Terima kasih lah kepada yang meneka kat entry sebelum ni hehe. Ramai yang dapat menjawab dengan betul. Yeay sila bagi tepukan untuk diri sendiri paci paci paci :P
Yes saya try buat nasi dagang lagi. Tapi kali ni tak guna dah beras Mak Cik Faiza. Saya cuma campur beras biasa dengan beras pulut. Kali ni buat dengan lebih bersemangat. Gaul betul-betul. Sampai arun 2-3 kali punya takut tak jadi he he he. Alhamdulillah akhirnya menjadi dah nasi dagang Mak Cik Siti.
Hari Sabtu tu, pukul 9 pagi mula rendam beras. Buat acar dan masak gulai ikan tongkol. Menjelang pukul 12 dah siap semua. Pack masuk dalam masuk tingkat, pastu kami p picnic kat rumah baru. Sambil-sambil nak menyetelkan hal-hal kitchen kabinet kat rumah tu.
Sebab apa saya beria-ia sangat buat nasi dagang ni? Sebenarnya saya nak bagi kat jiran bawah rumah. Dia orang Kelantan. Akak ni selalu je bagi bihun, kuih, kat kami. Tapi saya jarang sangat berpeluang nak membalasnya. Pinggan dia pun ada 2 dah kat rumah kami belum pulangkan lagi. Sampai lately ni dia hantar makanan dalam polysterin dah. Mungkin pinggan rumah dia dah habis -______-; Maafkan saya. Saya kadang-kadang masak, nak hantar kat dia. Tapi takda jodoh dia pulak takda kat rumah.
Samalah kali ni pun. Jenuh nak perabiskan 4 cawan beras kot saya masak. Semalam baru habis. Nasib baik budak-budak suka. Saya pulak terus rasa macam dah ketat-metat dah segala seluar baju haha. Yelah nasi tu bersantan, kuah gulainya pun bersantan. Lagi-lagi homemade ni memang mewah santannya. Berbeza kalau beli kat kedai hehe. Okay yer anak-anak dan bapak, dengan ini mama mengisytiharkan mama cuti dari buat nasi dagang sehingga pemberitahuan kelak.
Alaa Kakzakie, gambar ni je yang ada. tak dan nak hias cantik2 lam pinggan hehe.. |
Apa pun eksperimen berjaya. Misi tercapai. Alhamdulillah. Hihi.
Ciksiti weh, mane ada orang pahang pebende arun tu, bukan arunla, aghong...he he, takpe..akak pahang..
BalasPadamwahahahhahaha...saya pon sebenarnya tiru kat satu blog ni dia tulis arun..kuikui..saya pun tak ingat dah perkataan arong tu sebenarnya..
Padamarun pun arun ler..jangan harun sudah huhuhu..
Hidup berjiran.. lebih2 lagi yang rajin bagi kita merasa hidangannya.. cuma itulah part nak membalasnya adakala tak kena masa.. waktu kita ada dia takde.. tapi sekurang-kurangnya berbalas jugaklah kan.. ;)
BalasPadamMana nasi dagangnya? Bagilah kakak tengok:)
BalasPadamIni baru betul tak putus asa - malulah org sana tersilap buat nasi dagang ye tak hihi..
wah rajinnya.. mesti sedap :)
BalasPadammesti akak bawah rumah tu terharu..." akhirnya dapat jugak mangkuk aku...berisi nasi dagang lagi"....hahahaha
BalasPadamNasib baik sy bjiran dgn cina..xpenah pn tukar2 mkanan...hee3...
BalasPadamSedapnya...saya tak pernah cuba lagi masak nasi dagang :)
BalasPadamhehehe CT tak minat sangat nasi dagang. tapi makan la jugak. mak ayah suka..
BalasPadamps : ct ade buat segmen baru.. sudikan join ^^
seluar ketat metat hehe kelakar la =D
BalasPadamBaru je makan n.dagang tadi.
BalasPadamSaya tak minat nasi dagang putih..suka yg merah.