Memaparkan catatan dengan label blogging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blogging. Papar semua catatan

Selasa, 6 April 2021

'BUKA PUASA ALA KAMPUNG' DI THE HAVEN

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera semua,

Lama kita tak bersua kan? Setahun lebih dah kita dalam tempoh pandemik Covid-19, pejam celik pejam celik, Ramadhan pun hampir menjelma lagi. Alhamdulillah atas nikmat usia yang diberi. Semoga kita semua dapat menjalani Ramadhan kali ini dengan lebih bermakna, dan menjadikan diri kita dan keluarga ke arah yang lebih baik dari sebelumnya, InshaAllah amin.


Jadi bersempena dengan ketibaan Ramadhan tahun 2021 ini, suka saya ingin kongsikan tentang pakej berbuka puasa yang disediakan oleh The Haven Resorts Ipoh. Sesuai sangat untuk warga Perak yang dah lama tak dapat ber'holiday' akibat PKP. Malah mungkin ada juga yang dah lama tak balik kampung yang berada di luar Perak. Mestikan rindukan keluarga, suasana kampung dan paling penting rindu dengan masakan mak di kampung kan?

The Haven Ramadhan Buffet 2021
Banyaknya lauk, Abang Haris pun confuse nak makan mana satu ni..

Maka bertepatanlah tema buffet berbuka puasa 2021 oleh The Haven yakni 'Buka Puasa Ala Kampung'. Bolehlah kita mengubat sedikit kerinduan pada kampung halaman harapnya ya =)

'Gourmet' Ramadhan Istimewa

The Haven menyajikan lebih daripada 50 citarasa sajian berbuka puasa yang disediakan khas oleh ketua tukang masak "Chef Shamsul" nama diberi, dan dibantu oleh sepasukan tukang masak terlatih yang hebat belaka. Antara masakan warisan kampung yang diketengahkan oleh team mereka adalah Gulai Ikan Masin, Udang Sambal Petai, Sotong Tumis Saderi, Ayam Masak Merah, Daging Panggang Air Asam, Kambing Peratal, Nangka Muda Masak Lemak, Nasi Hujan Panas, Nasi Mandy, Bubur Lambuk, Bubur Pulut Hitam dan banyak lagi menu lain yang enak belaka. 

The Haven Ramadhan Buffet 2021
Tauhu Goreng Sambal

The Haven Ramadhan Buffet 2021
Ikan Masak Asam Pedas

The Haven Ramadhan Buffet 2021
Sotong Tumis Saderi

The Haven Ramadhan Buffet 2021
Ayam Masak Kurma


The Haven Ramadhan Buffet 2021
Aneka Juadah Berbuka


The Haven Ramadhan Buffet 2021
Aneka Kerabu

Pilihan menu lauk-pauk akan berubah setiap hari tau, boleh jadi 'surprise' gitew. Selain itu, disediakan juga pelbagai gerai juadah istimewa seperti Gerai Makanan Arab, Gerai Sup, Gerai Mee, Gerai Bakar (ikan, ayam, daging) dan Gerai Gorengan. Saya paling ingat Gerai Laksa! Hidangan utama saja ada lebih 25 jenis tau. 

The Haven Ramadhan Buffet 2021
Desserts sedapnya semua!!!!

The Haven Ramadhan Buffet 2021
Kalau tengok masa tengah puasa ni.. agaknya hilang sikit pahala puasa ni hehe

Dan yang paling saya rambang mata waktu di sana adalah di bahagian appetizers dan desserts lah! Ada lebih 30 jenis semuanya, memang taktau nak pilih nak makan yang mana satu ya. 

The Haven Ramadhan Buffet 2021
Itik Salai Masak Lemak Cili Padi



Walaupun menu berubah setiap hari, namun ada juga sajian wajib yang dihidangkan setiap hari iaitu Itik Salai Masak Lemak Cili Padi dan Sup Gearbox. Ha, kalau anda berpeluang berbuka di sini, wajib cuba try test rasa 2 menu ni tau. Nama pun sajian wajib kan he he he..

The Haven Ramadhan Buffet 2021
Sup Gearbox


Dalam menjamu selera, aspek kesihatan dan kesegaran bahan mentah juga amat dititikberatkan ya. Hanya bahan yang segar dan berkhasiat yang digunakan dalam masakan kesemua juadah. Tanpa perasa tiruan, tanpa MSG ya. NO. NO. NO. 

Suasana

The Haven Ramadhan Buffet 2021
The Cuisines

Restoran yang diberi nama The Cuisines letaknya di tepi tasik yang tenang dan dikelilingi oleh kehijauan dan kedamaian hutan hujan semulajadi. Berlatarbelakangkan gunung batu kapur yang berusia 280 juta tahun yang berdiri megah adalah menjadi ikon kemegahan The Haven. Tambahan waktu bulan penuh, memang cantik sungguh pemandangan di sana ya, persis di dalam sinematografi filem.



The Haven Ramadhan Buffet 2021
Suasana di bahagian luar di tepi tasik

The Haven Resorts Ipoh
Cantik kan? @The Haven Resorts Ipoh



Sajian buffet The Haven boleh dinikmati oleh anda semua bermula Jumaat 16 April sehinggan Sabtu 8 Mei 2021. Nikmati hidangan istimewa ini dengan harga seperti di dalam gambar di bawah ya. Jika membuat tempahan awal sebagai 'early bird' pula berpeluang menikmati potongan sebanyak 20%!

Sahur dan Berbuka Disertakan Dengan Tempahan Penginapan


Lebih menarik dan berbaloi-baloi lagi, jika anda memilih untuk menginap di The Haven dalam bulan Ramadhan ini, juadah berbuka dan sahur adalah disertakan secara percuma! Malah anda boleh menunaikan solat terawih di dewan solat yang disediakan bersama ahli keluarga dan diimamkan oleh Imam yang bertauliah. Bolehlah menjalani ibadah puasa, ifthar, terawih dan sahur dengan tenang dan aman.

The Haven All Suite Resort, Ipoh

The Haven adalah merupakan destinasi pelancongan eko dengan taraf piawaian antarabangsa 5 bintang. Selain menawarkan penginapan yang selesa, perkhidmatan dan makanan yang terbaik dan sesuai buat semua lapisan masyarakat. 

Rugi kot kalau tak pergi ni. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia pun dah bagi pengiktirafan 5 bintang ni. Rating dalam TripAdvisor pun sangat sangatlah lah baik. Dah 5 tahun berturut-turut leading. Pernah menggondol 58 anugerah tempatan dan antarabangsa termasuk anugerah "Restoran Mewah Dunia - Malaysia", menjadikan The Haven ni resort yang wajib anda lawati.

Untuk tempahan/ maklumat lanjut, bolehlah hubungi:
05-540 0000
sales@thehavenipoh.com


Tempahan terhad tau. Jadi apa tunggu lagi? Jom tempah sekarang!


Isnin, 22 Julai 2019

SASA DAN HARUM DENGAN DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY

Assalamualaikum semua.

Saya doakan semua sihat-sihat dan baik-baik belaka ya. Siapa di sini yang punya ramai anak lelaki macam saya? Saya ada 3 orang anak bujang berusia 10, 8 dan 6 tahun. Di usia mereka sekarang, sudah pandai menjaga penampilan diri ya. Pagi-pagi sebelum pergi sekolah bukan main bersiap. Anak sulung saya, kalau rambutnya sudah disikat, janganlah nak pergi sentuh kepala atau rambutnya. Alamatnya muncung panjang sedepa nanti, marah kerana takut rambutnya nanti dah tak handsome.

Tapi itulah.. Selalunya pagi-pagi memang smart habis. Tapi bila dah sampai waktu balik sekolah.. herm masing-masing sudah comot dan berpeluh. Tahu sajalah budak lelaki! Sentiasa aktif berlari ke sana ke sini. Semua benda nak menang. Semua benda nak berlumba.

Dashing Deo + Perfume Body Spray


Jadi hari ni saya nak memperkenalkan produk wangian daripada Dashing; Dashing Deo + Perfume Body Spray. Barulah anak-anak dan suami kita kekal wangi dan segar sepanjang hari.

Dashing Deo + Perfume Body Spray


Hanya 1 Produk Untuk 2 Fungsi!!


Menggunakan dua produk bagi memastikan jejaka tampil berbau hebat dan segar sebenarnya amat mencabar! Ini kerana, adalah mustahil untuk mencari minyak wangi yang harumannya sepadan atau boleh digabung dengan haruman dari semburan deodoran yang bertujuan untuk mengatasi masalah bau badan sahaja.

Minyak wangi sememangnya lebih mahal, sebab itu sesetengah lelaki hanya menggunakan satu produk sahaja iaitu semburan deodoran untuk mencegah bau badan. Mereka tidak menggunakan minyak wangi untuk haruman hebat sebab kos minyak wangi yang lebih tinggi. Pastinya lebih bagus dan senang jika mempunyai semuanya dalam satu! Ringkas, mudah, dan cepat, itulah mantra seorang lelaki.

Sebagai peneraju dalam pasaran kelengkapan penjagaan diri lelaki. DASHING memahami sepenuhnya keperluan lelaki dan untuk memberikan penyelesaian muktamad, DASHING melancarkan Semburan Badan DEO + PERFUME! Pertama dari DASHING, satu produk untuk tampil berbau hebat dan segar sepanjang hari.

Model Dashing hihi

Gabungan Mantap 2 dalam 1


Produk DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY yang baru dilancarkan ini menggabungkan kedua-dua manfaat deodoran dan minyak wangi dalam SATU botol! Jadi ia memudahkan dan juga menjimatkan masa. Kalau tak kena pakai 2 kali dan juga kalau nak travel kena bawa 2 produk. Nampaknya DASHING sudah menyelesaikan masalah ini!

Dirumus dengan wangian DASHING Eau De Toilette, ia memberikan haruman maskulin tahan lama untuk memastikan si lelaki berbau hebat sepanjang hari. Dengan agen anti-bau dan anti-bakteria, DEO + PERFUME baharu ini berkesan memberikan perlindungan 24 jam terhadap bau badan. Biasanya semburan deodoran hanya boleh bertahan dalam 2 ke 3 minggu, manakala DASHING DEO + PERFUME baharu ini berada dalam liga tersendiri. Formulanya adalah 100% deodoran. Ia amat menjimatkan dan dapat bertahan lama kerana satu botol boleh meyembur sehingga 880 semburan, oleh itu tahan sehingga 146 hari! Ini bermakna satu botol mampu bertahan sehingga 5 BULAN!

Kaum lelaki kini boleh menikmati semua manfaat DASHING DEO +PERFUME BODY SPRAY yang datang dalam pek bersaiz 120ml. Dengan reka bentuk ringkas dan menawan, pastinya mudah untuk di bawa kemana sahaja anda pergi.

Penuh gaya mutu keunggulan..


4 Variasi DASHING DEO + PERFUME BODY SRAY

DASHING DEO + PERFUME BODY SRAY kini hadir dalam variasi:

HATTRICK

Abang Haris bersama Dashing Hatrick dan Ultimate Kick



Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber.

ULTIMATE KICK


Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.

SPEED

Abang Haikal bersama Dashing Speed



Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.

HITMAN


Hadi bersama Dashing Hitman



Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.


Nak Dapatkan DASHING DEO + BODY SPRAY Sekarang? DASHING DEO + BODY SPRAY hadir dalam botol semburan pam bersaiz 120ml pada RM12.20.  Harga yang mampu milik bukan?? Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama, pasaraya hyper serta platform belian atas talian.

Untuk maklumat lanjut berkenaan DASHING sila layari laman Facebook DASHING di:
FACEBOOK: https://www.facebook.com/Dashing.MY/
INSTAGRAM: https://www.instagram.com/dashing_my/

---------------------------

PRUBSN TAKAFUL/ PUBLIC MUTUAL/ KELAS BAHASA JEPUN 

Isnin, 22 Mei 2017

Rabu, 26 April 2017

Selamat Datang Rakan Blogger

Assalamualaikum semua,

Lama saya tak bersiaran. Harap semua sihat adanya dan terima kasih buat yang terus berkunjung dan menyokong blog adaubiadabatas ini.

Sejak beberapa bulan lepas, saya dapati banyak betul friend request dari rakan-rakan blogger di Facebook. Terima kasih semua yang sudi add saya. Walaupun sejak beberapa lama ni saya tak aktif ber-blog apatah lagi nak melawat blog kawan-kawan sekalian. InsyaAllah saya cuba lebih baik ya.

Buat rakan-rakan baru ni, perlu ke saya perkenalkan diri? Tak perlu lah kot hehe. Saya sekarang memang sibuk dengan tugas-tugas harian di tempat kerja. Walaupun awalnya saya masuk kilang ni sebagai translator bahasa Jepun, sekarang saya dalam team Engineering. Mencabar kebolehan dan masa, sebab banyak benda baru nak kena belajar sampai tak tau nak mula dari mana. Apa pun, semoga Allah mudahkan urusan kita di dunia dan di akhirat nanti. 

Saya juga penasihat takaful atau pun senang cerita ejen insurans nama diberi. Seronok kerja dapat tolong orang. Suami saya juga ejen takaful sepenuh masa. Kami ada je di sekitar Ipoh ni. Hari tu group agency kami buat talk berkenaan wasiat, takaful dan hibah di Dewan Rukun Tetangga Kampung Sri Kinta. Kalau ada yang nak invite kami buat talk, bolehlah contact ye.

Apa pun sekali lagi, terima kasih dan selamat datang buat rakan-rakan blogger yang baru add saya. Ramai blogger yang hebat-hebat dan bersungguh-sungguh dalam ber-blogging. Syabas dan tahniah. Semoga kita semua beroleh kejayaan yang diberkati dalam apa jua bidang yang kita usahakan. Amin.

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Isnin, 29 Ogos 2016

Segmen Bloglist By Akupenghibur.com



{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :

 Bloglist untuk blog akupenghibur.com selama 1tahun

1 Blogger bertuah Feed Blog di Blog akupenghibur.com

Mula : 25 Ogos 2016 | Tamat :1 Sept 2016



Syarat-syarat wajib :


1. Tulis entry yang bertajuk Segmen Bloglist By Akupenghibur.com


2. Letakkan blog acik di bloglist blog kamu


3. Follow instagram  :

@acik21


4. Copy code di bawah dan paste ke ruangan html di blog kamu









Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Selasa, 23 Ogos 2016

Segmen 12 Jam Bloglist #22 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan September dan Oktober 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Ogos 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #22 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?


12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...


Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Isnin, 11 April 2016

SAYA KEMBALI! BACK TO BASIC

Assalamualaikum semua=))

Selepas 2 bulan tak update blog, akhirnya saya kembali Alhamdulillah. Kali ini dengan alamat rumah baru, dan dengan nafas baru hendaknya in sha Allah. Barang yang lepas usah dikenang, harapkan dapat terus kembali menyokong tulisan yang tidak seberapa ini. 

Kini saya kembali dengan wajah yang tidak berapa, hanya back to basic. Sepanjang tempoh hibernasi saya, terkadang rasa banyak perkara yang saya nak kongsikan. Tapi bila difikirkan-fikirkan balik, kalau saya kongsikan rasa dan idea yang saya ada, what good does it make? Adakah memberi manfaat kepada yang membaca? Atau mudarat bahkan kepada diri saya sendiri?

Anyway, welcome back to me. Semoga istiqomah amin=))


Jumaat, 17 April 2015

TUTORIAL: BANNER DI SETIAP ENTRY BLOG

Assalamualaikum semua. Salam Jumat. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Semoga kita semua mendapat keberkatan di hari yang mulia ini Amin..

Entry hari ini lari sikit dari tema kebiasaan sitisharini.com. Demi memenuhi permintaan cik adik manis Kiera Sakura kita, dengan rendah hati saya tampilkan cara-cara nak pasang banner kat bawah setiap entry macam yang selalu ada kat entry saya sebelum-sebelum ini. Saya tidaklah pandai sangat. Saya pun dapat hasil dari meng-google sana sini. Semoga bermanfaat.


Cara nak letak banner, ada 3 step saja.
  1. Buat banner.
  2. Upload gambar banner dekat mana-mana entry blog.
  3. Masukkan coding dalam post setting.
In details:

1. Buat banner

Saya guna Power Point saja. Cepat mudah dan senang. Saya guna PP 2010, tapi saya rasa any recent PP will do. Guna design Smart Art yang dah ada memang mudah sangat bagi orang yang kurang kreativiti macam saya hehehe..

  • Bukak PP, pastu tekan Insert, lepas tu SmarArt. Pastu pilihlah yang mana berkenan di hati.


  • Yang lebih best lagi, nak tukar color ke, nak buat design 3-D ke pun main tekan-tekan hehe.. Pergi dekat Design, lepas tu boleh tukar color dan jenis design.


  • Lepas tu pandai lah kan edit mana-mana yang perlu. Anyway kalau tak ada Power Point, guna software lain pon boleh. Nak guna Paint boleh ikutlah. Dah siap kerja-kerja mendesign Save As JPEG ye. Atau GIF atau mana-mana jenis file yang diterima oleh blogspot sebagai gambar.

2. Upload gambar banner dekat mana-mana entry blog.

  • Upload lah kat memana. Entry dulu2 ke, entry baru ke. Tujuan kita nak dapatkan url image tu untuk digunakan kat step seterusnya.
  • Dah siap upload, copy image url.

3. Masukkan coding dalam post setting.

  • Dalam blogspot punya dashboard, klik setting->post and comments, masukkan coding kat bawah ni dalam kotak Post Template.

  • Macam gambar kat bawah ni, dekat highlighted area tu, copy paste url image anda kat step 2 tadi.
  • Size boleh lah ubah mengikut cita rasa. Kalau nak ubah biarlah proportianate dengan size asal.
  • Dah siap klik save setting. Pastu nak try, boleh buat new entry tengok ada tak gambar tu dalam entry baru. Banner ini hanya akan keluar dekat entry baru je. Entry lama tak ye..


Sekian=))

Update untuk Cik Imm: Macam mana nak masukkan textarea box dalam entry, yg utk bubuh coding tu.

Cuba copy paste coding kat bawah ni kat html tengok boleh tak?
Starting dari img alt blablabla tu masukkanlah coding apa yg nak diletak dalam box tu ye.



Rabu, 25 Mac 2015

PEMENANG SEGMEN TOLONG BAGI DETAILS

http://cikcandysour.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
http://keymekeymoo.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
http://www.mizisempoi.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
http://www.mamaniza.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
http://kisahsinenot22.blogspot.com/2015/03/segmen-wwwsitisharinicom.html
http://jombercontest.blogspot.com/2015/03/segmen-wwwsitisharinicom.html
http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2015/03/segmen-wwwsitisharinicom.html
http://huhahuhajerr.blogspot.com/2015/03/segmen-wwwsitisharinicom.html
http://www.blogparihh.com/2015/03/segmen-wwwsitisharinicom.html

Pemilik blog di atas tolong e-mail/whatsapp nama,alamat n no phone utk pengeposan hadia ye TQQ..
Saya memanjangkan tempoh menuntut hadiah sebab saya baik hati=)) Dan sebab saya tak sempat nak follow up betul2 hari tu -_-; Maaf ye..
Saya dah inform semua peserta kecuali keymekeymoo sebab saya tak dapat masuk blog beliau herm.. How ye..

http://aienlieyrusli.blogspot.com/2015/03/segmen-wwwsitisharinicom.html
http://ukhti-ninja.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
http://www.cikimm.com/2015/03/ga-wwwsitisharinicom.html
http://duniamrsrongoks.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
http://enyyusnizar.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
http://ladiesingreen.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
http://aleiyamustaffa.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
http://sigilerceloteh.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
http://sweetsouryaya.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
http://sallyadan.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html

Yang kat atas ni pula yang dah bagi details. Terima kasih ya!! Thank you all for joining!!

Isnin, 2 Mac 2015

APPRECIATION DAY

Dr. Shikin

Firstly, bebanyak terima kasih kat Dr. Shikin. Doc, hadiah dah sampai TQQQ. Sorry lambat update. So saya dapat hadiah GA sempena birthday beliau kat sini. Pada pandangan saya Dr. Shikin sangat nice dan cool. Di sebalik kesibukan sebagai doktor pun sempat berblog sambil buat hadiah lagi untuk blogger2 dan bergaya juga hehe. So check her blog out okay. Untung-untung boleh dapat free consultation he he he.


Sha

Secondly, thank to blogger Sha yang sudi jumpa saya masa CNY hari tu. Ingat lagi tak teka-teki (konon) saya kat sini hari tu? Hehe. So beliau lah jawapannya. Sha si ibu Fayyadh hehe. Very nice and friendly too. Sekejap je kami jumpa tak sempat nak gossip katanya hehe. Nanti next time kita arrange lagi okay?



Lastly, thank you semua yang selalu berkunjung ke sini. Dan yang join segmen saya  semua, TQ for the support!!! Tak sangka dapat sambutan. Terharu ni. Nanti saya BW pelan-pelan ye. Saya dah keluarkan entry segmen tu dari sticky post. Tapi you all can always click on the banner kat atas untuk dapatkan update terkini, senarai peserta and so on. Senarai pemenang nanti pun in shaa Allah akan diupdate pada entry yang sama je okay. Senang sikit saya nak manage. So stay tuned to the link!! Thanks =))

Isnin, 23 Februari 2015

Segmen 12 Jam Bloglist #13 Mialiana.com



Pencarian bloglist bagi bulan Mac dan April 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Februari 2015, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #13 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?


12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 28 Februari 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

p/s: Segmen www.sitisharini.com pun masih berlangsung jomlah support ramai2. Anyway bagus Kak Mia bagi step by step ni kan. Next time saya kena buat macam ni jugaklah kan baru senang orang join kot ye. Belajar dari yang senior=))

Jumaat, 13 Februari 2015

DO YOU SEE ME??

Assalamualaikum semua.. Salam Jumaat=))

Adakah anda nampak saya? Saya sendiri tak dapat nak view page saya dekat laptop ni. Tapi kat iPad boleh pulak.. Dah try clear cache pun tak boleh juga. Tulah bila tak pandai nak memandai-mandai he he he.



Khamis, 12 Februari 2015

WELCOME TO SITISHARINI.COM

PERHATIAN BUAT SEMUA!

STORYBYCIKSITI.BLOGSPOT akan berpindah ke WWW.SITISHARINI.COM.

MINTA TOLONG UPDATE BLOGLIST ANDA SECEPAT MUNGKIN.

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN SEMUA=))

INSHAALLAH SAYA AKAN MELANSUNGKAN GA YANG PERTAMA SEMPENA MEMPERKENALKAN SITISHARINI.COM KAT SANA NANTI (ESOK?). STAY TUNED TO THE NEW ADDRESS TQTQ.

p/s: Saya hanya tukar domain. Masih berumah di blogspot hehe.
 
Teaser..
 

 

http://secure.web-hosting.net.my/clients/aff.php?aff=3524
Nak ada domain sendiri? Klik atas!

Selasa, 10 Februari 2015

DEAR READERS, CAN I? CAN I?

sitisharini.blogspot.com


Saya nak propose sesuatu..

Boleh tak kalau saya nak tukar URL ke sitisharini.blogspot.com?

Boleh ke boleh? (Sambil kelip kelip mata)

Saya rasa I've got the rhythm of blogging. Saya rasa lebih nampak hala tuju blog ini and I kinda know what I've got to offer for you all my dear readers (ambik hati sikit tihihi).

And I think this is important for my self-branding. And I also know this has nothing to do with u haha. (Please bear with me.)

For the above reasons, saya dengan rendah hati ingin menukar url blog ini. If I do, please continue to support ye. Saya harap it won't affect the traffic as well as my followers or bloglist. Affect x ye? Any tips anyone?

p/s: Can't believe I have to google in order to spell the word 'rhythm', and lots of other words nowadays, and nak tulis traffic pun salah banyak kali. Nampak sangat dah lama tak baca buku haish!

p/s/s: Walaupun saya ada impian nak ada .com sendiri, I prefer to go for the free version first he he he. Nak tanya lagi satu, actually how much it cost eh nak ada domain sendiri? (Tengok tu nak study harga pun malas, ada hati nak buat domain sendiri pirah)

Khamis, 5 Februari 2015

TAHNIAH FOLLOWER KE 100!

Terima kasih Princess Caramadaries!
Penantian saya selama berbulan-bulan akhirnya berakhir.. Welcome aboard =))
InsyaAllah saya ada sesuatu untuk awak. Tolong tinggalkan nama, alamat dan no hp untuk penghantaran hadiah yang tak seberapa di ruangan komen. (Details anda tak akan dipublish)

Tercapai dah misi 100 followers. Maka kenalah saya langsungkan GA seperti yang digembar-gemburkan ke tak? Nanti saya fikirkan strukturnya ye. Bila tiba masanya nanti, kita launch ye kawan-kawan. Please kindly support mehmehmeh.

Terima kasih juga buat semua yang menyokong blog ini selama ini. Alhamdulillah..

p/s: Next target, mencari follower ke 200 pulak?!

Ahad, 1 Februari 2015

PENGOMEN TEGAR JANUARI 2015

Salam semua=))

Wahwah sekejap betul masa berlalu. Rasa macam baru je masuk tahun baru 2015 kan. Tup tap tup tap dah pun masuk bulan Febuari. Masa sungguh mencemburui kita ewah!!

Saya nak ucapkan sebanyak-banyak terima kasih kepada semua yang sudi singgah dan komen blog CikSiti ni. InsyaAllah saya akan terus menulis selagi terdaya (amboi) dan harapnya tulisan saya ni mendatangkan manfaat buat semua. Yang tak ada dalam senarai kat bawah pun tima kasih juga tau=))


Nampaknya follower CikSiti dah jadi 97 orang. Welcome to new followers terima kasih terima kasih. Lagi 3 orang jer lagi nak cukup 100 yeay!

Rabu, 28 Januari 2015

Segmen Pencarian Bloglist Feb - Mac 2015

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Segmen ringkas untuk mencari 15 blog untuk disenaraikan dalam bloglist Truly Love.

Syarat Penyertaan:

1. Follow blog Maria Firdz
2. Follow +Maria Firdz
3. Buat entry bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist Feb - Mac 2015"
4. Copy coding di bawah dan pastekan di ruang HTML new post.


5. Publishkan entry dan tinggalkan URL penyertaan di ruangan komen entry ini sahaja.

Segmen bermula 15 Januari 2015 hingga 30 Januari 2015.
Kesemua pemenang akan dipilih melalui random.org.

Jom sama-sama memeriahkan segmen ringkas ini..

Terima kasih atas sokongan semua...

Happy blogging (^_^)

Ahad, 25 Januari 2015

Segmen : New Year Blogwalking Januari by Sulyanie Ghazali

*klik banner untuk join.




♥ Tarikh tutup : 31 JANUARI 2015
♥ Tujuan segmen nie untuk memudahkan sul dan peserta-peserta blogwalking dan follow blog-blog peserta yang lain.
♥ Senarai peserta akan diupdate setiap hari.
♥ Rajin-rajin kan diri jenguk + follow blog peserta yee. Dapat tambah follower jugak :)


Syarat dia simple jee. Hope segmen nie dapat sambutan. Jom join ramai-ramai :)

Isnin, 19 Januari 2015

Mencari Follower ke 100

Bismillahirrahmanirrahimmmm =)

Assalamualaikumwarohmatullahiwabarokatuh semua..

(Tiba-tiba rasa insaf baca artikel ini di sini. Marilah sesama kita memberi salam sesama mukmin. Besar manfaatnya. Let's start today okay =))

Masih lagi mencari siapakah gerangan bakal menjadi follower yang ke-100 agaknya ye..

Lepas tu bolehlah launch segmen hehe.

Okay happy working peeps!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...