Assalamualaikum.
Pagi tadi dengar di IKIM, tajuk motivasi pagi hari ni: Biasakan yang biasa-biasa. Mesejnya perkara-perkara yang kita rasa macam biasa-biasa, tapi kalau kita biasakan buat, sentiasa amalkan insha Allah akan mendapat result yang tak kurang hebatnya.
Contoh yang Ustad bagi, katakan setiap pagi semasa hantar anak ke sekolah, sebelum dia melangkah turun dari kereta, cuba kita minta dia baca syahadah. Perkara yang biasa. Tapi biasakan buat setiap hari. Insha Allah kesannya bakal ada, harapan kita agar dikuatkan akidah anak-anak kita amin.
Istighfar. Memang biasa sangat dengar orang suruh istighfar. Bila rasa berdosa, istighfar. Bila marah istighfar. Bila terkejut, istighfar. Bila takda apa-apa pun sepatutnya istighfar. Sebagai penghapus dosa, penyejuk hati, pemurah rezeki, pendekat diri kepada Pencipta. Benda simple. Tak perlu pergerakan khusus, tak perlu suara yang lunak. Dalam hati pun boleh istighfar. Alangkah ruginya jikalau selagi nyawa masih dikandung badan, amalan biasa-biasa seperti istighfar pun tidak dibiasakan.
Wallahualam.
perkara biasa tapi hasil istiqomah. dia jadi luar biasa kan ;)
BalasPadaminshaAllah amin..nak istiqomah tu yang payah tu kan hu hu
Padambenda yg makin lama di lupakan.. tau hantar anak say by by je
BalasPadambetul kan.. biasakan yg tak biasa, lelama nanti jadi rutin..:)
BalasPadamBetul sgt ne. Biasakan yg x biasa. InsyaAllah jadi rutin.
BalasPadamAllahuakbar...bagusnya entry ni...terima kasih atas peringatan...
BalasPadamyang kita rasa simple tu elok practice. jadi amalan wajib dah lekat dalam hati kita n org lain..
BalasPadam