Isnin, 25 April 2016

BERGANTUNG 100% PADA ALLAH

Assalamualaikum,

Saya nak kongsi sedikit daripada apa yang dikongsikan oleh leader saya minggu lepas.

Apabila Dr. Zakir ditanya, macam mana beliau boleh hafal begitu banyak dalil, ini jawapannya:
1) Bergantung 100% pada Allah
2) Berusaha bersungguh2
3) Barulah cari teknik2 yg boleh meningkatkan daya hafazan

Walaupun dalam soalan asal bertanyakan bagaimana cara menghafal hadis, tapi sebenarnya jawapan beliau adalah sangat boleh diaplikasikan dalam apa juga segenap kehidupan kan. Seingat saya masa sekolah dulu-dulu selalu sangat dengar, kalau nak mencapai kejayaan mesti USAHA, DOA & TAWAKKAL. Malah guru kita dulu ajar kena usaha dulu lepas tu, last sekali baru tawakkal. Jadi nampak contradict sedikit di situ dengan jawapan Dr Zakir dari segi susunannya bukan.

Bila dihayati balik, memang sepatutnya kebergantungan harus sepenuhnya diletakkan pada Allah. Setiap yang berlaku, setiap kejayaan mahupun kegagalan, kesakitan mahupun kesembuhan sesungguhnya adalah dengan izin Allah jua. Bahkan kalau Allah inginkan sesuatu itu terjadi amatlah mudah bagi Allah. Sedangkan segala aturan planet-planet di langit dan segala yang di bumi pun ditadbir oleh Allah, apatah lagi sekadar urusan harian kita insan yang lemah lagi kerdil ini. Sungguh amat mudah bagi Allah menetapkan segala sesuatu, atas izinNya jua.

Adapun begitu mestilah kita ni sebagai manusia kenalah berusaha untuk mencapai sesuatu yang kita hajati. Bukankah dunia ini adalah medan ujian buat kita. Keinginan kita juga satu bentuk ujian. Sejauh mana yang kita sanggup lakukan demi mencapai keinginan kita, cara bagaimana yang kita sanggup buat, cara yang baik atau sebaliknya juga menjadi parameter dalam ujian. Semuanya dinilai oleh Allah. Bahkan keputusan ujian kita pasti diberikan dengan tersangat adil. 

"Pada hari ini, tiap-tiap diri dibalas dengan apa yang telah diusahakannya; tidak ada hukuman yang tidak adil pada hari ini. Sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisabNya." - Surah Ghafir ayat 17

Jomlah kita istiqomah, dalam setiap apa yang kita lakukan, bergantunglah 100% pada Allah kemudian usahalah sekuatnya. Semoga dapat juga dididik pada anak-anak. Wallahualam.

8 ulasan:

  1. yee.. kena bergantung dengan Allah.. jangan sombong

    http://www.tashaqisha.com/

    BalasPadam
  2. Kagum betul tengok hafalan beliau.. Kita ni surah-surah lazim ja hafaz T__T

    BalasPadam
  3. tips yg bagus.. husna dh laa lemah bab2 menghafal nih.. hurmmm..

    BalasPadam
  4. hafaz Quran memg cerah otak..ruginya..lama dh tggl hafazn..

    BalasPadam
  5. tahap kebergantungan pada Allah tu tinggi.. sbb tu redha tuhan tu sentiasa ada dgn diorang..

    BalasPadam
  6. perkongsian yang baik cik siti. setuju segala apa yang kita lakukan semua dengan izinNya...Jadi sudah tentu kita perlu bergantung kepadaNya

    BalasPadam

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...