Assalamualaikum..
Semalam saya ada company dinner lagi after work kat Equatorial Penang . Yang ni lebih besar sebab involve semua company dalam T**** Group. Eceyh privacy sangat kan hehe. The food was okay, event pun okay juga. Alhamdulillah. Saya pakai baju kurung raya hari tu je senang cerita. Make up pun ala kadar macam biasa.
Tapi bukan kisah dinner yang saya nak cerita. Hari ni saya nak sentuh pasal make up dan wudhu'. Sekadar pengalaman, pandangan dan demi belajar lebih lagi. Maaf saya tak akan keluarkan dalil-dalil ke hadis yang berkenaan kerana ceteknya ilmu di dada saya ni. Insaf..
Lumrah wanita nak kelihatan cantik kan. Tambah-tambah zaman sekarang ni semua nak upload masuk FB, IG semua haruslah lebih lagi cantiknya. Sebab bukan sekadar orang dalam ball room jer yang tengok, satu dunia pun boleh tengok! Hehe.
Persoalan. Bila dah make up, kalau siap dengan bulu mata pelesu semua macam mana nak solat? Tak ke penat setiap kali nak wudhu' kena padam, lepas tu kena apply make up semula? Kawan saya cerita, colleagues dia hari-hari pergi kerja dengan make up yang memang full coverage (macam line telefon pulak hehe). What they do is, wudhu' pagi2 sebelum apply make up, lepas tu kekalkan wudhu' sepanjang hari. Atau sampai lepas solat Asar lah kot ye. Mak aih!!! Tak terjangkau dek akal saya.
Macam mana nak tahan diri daripada pergi toilet, buang angin semua for every single day? Bukankah boleh jadi macam-macam penyakit nanti. Herm.. things women do for the sake of beauty :P Cekal betul mereka. Saya kalau sekali sekala untuk event boleh la kut, tu pun mungkin bertahan sejam dua je. Hehe. Especially kalau pakai tudung lilit2, boleh2 takmau bukaka dah. Malas nak re-lilit kan hihi.. Dah buka nanti, bila lilit balik dah tak sama dengan yang lilit mula-mula hehe. Sesiapa ada tips untuk mengatasi permasalahan donia ini amatlah dialu-alukan haha. Please share ye. Erm selain dari pakai tudung express. Hehe.
Lepas tu kan, kalau kita dah siap2 make up dan wudhu', kena berjaga-jaga supaya tak terbatal wudhu' kan. Kalau dah nak terpergi toilet ke tu memang pasrah lah. What to do.. we have to answer the nature's call hehe. Tapi kalau tersentuh dengan bukan mahram, aiiii yang ni memang berasap hahahaha. Siapa setuju angkat tangan! Hehehe..
Eh tapi kalau tersentuh wanita yang non-muslim, batal tak wudhu'? Semalam saya ada tanya kat seorang kakak ni kat surau hotel, dia kata menurut Ustazah yang namanya saya dah lupa, dalam rancangan Da'i, tak batal wudhu' kalau bersentuhan dengan wanita non-muslim. Walaupun aurat kita dengan mereka adalah sama seperti aurat dengan bukan mahram. Tapi kalau bersentuhan kulit, wudhu' tak batal sebab kita bukan boleh kahwin dengan dia! Terus angguk tanda faham.
Banyak betul masalah wanita kan. It's not easy to be one hehe..
Sebagai konklusi nya (eherm dah macam karangan pulak, penat memerah otak ni), saya rasa the best way is to go moderate. Bersederhana dalam segala aspek kehidupan. Buatlah mengikut kemahuan, mengikut kemampuan tapi janganlah keluar dari batasan. Boleh nak make up untuk nampak cantik, tapi janganlah sehingga menyusahkan, jangan pula berlebih-lebihan. Sebaik-baiknya berdandan dan berhiaslah untuk suami kat rumah juga. Sepatutnya kena lebih lagi. Kalau suami suka dan isteri sanggup nak pakai bulu mata pelesu kat rumah hari-hari pun, apa salahnya hehe (>‿◠)✌
Abang Veder ❤, tolong belanja FCC satu set, terima kasih in advance ❤❤❤❤❤
Perkongsian tentang pengurusan kewangan, takaful, unit trust, bahasa Jepun and a little bit of everything.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH
Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...
-
Bismillahirrahmanirrahimm.. Siapa guna kredit kad kat sini? Angkat tangan. Saya pun baru je guna setelah 3 tahun bekerja kat bumi Malaysia...
-
Salam semua, Saya ada satu Whatsapp group kawan-kawan satu batch sekolah menengah ni. Memandangkan sekolah tu semua perempuan makanya ahli...
-
Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...
betul tu sis.sbb tu sy xsuka sgt mekap, takat pakai krim nipis dgn bedak debu baby je hari2 pegi keje.hehe..xpyh nak pakai toner bagai nak clear mekap..ekeke
BalasPadamBagi wanita yang go to extreme nak jaga wudhu dari pagi sampai petang tu, nasihat saya jgn buat macam tu.
BalasPadamSebab apa?
Sebab dia akan tahan kencing..sedangkan setiap 3-4 jam secara normalnya pundi kencing akan penuh...So, kalau dia selalu tahan kencing, risiko urine infection tinggi ( dan perempuan mmg mudah kena urine infection). Kalau dia minum sikit ( sebab nak elak byk kencing), pun sama juga kesannya, tinggikan risk urine infection..
Ambil aja lah wudhu..
Bayangkan nikmatnya wudhu itu, akan bersinar ( kesan wudhu yg sempurna) di akhirat nanti..
Mmg la payah nak tanggal make up, lepas tu nak apply balik, tapi apalah sangat kelecehan tu, kalau nak banding nikmat akhirat yg kekal abadi ( dan lagi best, kan?)
Saya setuju..
Moderation is the key..
Wasatiah..
:)
Bila doktor berbicara hihi..
PadamThanks Daddy Ziyyad atas pencerahan.
Betul ambik wudhu' baru rasa lebih fresh, malah dosa-dosa kecil juga gugur bersama titisan air wudhu' kita kan..
ha tudia pnjg lebaq Dr explain. betoi gak kan. wudhu' kan lebih afdhal amek selalu. dlm islam ni kalo ikotkan yg betoi2, xdak menyusahkan pon aih. kita manusia ni je suka buat jd susah. kan kak siti kan? hehe
Padamdl sorang kwn kt tmpt keja ni suka wt cmtu.wudhu siap2 kt rumah pstu apply mekap.lps kena tgur kata tau ka mekap tu btl2 halal xda alcohol bagai br dia x mekap tebal2 dh.klau x kita tgk pon konpius.mekap tebal smbil solat....errr....errrr....
BalasPadamzai, pasal alcohol tu rasanya ada pendapat kata sebenarnya boleh dibawa solat sebab alcohol bukan najis. Alkohol cuma haram jika diminum..wallahualam..
Padamtapi kalu mekap tebal sangat pun susah juga kan sebenarnya hihi..
ish musykil lak amek wuduk siap2 kat umah..takanlah diorg tak g toilet ke terkentut ke
BalasPadamatau diorg ni malas nak tanggal makeup..or sayang make tu hehehe
apa salahnya amek wuduk baru..lagi terasa aman skit nak solat
n rajin2lah nak makeup balik..tacap sekadar mampu..bukan nak p jumpa Aron Aziz pun haha
Tidak salah nak cantik tapi kena tanya dlm diri cantik itu utk apa dan siapa. Silap percaturan di dalam hati membawa tercatatnya dosa sepanjang penampilan. Allahurobbi... kesian kan. Jujur kakak memang selepas solat subuh sebab biasa terus baca quran sikit dan akan simpan wudhu' sehingga dhuha di office (kakak dhuha early sebelum 9 pagi sebab biasa lepas 9 pagi dah busy) tapi lepas dhuha hihi... biasalah memang entah dah berapa kalilah buang angin, masuk toilet bagai...
BalasPadamterima kasih atas perkongsian ini dear :)
BalasPadamPelik. Ada jugak macam tu?
BalasPadamSemata-mata nak cantik di mata orang...
Kan perbaharui wudhuk tu afdhal.
Saya kalau mekap ala kadar je.
BalasPadamAsal nak elak dari muka nampak pucat macam zombie.
Takdelah nak pakai bulu mata bagai pi kerja.
Dah macam model pulak.
Kan x boleh berhias berlebihan macam tiru siapa? Tak ingat...Yang penting, bukan Islam.