amanah. Dan mintalah bantuan padaNya dalam mendidik anak kerana Dialah sebaik-baik penolong dan penjaga.


Semoga bermanfaat!


Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Isnin, 29 Mei 2017

Tips Ramadhan 2017

Salam semua,

Sekejap je kan dah bulan Ramadhan balik. Macam mana puasa so far? Harapnya semua baik-baik sahaja. Saya ni bukanlah siapa siapa, tapi sebagai kakak sedikit sebanyak yang saya nak pesan sempena bulan Ramdhan yang mulia ni..


  1. Rebut peluang beribadat, berdoa banyak-banyak dan jadikan Ramadhan kali ni sebagai titik tolak kita ke arah insan yang lebih baik. Mula-mula memang susah tapi kena lawan juga rasa susah tu. Sebenarnya rintangan tu datang dari minda kita sendiri.
  2. Ikhlaskan hati dalam menunaikan tuntutan kewajipan, bukan setakat dalam berpuasa dan solat, malah dalam melakukan kerja-kerja seharian di pejabat dan rumah. InshaAllah manisnya lebih terasa.
  3. Jaga kesihatan diri. Berpada-pada sewaktu berbuka dan makan masa malam hari tu. Biasa kita memang teruja nak berbuka banyak makan kuih dan minuman manis-manis. Beringatlah, walau siang berpuasa, pengambilan makanan masih perlu di kawal.
  4. Hati-hati beli makanan di bazar takut terbeli yang sudah kurang elok. Perlu lebih perhatian dan belek jika nak beli kuih yang bersantan, berinti kelapa, taugeh. Bahan-bahan ni cepat basi. Pastikan rasa dulu makanan sebelum bagi anak kecil makan. Nanti kesian anak sakit perut.
  5. Kawal perbelanjaan. Elakkan pembaziran. Perut kita kecik saja. Jangan borong semua makanan kat bazar.
  6. Minum air masak secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi. Ini lebih-lebih lagi kalau kanak-kanak yang baru nak belajar berpuasa. Pantaulah selalu keadaan mereka. Jangan terlalu memaksa diorang berpuasa di luar kemampuan, takut nanti beri kesan pada kesihatan anak kecil.
  7. Senyum banyak-banyak, semurah sedekah yang tak perlukan duit ringgit. InshaAllah boleh bantu kita lebih tenang dan kurang melatah dalam melalui liku-liku hari kita penat berpuasa.
  8. Sabar. Banyak-banyak sabar.
  9. Jaga keselamatan di jalan raya. Tolonglah jangan sengaja langgar lampu merah atau mencilok atau hon sana sini. Refer no 7, sabar..
  10. Jaga keselamatan di rumah juga. Pastikan gas sentiasa di tutup lepas memasak. Alert pastikan tak lupa lauk pauk yang dipanaskan kat dapur. Banyak kes kebakaran dalam bulan puasa terjadi. Minta dijauhkan.
  11. Jangan main mercun yang berbahaya. Pantau anak-anak sekalian okay. Sayang tau, tangan sekali hancur bukan boleh tumbuh balik dah. 
  12. Eratkan silaturrahim sesama keluarga. Berkumpul jangan ingat makan saja walaupun ya memang makan pun agenda utama he he.
Sekian saja dari saya. Semoga di Ramadhan kali ini kita boleh jadi insan yang lebih baik dari sebelum-sebelum ni. Semua ni peringatan untuk diri saya sendiri terutamanya. Semoga istiqomah okay. Assalamualaikum.


Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Selasa, 23 Ogos 2016

Jimat dengan AEON Member Card - Privilege Day


Salam semua,

Apa khabar? Moga sihat sejahtera dan dipenuhi dengan rasa kesyukuran atas segala nikmatNya hendaknya ye.

Hari ni dah 23 haribulan, ker BARU 23 haribulan? Hehehe.. Mungkin ada yang poketnya tengah nyawa-nyawa ikan ye. Bertabahlah beberapa hari lagi. InshaAllah, Allah Maha Kaya Maha Maha Pengasih Maha Penyayang dan Maha Pemberi Rezeki.

Saya teringat satu hadis Nabi SAW yang baru saya baca dalam buku 100 Tokoh Wanita. Bila mana Fatimah mengadu tentang kesempitannya kepada baginda Rasulullah SAW, baginda ada mengajarkan satu doa yang cukup cantik. Maaf saya tak ingat sepenuhnya dan tapi lebih kurang penghujungnya berbunyi 'Bayarlah hutangku dan cukupkanlah aku..'. 

Yang penting rasa cukup. Tak kira sedikit atau sebanyak mana yang kita ada, kalau kita sentiasa syukur inshaAllah akan rasa cukup. Tapi tak dinafikan memang dalam keadaan ekonomi sekarang agak sukar nak rasa cukup tu kan. Pohonlah padaNya satu-satunya yang upaya memberi kita segala rasa. InshaAllah.. InshaAllah..

Okay, terpanjang mukadimah maafkan saya. 28 haribulan ni Aeon Member Privilege Day di semua Aeon (kecuali Kota Bharu)! Beli barangan RM100, dapat voucher RM10. Kalau beli RM1000, dapat balik RM100. So sesiapa rasa nak shopping, tunggu kejap sampai 28 haribulan ye. Tapi ini applicable untuk barangan general saja, tak termasuk groceries tingkat bawah tu tau. Selamat shopping! Tapi ingat beli yang perlu saja tau he he he.


Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Selasa, 6 Oktober 2015

BERJIMAT DENGAN KAD VIP WATSON

Salam semua=))

Siapa adik-adik, kakak-kakak, abang-abang kat sini yang suka shopping kat Watson? Saya kadang-kadang suka juga masuk kalau nak tengok-tengok skin care ke make up ke. Kadang tu kalau setakat nak beli toiletries saya prefer masuk beli kat Watson daripada masuk Tesco yang besar gabak tu, jimat sikit masa hehe.





Siapa yang ada kad VIP Watson? Saya dulu pernah buat sekali lepas tu hilang. Then baru-baru ni saya buat lagi sekali sebab kadang tu rasa banyak juga berhabis dekat Watson ni. Harga keahlian dia RM12 untuk seumur hidup. Malangnya saya tak dapat transfer point dari kad yang lama sebab dulu saya tak registerkan kad tu kat website Watson. Members fee RM12 tu pon kena bayar lagi sekali. Nasib baik dapat lotion brand Vaseline dengan Loreal punya face cleaning brush sebagai free gift. Terubat lah sikit hati ini. So kali ni, balik je rumah saya terus daftar online. Semangat sangat hehe.

Apa kelebihan dia kalau buat VIP kad ni? Seperti biasa, kumpul point lah. Selain daripada tu ada juga diskaun khas untuk ahli saja untuk barangan tertentu pada satu-satu masa. Kalau beli barang jenama Watson, dapat 2 kali ganda point. 


Yang lebih menarik, setiap 25 haribulan semua barangan berjenama Watson ada diskaun 15% untuk ahli. So kalau haritu kita beli pulak barang yang ada diskaun bulanan (PWP) untuk ahli, boleh dapat diskaun dekat 50% jugaklah untuk barang tu! Kalau tengok yang saya beli haritu, shower gel Watson tu tinggal RM6 lebih je harga dia. Bau dia wangi sangat. Dia boleh beli max 3 barang je kot sekali beli untuk diskaun PWP. 

Kad VIP Watson juga beserta fungsi Touch n Go. Boleh top up TnG macam biasa je dekat tol, station minyak atau kat Watson sendiri. Kalau kita bayar dengan kad TnG Watson masa membeli barang di Watson, boleh dapat 5 kali ganda point tau. Dengan flashing out kita punya kad VIP Watson juga membolehkan kita dapat diskaun di sesetengah restoren dan cafe which yang mostly western style lah. For more info tengoklah kat website http://www.watsons.com.my/.


Itu sajalah perkongsian dari saya. What say you? Mungkin beli kat Mydin lebih murah kot kan hehe. Saya jarang pergi Mydin sebab jauh dari rumah tapi teringin juga nak explore harga barang kat sana nanti. Lebih best kalau kad tertinggal atau terlupa bawa pun boleh bagi no phone je, so still dapat kumpul point. Tapi make sure you all dah register kad tu dekat website dia ye.

But I think, kalau kena pada masa dan waktunya, some of the things bolehlah dapat dengan harga lebih rendah kat Watson ni. Tapi kena tunggu masa promotion lah. Kena lah sabar sikit dan buat proper planning untuk pembelian produk penjagaan diri dan kesihatan kita. Saya telah bertekad hanya akan pergi pada 25 haribulan ke Watson dan tengok apa yang murah masa tu hahaha.




Ahad, 28 Jun 2015

BERJIMAT DENGAN DRESS MURAH DAN BERKUALITI DI HARI LEBARAN

Salam semua=))

You all semua dah beli baju raya ke? Saya belum lagi T___T .. Takdelah sedih pun sebenarnya. Setiap tahun pun macam ni. Selalunya sediakan kelengkapan anak-anak dan suami dulu, saya paling last sekali dekat-dekat raya baru beli. Sebab apa? Sebab saya kan lone ranger hihi. Anak-anak semua lelaki, jadi sedondon dengan abahnya. Saya seorang je bunga dalam keluarga tak perlu nak matching dengan sapa-sapa so saya bebas lah pilih mana yang berkenan. Cuma cari yang boleh match warna sesikit dengan askar-askar semua je. So tahun ni apa tema agaknya ya? Taktau lagi sebab baju askar semua pun belum beli hihi.

Trend sekarang orang suka pakai dress kan? Saya pun suka juga pakai dress kadang tu. Sebab apa? Sebab senang sekali sarung je dah siap. Kadang saya pergi kedai runcit pakai dress sebab malas nak tukar-tukar baju seksi yang pakai kat rumah tu, sarung je kot atas. Hehe. Dress pun banyak sangat pilihan sekarang ni. Yang kat kedai banyak, yang online lagiii banyak. Boleh berpinar mata nak memilihnya haha. Yang penting duitnya ada ye dak.

Gambar tahun lepas, kenduri sepupu di Pantai Merdeka
 Bagi sesiapa yang serupa saya suka beli last minute nih, meh sini nak share sikit ihiks. Raya tahun ni kan akan jatuh pada tanggal 17/18 Julai kan, maksudnya kurang dari 3 minggu je lagi. Tengah bulan tu errmmm biasalah mostly orang gaji pun belum masuk, susah tu, (Padahnya shopping last minute haha). Lagipun duit mesti dah banyak habis buat kelengkapan raya yang lain kan. Beli baju anak-anaklah, kuih raya lah barang rumah lah,macam-macamlah. Kalau yang balik kampung jauh-jauh tu, ha lagilah. Duit minyak lagi, tol lagi, mana nak servis kereta lagi. Disebalik kegairahan nak balik beraya, keselamatan perlu diutamakan! (Pesanan khidmat masyarakat hehehe).. Pikir pun dah pening @@

BUT! FRET NOT! Jangan bimbang jangan risau kakak-kakak, adik-adik, rakan-rakan seperjuanganku sekalian! Raya tetap raya hehe. Kita tetap boleh berjimat sambil tampil anggun jelita di hari lebaran dengan membeli koleksi dress murah berkualiti di Zalora Malaysia. 


The best thing about Zalora dresses ni, semuanya keluaran brand ternama tau. ZALIA ada, ZAWARA ada, LUXE by Ethnic Chic ada. Macam-macam adalah. Cuba try p tengok sendiri, tengok apa lagi yang ada.

That's not all! Dahlah cantik-cantik dressnya, harga pun berpatutan. Buat apa nak bayar lebih kalau kita boleh memiliki dress yang cantik-cantik ni dengan harga yang lebih murah kan? Boleh berjimat sikit. Kang nak bagi duit raya lagi barang seringgit dua kat anak-anak sedara penuh sekampung tu =P


Dress depa ni bukan saja cantik, ikut pulak trend terkini (barulah macam retis sket). Koleksi dress ni juga berkualiti tinggi, dan yang penting sesuai untuk muslimah yang berhijab. Sekali sekala bergaya dengan dress di pagi Syawal nan indah, pastinya penampilan cik kakak semua akan lebih menyerlah dan terserlah. Silap-silap boleh buat cik abang jatuh cinta lagi kak cik kakak ihiks.

Antara 3 dress kat atas, yang mana you all suka? Yang pesen lain pun banyak lagi cantik-cantik, bolehlah you all tengok sendiri kat website dia ye. Kalau you all beli nanti, jangan lupa tampal gambar you all banyak-banyak bergaya dengan dress Zalora kat blog nanti. Boleh Cik Siti tumpang usha sama=))

Rabu, 25 Mac 2015

SEDIKIT SEBANYAK TENTANG TOUCH n GO

Touch N Go Penang Bridge saya baru buat 3 minggu lepas hihi=))

Benefit Kad Touch n Go

Nak cakap pasal benefit kad TnG ni pun macam semua orang dah tau ye. Memudahkan kita bayar tol hari-hari=)) Berbanding kalau guna tunai, kadang-kadang kereta banyak kat lorong tunai. Tambah-tambah nanti ambik masa kita nak keluarkan duit dari wallet, lepastu nak tunggu baki pulak. Kadang-kadang duit syiling terjatuh haha. Sayalah tu..

Jadi guna kad TnG lebih cepat dan mudahkan. *Walaupun kadang-kadang kereta bersusun juga kat lorong TnG kalau tiba-tiba orang kat depan tak cukup baki hihi*

Kalau guna dengan Smart Tag lagi bagus=))

Mana nak dapat kad TnG?

Kat mana-mana pejabat PLUS, Watson, dan lately ni ada self service kiosk juga. Bertambah maju! Husband saya dulu dapat free je kat tol masa nak balik raya. Rezeki heheh. Biasanya harga kad ni Rm10 (kad sahaja tanpa tambah nilai). Saya pula buat dekat tol Penang Bridge, so kalau nak pergi island bolehlah dapat diskaun tol! Dari RM7 harga biasa jadi RM5.60. Untungkan? Baru ni saya lalu kat tol ke Butterworth kat A tu Z tu nampak ada promotion beli kad TnG harga RM1, tapi tak sure kat mana. Nanti saya tengok lagi. Ada sesapa tau tak?

Satu info yang saya baru je tau, IC kita pun boleh guna sebaga TnG juga! Hehe. Kalau ada yang taktau macam saya ni, cuba keluarkan IC anda sekarang. Tengok belakang dia ada tak symbol TnG? Kalau tak ada, tolong pergi tukar IC baru hahaha.. So jimat dah RM10 sebab tak payah beli kad TnG. Tapi jangan lupa top up dulu ye.

Macam mana nak top up TnG?

Topap pun boleh buat dekat pejabat PLUS, applicable kaunter dekat tol, ATM machine, applicable stesen minyak, dan Watson. Kalau ATM, ke Watson ke stesen minyak ke ada charge RM0.50 ye.



Ataupun untuk heavy traveller, boleh link kan kad TnG dengan kredit kad. Contohnya dengan kredit kad Maybank dan CIMB. Zing Card nama dia. Boleh apply dengan bank yang berkenaan. Contoh kalau Zing Card Maybank, dia akan auto reload bila nilai dalam kad kita jatuh bawah RM50. Reload amount pula RM100. Cuma yang kurang syoknya ada charge RM2 setiap kali auto reload. Ini saya rasa CIMB Zing Card lebih murah chargenya kalau nak top up RM100, charge RM1.50.

Jimat berbelanja dengan kad TnG


Hanya tunjuk kad TnG anda dan dapatkan pembelian dengan discounted price di kedai-kedai yang applicable. Gambar di atas ini adalah promotion as of current date ye. Boleh cek kat website diorang selalu. Saya ni jarang sangat pegi fancy coffee shops or cafes. But if you feel like it, bolehlah gunakan peluang ni ye tak.

Apapun get more info on TnG at their website here ya. Boleh juga sign up portal MyTouchnGo untuk manfat yang lebih baik.Semoga bermanfaat =))

p/s: Nilah orang yang baru buat kad TnG sejak pindah rumah jauh dari ofis ni hahaha..

With the implementation of The Goods & Services Tax (GST) effective 1/4/2015, all products and services provided by Touch 'n Go will be subjected to 6% GST.

Jumaat, 20 Februari 2015

BERJAYAKAH TABLET HUAWEI MENJADI MILIKKU?

Salam semua=))

Kalaulah, kalau.. Kalau masih ada yang ingat entry saya mencari smartphone kat sini. Kalau nak tau, saya masih belum beli lagi phone baru haha. Sayang duit oi. Lagipun kawan saya yang beria promote Mi dia tu bagitau phone dia jatuh, screen pecah lalu touch screen dia langsung tak boleh function. Dia hantar repair kena charge dalam RM300++. Fuh campur harga dia beli phone tu dulu RM800 dah jadi seribu lebih dah. Terus cancel saya nak beli walaupun harganya murah dengan spec yang agak tinggi. Biarlah biar. Saya terus sabar. Kalau 3 tahun saya boleh bersabar, kenapa tak tambah je sikit lagi kesabaran itu ha ha ha.

Kebetulan 2 minggu lepas saya ternampak iklan kat RinggitPlus.com! Apply HSBC credit card, dapat free tablet Huawei Mediapad 7 Youth2! Wah wah dengan sepantas kilat saya apply. Hehe. Punyalah tak nak keluarkan duit sendiri kan. Lagipun sekarang saya memang kena ada tablet lagi satu. Sebab Abg Veder (suami) telah mengikut jejak langkah saya sebagai ejen takaful, maka iPad akan berpindah hak milik. Maklumlah kami ejen-ejen alaf baru, submit proposal guna apps ye sekarang. Tak mainlah borang-borang eceyh!

Anyway promotion HSBC bersama RinggitPlus.com ni tamat pada 28 Feb ini. So saya adalah sedikit skeptikal samada akan dapat tak tablet ini. Sebabnya application saya masih belum approved lagi sedangkan only a few days left saja. Tapi saya akan terus positif! Boleh?



Kalau tak berjaya, alamatnya kenalah beli sendiri T__________T Di mana saya rasa mungkin ambil masa 3 tahun lagi baru saya beli kot ha ha haaaaaaaa.. Tapi bolehlah nak start usha dan compare dari sekarang. Asus ke? Samsung ke? Peugot ke? Mini Cooper ke? Eh?!!

Jingjingg


Jinglebell jinglebelll

Warning:
Sebelum anda terjerumus dengan janji janji manis sebarang credit card promotion, sila consider perkara-perkara di bawah:
  1. Anda dah ada 5 keping card dan sekurang-kurangnya 2 daripadanya ada bayaran tertunggak?? JANGANLAH APPLY BARU. Settlekan hutag yang ada tu.
  2. Anda jenis berbelanja ikut nafsu dan bukan keperluan walaupun sebenarnya tak mampu bayar? Mungkin guna cash lebih sesuai untuk anda.
  3. Anda bukan kedua-dua di atas dan eligible untuk apply? Silakan. Tapi! Baca T&C nyer betul-betul dulu. Sebabnya..banyak yg tersembunyi dalam tu..
  4. Contohnya: annual fee dikatakan percuma. Tapi kalau baca betul-betul sebenarnya percuma (waived) kalau anda swipe 12 kali dalam masa setahun. Kalau anda tak pakai langsung pun, masih kena bayar annual fee. Dan cukai RM50 setahun masih perlu dibayar untuk setiap kad!
  5. Segala promotion cash back ke, reward point ke semua bertempoh dan ada yang limited tu certain days atau certain tempat yang boleh swipe saja. So kesimpulannya KENA BACA T&C BETUL_BETUL.
  6. Sila bayar on time, semua statement amount untuk mengelak bebanan hutang. Senang cerita only buy what you can afford.
p/s: Kalau anda boleh shopping, sudah tentu boleh beli satu polisi takaful untuk perlindungan keluarga kan. Beli barang, barang habis/rosak. Beli takaful, takaful akan kembali jadi duit bila anda yang habis/rosak.

Khamis, 22 Januari 2015

SHOPPING BOLEH BANTU EKONOMI NEGARA?

Pusingan Ekonomi

Say bukanlah pakar ekonomi. Setakat ni tau sikit-sikit saja. Ekonomi ni bagi saya subjek banyak membaca dan memerhati. Kita yang rakyat bawahan ni cukuplah sekadar mengikut arus hehe. Yang pasti ekonomi kat mana-mana negara pun ada naik, ada turunnya. Selalunya mengikut cycle yang tetap. Kalau ada masa ekomi kita baik, tak boleh lari juga dari ekonomi tak baik. Kadang-kadang dia statik je tak naik tak turun, mendatar je.

Jom Bantu Ekonomi

Wahwah macam senang je cakap ye. Mengikut tulisan di sini, memang mudah (dan menyeronokkan provided you have adequate resource heheh) je nak bantu ekonomi Malaysia untuk tahun 2015 ni. Caranya hanyalah:
  1. SHOPPING! Wah sakanlah akak-akak kita dengar ni. Suami-suami semua sila sorok wallet anda cepat. Hehe. Tapi memang betul pun. Saya dengar masa kat Jepun dulu ada one time ekonomi dia become stagnant. Dan oleh sebab semua orang simpan je duit tanpa berbelanja, the condition did not get any better. Kalau kita berbelanja, barulah seller dapat untung, then duit tu akan circulate. Boleh juga create peluang pekerjaan yang lebih baik. Hanya dengan shopping.. Tapi hati-hati. Shopping using the money you have, bukan dengan duit yang tak wujud ye.
  2. BERCUTI! Locally. Sekali lagi saya ulang. LOCAL. Dalam Malaysia. Eloklah tu. Kos pun kurang tinggi, boleh naikkan ekonomi lagi. Bolehlah nak start browsing air ticket ke, accomondation ke hermherm.
  3. E-BAY! Jual barang kat e-bay. Herm ni website yang saya link kat atas tu lah cakap. Sejauh mana keberkesanannya, bolehlah anda try test hari ni pakat jual baju kurung yang bertingkek-tingkek dalam lemari tu. Kotlah ada minah-minah saleh nak beli kan. Mana tau..


p/s: Harap tak ada kaum suami marah kat Cik Siti dengan terbitnya entry ini hehehe.

Jumaat, 12 Disember 2014

Undang-undang 3 hari

Suatu hari cuti yang indah saya berjalan-jalan dengan niat nak window shopping kat Pavilion.

Jalan punya jalan punya jalan sampai nak naik lenguh kaki, dah lah pakai heels pulak tu. Bertambah lenguhnya.. tapi nak nampak cantik punya pasal, lenguh pun lenguhler. Bukan orang tau pon hehe.

Tiba-tiba saya lalu kat satu kedai ni, nampak sehelai dress warna merah kembang setaman yang dipakai oleh cik patung. Dalam hati saya Oh My Gucci!!! Cantiknya. Tiada dress yang lebih cantik tiada yang lebih indah tiada yang lebih bersinarrrrr selain dress merah di depan mata. Menepati cita rasa, menepati impian yang selama ini diidamkan. Simple yet so elegan! Hurm..

Tiba-tiba teringat pula tahun depan nun nanti ada company dinner. Dalam kepala dah terbayang, kalaulahh..kalaulahhhh..kalaulah saya dapat pakai dress ni nanti alangkah bahagianya. Alangkah indahnya hidup ini. Tiada yang lebih indah lagi. Mungkin nanti boleh menang best dress, dapat voucher Jusco RM50 :P

Lalu kaki melangkah masuk ke dalam kedai. Mata melilau cari tanda harga. Mana ni tanda harga ooooiiii menyorok pulak ye. Tak jumpa cari dengan mata, tangan pun mencapai dress idaman hati. Sambil merasa tekstur dan membelek material kain dengan jari tulus temulus saya. Oh lembutnya kain dia.. bagaikan sutera. Cantiknya jahitan dia tiada cacat celanya.

Lantas terjumpa benda yang dicari-cari. Tanda harga!! Dalam hati ada sedikit nervous nak tengok harga dress pujaan hati. Sebelah mata dipejam, tengok guna sebelah mata saja. Dengan harapan boleh meneutralkan rasa..

Mak oih!! RM499!!

Mahalnya!!!

Tapi kan ke cantik. Kan ke pujaan hati idaman kalbu. Kan ke inilah dress paling jelita yang pernah saya jumpa sepanjang hayat ini?

Apalah sangat RM499.. Tak sampai RM500 pun.. Guna credit card dulu, nanti dah dapat gaji saya bayarlah balik. Alaa boleh punya lahh. No hal lah.. sap sap soi je nih..

Sreeeeeeeeeeeeetttt bunyi leretan kad VISA.

That's it! The damage has been done!

Maka bulan depan dan bulan seterusnya, bercatulah makan saya. Tiada lagi makanan bernutrisi, hanya mi segera hari-hari..

----------------------------

Amacam.. does it sounds real? Okaylah saya ada sikit-sikit tiru Sophie Kinsella tihihihi..

My dear friends, kawan-kawan saya sekalian.. inilah yang kita panggil impulse buying. Membeli benda yang kita sebenarnya tak perlu, tanpa berfikir panjang, malah membawa kerosakan kepada akaun bank kita. This is very very dangerous ye.

And this doesn't apply to benda yang mahal-mahal saja. Benda yang tak begitu mahal pun sama juga. As long as we don't need it, kalau beli juga maka membazirlah namanya.

Tak salah membeli-belah, asalkan, dan pastikan that we can actually afford it! Jangan nanti hujung bulan gigit jari.

So inilah tips nya ya. Macam mana nak mengelakkan diri dari TERBELI sesuatu yang kita tak berniat pun nak beli. Bila kita rasa nak beli benda tu, sabar dulu. Relax.. tarik nafas, hembus. Tarik, hembus.. perlahan-lahan angkat kaki keluar dari kedai. (Kalau online, cepat-cepat tutup browser :P)

Lepas tu cuba fikir secara waras, pertimbangkan dulu. Is it worth your hard earned money or not. I bet masa tu, hawa nafsu akan mengatasi akal fikiran kita dan mengarah kita untuk beli juga hehe.

That's why we wait. Sebelum beli sesuatu, cuba tunggu 3 hari. Lepas 3 hari, fikir balik, betul ker kita masih nak beli benda tersebut. Saya rasa most of the time, perasaan nak membeli yang membuak-buak sebelum ni tu akan pudar. Takda rasa dah.. If it does, selamatlah poket anda=)

Jadi bila kita rasa nak beli sesuatu yang tak perlu, apa kita buat kawan-kawan?
Berhenti. Tunggu 3 hari. Fikir balik.

Kalau masih rasa nak beli, cuba tunggu 100 hari. Haha. Tipu. Kalau dah nak beli juga, belilah. Tiada daya saya menghalangnya. Kalau boleh kumpul duit sampai cukup baru beli ye.

p/s: Kalau anda tengok, sebab tu kedai buat pelbagai offer yang menarik, pelbagai diskaun hebat yang timely limited. Semua ni nak ambik kesempatan atas perasaan teruja anda. Hehehe..



Jumaat, 28 November 2014

Anda suka minum latte?

Assalamualaikum..

Salam Jumaat semua=)

Siapa kat sini yang suka minum coffee latte? Those yang suka buat trips ke Starbucks ke Old Town White Coffee ke Coffee Beans ke mesti familiar sangat dengan menu-menu latte ni kan. As for me, I'm not one of the coffee lovers, so no thank you. Dan saya juga ada sedikit resistance terhadap going into fancy coffe shops so sangat jaraaaaaaaaang masuklah actually. But if you do love them, why not kan? As long as you're are happy=))

Next question. Banyak pulak soalan kan petang-petang Jumaat ni hehe. Siapa kat sini tau atau pernah dengar pasal financial guru cum author bernama David Bach? Dia sangat terkenal dengan buku pertama dia Smart's Women Finish Rich. Which I read back then in my college time and still have the copy. If you ave read the book, good for you=) Saya harap anda sedang bergerak ke arah financial freedom dengan jaya. Doakan saya juga yang masih merangkak ni heheh.

So hari ni saya nak share pasal Latte Factor. Apakah benda alah nyer Latte Factor ni? Ia sebenarnya satu frasa yang Encik David ni suka sangat guna untuk menyedarkan orang ramai bahawa hanya dengan menyimpan dalam kadar yang sikit, untuk jangka masa yang panjang, sebenarnya boleh membuatkan orang tu jadi jutawan!

So mekanisme dia macam ni lah lebih kurang. Mekanisme? Forgive my words selection.. after all I am still a technical person Bertabah ya kawan-kawan.

  • Setiap hari kita spend duit untuk benda-benda kecik macam fast foods, rokok, snack atau kudap2, dan even latte. Ataupun kalau kita memang jenis makan kat luar setiap hari, tiap kali tu order air sedap-sedap juga.
  • Perbelanjaan kita yang sikit-sikit ni, kalau dikumpulkan dalam berapa bulan atau tahun boleh jadi nilai yang agak besar.
  • Kalau kita sebaliknya laburkan duit tu, kemungkinan kita boleh create dana yang besar untuk persaraan kita. Mungkin boleh capai RM1 juta!
Basically macam ni lah kalau real senario dia..

Ahmad mendapati hari-hari duit dia ni adaaa je lah yang dia buat belanja. Lagi lagi dia ni perokok tegar, sehari hisap sekotak rokok. Sekotak rokok sekarang katakan RM12. Pagi2 breakfast kat fancy cafe harga kopi saja (tak termasuk nasi lemak) katakan RM5. Pukul 10 keluar brunch sambil-sambil menghembus asap pulak, belanja lagi RM5. So berapa dah? RM22 kan..

Katakanlah Ahmad, berumur 23 tahun, simpan RM5 setiap hari, setiap bulan dapat simpan RM150(RM5x30hari). Lepas setahun Ahmad boleh melabur dalam RM2,000. Dengan rate dividen 10% setahun, agaknya berapa yang Ahmad ada bila dia umur 60 tahun?

Cuba you all imagine anda kat tempat Ahmad, tapi tak hisap rokok lah ye better hehe. So you simpan RM5 setiap hari selama 40 tahun. Berapa banyak agaknya you akan ada bila bersara nanti? Mungkin RM100,000, RM200,000 atau RM500,000? Dekat RM1.2 juta!! So just imagine mungkinkah kopi mahal anda (atau benda lain, isi tempat kosong ____ ) sebenarnya bernilai RM1 juta? Even kata simpan kat Tabung Haji dengan rate of return 5-6% pun dah boleh jadi dalam RM500,000.

Nilai yang sikit setiap hari + disiplin melabur = JUTA!

Jadi apa tunggu lagi? Simpanlah dari sekarang no matter how young you are. Lagi muda lagi bagus..

P/S: Kalau ada yang nak pinjam buku Smart Woman Finish Rich saya, just let me know ok. FOC =)


Khamis, 18 September 2014

Selamatkan SERINGGIT Anda!

Assalamualaikumm..
Selamat pagi semua. Semoga sihat dan ceria hendaknya:)

Di pagi hari ni saya nak share tips menjimatkan duit you all dalam melakukan transaction bank/insurans.

You all tau tak insurans/takaful ni cara bayaran dia boleh pilih nak bayar secara bulanan/setiap 3 bulan/setiap 6 bulan/setahun sekali. Kalau you all opt for setahun sekali, bayarannya akan lebih murah daripada bayar monthly tau. Walaupun beza dia sikit tapi still, lebih murah. In the end kalau you all bayar selama berpuluh tahun, total yang boleh dijimatkan tu memang sampai ratus tau. So actually lebih untung kalau bayar setahun sekali masa bonus contohnya. Alaa kalau monthly bayar RM120, bayaran untuk setahun baru RM1200 (most likely less). Kalau dapat bonus banyak, buat bayar insurans sikit apa salahnya. Maybe you all tak nak pilih option ni but it doesn't hurt to know kan..
Gambar ihsan
Lepas tu lagi satu method bayaran pun ada banyak: cash/auto debit/credit card/angkasa. Cara bayar ni guna credit card paling menguntungkan. Boleh jimat RM1 for transaction fee. Yang lain ada charge RM1 tau. Memang sikit dengar kan RM1. Tapi kena ingat RM1 pun kalau setahun dah RM12. Kalau 10 tahun RM120. Kalau 30 tahun? RM360. Banyak tu.. Kalau tak cukup RM1 lagi untu beli handbag Coach berharga RM1999, agaknya salesgirl nak bagi beli tak? Tak kan. RM 1 pun kalau invest yang menguntungkan boleh dapat pulangan. RM 1 kalau sedekah kat masjid banyak pahala dapat. RM 1 kalau buat beli aiskrim kat budak2 bayangkan kegembiraan hati yang bakal diperoleh yang tak ternilai dengan wang ringgit. Hah giteww. Pahala lagi dapat. So kawan sekalian alam, never underestimate the power of our RM1!

The same goes to any other types of transaction, banking ke investment ke unit trust ke semuanya lah. You all tau kan sekarang interbank transfer boleh option untuk giro transfer (charge RM0.10) atau instant transfer (charge RM1/2 ikut bank). So pilih the cheapest option. Better understanding and planning leads to better cost saving. Kalau buat investment dengan Maybank, better buat autodebit from Maybank acc. Kalau invest dengan CIMB, buat autdebit from CIMB acc. So boleh save on transaction fee.

I could go forever writing bout this. Hahah. Well my main point is, always watch where your money go even only tiny amount. Make sure every cent we earn go to somewhere benificial to us rather than sedekah kat any financial istitution yang sememangnya kaya raya itu

Jumaat, 29 Ogos 2014

Nasihat dari seorang Stranger

Assalamualaikumm..selamat pagi. Salam Jumaat semua. Pagi yang dingin sangat kat Penang hari ni fuh fuh..

Kisah Jumaat lepas saya terjumpa sorang abang ni yang juga agent Prudential dekat Bread History sebelah branch Seberang Jaya tu. Lepas saya submit form kat kaunter, saya jengah Bread History tu. Dah banyak kali jengah tapi ragu2 nak makan sebab saya tengok interior dia macam erm tak ada unsur keislaman. Logo Halal pon tak nampak, yang nampak cuma tulisan tangan 'No Pork, No Alcohol'.Saya masih lagi was2 walopon selalu nampak Malay beli kat situ.  Untuk kesekian kalinya saya nak berlalu pergi tapi lapar sangat, nanti dah balik kilang langsung tak ada apa nak makan. Saya nampak abang ni duduk kat meja luar tu, pakai kopiah dan agak berusia juga. Akhirnya saya tanya kat dia kedai ni okay ka boleh makan x? Abang tu kata okay. Bolehlah nak makan huhu.

Maafkan saya memang jakun sikit. Selepas 8 tahun duduk kat Jepun sanun, saya memang tak keep track lah dgn perkembangan kedai2 makan kat Malaysia ni. Saya balik2 tengok mcm2 franchise yg tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan (ewwaaahh!) macam Old Town lah, Richard lah apalah semua nama ala2 mat saleh dan mahal pulak tu makanan dia T_____T Dan dah macam trend pulak muda-mudi p makan kat cafe2 begini. Serius mula2 saya cultural shock juga. Macam tak percaya 1 meal yang biasa2 saja berharga RM20! So not my cup of tea.. Tapi kalu orang ajak tu kadang2 p lah jugak..

Eh. Berbalik kisah abang agent tadi. Banyak yg dia nasihatkan berkenaan survival dlm industri takaful n insurans ni. Baik dia bagi macam2 nasihat walaupun first time jumpa. Memang tak lokek ilmu.. Yang paling saya ingat dia kata semua income kita tak kira lah dari komisen atau gaji, mesti dibahagi 3 bahagian. 1 bahagian untuk business, 1 bahagian untuk commitment+saving, 1 bahagian untuk zakat. Zakat ni sangat penting dia kata. Zakat tak mestinya zakat yang dibayar dekat pejabat zakat. Zakat boleh buat tiap2 hari. Kalau nampak budak2 tu bagi duit 2-3 ringgit pon boleh dikira zakat. P masjid ke surau ke bubuh lagi 2-3 ringgit. Macam ni lebih mudah berbanding dengan nak bayar setahun sekali, bila jumlahnya nampak banyak, sikit sebanyak kita pun rasa berat nak bagi. Betul kan?
Sumber dari Google
Satu lagi nasihat yg saya dapat dari sorg pak cik penjual kat JB. Masa tu saya sekolah menengah lagi so kira2 15 tahun ada kot cerita ni. Kami keluar outing reramai. Pastu pakcik ni promote ajak masuk kedai dia saya tak ingat dah jual apa. Kami ni yang sememangnya miskin cakap 'kitorang takde duitlah pakcik'.. Sekali pakcik tu kata 'Jangan kata takda duit. Tak baik. Nanti betul2 takda duit baru tau. Tak nak beli tak pa. Tapi jangan cakap takda duit. Tak baik'.. Lebih kurang macam tulah.. Dan sejak tu saya memang sebolehnya mengelak daripada kata takda duit, walaupun memang takda duit. Hehehe. Masa tu saya kurang fahamlah kenapa pakcik tu cakap macam tu. Sekarang saya dah faham sikit.. Bila cakap takda duit tu bunyi macam kita tak bersyukur kan.. Selagi tak syukur selagi tu rasa tak cukup.

Thank you strangers..Semoga Allah merahmati kalian. So apa lagi semua. Di hari Jumaat yang mulia ni jom bersedekah! Niatkan pahala sedekah untuk ibu bapa juga ya. In sha Allah pahala berganda=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...