Assalmualaikum=)
Maafkan saya lama menyepi yer sampai ada yang kata dah habis baca seluruh isi blog ni pun tak ber update lagi. Amboi gigih ya. Terharu ni hihi.. terima kasih daun keladi=)
Alkisahnya kami balik Ipoh weekend hari tu menjenguk mak abah, mama dan adik2 tercinta. Alhamdulillah masih dikurniakan rezeki menatap wajah-wajah kesayangan.
On the way balik Ipoh hari Sabtu, kami singgah kat Kuala Kangsar, setelah sekian lama tak p..
Ini kedai pak cik Abg Veder (husband saya lew tew). Setentang dengan setesen keretapi Kuala Kangsar. Ada jual mee/bihun/kuew tiau kari/sup, nasi lemak, nasi ayam. Jemputlah datang..Ada 10 unit kedai makan sederet ni. Moh ler singgah =) Tapi bukak dari pagi sampai tengah hari ajer kedai ni. Kedai lain mungkin ada yang sepanjang hari agaknya.
|
Moh kita balik. Hari dah nak hujan. Herrm kat sini lah tempat kejadian memori daun pisang zaman muda remaja dulu kala hahahahaha. Apakah ia? Biarlah rahsiaaaa hihihi.. |
Bye-bye Kuala Kangsar. Next time ada rezeki kita datang lagi.. |
Udah nak sampai pun rumah mak. Singgah beli putu bambu Kampung Temiang. Sedappp satu bekas RM3. Lupa pulak nak ambik gambar kuihnyer walaupun beli 5 haha tamak haloba. Adoi lapar pulak rasaa.. |
Sekian dulu yer. Maaflah tak berapa pandai nak wat ala-ala travel log. Camera pun tak bawak ni semua gambar ihsan Abg Veder. Sebenarnya saya paksa Abg Veder ambik gambar hehe. Mai lah jalan-jalan ke Perak=)
salah satu hajat.tingin nk p Kuala kangsar tp x smpai2 lg pong
BalasPadamKuala Kangsar.. Selalu singgah setakat keluar tol tu je..
BalasPadamTak pernah rasanya ronda2 situ..
Tapi putu bambu tu dah lama sangat tak makan :D
Salam Zai & Myra,
BalasPadamThanks for commenting..jomlah jalan-jalan kuale. dah dekat dah tu hehe..
wahwah kak siti besnya ! ana ada gak sepupu kat K.kangsar ni. dia meniaga roti canai. org sana pggil roti canai azli capitol kot kalo x silap hehe. pnh gak p 2-3 kali sana tp blm jejak kaki kat masjid tu lg. nti nk p lah hehe
BalasPadam