Rabu, 26 November 2014

Nikmatnya sihat

Asalamualaikum semua=)

Alhamdulillah CikSiti masih lagi bernafas di muka bumi ini. Sejak dua menjak Allah bagi rahmat dan kasih sayang dengan menguji saya dengan demam, selsema, sakit kepala, ulcer dalam mulut dan sakit gigi. Sebab apa saya kata rahmat? Sebab kalau kita tak sakit, jarang kita nak bersyukur dengan sihatnya tubuh badan kita, selesanya rasa kalau tak sakit kepala, syoknya kalau hidung tak tersumbat.  Bila dah sakit macam ni baru lah terasa kehilangan nikmat tu kan. As some saying says, we never appreciate something until it's gone..

Tadi on the way datang office saya nyaris nak ter accident. Bila kepala ting tong, judgement masa driving pun kurang tepat. Alhamdulillah tidaklah berlanggar, setakat kena hon saja. Actually dah berapa kali jugak jadi minor accident bila drive waktu tak sihat. Bahaya betul kan. I desperately need to rest. Nak kata overworked pun macam taklah kerja bertungkus lumus mana. Hehe.

Anyway, sekarang memang musim orang sakit agaknya. Kat office pun ramai yang tak sihat. Take care of your good health yer kawan-kawan. Minum air masak banyak2 tau. And avoid driving when you are not feeling well. Bukan saja membahayakan diri sendiri malah orang lain juga kalau drive masa tak sihat. Nasihat untuk diri sendiri sama nih. Huhu.

15 ulasan:

  1. take care ye sis... nasib kena hon je kan..

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Hi MG,
      kebanyakan insurans memang tak ada cover untuk gigi dan pregnancy related.
      tapi masih berbaloi ambik insurans sebab dia akan cover banyak lagi penyakit lain=)

      Padam
  3. alhamdulillah.. allah ingat kat kita tu.. bagi ujian supaya ingat nikmatnya sihat.. semoga cepat sembuh ya..

    BalasPadam
  4. Yup...SIHAT itu nikmat...sihat itu rezeki
    Appreciate bila sihat....langkah kaki ke rumah NYA..
    Nanti kalau dah tak leh bangun, menyesal pun tak guna...:)

    Oh ya, tq banyak sebab bagi penjelasan pasal PENAMA KWSP tu...
    :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks DZ atas peringatan=)

      sama2,,sekadar berkongsi apa yang saya tau sesikit..

      Padam
  5. betoi kadang tu bila kita sihat kita terlupa diri pulak hukkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan kadang-kadang..most of the time (saya)..masih banyak perlu baiki diri ni kan..

      Padam
  6. sangat bahaya tu drive dalam keadaan tak sihat... dan dulu masa saya kerja..saya lagi la.. boleh rasa nak terlelap masa drive... masa tu hanya Allah je yang tahu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul lina, drive masa penat pun bahaya juga..respect betul dekat husband2 kita yg penat pun boleh lagi drive secara berhemah especially time long journey

      Padam
  7. Kalau diserang selsema je lah..
    Dan belum lagi penyakit serius,tapi tetap rasa nikmat sihat tu dah hilang.

    BalasPadam
  8. ehem~ Hai kak Sid (sbb baru baca entry mmber2 pggil akak dulu Sid) hehe

    jaga kesihatan bebaik naaa kak. musim demam jugak skrg ni

    BalasPadam

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...