Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan

Selasa, 26 Februari 2019

THE ALCHEMIST


Salam semua,

Saya ada banyak nak cerita berkenaan kelas Bahasa Jepun dan pengalaman saya bawa pelancong dari Jepun jalan-jalan sebagai tourist guide. Memandangkan masa tak berapa mengizinkan, lain kali saya cerita ya.

Hari ni saya nak kongsikan tentang satu buku yang saya baru habis baca bertajuk The Alchemist. Cerita tentang seorang pengembala biri-biri dari Sepanyol yang mengembara demi mencapai impian, mencari takdir. Seronok sangat baca buku ni! You should try too ok. Saya baca guna apps AnyBook, boleh cari dekat playstore. Percuma saja.

Saya dari kecil memang suka membaca. Sampai baru-baru ni mak saya pun komplen. Katanya saya dari kecil dulu tak boleh buat kawan bersembang. Menghadap buku saja. Membosankan katanya. Haha.. Maaflah. Saya pun tak perasan kalau mak saya tak cakap. Dah tua ni baru tau oo mak saya tak puas hati dengan perangai saya rupanya haha. Dipanggilnya saya kura-kura sebab sentiasa galas beg berisi buku. Sabar je lah.

Anyhow, seronok rasanya dapat baca buku setelah lama meninggalkan hobi ni kerana kekangan masa. But come to think of it, sebenarnya masa banyak je dihabiskan dengan scroll FB lah IG lah. Jadi saya berjanji pada diri sendiri untuk kurangkan masa di media sosial, lebihkan membaca apa yang buat saya rasa content (puas). 

Cuma tu lah, saya rasa lebih baik kalau dapat baca buku betul-betul instead of baca dari phone. Barulah boleh tunjuk contoh yang baik untuk anak-anak kan. Kalau tak nanti anak ingat mama asyik main phone je. Nanti saya nak cuba pergi kedai yang jual buku terpakai Novel Hut namanya, dekat Ipoh. Tengok apa ada di sana. Kalau saya pergi nanti saya kongsi kan ya.

Oklah setakat di sini. Di bawah saya kongsikan artikel yang diambil daripada blog penulis buku The Alchemist sendiri iaitu Paulo Coelho. Happy reading!


10 Powerful Life Lessons from The Alchemist

by Thai Nguyen Huffington Post
The Alchemist by Paulo Coelho is one of the best-selling books in history. The story of Santiago, the shepherd boy on a journey to realize his “Personal Legend” has inspired people all over the world to live their dreams.
Here are ten of the most popular passages and lessons to apply to your life:

1. Fear is a bigger obstacle than the obstacle itself
“Tell your heart that the fear of suffering is worse than the suffering itself. And that no heart has ever suffered when it goes in search of its dreams, because every second of the search is a second’s encounter with God and with eternity.”
Any new pursuit requires entering uncharted territory — that’s scary. But with any great risk comes great reward. The experiences you gain in pursuing your dream will make it all worthwhile.

2. What is “true” will always endure
“If what one finds is made of pure matter, it will never spoil. And one can always come back. If what you had found was only a moment of light, like the explosion of a star, you would find nothing on your return.”
Truth cannot be veiled by smoke and mirrors — it will always stand firm. When you’re searching for the “right” decision, it will be the one that withstands the tests of time and the weight of scrutiny.

3. Break the monotony
“When each day is the same as the next, it’s because people fail to recognize the good things that happen in their lives every day that the sun rises.”
Gratitude is the practice of finding the good in each day. Life can easily become stagnant, mundane, and monotonous, but that changes depending on what we choose to see. There’s always a silver lining, if you look for it.

4. Embrace the present
“Because I don’t live in either my past or my future. I’m interested only in the present. If you can concentrate always on the present, you’ll be a happy man.”
There’s no point dwelling in the past and letting it define you, nor getting lost and anxious about the future. But in the present moment, you’re in the field of possibility — how you engage with the present moment will direct your life.

5. Your success has a ripple-effect
“That’s what alchemists do. They show that, when we strive to become better than we are, everything around us becomes better, too.”
Growth, change, and evolution are weaved into the fabric of reality. Becoming a better version of yourself creates a ripple effect that benefits everything around you: your lifestyle, your family, your friends, your community.

6. Make the decision
“When someone makes a decision, he is really diving into a strong current that will carry him to places he has never dreamed of when he first made the decision.”
It’s easy to get overwhelmed by the unknowns and finer details of your dreams. Actions will flow out of having confidence in your decision; sitting on the fence will get you nowhere.

7. Be unrealistic
“I see the world in terms of what I would like to see happen, not what actually does.”
Some of the greatest inventions would not have happened if people chose to accept the world as it is. Great achievements and innovations begin with a mindset that ignores the impossible.

8. Keep getting back up
“The secret of life, though, is to fall seven times and to get up eight times.”
Because the eighth time could be your breakthrough. Some of the greatest novels in history were published after receiving hundreds of rejections. Thankfully, those authors never gave up.

9. Focus on your own journey
“If someone isn’t what others want them to be, the others become angry. Everyone seems to have a clear idea of how other people should lead their lives, but none about his or her own.”
It’s easy to be influenced by others, but you’ll be miserable if you end up living someone else’s life. There’s nothing wrong with taking advice and learning from others, but make sure it aligns with your desires and passions.

10. Always take action
“There is only one way to learn. It’s through action.”
You can study, read, and listen until you turn blue in the face, but the full experience is when you take action, and let the rubber meet the road. Once you’re done aiming, pull the trigger.





PRUBSN TAKAFUL/ PUBLIC MUTUAL/ KELAS BAHASA JEPUN
012-2961984 (SITI) 
012-7645998 (HAFIDZ) 
siti.sharini@gmail.com

Isnin, 7 Januari 2019

5S DAN MINIMALISM


Salam semua,

Sejak beberapa minggu ni saya mula mengemas rumah yang sudah sekian lama tak berkemas-kemas. Mulakan dengan buang barang-barang dan baju-baju yang tak sudah tak perlu lagi. Siapa yang familiar dengan konsep 5S yang sinonim dengan masyarakat Jepun pasti tau kan. Kalau di kilang berorientasikan Jepun ni lagi lah. Hari-hari sebut 5S je haha..


5s Methodology and lean production

Dalam proses decluttering atau membuang barang-barang yang dah tak guna ni memang memerlukan hati yang kental kalau anda memang jenis yang susah nak buang barang. Suami saya memang tak boleh. Semua nak disimpannya. Sentimental value katanya.

Dengan lambakan barang yang semakin banyak, lama-lama semakin semak dan ruang yang ada tak dapat digunakan sebaiknya (not fully utilized). Jadi sebelum memulakan sistem pengurusan dan arragement barang-barang, adalah penting untuk kita segregate kan mana yang perlu, mana yang tak. yang tak perlu tu, bahagikan lagi untuk terus buang atau donate atau jual semula.

Saya pun buat sedikit demi sedikit, itupun dah sakit pinggang haha. Sempena tahun baru, naklah rumah yang lebih kemas dan sistematik. Anak-anak pun semakin membesar. Memerlukan environment yang lebih kondusif untuk sesi pembelajaran yang lebih baik kan.

Di Jepun juga terkenal dengan konsep MINIMALISM. Iaitu punyai barang sesedikit yang boleh untuk mengelakkan pembaziran, kesepahan dan juga lebih baik untuk alam sekitar. Awak semua bolehlah cari dekat google nanti ya. Minimalism juga satu langkah penjimatan yang sangat baik. Kita cuma beli atau ambil barang yang kita betu-betul perlu saja.

Sebenarnya dalam Islam pun dah ajar semua ni kan. BERSEDERHANA, ZUHUD. Islam tu kan indah. Islam dah ajar yang terbaik dalam setiap aspek kehidupan supaya kita menjalani kehidupan yang mampan dunia akhirat gitu.

Jadi rumah pun tak banyak barang, senang kemas dan dapat ketenangan fikiran kan. Kalau tengok rumah orang mengamalkan konsep ni, memang lapang sahaja rumah tanpa perabot-perabot yang berlebihan. Saya memang suka konsep macam ni, maklumlah malas nak kemas haha..

Baiklah setakat di sini sahaja untuk hari ini. Harapnya informasi ini dapat memberi manfaat buat kita InshaAllah amin..


Image result for minimalist

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Sabtu, 1 Julai 2017

Setengah Tahun 2017

Salam semua.

Sedar tak sedar tahun 2017 dah habis setengah tahun. Hari ni permulaan bagi setengah tahun kedua. Sekejap masa berlalu kan?

Bagaimana dengan pencapaian azam tahun anda buat masa sekarang? Separuh tercapai atau masih belum mula? Hehe.. tak apa. Masih belum terlambat. Ada masa lagi ni. Berusaha sehabis baik dan keputusannya nanti kita serah padaNya untuk menentukan. 

Ada yang tak berazam pun masa awal tahun hari tu? Pun tak apa. Sebenarnya apa pun penambahbaikan yang kita nak buat pada diri kita, tak semestinya kena tunggu tahun baru, betul tak?

Bagi saya pula, saya pun tak ingat dah saya ada buat azam baru tak awal tahun hari tu. Macam tak ada je haha. Tapi buat masa sekarang, saya sedang berusaha untuk amalkan gaya hidup lebih sihat. 


Semalam baru je beli yoga mat dekat Watson. Saya perasan sejak saya mula consistently exercise setiap hari, badan lebih cergas nak bangun pagi. Kurus sikit tu adalah hehe. 

Jadi awak semua macam mana? Banyak sudut yang kita boleh tambahbaikkan dalam kehidupan sehari-hari ni sebenarnya.  Pemakanan, penjagaan kesihatan, menambah ilmu pengetahuan, menambah pendapatan, memperbaiki silaturrahim, masa berkualiti dengan keluarga, peningkatan prestasi dalam bekerja, macam-macam lagi lah!




Dan saya amat sarankan kita buat penambahbaikan dalam perancangan kewangan. Elakkan pembaziran, banyakkan pelaburan, simpanan dan sedekah. Mencarum takaful untuk persediaan di masa sakit dan sukar. Boleh hubungi saya untuk info lanjut mengenai takaful nyawa, medikal kad dan lain-lain. Siti Sharini 012-2961984

Sekian terima kasih kerana sudi membaca. Selamat sambung beraya. Pastikan minum banyak air kosong untuk elakkan dehidrasi ya. 

Isnin, 19 Disember 2016

Priority

Salam semua,

Apa khabar? Harap sihat semua hendaknya.

Sekarang hujung tahun, memang agak sibuk dan kelam kabut kan. Semua nak buat dalam masa beberapa hari sebelum habis tahun 2016. Yang mana target yang masih belum tercapai tu, inilah masanya terpaksa pulun habis-habisan. Itulah siapa suruh bertangguh-tangguh kan. Sekarang padan muka sendiri.

Bila to-do-list panjang berjela dengan masa yang tinggal adalah singkat, jadi amat penting untuk kita prioritize kan aktiviti kita mengikut target apa yang kita nak capai. Beri keutamaan masa kepada benda yang penting dan perlu di selesaikan dulu.

Image result for 4 quadrant prioritization matrix

Saya pun memang fail juga bab prioritizing ni hehe. Tapi kena kuatkan semangat dan disiplin. Bila agak-agak macam dah nak keluar dari haluan cepat-cepat istighfar dan kembali ke pangkal jalan. Ada faham? Hehe.

Yang penting, utamakan yang utama. Nampak 4 petak di atas tu, itu kunci dia. Pasti ada yang faham dan memang dah amalkan pun. Maaf saya tak sempat nak explain sekarang, sebab ada perkara yang saya perlu utamakan sekarang. Mungkin nanti ya.

Set keutamaan bukan khas untuk masa saja, kewangan juga sama. Perbelanjaan pun kena ada senarai keutamaan kan? Jadi apa keutamaan kita dalam menguruskan kewangan? Kalau sudi bolehlah kongsikan dengan saya. 

Okay thanks for reading. Selamat bekerja dan semoga dibawah rahmatNya selalu. Amin!

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Selasa, 13 Disember 2016

Penghujung 2016

Salam semua,

Sedar tak sedar dah nak habis tahun 2016. Alhamdulillah masih survive hehe. Saya pun sudah hampir setahunlah kerja dengan company sekarang ni. Alhamdulillah again. Things have been good walaupun banyak sangat up side down tahun ini.

Seiring dengan bertambahnya usia, saya rasa lebih tenang. Saya cuba untuk melihat sesuatu dari pandangan yang lebih positif dan hollistic. Of course there are lot of things that I know I have to improve myself. Sebagai seorang isteri, anak, ibu, and as a merely me. But somehow I feel at ease despite all the difficulty.

Saya bersyukur and I am glad I did what I did. Yes buat yang tak tau, saya ada master degree in chemical engineering from Japan univ. I had a long way to achieve there. It wasn't easy, I wasn't born into a rich family but somehow Alhamdulillah Allah gave his mercy to me.

Ada juga yang kata saya rugilah belajar tinggi-tinggi tapi cuma berada di tahap sekarang. Kerja macam sekarang. Some more jual insurans lagi. Yes I do feel it sometimes. In fact people don't have to remind me. I see my friends everyday (on FB) who are now doctors, going to be specialist, lecturers, manager in oil and gas company, who are really doing great in their career. But then, who are we to judge? Apa yang berlaku adalah yang terbaik buat kita.

What ever it is, we have to always try to be better. Tak payah tunggu tahun depan, tak payah tunggu bulan depan, in fact tak payah tunggu esok atau pukul berapa pun. Setiap saat kita boleh buat pilihan. Walaupun sesaat yang lepas kita berbuat tak baik, kita masih boleh betulkan balik in the next second.

Power of focus. InshaAllah. Saya mahu lebih fokus dalam dalam menjalani kehidupan seharian. set target, set priority. Jujur saya kata bila masuk dalam business takaful ni saya baru banyak didedahkan dengan goal setting dan sebagainya. Tapi sebenarnya bukan setakat orang bisnes saja kena goal setting. Bukan orang nak jadi kaya je kena goal setting. Sesiapa pun boleh, malah sesiapa pun kena ada goal setting waima suri rumah sekalipun. Sebab hidup kita semuanya pasti ada arah tuju kan. Saya ada baca, orang yang focus pada purpose dia, boleh recover dengan lebih cepat daripada masalah depression. Sedangkan Allah dah kata tujuan utama hidup kata adalah to serve Allah and to prepare for akhirat. Indah kan Islam.

Apa pun let's be good okay=)

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Rabu, 2 November 2016

Harga Minyak Naik?

Salam semua,

Rata-rata dua tiga hari ni ramai sangat yang update pasal kenaikan harga minyak masak dan petrol rententan dari pembentangan bajet 2017 baru-baru ni. Herm susah betul nak komen ye. Kalau mengeluh di kata mengeluh, kalau redha di kata macai. Hehe.

Image result for minyak masak
Gambar hasil Google.

Apa pun, ketepikan seketika soal politik. Ketepikan seketika soal rasuah atau penyelewangan dalam penyelenggaraan kewangan negara. Kerana semua itu amatlah sedikit yang kita (saya sebenarnya) ketahui kebenarannya. Takut tersalah kata nanti fitnah jadinya.

Yang pasti, mereka yang kaya semakin kaya. Tak kiralah dengan apa cara samada halal atau sebaliknya, mungkin atas usaha mereka. Malah yang miskin semakin miskin. Mungkin akibat si kaya yang kurang dalam berkongsi rezekinya. Dosa pahala hanya Dia yang menentukan. Sungguh Dia yang Maha Adil adanya.

Apa pun ingatlah. Dunia cuma sementara. Yang kekal akhirat jua. Kalau kita rasa susah dan teraniaya ketika di dunia, tapi akhirat tidak dilupa, Insha Allah harapnya syurga juga tempat kita kelak.

Yang diluar bidang kuasa kita, hanya doa yang mampu kita titipkan. Fokuslah kepada perkara yang boleh kita ubah. Mungkin perspektif kita dalam melihat kehidupan. Sungguh dunia kita sebenarnya adalah apa yang ada dalam minda kita.

Wallahualam.

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Rabu, 26 Oktober 2016

Penat Bekerja? Syukurlah Ada Kerja.

Salam semua.

Lately saya rasa penat sangat. Tuntutan kerja yang makin bertambah, bertambah perit bila tiba-tiba semua kerja datang serentak. Apa pun, saya cuba sebaik mungkin. Tapi saya sentiasa ingatkan diri, kita kerja seikhlas mungkin tanpa mengharap penghargaan manusia. Yang penting, tanggungjawab kita selesai.

Ini sangat penting untuk mendapatkan hati yang tenang. Sebab apa? Lumrah dalam kehidupan belerja, 99 perkara kita buat betul cuma 1 saja silap, yang 1 tulah akan digembar-gemburkan. Betul?

Janganlah ambil hati. Sudah lazim manusi begitu sikapnya. Buka semua, tapi rata-rata. Saya selalu memujuk hati, dengan meyakinkan diri bahawa kerja bukanlah segala-galanya. Kita buat silap dalam kerja, tak bermakna hidup kita turut hancur lebur. Oleh itu kalau orang tegur kita silap, terimalah dan usah ego. Lebih baik mengaku kesilapan sendiri, minta maaf dan move on. Some lesson are learnt in the hard way.

Kembali kepada tajuk, walau rasa penat bekerja, kerja banyak, rasa dianiaya atau kecewa di tempat kerja, tarik nafas dalam-dalam.. dan bersyukurlah sebab ada kerja. Ada orang cari kerja tak dapat. Ada yang dapat, tapi kontrak lepas tu kontrak tak sambung.

Jika memang kerja kita tu memberi tekanan yang besar hingga affect kehidupan seharian dan keluarga, maka cubalah cari jalan keluar. Lebih baik dari terus menerus tertekan, atau dari kita culas dalam kerja hingga boleh menyebabkan gaji yang tidak berkat.

Mungkin boleh cuba buat business. Business yang paling rendah modalnya adalah business takaful. Jika nak tau macam mana sistem business takaful bolehlah hubungi saya. Sekian, terima kasih kerana membaca.

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Selasa, 11 Oktober 2016

Where There Is Love

Image result for when there is love

Salam semua..

Kita sering saja disibukkan, dengan benda-benda yang tak penting buat kita. Dengan benda-benda yang tak membawa kita ke arah tujuan dan matlamat yang kita nak tuju.

Contoh mudah, kalau seseorang tu matlamat hidupnya nak jadi Imam di Mekah, tapi masanya di habiskan dengan bermain video game semata, mungkinkah tercapai matlamat hidupnya? Kalau dia tak berusaha ke arah matlamatnya.

Kita sering tertipu dengan masa 'lapang', lalu kita bazirkan sesuka hati. Lantas bila kita tertinggal untuk melakukan suatu tanggungjawab kita, masa yang disalahkan. Tiada masa. Sentiasa tiada masa.

Sedangkan where there is love, nothing is too much trouble and there is always time. 

Sayangilah tanggungjawab kita. InshaAllah masa akan sentiasa ada. Wallahualam.


Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Isnin, 4 Julai 2016

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan Syukur


Assalamualaikum semua,

Sedar tak sedar, ramadhan sekali lagi bakal meninggalkan kita.. Sedih rasanya. Sedih sebab banyak yang tak dapat dilaksanakan sedangkan esok sudah hari terakhir berpuasa insha Allah.. Alangkah ruginya! Apa pun mesti syukur atas nikmat usia yang Allah kurniakan. Semoga Allah terima apa juga amal ibadah yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan. Semoga dengan berkat amalan dan rahmat dariNya, amalan kita bukan saja terhenti setakat di bulan Ramadhan, malah supaya dapat dipanjangkan ke bulan-bulan yang lain jua hendaknya. Dan semoga dipertemukan dengan Ramadhan tahun hadapan inshaAllah amin..

Bagaimana dengan persiapan menyambut 1 Syawal? Moga dipermudahkan hendaknya. Nasihat saya, syukurlah. Walaupun hari raya saya kira memang sepatutnya hari yang kita sambut dengan gembira dan riang raya, namun pasti ada juga yang bersedih atas sebab-sebab yang tersendiri. Lagi pula kita ni dah macam jadi satu adat, bila tiba bulan Ramadhan dan menjelang Syawal ke, rancangan TV kebanyakannya yang sedih-sedih. Macam menggalakkan orang yang untuk bersedih pula di hari raya.

Memanglah pasti ada yang tak dapat lari dari kesedihan menjelang syawal, contohnya:
  • Mereka yang terpaksa beraya jauh dari yang tersayang
  • Anak-anak seorang pun tak balik beraya
  • Mereka yang baru kehilangan yang tersayang
  • Mereka yang kurang berkemampuan untuk beli kelengkapan raya untuk anak-anak
  • Mereka yang dilanda kesusahan seperti musibah kebakaran
  • Nak balik kampung tapi tiket bas dah habis
Malah ada juga yang sedih atau stress atas sebab-sebab seperti:
  • Kalah dalam perebutan nak balik kampung suami atau isteri
  • Baju raya yang ditempah tak siap atau baju raya terbakar masa iron (ini memang menangis)
  • Kuih raya yang ditempah tak sedap atau hancur semua masa pos
  • Tak jumpa cari tudung raya yang matching dengan baju
Dan pelbagai lagi lah. Sungguh kita diuji dengan pelbagai cara. Malah semua permasalahan ini bukan saja berlaku menjelang raya, malah bila-bila masa saja Allah bagi kita ujian. Jadi mengapa dan kenapakah bila nak raya saja kesedihan-kesedihan ni macam overly digembar-gemburkan? Sekali lagi saya terpaksa salahkan stesen TV hehe.



Bertabahlah buat mereka yang diuji. Berat yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Oleh itu untuk kita yang ujiannya cuma sekelumit cuma ni, syukurlah. Syukurlah pada Allah. Takkanlah sebab bekas kuih raya rumah jiran lebih cantik dari bekas kuih raya kita pun, kita nak stress (ini contoh, contoh tipu takpe senior saya kata he he). Hilang nanti nikmat hari raya. Sayang kan..

Kuncinya syukurlah. Walau apa pun ujian yang melanda, semasa raya atau pun bukan, berlapang dadalah. InsyaAllah. Segala apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Kalau kita sabar, inshaAllah, syurga Allah menanti kita. Dalam syurga nanti mintalah apa saja inshaAllah. Allah itu ada.

Akhir kata, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dari saya dan keluarga. Hati-hati memandu. Semoga Allah lindungi kita semua. Amin.


Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com 012-2961984 / 012-7645998

Rabu, 8 Jun 2016

SAHUR ITU LATIHAN UNTUK BANGUN MALAM

Assalamualaikum semua.

Apa khabar? Macam mana puasa hari ketiga? So far so good harapnya Alhamdulillah.

Pagi tadi dengar di IKIM, motivasi pagi hari ini berkenaan fadhilat sahur. Antara yang masih ingat dan rasa terpanggil untuk berkongsi:

Sahur itu adalah latihan untuk kita bangun bermunajat di waktu malam. 

Sumber imej dari carian Google
Kita memang tau amalan bersahur memang sunnah yang patut kita ikut untuk mendapat lebih keberkatan dalam menunaikan ibadah puasa. Lagipun apa saja yang menjadi amalan Nabi Muhammad SAW pasti ada kebaikannya untuk kita. Dan rupanya bila saya dengar dalam radio tadi, baru saya sedar eh betul lah kan... Sahur sebagai latihan untuk kita bangun bermunajat dan beribadah waktu malam. Sepatutnya kita bangun bukan semata-mata untuk makan, tapi sebelum makan tu seharusnya diisikan dengan amal ibadah seperti solat sunat, mengaji al-Quran dan sebagainya. Sebagai latihan untuk kita, supaya nanti selain bulan Ramadhan pun kita boleh terus bangun beribadah waktu malam. Memanglah disunatkan kita melewatkan makan sahur kata ustaz, tapi tak semestinya kita bangun last-last minute dah dekat imsak. Kalau begitu maka memang makan sajalah yang kita dapat.

Fadhilat bangun beribadah malam ni memanglah banyak. Sedangkan Rasulullah SAW yang maksum  dan dijamin masuk syurga pun beribadah malam sampai bengkak kakinya kerana baginda amatlah mementingkan ibadat malam. Namun apa yang paling terkesan yang saya dengar tadi, ibadat malam walaupun sedikit akan menjadi ruh untuk ibadat kita di siang hari. Ibadat malam menjadi jambatan bagi menjadikan kita insan yang lebih kusyuk dan tawadduk. 

Semoga sama-sama dapat kita amalkan dan melatih diri ke arah lebih baik. Tulisan saya adalah berdasarkan pemahaman saya. Tolong betulkan jika ada salah silap ye. Terima kasih. Wallahualam..


Rabu, 25 Mei 2016

KENAPA RAMAI WANITA MEMILIH UNTUK BERHENTI KERJA?

Dilema Ibu Bekerja

Menjadi dilema bagi setiap ibu berkerjaya antara kerja dan keluarga. Saya pun merasakan yang sama sejak dulu lagi. Apakan daya tuntutan kewangan menyebabkan saya terus bekerja. Tapi saya rasa tak kurang ibu-ibu yang walaupun bekerjaya, memiliki ijazah malah ada yang berkelulusan dari luar negara, memilih untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Jangan tak percaya kawan sekolah saya sendiri yang seorang doktor pun dah berhenti tau.

Punca Ibu Memilih Untuk Berhenti Kerja

Kenapa agaknya ye? Kalau diikutkan banyak punca dan sebab mengapa ibu bekerjaya memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Malah ada juga sebab-sebab terpencil mengikut keadaan setiap ibu dan keluarga.

Tuntutan Tanggungjawab Terhadap Keluarga

Pada saya wanita bekerja ni, sementelah jadi ibu terutamanya, tanggungjawab sangat banyak. Selain tuntutan di tempat kerja, keperluan keluarga juga kebanyakannya masih perlu digalas oleh ibu. Menjaga anak, memasak, mengemas rumah, penjagaan kesihatan anak-anak dan sebagainya. 

Yang mana kadang-kala tuntutan keluarga sebegini menyebabkan ibu-ibu tak dapat fokus sepenuhnya pada kerjaya. Maka timbullah masalah sebagai seorang pekerja, terpaksa ambil cuti untuk jaga anak contohnya. Kadang-kadang kena masuk kerja lambat, atau pulang lebih awal untuk ambil anak. 

Penilaian Prestasi Di Tempat Kerja Kurang Baik

Kalau dapat majikan yang memahami, alhamdulillah, kurang sikit tekanan. Tapi selalunya setiap tempat kerja ada polisi nya yang tersendiri. Kalau pekerja yang selalu ada masalah kedatangan macam ni selalunya akan mendapat penilaian yang rendah. Penyudahnya kenaikan gaji rendah dan susah nak naik pangkat.

Bila dapat penilaian rendah dari pihak majikan, rasa tak gembira dan tekanan mesti ada. Yelah kita penat-penat bekerja tapi tak mendapat imbuhan yang sepatutnya hanya disebabkan kita perlu fokus pada keluarga berbanding kerjaya. Ini yang pada saya salah satu sebab penyumbang golongan ibu memilih untuk berhenti kerja.

Faktor Kewangan, Kos Yang Tinggi

Biasanya orang akan teragak-agak untuk berhenti kerja sebab tuntutan kewangan dan keperluan membayar pelbagai hutang, Kalau tak kerja tak ada duit, tapi kalau kerja pun sebenarnya habis juga banyak duit. Nak bayar kos upah orang atau taska mengasuh anak lagi, minyak kereta dal tol lagi. Sudahnya sebahagian besar gaji ibu-ibu habis sebagai kos untuk keluar bekerja. Jadi ada juga yang memilih untuk lebih baik duduk di rumah, jaga anak sendiri. Walaupun hanya tinggal mata pencarian suami, memilih untuk hidup biasa-biasa dan tengok anak membesar di depan mata.

Demi Menjaga Anak-anak

Dan saya rasa dilema terbesar ibu bekerja adalah tak cukup masa dengan anak-anak. Terkadang tu rasa macam cepatnya budak-budak ni membesar sedangkan kita tak dapat menikmati sepenuhnya setiap detik pembesaran mereka. Sayangnya.. Perasaan nak mendidik anak dengan usaha sendiri, nak bagi anak-anak membesar dengan makan hasil air tangan ibu sendiri pasti ada bagi setiap ibu kan. Yelah kadang-kadang ibu yang bekerja mana nak sempat masak sangat. Melainkan ibu yang betul-betul gigih bangun memasak pukul 4 pagi. Ibu yang begini memang saya salute sangat. Hebat!

Setiap Ibu Adalah Hebat, Bekerja Mahupun Tidak!

Apa pun saya pasti, setiap ibu yang memilih untuk terus bekerja mahupun yang mempunyai kekuatan untuk berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa, mereka pasti ada alasan yang tersendiri. Setiap pilihan pasti dibuat setelah memikirkan pro dan kontra dan memilih yang terbaik untuk diri sendiri, anak-anak dan keluarga.

Lagipun sekarang ni dah banyak pilihan untuk menambah pendapatan. Sekarang dunia di hujung jari, nak jalankan perniagaan dari rumah pun boleh sangat. Malah ada ibu yang memperoleh pendapat yang lebih dengan berniaga dari rumah berbanding dengan semasa bekerja di luar. Hebat kan.
Dan bagi ibu-ibu yang memilih untuk terus bekerja dan dapat menyeimbangkan antara tuntutan kerja dan keluarga seikhlas hati, anda cukup hebat! In sha Allah setiap kita pasti mendapat balasan atas setiap yang kita kerjakan walau sebesar zarah. Saya ada terbaca artikel yang menulis tentang mencadangkan waktu kerja fleksibel bagi ibu-ibu untuk support ibu yang bekerja, maaf saya lupa sumbernya. Tapi saya kira, negara kita masih jauh lagi untuk ke arah itu. Maka berusahalah! Hehe.

Akhir kata saya doakan yang terbaik buat ibu-ibu semua,, bekerja atau tidak, semoga dipermudahkan urusan dunia akhirat. Dan semoga syurga jualah pengakhiran buat kita amin.

Isnin, 25 April 2016

BERGANTUNG 100% PADA ALLAH

Assalamualaikum,

Saya nak kongsi sedikit daripada apa yang dikongsikan oleh leader saya minggu lepas.

Apabila Dr. Zakir ditanya, macam mana beliau boleh hafal begitu banyak dalil, ini jawapannya:
1) Bergantung 100% pada Allah
2) Berusaha bersungguh2
3) Barulah cari teknik2 yg boleh meningkatkan daya hafazan

Walaupun dalam soalan asal bertanyakan bagaimana cara menghafal hadis, tapi sebenarnya jawapan beliau adalah sangat boleh diaplikasikan dalam apa juga segenap kehidupan kan. Seingat saya masa sekolah dulu-dulu selalu sangat dengar, kalau nak mencapai kejayaan mesti USAHA, DOA & TAWAKKAL. Malah guru kita dulu ajar kena usaha dulu lepas tu, last sekali baru tawakkal. Jadi nampak contradict sedikit di situ dengan jawapan Dr Zakir dari segi susunannya bukan.

Bila dihayati balik, memang sepatutnya kebergantungan harus sepenuhnya diletakkan pada Allah. Setiap yang berlaku, setiap kejayaan mahupun kegagalan, kesakitan mahupun kesembuhan sesungguhnya adalah dengan izin Allah jua. Bahkan kalau Allah inginkan sesuatu itu terjadi amatlah mudah bagi Allah. Sedangkan segala aturan planet-planet di langit dan segala yang di bumi pun ditadbir oleh Allah, apatah lagi sekadar urusan harian kita insan yang lemah lagi kerdil ini. Sungguh amat mudah bagi Allah menetapkan segala sesuatu, atas izinNya jua.

Adapun begitu mestilah kita ni sebagai manusia kenalah berusaha untuk mencapai sesuatu yang kita hajati. Bukankah dunia ini adalah medan ujian buat kita. Keinginan kita juga satu bentuk ujian. Sejauh mana yang kita sanggup lakukan demi mencapai keinginan kita, cara bagaimana yang kita sanggup buat, cara yang baik atau sebaliknya juga menjadi parameter dalam ujian. Semuanya dinilai oleh Allah. Bahkan keputusan ujian kita pasti diberikan dengan tersangat adil. 

"Pada hari ini, tiap-tiap diri dibalas dengan apa yang telah diusahakannya; tidak ada hukuman yang tidak adil pada hari ini. Sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisabNya." - Surah Ghafir ayat 17

Jomlah kita istiqomah, dalam setiap apa yang kita lakukan, bergantunglah 100% pada Allah kemudian usahalah sekuatnya. Semoga dapat juga dididik pada anak-anak. Wallahualam.

Isnin, 1 Februari 2016

TIPS MOTIVASI DIRI

Assalamualaikum semua..

Apa khabar? Harapnya semua sihat sejahtera hendaknya. Adapun saya dan anak-anak agak kurang sihat dengan demam batuk dan selsema. Tapi masih syukur Alhamdulillah banyak lagi nikmat kurniaan Tuhan yang boleh kita syukuri.

Sedar tak sedar dah pun masuk bulan Feb. Pantas masa berlalu! Melihat kembali, mak aih satu entry je bulan Januari hari tu. Ampun maafkanlah saya. Saya masih lagi menyusun strategi demi strategi demi pembaikpulihan kehidupan secara menyeluruh ewah!

Apapun hari ni alang-alang saya menulis ni, biarlah sesuatu yang mendatangkan sedikit manfaat hendaknya. Suka saya nak kongsikan tips motivasi yang saya dengar dalam IKIMFM pagi tadi. Nama ustaznya ampun maaf saya tak sempat nak catch up. Ini adalah 2 tips untuk sentiasa bermotivasi tinggi dalam menjalani kehidupan lebih-lebih lagi sebagai pekerja sehari-hari.

  1. Elakkan dari merasakan diri kita ini cukup sempurna. Kalau kita rasa dah cukup sempurna sangat, nanti takut kita tak nampak kat mana lagi ruang kita boleh perbaiki diri. Ni yang jadinya kalau orang tegur sikit kita nak melenting agaknya ya.
  2. Sentiasa ceriakan diri dengan berfikiran positif. Ni selalu kita dengar kan. Tapi kadang tu nak praktik kan tu yang agak sukar. Maka ustaz ni bagi satu contoh, Saudara Tuah Atan, seorang kelainan upaya yang berkhidmat sebagai Peguam Sivil dan Peguam Syarie. Hebatnya ibu bapa saudara Atan ni, berfikiran positif sejak dari kelahiran anak mereka yang istimewa ni lalu dinamakan dengan nama Tuah.
 Berikut saya pinjam dari utusan.com.my untuk rujukan anda.

Tuah Atan tokoh OKU Maal Hijrah Melaka

Mohd. Khalil Yaakob menyampaikan anugerah Tokoh Warga Istimewa Maal Hijrah kepada Tuah Atan (kanan) sambil diperhatikan Ketua Menteri, Datuk seri Mohd Ali Rustam (kiri) di Masjid Al-Azim, Melaka, semalam.
- Bernama


MELAKA 29 Dis. - Dilahirkan tanpa kedua-dua kaki dan cacat tangan kiri, namun semua itu tidak menghalang Tuah Atan daripada bekerja keras dan berusaha mencapai kejayaan.
Semangat dan sikap tidak putus asa yang ditunjukkan oleh Tuah, 48, dari Kampung Bukit Darat, Tanjung Kling di sini melayakkan beliau menerima Anugerah Tokoh Warga Istimewa Maal Hijrah 1430H Negeri Melaka.
Beliau menerima hadiah wang tunai RM750, sijil dan hadiah iringan yang disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob pada majlis sambutan Maal Hijrah 1430H peringkat negeri di Masjid Al-Azim di sini malam tadi.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis berkenaan, Tuah yang bertugas sebagai Peguam Sivil dan Peguam Syarie beranggapan kejayaan yang diraihnya itu adalah penghargaan kepada seluruh golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Mendapat pendidikan awal di English School 1 Bandar Hilir dan Malacca High School sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dalam bidang undang-undang, Tuah berkata, banyak cabaran terpaksa ditempuhnya kerana ketika itu tiada sekolah khas untuk orang cacat anggota seperti beliau.
"Macam sekolah cacat penglihatan dan sekolah pekak bisu, ada sekolah khas, kalau orang seperti saya kena pergi sekolah biasa.
"Halangan memang banyak seperti bilik air jauh, kantin jauh, meja tinggi, perpustakaan di tingkat dua dan banyak lagi," katanya.
Tuah mengatasi halangan itu dengan bantuan guru dan rakan yang sentiasa prihatin dengan keadaannya.
"Alhamdulillah berkat kasih sayang guru, ibu bapa dan rakan, Allah SWT telah memberi saya kekuatan untuk menjalani kehidupan seperti orang normal dalam alam persekolahan, alam universiti dan alam pekerjaan," katanya.
Beliau meminta ibu bapa yang mempunyai anak OKU agar tidak bimbang atau malu, sebaliknya memberi perhatian penuh dan pelajaran untuk anak itu berjaya pada masa depan.
"Kita jangan jadikan kekurangan ini sebagai satu alasan untuk kita sembunyikan anak OKU, untuk asingkan dia kerana kita sebagai ibu bapa kalau tidak memberi ruang dan peluang kepada mereka, mereka tidak akan pergi ke mana (tidak berjaya)," katanya.
Tuah berharap masyarakat OKU dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan masyarakat Orang Upaya (OU) setelah Akta OKU dibentangkan di Parlimen pada Disember 2007.
Beliau adalah antara penggubal utama dalam kerja-kerja merangka dan menyedia Akta OKU 2007 sehingga berjaya dibentangkan pada 17 Dis 2007.
-Bernama

Terima kasih kerana sudi membaca!


Isnin, 1 Jun 2015

MAKAN GAJI SEBAB TIADA PILIHAN?

Boss saya pernah berkali-kali kata pada saya, kita sebagai orang makan gaji, beginilah hidup kita. Kita tiada pilihan. Suka atau tak, kita tetap kena kerja. Kena juggle between work and family.
Dulu, saya cuma senyum.
Pada saya, kita ada pilihan. Tak ada sesiapa yang memaksa kita bekerja. Apatah lagi memaksa kita buat kerja yang kita tak berapa gemar. Tak ada siapa yang paksa kita kerja dalam ofis yang penuh konflik dan politik pejabat. Contohnya.
Setuju atau tidak, sebenarnya pilihan di tangan kita. Kita yang memilih untuk terus menerus stay kat tempat sama walau tak happy. Kita boleh sebenarnya pilih untuk keluar dari tempat itu.

Of course, banyak sebab yang membuatkan kita rasa terhalang dari buat pilihan. Dan sebab utamanya ialah saya rasa, perasaan TAKUT. Takut tak cukup duit, takut tak mampu bayar hutang, takut bidang yang nak diceburi tak berjaya, takut orang kata belajar pandai-pandai tapi jadi surirumah. Itu normal.

Walhal yang sebenarnya kita kena keluarkan rasa takut dan timbulkan rasa berani. Berani berkorban. Berani keluar dari comfort zone. Berani hidup di bawah kemampuan. Berani buat perubahan. Berani untuk berjaya.

Apa pun, saya telah buat pilihan saya. Dan saya juga kena berusaha supaya pilihan yang saya ambil ini tidak memudaratkan diri dan keluarga.

Jumaat, 27 Mac 2015

YAKINLAH PADA-NYA

Semalam Alhamdulillah berjaya melalui sehari buka booth PruBSN di KWSP. Sempat juga tunjukkan manfaat takaful dan medical card pada seorang dua yang berkesempatan. Seriously saya bukanlah jenis orang yang  terlalu go getter. Saya bukan mengejar sales sebab saya tak reti. Saya cuma educate saja pada mereka yang nak tau lebih lanjut mengenai kepentingan dan produk takaful. Tapi lumrahlah orang semua lari bila nampak ejen. Lalu pun buat-buat tak pandang. Kami cakap pun buat-buat tak dengar. Itu lumrah dalam business ini. Anyway yesterday was a good experience for me.

Suka saya nak kongsi cerita tentang 2 orang hebat (pada saya) yang saya jumpa semalam. Seorang adalah Pak Cik pengusaha kantin. Pak Cik ini dulunya kerja kilang berbelas tahun. Dalam masa yang sama dia juga pernah menjadi ejen insurans secara part-time selama 10 tahun. Income yang buat insurans tu pun dah hampir RM2000. Banyak tu bagi part-timer. Ditakdirkan dia ditukarkan ke shift malam jadi susah dah dia nak berurusan untuk jumpa orang dan sebagainya. Jadi dia berhenti jadi ejen. Tambahan pula sekitar zaman itu kekecohan mengatakan industri insurans ni haram and so on. Yelah masa tu takaful belum berkembang. Setelah berapa lama dia penat kerja kilang, dia ambik VSS. Dengan duit tu buat modal untuk jadi pengusaha kantin, sampailah sekarang Alhamdulillah. Dia cerita boss dia dulu pandang rendah pada dia. Boss dia kata boleh ke dari kerja kilang tiba-tiba nak tukar ke aliran business pula. Dan sekarang terbukti dia boleh!

Katanya, rezeki Allah pasti ada. Yakin saja. Yang penting kena syukur. Dapat sikit pun syukur. Dapat banyak pun syukur. Jangan mengeluh. Kalau kita syukur tak kira dengan yang sedikit atau banyak, Allah mesti bagi lagi. Sekali lagi pesan dia, yakinlah. In shaa Allah Pak Cik, terima kasih atas nasihat..

Orang yang kedua pula seorang anak muda, umur 26 tahun. Kerja sebagai security di bangunan itu. Masya Allah hebat anak ni. Pada usia muda dia sudah berkahwin, memiliki seorang anak, malah sebuah rumah juga! Dia beli rumah sebelum berkahwin lagi, joint loan dengan abangnya. Alhamdulillah. Untung isteri dia hehe. Saya puji dia. Bagi saya that is a very very good move. Saya dapat rasa dia ada perancangan masa depan yang bagus. Dulu sebelum jadi security dia kerja kilang juga jadi operator. Yelah sekolah sampai SPM je.. katanya merendah diri. Nampak dia sangat bersyukur dengan kerja dan gajinya kerja security tu. Allah jauhnya saya dibandingkan dia..

Jujur saya kata, saya tak kisah kalau sesiapa pun belajar hatta setakat UPSR mahupun tak sekolah sekalipun. Setiap orang berpeluang untuk berjaya dunia akhirat. Malah akhirat yang lebih utama. Kerana bak kata Pak Cik kantin tadi, rezeki Allah pasti ada. Yakinlah!

Isnin, 9 Mac 2015

SAYA PILIH UNTUK JAUHI STRESS

Salam Isnin semua=)

Jemput baca artikel ini on how to reduce daily stress: Productive Muslim

Pagi ini saya ada every reason untuk jadi stress.
Sudah bangun awal, kejutkan anak suruh mandi semua tak mau bangun.
Dah siap lambat, ada yang minta nak breakfast makan nasi.
Masuk je higway jem teruk sepanjang jalan, sampai ofis lewat sejam.
Sampai ofis bos panggil masuk untuk appraisal, which dia precisely cakap saya tak akan naik pangkat sebab masalah selalu datang lewat dan banyak ambik cuti.

Tapi Alhamdulillah saya pilih untuk jauhi stress.
Esok saya kena bangun lebih awal, dan kejutkan budak-budak lebih awal.
Tadi saya sempat pack buah tembikai je untuk Haikal makan dalam kereta, esok bangun lebih awal mungkin boleh breakfast nasi.
Esok keluar lebih awal supaya kalau jalan jem pun saya masih sempat scan.
Saya tak kisah pun kalau tak naik pangkat sebab saya tau saya belum layak.

Kesimpulannya:
Malam ni tidur lebih awal dan esok bangun lebih awal.
In shaa Allah bakal menyelesaikan hampir kesemua masalah saya hehe.
Apa pun, moga istiqomah. Amin.

Khamis, 26 Februari 2015

Thank You Allah

Saya baru habis baca satu artikel berkenaan Surah Al-Kahf kat http://productivemuslim.com/surat-al-kahf-part4/. Please do read the whole series. Very very beautifully written..

I am truly thankful I found the website. Very inspiring. Thanks to my senior in high school who once shared an article from productivemuslim.com in he FB page.

These few days I wasn't feeling very good. Rasa jauh dan tak berpijak di bumi nyata. Lepas tu rasa bersalah. Because above all, syukur alhamdulillah. Syukur untuk untuk segalanya. I have more than I need so I should appreciate eveything I have now.

While in fact, everything that we think are ours, are not actually ours. Semua hanya pinjaman. Di dunia, bahagia tak kekal selamanya begitu juga dengan derita. They come and go. Segala yang kita ada, hanya 2 kesudahannya: Samada kita yang akan tinggalkan ia, ataupun ia yang tinggalkan kita. I am training myself to stop feeling so attached with everything other than Allah, Rasul and Al-Quran.

In sha Allah, I will be better tomorrow and the day after tomorrow and onwards. Amin..

p/s: Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin.

Selasa, 27 Januari 2015

BLOG AZIZAN OSMAN

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua=))

Today we start with a lite entry =)

Siapa yang tak kenal Azizan Osman? Angkat tangan!

Saya pernah join program dia (yang percuma), tak ingat apa tajuknya, dekat Sunway Carnival dalam 2 tahun lepas. Inspiring jugak. Saya rasa most of the content I already knew lah back then, memandangkan it was just an intro program kan so coverage dia more to basic things lah. Someday ada kesempatan teringin juga nak join IMKK dia.

But if you are really into business thing, bolehlah consider program Azizan Osman ni.

You can start with reading his blog here, cari bahagian blog okay=))

Ahad, 25 Januari 2015

THE POWER OF FOCUS

Bismillahirrahmanirrahim..

Fokus Apa Yang Kita Mahu

Dalam hidup ini banyak benda yang kita nak. Banyak benda yang kita teringin nak buat. Tapi kadang-kadang rasa nak buat dan teringin tu sekadar tinggal rasa. Sebab apa? Sebab kita tak betul-betul fokus dan work for it. Memanglah tak dapat, kan?

Sebenarnya kalau kita fokus dan precise dengan apa yang kita nak, insyaAllah hati kita akan lebih terbuka untuk usaha mendapatkannya. Tapi sebelum tu, kena tetapkan betul-betul dalam hati dan bayangkan apa yang kita nak tu sedetail mungkin as if you already got them. Cuba bayangkan betapa seronok dan indahnya perasaan bila kita dah pun dapat benda yang kita nak tu.

Contoh Kuasa Fokus Paling Mudah

Setakat ini yang selalu saya praktik, contoh paling senang, cari parking! At times masalah tak ada parking ni memang leceh kan bila pergi tempat crowded. Kalau drive kereta bersaiz besar lagi susah sebab tak boleh menyelit-nyelit. Sepanjang Abang Veder warded kat KPJ Penang, alhamdulillah mudah saya park kereta waktu melawat. Tempat yang dapat betul-betul dekat lobi hospital, jadi mudahlah saya nak angkut anak-anak.

Macam mana saya buat? Sepanjang perjalanan ke hospital saya set dalam otak InsyaAllah ada parking yang dekat dan mudah. Saya ajak anak-anak sekali berdoa semoga dipermudahkan. Saya ajar Haris berdoa "Ya Allah, bagilah ada parking untuk mama. Terima kasih Allah". Alhamdulillah dengan izinnya it worked everytime =)) Dan selalu parking lot yang saya dapat tu is the last spot. Macam memang ditinggalkan satu space untuk saya.

Allah Mengikut Sangkaan HambaNya

Ingat tu. Allah mengikut sangkaan hambaNya. Dalam contoh parking kat atas, kalau kita asik fikir takde parking takde parking, memang tak dapat parking. Kadang-kadang ada sebenarnya tapi kita missed. Sebab apa? Sebab kita asik fokus pada tempat yang penuh sampai kita tak nampak tempat yang kosong. Cuba lepas ni kita fikir je "InsyaAllah ada parking", tak kiralah crowded mana pun tempat kita pergi tu. It doesn't hurt to just think and make du'a aite?

Praktik Kuasa Fokus dan Kesannya

Sejak dua menjak ini saya fokus kepada mini cooper warna putih =)) Kesannya? Mata ni macam asik ternampak mini cooper putih kat atas jalan tihihihi..

Why don't you give it a try? Cuba fokus dan lihat hasilnya. InsyaAllah.. Fokus pun perlu praktis juga. Jangan putus asa kalau cuba sekali tak berjaya. Teruskan mencuba =))




Sabtu, 17 Januari 2015

Demi masa

Assalamualaikum semua=)

Saya belajar sesuatu semalam daripada seseorang.

Masa adalah.. masa


Masa bukan emas.
Masa bukan duit.
Tapi masa adalah masa.
Dalam maksudnya yang tersendiri.
Sesuatu yang sentiasa ada, sentiasa berjalan, seolah-olah masa juga hidup tapi tak pernah mati.

Bayangkanlah cahaya bintang yang kita lihat bertebaran indah di langit malam tadi, sebenarnya terbakar entah berapa ratus malas ribu tahun cahaya yang lalu. 
Panjangnya masa yang telah berlalu!


Manusia dalam kerugian


Kalaulah dulu saya tau.
Takkan saya mensiakan masa di kala lalu.
Kalau lebih dulu saya tahu, rahsia pada ketenangan hati, kebahagiaan jiwa, hidup pasti terasa lebih indah dan nyaman.
Tapi saya tak tau, terkadang tau tapi kurang sedar.
Lalu banyak masa saya dibazirkan dengan rasa marah, sedih, geram, takut dan seumpanya.
Kalaulah saya tau!

Masih belum terlambat


Masa yang berlalu telah tinggalkan saya.
Atau saya yang tinggalkannya.
Saya pun tak tahu siapa tinggal siapa.
Syukur masa masih bersama saya,
Atau sebetulnya saya masih bersama masa.
Semoga masih sempat saya memperbetulkannya.
Kerana tiap saat adalah berharga.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...