Assalamualaikum semua.
Apa khabar? Macam mana puasa hari ketiga? So far so good harapnya Alhamdulillah.
Pagi tadi dengar di IKIM, motivasi pagi hari ini berkenaan fadhilat sahur. Antara yang masih ingat dan rasa terpanggil untuk berkongsi:
Sahur itu adalah latihan untuk kita bangun bermunajat di waktu malam.
Sumber imej dari carian Google |
Kita memang tau amalan bersahur memang sunnah yang patut kita ikut untuk mendapat lebih keberkatan dalam menunaikan ibadah puasa. Lagipun apa saja yang menjadi amalan Nabi Muhammad SAW pasti ada kebaikannya untuk kita. Dan rupanya bila saya dengar dalam radio tadi, baru saya sedar eh betul lah kan... Sahur sebagai latihan untuk kita bangun bermunajat dan beribadah waktu malam. Sepatutnya kita bangun bukan semata-mata untuk makan, tapi sebelum makan tu seharusnya diisikan dengan amal ibadah seperti solat sunat, mengaji al-Quran dan sebagainya. Sebagai latihan untuk kita, supaya nanti selain bulan Ramadhan pun kita boleh terus bangun beribadah waktu malam. Memanglah disunatkan kita melewatkan makan sahur kata ustaz, tapi tak semestinya kita bangun last-last minute dah dekat imsak. Kalau begitu maka memang makan sajalah yang kita dapat.
Fadhilat bangun beribadah malam ni memanglah banyak. Sedangkan Rasulullah SAW yang maksum dan dijamin masuk syurga pun beribadah malam sampai bengkak kakinya kerana baginda amatlah mementingkan ibadat malam. Namun apa yang paling terkesan yang saya dengar tadi, ibadat malam walaupun sedikit akan menjadi ruh untuk ibadat kita di siang hari. Ibadat malam menjadi jambatan bagi menjadikan kita insan yang lebih kusyuk dan tawadduk.
Semoga sama-sama dapat kita amalkan dan melatih diri ke arah lebih baik. Tulisan saya adalah berdasarkan pemahaman saya. Tolong betulkan jika ada salah silap ye. Terima kasih. Wallahualam..
In shaa Allah, kalo puasa sunat pun akk ttp bgn sahur juga.
BalasPadamIn shaa Allah, kalo puasa sunat pun akk ttp bgn sahur juga.
BalasPadam