Rabu, 24 Disember 2014

Cara masak nasi dagang Mak Cik Faiza

Salam semua=)

O0o0 ada juga yang nak tengok hasil air tangan saya membuat nasi dagang ye. Hihi..

Sebelum tu saya kongsikan cara membuat nasi dagang menurut Mak Cik Faiza.
  1. Rendam beras Faiza 2-3 jam. Lepas tu, bersihkan dan tos.
  2. Kukus beras Faiza sampai kembang.
  3. Angkat dan gaulkan beras Faiza bersama hirisan bawang merah, halia, halba, garam, gula, santan dan setin susu lemak manis.
  4. Sambung kukus sehingga nasi dagang anda masak.
Begitulah lebih kurang nya yang dia tulis kat belakang packaging dia tu. Lupa pula nak bagitau sepeket beras Faiza mengandungi 2kg beras, RM19.90 ke RM19.60 macam tulah..

Petang sebelum beli tu saya dah Whatsapp mama. Buat kesekian kalinya bertanya cara-cara masak nasi dagang hehehehe. Nasiblah mama rajin melayan. Tulah dulu kat rumah taknak belajar. Sekarang baru nak hegeh-hegeh. Cara mama buat pun lebih kurang sama je lah macam cara yang Mak Cik Faiza ajar tu. Cuma mama kata rendam beras semalaman pun tak apa. Dan tak ada pulak mama suruh bubuh susu tu. Sehebat mana pun Mak Cik Faiza, nasi dagang mama tetap dihati=)

Bersambung...

3 ulasan:

  1. Eh... CikSiti ni masih tak tunjuk lagi nasi dagang yg dah siap mana?
    Hmmm.... betul-betul suspen hihi...

    BalasPadam
  2. ooo.. mak mertua akak pun ajar rendam semalaman.. lepas tu yg bab kukus gaul ngan santan tu buat 2-3 kali.. memang lenguh tangan menggaul dan mengukus secara berganti2.. hihi

    BalasPadam
  3. sejak particular tentang halal haram bi tepung pun kami beli yang faiza punya. btw beras yang cekelat tu beras ape..

    BalasPadam

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...