Saya nak tanya satu soalan. Siapa kat sini yang tak mau hidup bahagia? Ada ke?
Semua orang nak hidup bahagia. Semua orang nak hidup senang. Semua orang nak hidup yang aman damai. Betul tak?
Tak ada orang yang nak susah. Tak ada orang yang nak kereta rosak. Tak ada orang yang nak sakit. Tak ada orang pun yang minta banjir, kebakaran, tanah runtuh. Tak ada. Kan?
Tapi kereta rosak boleh jadi. Banjir boleh jadi. Kemalangan boleh jadi. Sakit boleh jadi. Unfortunate events do happen.
Sebab Allah tak janji hidup kita sentiasa senang. Allah tak janji kita periksa semua mesti dapat straight A. Allah juga tak janji rumah, harta, tanah yang kita kumpul dengan susah payah akan terus kekal. Setakat kereta, Allah tak janji juga kereta kita tak kan rosak. Ada?
Allah kata, Dia bersama orang-orang yang sabar. Orang yang berjaya adalah orang beriman, orang yang menunaikan solat. Orang yang bahagia adalah orang yang bersyukur.
Sebab tu kita kena bersedia mentally, physically dan financially untuk any unfortunate events, sakit, kemalangan, hilang pekerjaan dan sebagainya. Simpanlah sedikit duit untuk masa susah. Jadi bila kita susah, tidaklah kita terlalu bergantung harap pada bantuan, pada kerajaan. Betul rezeki itu rahsia Allah. Kita kena tawakkal dalam masa yang sama kena usaha juga kan. Malah kalau takdir kita tak pernah susah, boleh juga diguna untuk bantu mereka yang susah.
Jalan ke arah financial success, yang pertama mesti ada insurans dan emergency saving. Berapa jumlahnya? Bergantung kepada tanggungan dan life style anda. Lepas dah ada 2 ni, barulah nak beli unit trust ke saham ke real estate ke. Yang basic fulfil 2 benda kat atas tu dulu. Insurans (takaful) dan emergency saving=)
Salam. Hee sekejap diatas sekejap dibawah pula.
BalasPadamemergency saving tu selalu tak mampu bertahan lama. sebab adaaaaaa je yang emergency nya >.<
BalasPadamdlm kehidupan ni ada pasang surut
BalasPadampenuh onak duri
pelbagai rintangan
atas kita bagaimana nak hadapi nye
semoga kehidupan kita mendpt keberkatan olehNYA amin yra
Real life yang penuh liku..
BalasPadamada aje yang lahir graf line kehidupan dia cem line biru.. yang tak perlu buat apa pun tapi semua dapat.. hehe..
BalasPadam