Memaparkan catatan dengan label iklan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label iklan. Papar semua catatan

Jumaat, 3 Julai 2015

BUFFET RAMADHAN DI VISTANA HOTEL 2015 BERSAMA BLOGGER UTARA

Alhamdulillah.. Ahad lepas saya berkesempatan join iftar bersama dengan geng-geng #bloggerutara. Teruja semuanya nak pegi buka puasa. Yang nervous pun ada sebab pertama kali bersua muka. Saya dalam semua yang join tu pernah jumpa Sha (http://aryshafayyadh.blogspot.com/) sorang je. Lain-lain tak pernah jumpa. Bila pergi tu tak sangka pula saya antara yang berusia hahaha. Muda-mudi diorang ni semua rupanya.




Tengok apa yang ada kat luar ni dulu siap berapi-api ha.. ni lah tempat pembakaran daging kambing dan ayam bakar.. Sedap!

Ni pulak pilihan ikan-ikan bakar. Ada ikan keli, ikan pari dan pelbagai jenis ikan lagi. Pari bakar dia pun sedap dimakan bersama air asamnye yang marvelous.

Buah-buahan yang ada..betik, nanas, honeydew dan tembikai..
Kuih muih yang ada.. Saya ni kuih muih tradtional fail sikit bab nak bagitau namanya. Yang pasti ada popia, karipap, donat, kuih kaswi, kuih cara, kuih sagu, agar-agar dan errrrr banyak lagiklah seperti dalam gambar di atas. Anak-anak saya dok ulang makan popia je pun -_-;
Ha ni pun nampak cantik je tersusun deserts dalam cawan ni. Nampak sedap semuanya. Tapi ampun tak sempat nak makan. Tapi menengokkan sekejap je habis desert ni semua, kira kawtim sedap lah tu kan.
Pudings pon ada.. Kami sampai awal so semuanya kelihatan cantik moleks lagi..
The cakes for desert..
Beralih pula ke bahagian dishes untuk nasik.. haa yang dalam kuali-kuali atas sampan tu semua ulam-ulaman. My favourite! Ada bendi rebus, ada tomato, ada daun kadok, ada terung, malah petai pon ada! Teringin nak makan petai tapi control control hehe. Ditemani pula dengan pelbagai sambal.. sambal belacan ada, budu ada, cencaluk pun ada kalau tak silap. Hermm saya kalau makan nasi dengan sambal dan ulam macam ni saja pun takpa dah. Everyday also can~~









Beralih ke bahagian lauk pauk pula, memang banyak. Ada ikan ada ayam ada kerang ada remis ada. Masak lemak, masak kari, masak merah, segala masak pon ada. Masakan sayur pun banyak pilihannya. Sambal ikan bilis tu pun nampak sedap betul kan nyumssss. Erm lapar pulak terasa di kala menaip entry ni tengahari buta ><;

Laksaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa my favouriteeeeeeeeeeeeeee

Nampak tu kuah dia panas panas berasap fuh fuhhhhhh kalau makan ni mau meleleh peluh disebabkan kesedapan dan kepedasannya yang menggugat jiwa raga amboiiihhhhhh


Ini kerang yang menjadi kebanggaan Pha Is hehehehe. Sian akak yang jaga kerang tu tersipu malu pula bila orang nak snap gambarr
Yang sebenarnya variety of foods memang banyak sangat. Tak termakan rasanya kalau nak merasa semua. Tambah pulak I busy dengan budak bertiga tu. Tak sempat sangat nak sembang dengan semua geng #bloggerutara. Maafkan saya ye -__-; Lain kalik kita gather lagi he he he. Anyway thanks to organizer SITI YANG MENAIP, and thanks to Vistana to for welcoming us.

Gambar dicuri dari SITI YANG MENAIP. Sedih saya tiada dalam gambar T__________T


Ahad, 28 Jun 2015

BERJIMAT DENGAN DRESS MURAH DAN BERKUALITI DI HARI LEBARAN

Salam semua=))

You all semua dah beli baju raya ke? Saya belum lagi T___T .. Takdelah sedih pun sebenarnya. Setiap tahun pun macam ni. Selalunya sediakan kelengkapan anak-anak dan suami dulu, saya paling last sekali dekat-dekat raya baru beli. Sebab apa? Sebab saya kan lone ranger hihi. Anak-anak semua lelaki, jadi sedondon dengan abahnya. Saya seorang je bunga dalam keluarga tak perlu nak matching dengan sapa-sapa so saya bebas lah pilih mana yang berkenan. Cuma cari yang boleh match warna sesikit dengan askar-askar semua je. So tahun ni apa tema agaknya ya? Taktau lagi sebab baju askar semua pun belum beli hihi.

Trend sekarang orang suka pakai dress kan? Saya pun suka juga pakai dress kadang tu. Sebab apa? Sebab senang sekali sarung je dah siap. Kadang saya pergi kedai runcit pakai dress sebab malas nak tukar-tukar baju seksi yang pakai kat rumah tu, sarung je kot atas. Hehe. Dress pun banyak sangat pilihan sekarang ni. Yang kat kedai banyak, yang online lagiii banyak. Boleh berpinar mata nak memilihnya haha. Yang penting duitnya ada ye dak.

Gambar tahun lepas, kenduri sepupu di Pantai Merdeka
 Bagi sesiapa yang serupa saya suka beli last minute nih, meh sini nak share sikit ihiks. Raya tahun ni kan akan jatuh pada tanggal 17/18 Julai kan, maksudnya kurang dari 3 minggu je lagi. Tengah bulan tu errmmm biasalah mostly orang gaji pun belum masuk, susah tu, (Padahnya shopping last minute haha). Lagipun duit mesti dah banyak habis buat kelengkapan raya yang lain kan. Beli baju anak-anaklah, kuih raya lah barang rumah lah,macam-macamlah. Kalau yang balik kampung jauh-jauh tu, ha lagilah. Duit minyak lagi, tol lagi, mana nak servis kereta lagi. Disebalik kegairahan nak balik beraya, keselamatan perlu diutamakan! (Pesanan khidmat masyarakat hehehe).. Pikir pun dah pening @@

BUT! FRET NOT! Jangan bimbang jangan risau kakak-kakak, adik-adik, rakan-rakan seperjuanganku sekalian! Raya tetap raya hehe. Kita tetap boleh berjimat sambil tampil anggun jelita di hari lebaran dengan membeli koleksi dress murah berkualiti di Zalora Malaysia. 


The best thing about Zalora dresses ni, semuanya keluaran brand ternama tau. ZALIA ada, ZAWARA ada, LUXE by Ethnic Chic ada. Macam-macam adalah. Cuba try p tengok sendiri, tengok apa lagi yang ada.

That's not all! Dahlah cantik-cantik dressnya, harga pun berpatutan. Buat apa nak bayar lebih kalau kita boleh memiliki dress yang cantik-cantik ni dengan harga yang lebih murah kan? Boleh berjimat sikit. Kang nak bagi duit raya lagi barang seringgit dua kat anak-anak sedara penuh sekampung tu =P


Dress depa ni bukan saja cantik, ikut pulak trend terkini (barulah macam retis sket). Koleksi dress ni juga berkualiti tinggi, dan yang penting sesuai untuk muslimah yang berhijab. Sekali sekala bergaya dengan dress di pagi Syawal nan indah, pastinya penampilan cik kakak semua akan lebih menyerlah dan terserlah. Silap-silap boleh buat cik abang jatuh cinta lagi kak cik kakak ihiks.

Antara 3 dress kat atas, yang mana you all suka? Yang pesen lain pun banyak lagi cantik-cantik, bolehlah you all tengok sendiri kat website dia ye. Kalau you all beli nanti, jangan lupa tampal gambar you all banyak-banyak bergaya dengan dress Zalora kat blog nanti. Boleh Cik Siti tumpang usha sama=))

Jumaat, 15 Mei 2015

PROMOSI HOMESTAY


Sempena hari Jumaat ni saya nak tolong promosi kan homestay yang saya sewa hari tu 9-11 May di Ukay Perdana. Agency Prudential saya di Phileo Damansara, so once in a while saya travel ke KL for some events,trinings, meeting and such kat sana. Clients pon ramai juga kat KL sana so sesiapa orang KL nak appoinment dengan saya, roger je ye.

So hari tu saya sewa Hasya Homestay, Ukay Perdana. Kebetulan saya meeting di Prudential Training Academy, Ampang. So memang dekat sangatlah. Maaf saya tak sempat pun nak ambik gambar but you can check out the details below=))

Nama: Hasya Homestay
Location: Springville Apartment, Ukay Perdana.
Price: RM250/day for 1 day rental, RM200/day for 2 days and above rental. RM100 deposit needed upon check in (refundable).
Contact: 012-5176284 (Pak Ali)
Facilities: 3 bilik 2 bilik air, pool, dapur dan kelengkapan memasak, TV without ASTRO, kedai makan dan kedai runcit nearby, 1 parking space.

Saya jumpa homestay ni kat malaysiahomestay.net. Sebenarnya homestay ni anak Pak Ali ni punya. Dia yang manage semua. Sangat friendly Pak Ali ni. Overall saya berpuas hati lah. Pool dia dekat tempat parking, tak cantik sangat tapi boleh swimming dengan tenang sebab tak de orang pun. Kami je yang guna pool tu hehe. Sebelum check out Isnin tu pun sempat saya swim seround dua.
Sempat jaga booth kejap on Sat 9/5.
Booth kami di Giant Putra Height open everyday. Jemput datang=))
Melawat baby client saya yang baru lahir kat KPJ Shah Alam
-------------------------------------------------------------------------------------------------
And then another 1 dekat Shah Alam. Yang ni saya sewa few months back. Atas urusan kerja juga. Saya suka sewa homestay sebab saya bawa segerombolan dengan anak-anak, mak dan adik-adik sekali. So masa saya kerja diorang semua boleh mandi-manda kat kolam hihi.

Nama: Zulysya R&R Homestay (IndahRia sebelah kilang gula)
Location: Persiaran Jubli Perak Batu 3 Seksyen 22 40300 Shah Alam
Price: RM150/mlm (Hari bekerja) & RM200/mlm (Hujung Minggu & Cuti Umum). RM100 deposit needed upon check in (refundable).
Contact: Pn. Lily : 010-6001116 atau 010-6001115
Facilities: 3 bilik 2 bilik air, pool, taman permainan, dapur dan kelengkapan memasak, TV with Njoi , kedai makan dan kedai runcit nearby, 1 parking space.

Yang ni selalu penuh, kena booking awal kalau nak. Overall okay juga. Cuma pool kanak-kanak dia kecik sangat. Other than that okaylah. Owner pun friendly.
Okay that's all. Semoga membantu=))

Jumaat, 24 April 2015

HARI PROMOSI

Salam Jumaat semua=))

Hari ni saya dengan suka hati nak share services yang saya gunakan dekat area Penang (Kepala Batas, Sungai Dua, Farlim). Saya berpuas hati dengan servis mereka dan saya rekemen untuk anda pula. So sesiapa yang sedang mencari kabinet dapur, repair screen handphone/tab, dan mencari Batook Ori, boleh contact mereka di bawah ini. Very friendly guys.

1. Cube Kitchen Design

Lokasi show room di Sungai Dua. Check their FB page out or direct contact 013-5213957.

Cube Kitchen Design

2. Husen Sarbat Mobile Repair Shoppe

Lokasi di Farlim. Boleh siap dalam masa setengah jam. Harga pun terbaik. Saya tukar screen iPad Air RM280. Contact 012-4411335. Kalau jauh nak hantar guna delivery pon boleh.

Husen Sarbat FB

3. Naim Batook Ori

Sabtu lepas ALhamdulillah baru saya dapat beli minyak ni. Dua hari sapu minyak ni dekat Hadi, Alhamdulillah nampak nak baik dah selsema dia. Beliau menjual di pasar-pasar malam sekitar Sungai Dua, Kepala Batas, SP dan seangkatan dengannya. Boleh contact 017-405 4558 untuk tau lokasi dia mengikut hari-hari tertentu.


Naim Batook Ori

Sekian, semoga bermanfaat.. Kalau nak cari takaful, contact saya=))

*Entry tidak berbayar*

Khamis, 27 November 2014

Kasut PUMA Hadiah dari Abah

You all semua jangan tak percaya, saya dulu agak tomboy orangnya. Hahah! Semua kawan-kawan sekolah saya, kalau jumpa sekarang they all akan buat remark seperti:

“Ya Allah, ayunya kau Sid” (yes kawan sekolah panggil saya Sid, lebih havoc berbanding Siti ahaks)
“Eeeee Sid, aku tak percaya lah ko dah jadi macam ni. Siap anak dah 3 lagi..” (amboi kau dah kenapa tak percaya aku boleh beranak -__-;)
Dan..
“Ooooooi kurusnya ko Sid!!” (ya.. dulu saya tak kurus heheh)
Yes I’ve changed a lot. For the better heheh.
Saya dulu main hoki tau sejak darjah 5 sampai habis form 5. Masa sekolah menengah, lepas dapat masuk team sekolah, coach minta kami beli boots yang lebih sesuai untuk main hoki kat padang berbanding pakai sport shoes biasa. Pakai sport shoes biasa ni licin, sat2 tergolek nak nak time hujan hehe. Masa balik cuti sem (saya sekolah asrama), saya pun minta arwah abah belikan boots. Dan saya ingat lagi abah belikan boots PUMA warna hitam, gambar harimau dia tu warna biru. Walaupun kami bukan orang berada, abah tetap belikan untuk saya. Demi sokongan terhadap anaknya ini. Terima kasih Abah!


Gambar ihsan google. Lebih kurang macam ni lah kasut saya dulu.
Dan saya lebih selesa pakai sneaker bila berjalan sesuai dengan perwatakan saya yang ‘tak berapa ayu’ suatu waktu dahulu. Especially waktu zaman study dulu2 yang memerlukan saya turun naik bas lah ketapi lah basikal lah. Kalau kena kejar anjing ke, dah terbangun lewat ke, laju sket boleh lari haha.
Cukuplah mukadimah setakat ini. Amboi punya panjang baru mukadimah je? Hihi. Kat sini suka untuk saya kongsikan kepada penggemar-penggemar sneakers (PUMA especially) kat luar sana, cara-cara membersihkan sneaker supaya bila pakai tu nampaklah cantik dan kemas je kan. Tak kiralah kalau tuan empunya badan dia comot sket pon. Hehehehe..
How to Clean Suede Puma Shoes
Penggemar jenama PUMA pastinya tidak asing lagi dengan koleksi sneaker Suede mereka yang cukup klasik seperti gambar berikut. Salah satu koleksi kasut sneaker Puma ini cukup digemari ramai adalah kerana reka bentuk kasut yang cukup selesa dipakai terutama sekali bagi mereka yang ‘kaki travel’. Pemakaian kasut sepanjang hari tidak langsung memberikan kesakitan pada kaki malah amat melancarkan perjalanan anda.












Bagi yang sedang tertanya-tanya bagaimanakah cara untuk membersihkan kasut suede Puma, perlu diingatkan bahawa cara pembersihan adalah berbeza dengan kasut kulit mahupun kasut kanvas. Ini kerana, struktur suede itu sendiri adalah lembut dan dan agak sensitif.


 Oleh itu, pertama sekali, anda haruslah membersihkan permukaan kasut dengan menggunakan berus yang lembut. Beruskan kasut secara selari supaya tidak merosakkan struktur kasut suede tersebut.

Cara ini mungkin agak unik, tetapi amat berkesan. Bagi kotoran yang ketara, gunakan pemadam pensel bagi menghilangkan kotoran tersebut.


Dan terakhir sekali, semburkan suede protector untuk menyempurnakan langkah-langkah pembersihan kasut suede anda.


Sekian.. Senang kan? Sesiapa ada kasut suede bolehla try apply cara ni. Kalau belum ada dan sedang mencari, boleh tengok2 kat Zalora yer. Semoga bermanfaat=)

Khamis, 9 Oktober 2014

Sewa buku dengan Qreazant.com


Sudah lama saya berhasrat nak subscribe Qreazant ni. Oh apa benda ni? Qreazant ni satu kedai buku yg offer book rental service. Saya memang suka! Walaupun ada banyak lagi buku menimbun kat rumah yang belum dibaca -_-; Tapi most yg ada kat rumah ni more to reference book. So handy to have so I can refer anytime. That's my excuse hehe.

Sebab apa saya suka sewa buku? Sebab saya suka buku. Hihi. Makes me feel like a little bit smarter haha.

Jom kita bandingkan antara beli dan sewa. Firstly, beli mahal! Sewa lebih murah. Secondly, tak membazir kalau sewa. In case kalau buku yg dipinjam xbest, baca xhabis pun boleh pulangkan jer balik. Thirdly, jimat space. Heheh kalau beli buku banyak-banyak mesti kena ada good storage system kat rumah supaya tak bersepah kan. Bila sewa senang, habis baca, pulang balik. Out of sight hehe. 4thly, good as book review tool. Kalau ada yg jenis suka wat koleksi buku dengan cita-cita nak buka library kat rumah, tapi at the same time nak jimat, boleh sewa dulu. Kalau best kang baru beli. Yang lebih best, transaction semua online je. Poslaju hantar buku yg dipinjam, pastu mai pick up buku untuk dipulangkan. Sesuai sangat untuk orang sibuk dan susah nak kuar rumah macam saya heheh. Anyway kedai dia kat Bangi. sesiapa yg dekat bolehlah p jenguk.

Check it out kat qreazant.com eks.Owner dia ni senior saya kat KYPM Bangi dulu. Grad Japan juga. Dia joint venture dengan kakak dia. Tapi saya xpernah jumpa secara directlah. Tapi senior satu U saya bestfriend dia, so selalu sangat dengar cerita pasal kakak ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...