Rabu, 2 Disember 2015

ORANG TUA LAYAK AMBIK TAKAFUL LAGI TAK?

Lately saya ada juga dapat pertanyaan daripada pakcik-pakcik warga emas, kalau umur dah banyak, layak lagi ke buat takaful? Ada sorang tu saya jumpa dekat depan Bank Islam MAIP Ipoh masa buka booth. Umur dah 60 lebih, pesara. Pakcik ni minat nak buat simpanan haji untuk pergi haji kali kedua. Walaupun saya rasa harapan tipis untuk pakcik tu, saya set juga appoinment untuk saya explain betul-betul, dan nak make sure apa yang pakcik tu perlukan sebenarnya.

So masa jumpa, saya ceritalah pasal Pelan Haji UmmahLink so and so. Saya mention pelan ni sebenarnya jangka panjang, so kalau usia muda lebih untung. Plus pakcik pun dah ada penyakit kencing manis dan darah tinggi. Nak cuba apply memang boleh tapi harapan tipis sangatlah nak lulus. Then pakcik tu mention dia sebenarnya ada personal loan lagi berbaki dalam 20,000. Dia pun kata takut dia hidup tak lama lagi.. Tu yang kalau boleh nak buat simpanan dengan takaful.

Sedih pula rasanya tak dapat nak tolong T_T Tapi takpelah nak buat macam mana kan. Harap anda yang masih muda, sihat dan berkemampuan boleh ambil iktibar okay. Thanks for reading!

Eh lupa pulak nak menjawab soalan. Warga emas ke warga silver ke, selagi belum mencapai umur 70 tahun masih lagi boleh apply takaful ye. Cuma nanti bergantung pada tahap kesihatanlah sama ada permohonan boleh lulus ke tak. Dan harga dia up sikit berbanding kalau ambil masa usia muda. Tapi kalau anak-anak nak share bayar untuk parents, itu lebih baik. Ni lah masanya nak balas sikit-sikit jasa mak ayah kan..


CHEMPELOKS BISTRO

Cerita minggu lepas. Saya temankan mak dan abah (mertua) melawat keluarga saudara yang meninggal dunia hari Rabu lepas. Kami sampi tengah hari, jenazah dah pun selamat dikebumikan. Tengok-tengok ada pula dijamu nasi makan tengah hari. Saya dahlah memang dah lama tak melawat kematian, jakun sekejap. Ingatkan trend sekarang kematian pun ada kenduri. Rupanya makanan tu disediakan oleh komuniti surau/kampung. Jadi taklah terbeban pula keluarga arwah kan. Walaupun memang belum makan dari pagi tapi rasa segan pulak nak makan. Kerja satu apa tak tolong takkan tiba-tiba nak makan.

Nasi ambeng Chempelok Bistro Ipoh
Nasi ambeng Chempelok Bistro Ipoh

Jadinya on the way balik kami singgah makan kat Medan Gopeng, Chempeloks Bistro nama kedai diberi. Chempelok ni bahasa jawa kalau tak silap maksudnya debab. Betul ke? Hihi.. Saya makan nasi ambeng, mengimbau kembali kenangan masa sekolah asrama kat JB dulu. Setiap hari Ahad pagi mesti ada mak cik amah jual nasi ambeng bungkus. Sedap sangat best in the world. Memang ternanti-nanti hari Ahad. Tapi kalau bangun lambat siaplah memang tak dapat beli sebab mak cik tu buat sikit je. Nasi ambeng ni ada ayam bakar, sambal tempe, sambal kelapa, kuah macam rendang sikit2 ke penyet tu kot, su un goreng, dengan kacang panjang dan sambal belacan. Sedapnya nyumssss..

Nasi ambeng Chempelok Bistro Ipoh
Nasi ambeng Chempelok Bistro Ipoh

Nasi ambeng kat sini tak bolehlah nak lawan nasi ambeng sejati kat JB nun kan. Su un dia ganti dengan mee goreng. Tapi rasa okay. Portion pun banyak sampai saya pun susah nak habiskan. Harga RM10++. Overall Nora bagi 4 bintang eh. Banyak lagi menu dia yang lain. Western food dia tengok banyak good feedback. Anyway TQ abah belanja makan hihi. You all boleh lah cari Chempeloks Bistro ni dekat FB page dan Instagram okay. Kalau datang Ipoh agak2 tak jumpa kedai, roger saya ewah. 

Okay thanks for reading. See u next time:))

Saya menyediakan khidmat nasihat berkenaan takaful.









Sabtu, 28 November 2015

KEGILAAN DI UO ANGSANA MALL DI HARI JUMAAT

Salam semua:))

Ada orang bagitau dalam whatsapp group harga diapers brand Drypers murah kat UO semalam, RM30.90 untuk 68+8 keping. Saya pon okaylah dah alang-alang balik dari Masjid Negeri semalam, pergi ambik tiket bas untuk adik kat Medan Gopeng, on the way tu singgah lah kat Angsana Mall. Tu diaaaa nak parking dah satu hal, masuk je dalam UO tengok orang bersusun-susun beratur nak bayar. Dengan troli yang terlebih muatan. Orang yang membeli lagi pun penuh sesak. Batang hidung Drypers pun tak nampak.. Penyudahnya saya keluar je balik. Sekali tengok beratur nak bayar parking ticket pun tu dia, sampai ke tempat parking orang beratur. 

Real madness. Kalau saya tau sebegitu, confirm tak pergi. Biarlah tak dapat harga murah pun setakat demi sepeket diapers tu . Apa nak buat, the world has becomes like this. Nak kata orang semua tertekan dengan ekonomi semasa tu satu hal lah. Semua rebutkan barang yang murah, siapa tak nak kan? At times, saya rasa sebenarnya ada antara kita yang taklah sesusah mana. Walaupun terpaksa berebut demi harga murah tapi masih mampu berbelanja besar sesekali demi keperluan keluarga. Because there are others yang tak kisahlah diskaun sebanyak mana pun, jualan runtuh seruntuh mana pun, masih lagi tak mampu nak beli. 

Apa pun, bersyukurlah. Percaya rezeki yang kita dapat tu lah yang kita deserve, yang terbaik untuk kita. Semoga dengan rezekiNya, dengan rahmatNya dapat mendekatkan diri kita pada Yang Maha Esa. Kalau rasa kurang, usahalah dengan lebih gigih dengan niat hanya kerana Allah. Peringatan untuk diri saya sebenarnya ni.

Lagi satu nasihat saya, walau kita berduit dan rasa seronok dapat save banyak dengan jualan murah ke diskaun ke, belilah sekadar perlu. Jangan tamak sangat. Kesian kat orang lain yang betul-betul perlu. Kalau dapat beli banyak tu, bolehlah kiranya diagih-agihkan sikit pada parents ke saudara mara ke yang memerlukan. Moga ada rahmatnya di situ. Wallahualam..

UO Angsana Mall
UO Angsana Mall

Perlukan nasihat tentang takaful atau nak jadi ejen takaful, boleh contact saya.

Jumaat, 27 November 2015

HAPPY BIRTHDAY SULTAN PERAK DARI MASJID NEGERI IPOH

Salam Jumaat semua.

Seperti biasa saya berada di Masjid Negeri Perak hari ni untuk bagi flyers dan share awareness tentang takaful dengan jemaah kat sini. Walaupun agak lengang sebab cuti hari Keputeraan Sultan Perak, usaha tetap diteruskan juga:))

Semoga hari ini kita lebih baik dari hari-hari semalam. Semoga apa jua yang kita lakukan, kita tetap dalam iman dengan hati yang tenang dan sabar. Semoga setiap detik yang kita lalui mendekatkan kita padaNya. Amin..

Masjid negeri Ipoh
Masjid Negeri Ipoh

Khamis, 26 November 2015

Throwback Nagano

Salam semua:))

Terjumpa gambar lama back in 2010. Main snow dekat Nagano. Masa ni Abang Haikal about 1 year old, baru dapat berjalan. Saya pulak tengah pregnant Abang Haris so tak dapatlah main snowboard huhu. Main korek-korek salji dengan Abang Haikal je hihi..

One fine day in sha Allah nanti kita pegi Japan main snow ye. Mama, Abah, Abang Haikal, Abang Haris n Hadi all of us will go together. Doakan ye!

Main salji di Nagano
Ssejukkkkkk

Main salji di Nagano
Abang Haikal n abah

Main salji di Nagano
Abang Haikal umur setahun

Isnin, 23 November 2015

ROMANTIKNYA!

Salam semua:))

Semalam tertengok cerita Aaron Aziz dengan siapa ye pelakon perempuan tu. Tajuk ceritanya Tuan Anas Mikhail macam tu lah.. Lama sungguh saya tak mengikut drama Melayu. Rasanya last saya tengok cerita Aaron dengan Siti Saleha tu back in 2012. Masa tu saya baru balik dari Jepun, masih full time housewife lagi. Adalah rasa sweet-sweet sikit. But now, rasanya akibat peningkatan usia kot, saya dah tak nampak sangat kat mana ke-sweet-an drama dia ni haha. Otak ni macam tak boleh terima hehe.

Anyway pagi tadi saya terbaca dalam tafseer kisah masa zaman sahabat dulu. Seorang wanita beranak satu telah berpisah dengan suami dia setelah beriman, sedangkan suaminya sangat bencikan Islam. Lepas tu adalah seorang jejaka tampan kaya gagah perkasa idaman wanita sejagat ni datang melamar wanita tadi. Sayangnya jejaka tersebut juga belum beriman, Abu Tahal kalau tak silap namanya. Maka wanita beriman ini menolak lamarannya seraya mempersoalkan pegangan si jejaka. Jejaka tadi tak puas hati, buat kali kedua melamar lagi dengan mahar yang lebih tinggi jumlahnya. Ditolak lagi lamarannya dengan soalan tidakkah si jejaka ni merasa terhina lantaran apa yang disembahnya itu hanya patung kayu yang diukir makah oleh seorang lelaki dari keturunan Habsyi? Kalau tak silap selepas tu si jejaka datang lagi melamar dengan mahar berlipat ganda. Setelah di challenge dengan soalan yang sama, barulah terbit rasa kepercayaan pada Islam. Maka lepas tu barulah mereka berkahwin.

Romantik kan? Ini barulah cinta kerana Ilahi, mungkin. Saya terfikir, pastinya wanita tersebut sangat rupawan dengan keperibadian yang tinggi. Kalau tak masakan seorang lelaki terbilang sanggup melamar berulang kali sedemikian kan..

Indahnya jadi wanita beriman. Amin....

*Saya cuma tulis balik apa yang saya ingat dan mengikut kefahaman saya. Mungkin ada khilaf di dalamnya saya pohon maaf. *

Sabtu, 24 Oktober 2015

AKTIVITI SAR GROUP IPOH

Salam Sabtu semua=))

Hari ni nak cerita sikit aktiviti ejen takaful kat Ipoh ni. Setiap hari Sabtu memang ada training untuk ejen-ejen takaful SAR Group di office kami bertempat di SAR Office Ipoh, Station 18. Tempat dia setentang dengan Aeon, pintu C1. Office kami ni dalam shoplot, tingkat 3. Kat bawah tu ada kedai Vapempire. Sebaris dengan tu juga ada butik Calaqisya n Calashoes. 

training SAR group Ipoh
Manager from KL datang bagi training. Senior saya masa belajar kat Okayama dulu ni.
Trainer setiap minggu di import khas dari KL. Diorang datang sini dan beri tunjuk ajar lah pada ejen-ejen yang kat Ipoh ni tak kira ejen baru atau lama. Ejen baru of course lah kena belajar sebab banyak lagi tak tau pasal produk semua kan. Ejen lama pun still kena belajar juga. Benda ni continuos, belajar memang tak kan habis. Sebab akan ada perubahan sana-sini mengikut peredaran semasa. So ejen-ejen pun sentiasa kena perbaharui ilmu yang ada lah. Supaya nanti kami tak miss-selling, tak tersalah cakap pada client benda yang kurang betul atau outdated. Bestlah dapat training ni sebenarnya. Untung ejen-ejen baru atau sesiapa yang baru nak jadi ejen. Sebab dah ada cikgu dah. Tinggal datang belajar je.

training SAR group Ipoh
Abang Veder pun nak bagi training juga hihi
Training setiap hari Sabtu bermula pukul 10 pagi. Habis tu depends, kalau banyak soalan lambat lah sikit habis. Tapi selalunya dalam pukul 1 dah habis dah macam hari ni. Setakat ni ejen full time kat Ipoh tak ramai lagi, so in sha Allah ni lah kami nak meramaikan ejen kat sini. Tak susah mana pun nak jadi ejen. Cuma nak dengan tak nak je he he he.

Hari ni kitorang belajar buat Need Based Selling. Trainer dia Encik Mahfuz. Maksudnya menjual produk berdasarkan apa yang client tu perlu. Bukan boleh main jual je. Orang tak perlu pun nak jual gak, salah lah tu kan. Menarik lah. Dapat ilmu baru macam mana nak present bagi orang lebih senang faham apa yang diorang perlukan. Setengah orang memang tak tau pun dia nak apa sebenarnya. Itulah kerja kami, bagi kesedaran kat orang. Tak yahlah cerita lebih ni nanti you all pening. Haha. Kalau nak tau meh datang office kita cerita lah senang. Bawak air teh sendiri hahaha (kidding).

Masa training minggu lepas, Abang Veder (suami saya ler tu) mendapat surprise dari boss kami. Tiba-tiba dapat iPad Air 2 from Prudential. Eceyh bukanlah tiba-tiba sangat. Memang ada contest sebelum ni. Kalau achieve target sekian sekian, mendapatlah iPad tu. Saya je yang tak dapat. Tapi iPad baru tu sekarang dah selamat jadi hak milik saya haha. Tima kasih Abang Veder. Alhamdulillah. Tapi ni bukan untuk suka-suka je tau. Kenalah tolong lebih ramai orang dapatkan takaful lagi. Ada maknanya dia bagi iPad tu, sebab from now on we are going paperless. Takde pakai borang-borang ni lagi dah. Semua sap sap soi pakai touch screen je.

sar group ipoh
Sesi penyerahan iPad Air. Ada dapat medal juga untuk contest sebelum ni. Selain tu dapat juga voucher Aeon dan 2 tiket wayang untuk contest yang bila entah dah lupa haha.

Mungkin ada orang kata alah iPad je apa barang. Bila-bila masa boleh beli sendiri. Swipe je credit card. Memang boleh beli. Tapi ni freeeeee. Sape tak nak kan. Lagipun siap ada engraved Prudential BSN Takaful lagi kat belakang tu. Kalau kerja company lain ada tak boss nak bagi iPad Air agak-agak? Company korang mungkin ada kot.

Ini lah antara saat manisnya jadi ejen takaful ni. Jangan ingat saya cerita manis-manis je pahit tak nak cerita. Haha... Pahit pun ada tapi usah di kenang barang yang lepas. In sha Allah lepas ni kita cuba buat lebih baik ok.

Terima kasih kerana membaca!

edited: Oops maaf saya lupa nak explain. SAR ni adalah nama agency kami. SAR stand for Salmah Razah, nama agency manager kami. HQ kami kat Phileo Damansara. Ofis cawangan setakat ni di Kajang, JB, Kuala Terengganu, Kuantan dan yang latest, kami ni lah kat Ipoh. Setakat ni ofis Ipoh saya dan suami yang pegang, pegang apa? Pegang kunci hihi. Nak datang rogerlah kami. Weekdays pagi selalunya kami akan berada di ofis.

Jumaat, 23 Oktober 2015

CACA MERBA

Salam Jumaat semua.

Apa khabar semua? Semoga sihat seadanya semua. Saya nak warning awal-awal, entry ini caca merba hihi. Sebab saya rasa life pun agak caca merba juga sekarang. Saya masih struggle lagi ni in a lot of ways. But Alhamdulillah, banyak lagi ruang untuk disyukuri. Banyak sangat. Kena sentiasa ingat tu. Supaya sesusah mana pon kita rasa, tapi kita tak akan terputus asa.

Banyak yang saya nak share sebenarnya. Dalam kepala saya dah merangka entry-entry baru tapi tak pula tercapai. Nak salahkan masa atau saya yang kurang pandai mengurus masa hehe. Saya dah siap watermark gambar-gambar yang saya nak post kat sini untuk satu entry ni, apakan daya semua pun lesap bersama handphone yang dibawa pergi.

Beberapa hari ni saya teringat pula life masa tinggal di Jepun dulu. Makanan dia, cuaca dia, tempat-tempat yang saya selalu pergi, pahit manis hidup kat sana. Macam feeling feeling melancholic lak kan he he. Hampir 8 tahun kat sana..

Dan sekarang saya di sini, dengan pilihan yang saya buat dalam hidup saya, rentetan dari seribu satu lagi jalan yang telah saya lalui sebelum tiba di sini. Ada yang nak tau ke pengalaman hidup saya haha. Mungkin satu hari nanti kalau dah jadi public figure yang berjaya, barulah pengalaman semua tu boleh dijadikan sejarah kejayaan saya kot hehe.

Apa pun, permainan dunia. Yang penting akhirat semoga tidak saya lupa.

Kan saya dah kata, entry caca merba haha. Akhir-akhir ni rasa macam blog ni loosing the personal touch. Mungkin lepas ni saya nak tulis lebih personally? Just to keep me sane hehe.

Okaylah thanks for reading!

Rabu, 14 Oktober 2015

TIPS APABILA KEHILANGAN WALLET DAN PHONE

Salam Maalhijrah semua:)

Macam mana cuti? Semoga dapat dimanfaatkan bersama keluarga tersayang. Saya pun pandai-pandai sendiri ambik cuti, duduk rumah main dengan anak-anak. They do grow up pretty fast don't they? Big bro Abang Haikal kadan-kadang boleh jadi sangat caring dan sesaat kemudian boleh jadi nightmare kat adil-adik  haha. Melihat mereka bermain sama-sama walaupun seketika adalah moment yang sangat membahagiakan.

Wallet di curi

Anyway, merujuk kepada tajuk di atas, yes saya telah kehilangan wallet dan smart phone. I took me years to finally decide to buy that phone, and now it's gone. Tak apalah. Semoga Allah ganti dengan yang lebih baik. Saya hilangkan the items dalam surau RnR Jejantas Sungai Buloh hari Ahad lepas masa singgah solat Maghrib on the way balik Ipoh dari KL. Saya tak nak elobrate dah how it happened, tapi saya percaya ada orang telah mengambil keduanya dengan sengaja huhu..

Saya nak share some tips lah kat sini, bagaimana nak buat kalau berhadapan dengan situasi macam ni. Takdelah tips sangat, tapi ini yang saya buatlah. (Duit dalam wallet tak banyak pun, tapi those ic, lesen memandu, credit card, atm card semua tu.

1. Perkara pertama saya buat adalah pinjam phone suami, call bank yang provide Visa card saya untuk report kecurian dan block card tu. Saya rasa ini sangat penting sebab dalam masa beberapa minit je orang tu boleh swipe barang puluhan ribu. Siapa tau kan. Ini akan menyelamatkan saya dari kena deal dengan perkara yang lebih serabut lepas ni. Saya turut arahkan bank untuk block kad atm juga.

2. Call Maxis untuk suspend akaun. Manalah tau tiba-tuba dia buat call ke Swiss ke mana ke tak ke naya saya nanti  nak membayar bill.. Saya minta juga diorang block terus phone tu, supaya segala data dan maklumat saya dan clients tak dapat dilihat atau disebarkan. Untuk servis ni, anda kena ada nombor IMEI phone tu. Bila dah kena blok, phone akan terus jadi black screen dan tak dapat guna langsung. Unless dia format semula and everything.

3. Cari pejabat polis berdekatan untuk buat laporan. Tapi tak dapat jumpa kat RnR tu so saya report kat Ipoh. Pastikan anda masukkan semua list barang-barang yang hilang, senang untuk urusan daparkan gantian macam IC etc.

4. Selesai buat report polis, buat beberapa keping salinan. Pergi JPN untuk buat IC baru. Kes saya, tiada bayaran dikenakan. Mykid anak-anak tiga-tiga lesap sekali. Buat masa ni JPN kata mykid tak boleh ganti.

5. Dah dapat IC, terus buat lesen pula. Kalau nak guna report polis, boleh buat secara percuma (kalau saya x silap dengar). Tapi lebih mudah kalau terus renew lesen tu untuk setahun, bayar RM30 sama je macam renew biasa. Lesen saya yang patutnya mati 11/7/2016 now dah jadi 11/7/2017.

6. Lepas tu saya pergi Maxis untuk dapatkan simkad baru dan unsuspend balik line telefon. Saya pergi seorang diri buat semua ni, so risau juga lama-lama tak ada phone kan. Susah pulak kalau clients cari nanti. Masa tu saya cuma guna phone kecik pesen lama yang boleh call dan sms saja. Sekarang ni nasiblah mak saya bahi pinjam tab lama dia , so boleh jugaklah nak berwhatsapp.

7. From there saya pergi bank untuk ganti ATM kad. Seriously, tanpa semua kad-kad ni saya rasa macam homeless sangat. Buat ATM kad baru kena caj RM12. So far saya hanya ganti untuk satu bank je. Lain-lain yang jarang guna, belum ganti lagi.

8. Cari alternative untuk wallet so now saya pakai sling bag kecik je as wallet. Saya ni jenis memang pakai satu satu barang tu sampai rosak atau hilang. Wallet yang hilang tu dah berbelas tahun saya pakai, beli kat Jepun dulu. Genuine leather jenama ELLE warna merah. Manalah tau kot you all terjumpa kan hehe.

Ini saja setakat ni kot. You all pun take care ye. Bahaya sekarang ni. Okaylah that's all. Thanks for reading!

Selasa, 6 Oktober 2015

BERJIMAT DENGAN KAD VIP WATSON

Salam semua=))

Siapa adik-adik, kakak-kakak, abang-abang kat sini yang suka shopping kat Watson? Saya kadang-kadang suka juga masuk kalau nak tengok-tengok skin care ke make up ke. Kadang tu kalau setakat nak beli toiletries saya prefer masuk beli kat Watson daripada masuk Tesco yang besar gabak tu, jimat sikit masa hehe.





Siapa yang ada kad VIP Watson? Saya dulu pernah buat sekali lepas tu hilang. Then baru-baru ni saya buat lagi sekali sebab kadang tu rasa banyak juga berhabis dekat Watson ni. Harga keahlian dia RM12 untuk seumur hidup. Malangnya saya tak dapat transfer point dari kad yang lama sebab dulu saya tak registerkan kad tu kat website Watson. Members fee RM12 tu pon kena bayar lagi sekali. Nasib baik dapat lotion brand Vaseline dengan Loreal punya face cleaning brush sebagai free gift. Terubat lah sikit hati ini. So kali ni, balik je rumah saya terus daftar online. Semangat sangat hehe.

Apa kelebihan dia kalau buat VIP kad ni? Seperti biasa, kumpul point lah. Selain daripada tu ada juga diskaun khas untuk ahli saja untuk barangan tertentu pada satu-satu masa. Kalau beli barang jenama Watson, dapat 2 kali ganda point. 


Yang lebih menarik, setiap 25 haribulan semua barangan berjenama Watson ada diskaun 15% untuk ahli. So kalau haritu kita beli pulak barang yang ada diskaun bulanan (PWP) untuk ahli, boleh dapat diskaun dekat 50% jugaklah untuk barang tu! Kalau tengok yang saya beli haritu, shower gel Watson tu tinggal RM6 lebih je harga dia. Bau dia wangi sangat. Dia boleh beli max 3 barang je kot sekali beli untuk diskaun PWP. 

Kad VIP Watson juga beserta fungsi Touch n Go. Boleh top up TnG macam biasa je dekat tol, station minyak atau kat Watson sendiri. Kalau kita bayar dengan kad TnG Watson masa membeli barang di Watson, boleh dapat 5 kali ganda point tau. Dengan flashing out kita punya kad VIP Watson juga membolehkan kita dapat diskaun di sesetengah restoren dan cafe which yang mostly western style lah. For more info tengoklah kat website http://www.watsons.com.my/.


Itu sajalah perkongsian dari saya. What say you? Mungkin beli kat Mydin lebih murah kot kan hehe. Saya jarang pergi Mydin sebab jauh dari rumah tapi teringin juga nak explore harga barang kat sana nanti. Lebih best kalau kad tertinggal atau terlupa bawa pun boleh bagi no phone je, so still dapat kumpul point. Tapi make sure you all dah register kad tu dekat website dia ye.

But I think, kalau kena pada masa dan waktunya, some of the things bolehlah dapat dengan harga lebih rendah kat Watson ni. Tapi kena tunggu masa promotion lah. Kena lah sabar sikit dan buat proper planning untuk pembelian produk penjagaan diri dan kesihatan kita. Saya telah bertekad hanya akan pergi pada 25 haribulan ke Watson dan tengok apa yang murah masa tu hahaha.




Sabtu, 3 Oktober 2015

PEJUANG KANSER

Assalamualaikum semua=))

Apa khabar semua? Harap sihat hendaknya. Macam mana dengan sambutan raya haji hari tu? Semoga semuanya baik-baik dan indah di samping keluarga tersayang. Ada orang tak ambil kisah sangat raya haji ni yelah sebab cuti pun bukannya dapat lama kan. Saya kalau masa kat Jepun dulu kalau tak ada kelas atau exam, tidur je kot kat bilik! Hehehe. Teruk betul. Kalau nak sambut raya pun tunggu weekend baru berkumpul ramai-ramai buat masak-masak sikit.

Lama rasanya saya tak bersiaran kan. Maaflah, kadang-kadang masa ada tapi, tulah tak buat priority betul-betul. Saya masih struggle lagi menguruskan masa bila dah kerja sendiri ni. Kena pandai-pandai prioritize kalau tak memang terbabas. Semoga lebih istiqomah lepas ni dalam membahagi masa.

Saya nak tanya kat sini ada tak sesiapa yang kenal secara rapat dengan pesakit kanser? Atau diri sendiri memang pesakit kanser? Saya kenal yang paling rapat arwah pak cik saya, pesakit kanser otak. Baik sangat orangnya. Arwah meninggal masa saya umur 6 tahun. Anak dia umur setahun macam tu lebih kurang. Oleh kerana baiknya arwah sampai sekarang saya masih ingat senyuman dia dan setiap kali teringat saya tetap mendoakan kesejahteraan arwah di alam sana.

Dan baru-baru ni saya berjumpa dengan kawan lama dari sekolah rendah di Giant Putra Height. Sajelah ajak jumpa alang-alang saya ada appoinment kat belah sana. Suraya namanya dulu terkenal sebagai seorang hufaz di sekolah. Selalu menang pertandingan hafazan tu, suara pun sedap.

Mula-mula tu excited sangat nak bercerita sebab dah lama tak jumpa kan. Dulu semua hingusan lagi sekarang dah beranak-pinak. At one point bila dia tau saya kerja sebagai ejen takaful, terus dia gelak-gelak dan kata 'Saya dah tak layak buat insurans'. Saya pun sambil gelak jugak lah tanya kenapa, pernah ada sakit ke..

Katanya, ya saya pesakit kanser rahim. Terus saya blank seketika. I wasn't expecting that, saya tak tau nak bagi reaction macam mana. Dia nampak sihat dan kuat sangat. Apart from muka dia ada swelling sikit, mula-mula saya ingat dia pregnant! Ish nasib baik mulut saya ni tak bertanya berapa bulan??

Rupanya dah bertahun dia disahkan sakit kanser rahim. Selepas melahirkan anak pertama dapat detect. Lepas tu ada buat operation. Then doktor cadangkan dia buat kemoterapi tapi dia tak nak. Sekarang sekadar berubat secara homeopathy. Katanya biarlah mati dalam keadaan sihat daripada mati kering. Herm. Saya tak tau nak cakap macam mana. Saya pun bukannya doktor ke apa susah saya nak hakimi keputusan dia.

Yang agak tak bestnya, sebelum ni dia ada masuk insurans. Tapi stop. Setahun lepas tu yang detect kanser. So apa pun tak dapat claim. Sayang kan. Tapi nak buat macam mana dah ketentuan dia macam tu agaknya.

Pada saya bila dah terkena penyakit kritikal macam ni, bukan setakat pesakit tu berperang dengan sakit secara fizikal, berperang dengan kewangan, malah peperangan paling hebat dengan emosi dia sendiri. Macam kawan saya ni katanya biarlah dia malas nak fikir. Kalau fikir memang rasa takut, sedih dan sebagainya. Yelah memikirkan anak-anak yang kecil lagi. Tapi dia senyum je walau dalam mata ada sedikit air bergenang. Kagum betul saya dengan dia.

Kepada pesakit kanser di luar sana, terus terang saya memang tak faham perasaan anda. Tapi saya mendoakan yang terbaik untuk anda semua. Semoga terus tabah. Kepada anda yang mempunyai rakan-rakan atau saudara yang menghidap sakit kanser, supportlah perjuangan mereka. Bantulah setakat mampu. Dan buat yang masih sihat, jomlah amalkan gaya hidup lebih sihat. Badan kita juga amanah dari Allah untuk kita jaga. Kalau ada kelapangan dari segi kewangan, menyimpanlah dengan takaful. Kita tak tau bila penyakit nak datang kan..

p/s: Ingat tak pasal MAKNA yang saya kongsi haritu. Satu badan NGO yang mengumpul dana untuk membantu pesakit kanser? Boleh like FB Page MAKNA untuk info lebih lanjut.

Jumaat, 18 September 2015

TIPS MURAH REZEKI: MUDAHNYA BERSEDEKAH TANPA KELUAR SESEN PUN!

Salam Jumaat semua..

Apa khabar semua? Semoga di bawah lindunganNya sentiasa. Sempena Jumaat nan mulia, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Semoga usia yang kita jalani terus menerus mendapat rahmat dan keberkatan dariNya in shaa Allah.. Amin.

Dalam hidup ni, tak kira apa saja pun pekerjaan kita, matlamat kita, tujuan kita, pada saya yang paling utama adalah mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat. Nak rasa bahagia ni sebenarnya kena ada hati yang tenang. Siapa lagi yang mampu memberi kebahagiaan dan ketenangan dalam hati kita selain Allah yang Maha Kuasa? Orang putih kata HAPPINESS IS A STATE OF MIND. Maka siapa pula yang mengawal 'state of mind' kita? Tentunya kita dan penakluk kita Allah yang Maha Besar. Marilah kita sama-sama berusaha dan berdoa padaNya semoga kebahagiaan dan ketenangan jiwa jadi milik kita semua Amin..

Burung merpati
Rezeki ni bukan setakat duit. Ketenangan jiwa juga bagi saya merupakan rezeki yang tak terhingga. Sebabnya kalau jiwa kita tenang, kita rasa nyaman je. Tak kira apa masalah yang datang pun, kita tak cepat tension. Orang buat macam mana kat kita pun, kita tak cepat sentap. In shaa Allah mudah bagi kita melalui hari-hari yang mendatang. 

Burung merpati tengah nasi kat depan rumah=))
Okay yang atas ni semua mukadimah je hihi. Hari ni saya nak kongsikan satu tips untuk murah rezeki dengan bersedekah. Malah tak perlu keluar modal sesen pun! Iaitu memberi sedekah pada haiwan. Apa yang saya buat, lebihan makan setiap hari saya bekukan, kumpul, dan pilih satu hari untuk beri pada haiwan macam burung atau kucing. Lebihan makanan ni termasuk yang anak-anak makan tak habis, yang tumpah dan sebagainya. 

Antara kelebihannya lain:
  1. Makanan tak membazir
  2. Mengurangkan sampah
  3. Tong sampah tak busuk
  4. Dapat bersedekah dengan beri haiwan makan, malah tanpa keluarkan sebarang belanja
  5. Dengan ajak anak-anak sekali bagi makan pada haiwan, dapat memupuk sifat kasih sayang mereka pada haiwan. Mereka pun dapat belajar benda baru. Kita pun dapat meluangkan masa yang berkualiti dengan anak-anak.


Banyak manfaat nye kan. Senang je pulak tu nak buat. Cuma simpan makanan tak habis dalam freezer je. Bukan setakat nasi atau makanan basah je. Keropok-keropok atau biskut yang masuk angin, roti expired pun boleh disimpan kemudian diberi makan pada ikan. Selalunya kami pergi Eco Park kat Taman Botani, bagi ikan kat sana makan. Best!

Eco Park Taman Botani Ipoh. Ogos 2015.
Semoga bermanfaat in shaa Allah. Mungkin anda ada tips bersedekah yang lain, boleh kongsikan dengan saya? The more we gift, the more we get =)) Wallahualam..

Jumaat, 4 September 2015

JIMAT BERBELANJA DENGAN APPS SMART SHOPPER MALAYSIA

Salam Jumaat semua. Apa khabarrr? Semoga kita dalam lindungan rahmatNya selalu ye. Maaf rasa macam lama tak menjengah sini. Blog kawan-kawan pun tak sempat nak singgah.



Hari ni just quick update, saya nak perkenalkan Apps Smart Shopper. Boleh jimat berbelanja dengan buat perbandingan barang yang kita nak beli. Antara kedai boleh di comoare, Tesco, Giant, Aeon Big, Speedmart dan lain-lain. Cubalah install ye. Nak guna pun senang, cuma search nama barang, nanti dia list down semua harga di semua kedai yang terlibat. Harga pon up to date. Kalau anda nak menyumbang untuk upload harga barang yang anda jumpa kat kedai tu pun boleh.

Semoga dapat membantu kita berbelanja dengan lebih terancang di zaman-zaman kegawatan ni hihi.
Sekian.  Till we meet again. Thanks for reading!

Cuba klik link di bawah untuk pautan pantas ewah!

Edit 7/9/2015: 
Ini bukan untuk online shopping tau. Apps ni untuk buat perbandingan harga je. 


Smart Shopper Malaysia

Contoh kalau kita search 'dugro', dia keluarlah list macam ni.
Siti Sharini
Wakil Prudential dan Prudential BSN Takaful
012-2961984
siti.sharini@gmail.com

Isnin, 31 Ogos 2015

6 TIPS PENTING SEBELUM MEMBELI INSURANS/TAKAFUL NYAWA

Sepanjang karier saya sebagai penasihat takaful, sebenarnya ramai juga saya jumpa orang yang sudah sedar yang insurans/takaful memang sesuatu yang penting. Ada juga yang katanya masih mencari-cari, produk atau syarikat yang terbaik bagi memenuhi keperluan mereka. Tak kurang juga yang kurang jelas berapa jumlah perlindungan yang patut mereka ada.
Jadi entry kali ni saya nak kongsikan tips-tips penting sebelum memilih insurans/takaful nyawa especially untuk mereka yang pertama kali nak membeli produk ni. Semoga dapat menjadi panduan sebelum membeli, dan mengelakkan kekecewaan akibat tersalah faham atau tersalah pilih produk.

  • FAHAM KENAPA ANDA PERLUKAN PERLINDUNGAN INSURANS/TAKAFUL

Walaupun semua orang macam memang akan perlukan insurans/takaful at some point dalam hidup, jangan pula anda main beli je sebab semua orang kata bagus kalau ada insurans/takaful.

Insurans/takaful nyawa ni dibuat untuk memenuhi keperluan kewangan keluarga bila berlaku kematian pasangan hidup atau parents. Perlindungan insurans/takaful boleh tolong bayarkan hutang rumah, hutang kereta, yuran kolej, bantu dalam persaraan dan sebagainya. Yang paling penting insurans/takaful memang satu elemen yang penting dalam perancangan harta. Pendek kata, lebih ramai tanggungan yang bergantung pada pendapatan kita, lagi patut kita consider untuk beli sekurang-kurangnya satu pelan insurans/takaful.

Walaupun anda masih belum berkeluarga, anda masih perlu consider untuk mendapatkan perlindungan walau dalam jumlah yang kecil, untuk masa depan. Sebabnya lebih muda usia anda, lebih murah.

  • PASTIKAN BERAPA JUMLAH PERLINDUNGAN YANG ANDA PERLUKAN

Berapa jumlah duit yang family anda akan terima selepas kematian anda, itu yang kita panggil manfaat kematian. Nak tau berapa banyak coverage yang anda perlukan? Boleh cuba cek guna online calculator kat sini contohnya. Nak senang selalu yang kami advice, berapa jumlah gaji anda sekarang DARAB 12. Jadi katakan selepas anda meninggal, dapatlah family anda meneruskan kehidupan macam biasa selama setahun. Setahun tu paling kurang. Kena tengoklah juga berapa hutang anda. Lagi banyak hutang, lagi banyak manfaat kematian yang anda perlukan.

  •     CARI JENIS POLISI YANG BETUL

Bila dah tau berapa jumlah yang anda perlukan, bolehlah cari jenis polisi yang sesuai dengan keperluan anda. Boleh pilih nak amik polisi ‘term life’ untuk harga lebih murah, atau permanent life untuk dapatkan perlindungan yang lebih komprehensif.
  •       LIHAT KUALITI SYARIKAT INSURANS/TAKAFUL


Kekuatan sesebuah polisi insurans/nyawa juga bergantung pada kekuatan syarikat yang provide polisi tu. Pastikan anda memilih company yang reliable, yang masih boleh wujud in case nanti apa-apa terjadi pada anda suatu hari kelak.





  •       DAPATKAN NASIHAT PROFESIONAL

Penasihat kewangan professional boleh membantu anda melihat secara keseluruhan keperluan kewangan anda dan keluarga.

  •       TAMBAHKAN VOCABULARY

Bagi yang tak biasa memang susah sikit nak fahamkan semuanya tentang insurans/takaful apatah lagi perkataan macam premium, sumbangan, wasi dan sebagainya. Jadi belajar sedikit sebanyak perkataan-perkataan yang biasa digunakan dalam insurans/takaful mungkin boleh membantu anda dalam memilih perlindungan yang sesuai untuk anda dan keluarga.

Siti Sharini
PruBSN Takaful
012 296 1984

Lazada Malaysia

Khamis, 20 Ogos 2015

MEMBANTU PESAKIT KANSER DENGAN MAKNA

Hari Isnin kami jumpa client dekat Tanjung Rambutan. Dia nk sign up policy takaful nyawa. Cuma RM50 sebulan sumbangan dia. Bagus Abang tu, ada habit suka menyimpan walau gaji tak besar. Dia pernah setiap hari simpan duit syiling baki-baki perbelanjaan harian dia, cukup 2 bulan syiling dia ada dalam RM200. Hebat kan. Banyak tu jumlah RM200, lagi-lagi dalam bentuk syiling. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit

SIAPA MAKNA?
Anyway, masa dekat situ saya sempat bagi fliers kat depan CIMB. Kebetulan ada 2 orang from MAKNA tengah buat promotion untuk collect fund from public untuk kegunaan pesakit-pesakit kanser yang memerlukan. MAKNA merupakan salah satu daripada badan NGO kat Malaysia dan dibawah seliaan JKS (Jabatan Khidmat Sosial).

APA TUJUAN/FUNGSI MAKNA?
Seperti yang saya tulis tadi, MAKNA bertujuan untuk membantu pesakit-pesakit kanser yang kurang kemampuan menjalani kehidupan seharian yang lebih baik disamping assist dalam bantuan rawatan dan sebagainya. MAKNA mengumpul dana daripada public, dana itu kemudiannya digunakan untuk beli macam susu khas, diapers dan pelbagai keperluan khusus diberikan kepada keluarga pesakit.

BAGAIMANA MAKNA BEROPERASI?
Secara ringkas yang saya faham, MAKNA berkolaborasi dengan institusi bank (maaf tak ingat berapa bank) bagi tujuan mengumpul dana. Dalam pengagihan dana pula, MAKNA bekerjasama dengan 92 buah hospital. Bila ada pesakit yang memerlukan bantuan, pihak hospital yang akan usulkan permohonan bantuan kepada MAKNA. Bila semua okay, bantuan akan disalurkan secepat mungkin.

BAGAIMANA KITA BOLEH BANTU?
Saya tak tau macam mana nak sampaikan, tapi saya rasa program ini sangat-sangat bagus. Bukan saja bagus untuk pesakit dan keluarga mereka yang memerlukan. Malah bagus kepada kita sebagai orang awam sebab diberi peluang menghulurkan sumbangan. Bukankah sebahagian rezeki kita tu ada milik mereka yang kekurangan. Anda boleh sign up untuk menderma dengan potongan credit card atau akaun bank dengan jumlah hanya RM38 sebulan, atau RM58. Kalau jumpa booth mereka ni di mana-mana bank atau hospital, cubalah dekati dan dengar penerangan petugas MAKNA. Atau boleh layari makna.org.my untuk info lebih lanjut. Anda juga boleh jadi volunteer mnghulur sumbangan dalam bentuk tenaga.

KISAH BENAR
Kebetulan masa saya sampai kat booth diorang tu ada seorang ayah ni datang memulakan bicara. Katanya anak dia pun pernah terima sumbangan dari makna. Cepat juga bantuan sampai katanya. Anaknya telah kembali ke rahmatullah akibat kanser otak. Sekurang-kurangnya sepanjang tempoh rawatan bantuan daripada MAKNA memang boleh mengurangkan beban keluarga. Nampak ayah tu tenang bercerita walau ada sedikit sebak.
See our small deeds can really make a difference. Kalau kita mampu bantulah. Kalau tak doalah yang baik-baik untuk mereka. Dan kalau mampu juga, ambillah pelindungan takaful. Sekurang-kurangnya bila kita sakit, kita tak perlu pohon bantuan. Jadi bantuan yang ada boleh diei ada mereka yang betul-betul memerlukan. Sepanjang jadi ejen takaful, dah ramai yang saya jumpa mereka betul-betul minat nak buat takaful sebab tau takaful tu penting. Tapi tak dapat sebab tak mampu..

Ok sekian sampai di sini saja. Thanks for reading!

MAKNA membantu mengumpul dana pesakit kanser
MAKNA membantu mengumpul dana untuk pesakit kanser


Siti Sharini
Wakil Prudential BSN Takaful dan Prudential 
012-2961984
siti.sharini@gmail.com

Isnin, 17 Ogos 2015

REGISTERED FINANCIAL PLANNER

Salam Isnin semua=))

Sebenarnya hari Khamis dan Jumaat lepas saya menghadiri training Registered Financial Planner Module 2, dekat Prudential Bayan Baru Penang. Module ni total training dia 4 hari. Esok dan lusa in sha Allah saya ke sana lagi lah demi menghabiskan training ni. So sesapa berdekatan sana jomlah kita kuar lunchie sesama he he he.

simpanan dengan takaful
sumber gambar google


Dalam training kali ni dia cover chapter memahami risiko, pengurusan risiko, analisis keperluan insurans, polisi insurans nyawa, insurans kesihatan, anuiti, produk insurans am dalam perancangan insurans, takaful, legal prinsipal and so on. Ha mahu semput membacanya. Inilah ilmu-ilmu yang perlu saya timba supaya nanti dapat pula saya ajarkan kepada clients saya yang tersayang semuanya he he.

Kerja kami bukan setakat jual insurans saja tau. Kami sebenarnya bolehlah nak tolong nasihat in term of perancangan kewangan you all semua secara menyeluruh. Sebab kami belajar semua ni. So sesiapa yang dah ada ejen yang servis anda, janganlah segan-segan nak bertanya pada ejen masing-masing. Nak tanya saya pon boleh. Mana yang saya tau in shaa Allah saya cuba bantu.

Sesiapa yang nak try risik-risik nak jadi ejen pon boleh. We are recruiting! Nak buat part time pon boleh. Kalau you all ada adik-adik ke sedara yang baru habis belajar, tengah mencari kerja ke, bleh juga rekemen bisnes takaful pada mereka. In shaa Allah kerja bidang ni kerja yang mulia tau. Sama-sama kita bantu lebih ramai orang ambil takaful dan merancang kewangan.

Ok sekian dulu. Thanks for reading!


Sabtu, 15 Ogos 2015

NIKMATI TAKO YOSH DI TESCO SEBERANG JAYA

Salam semua=))

Apa khabar? Semoga sihat sejahtera adanya ya semua. Selamat menjalani hari minggu. Semoga masa yang ada dapat dinikmati bersama keluarga tercinta dengan penuh manfaat.

Hari ni cerita pasal tempat makan sikit. Hari-hari cerita pasal kewangan pon okay juga. Tapi makan pun termasuk dalam salah satu perancangan kewangan what? Makan pun guna duit betul tak hihi.

Pada yang tak kenal, saya nak perkenalkan kedai Tako Yosh ni. Letaknya di Tesco Extra Seberang Jaya, dekat food court tu lah. Entry tidak berbayar malah bukan review official tau. Saja saya share, tolong business orang kita. Lagipun kerja sebagai penasihat takaful ni memang banyak keluar dan makan kat luar he he he. Banyak lagi kedai yang saya nak introduce ni ewah! 

Satu perkataan saya bagi, best! Tak mengecewakan. Rasa makanan dia hampir sama dengan apa yang kami pernah makan dekat Jepun. Yelah owner dia pun grad sana dulu ni. Harga pon alhamdulillah berpatutan. Volume pun mengenyangkan juga kalau ambik bento set tu. Bagi yang baru cuba-cuba nak merasa 'washoku' atau makanan Jepun, jemputlah pergi ye.

Ini kedainya, dekat tempat permainan kanak-kanak, tepi KFC.



Nama sebenar tako yaki. Dalam dia patutnya 'tako' atau sotong kurita. Tapi diorang ganti dengan udang. Bukan senang nak dapat sotong kurita kat Malaysia he he.

Sebekas 6 ketol. Besar-besar ketolnya. Yang flake kaler koko kat atas takoyaki tu,hirisan ikan tau. Kombu orang Jepun panggil.

Set bento salmon yaki/grilled saya ambik. Cukup lengkap dengan misho shiru/soup, dengan 'chawan mushi' sekali..

Salmon memang sedap. Mentah pon my faveret. Mahal ni kalau nak beli kat Jusco.. Perah pulak lemon atas dia rasa masam-masam manis memang best makan dengan nasi panas-panas.

Nilah chawan mushi tu. Nama melayu dia apa eh..dia ni telur yang di steam. Dalam tu ada kani boko (crab meat), daun bawang sikit.. sedap memang menjadi. Maaf rupa asal dia cantik macam puding. Ni dah kena kacau2 hehe.

Menu beserta harga. Bagi saya overall mampu makanlah =))

So sesiapa yang terasa rindu dengan masakan Jepun atau yang baru nak mencuba tapi tak berani nak kedai Japanese restaurant yang fancy2 boleh try pergi sini ye. Tako Yosh kat Tesco Extra Seberang Jaya tau. 


p/s: Nak cuba masak sendiri makanan Jepun? Boleh cuba dapatkan bahan dari akak kite ourkizuna.blogspot.com. Dapatkah kuali tako yaki dari lazada.



Japanese Takoyaki Pan
 
RM 99.00
From RM 70.00


Japanese Takoyaki Pan RM 238.00
From RM 183.00

Jumaat, 14 Ogos 2015

TOLONG!EJEN SAYA LARI!

Salam semua.

Rasa macam lama tak bersiaran ye. Terima kasih pada semua readers yang terus menyokong blog ini. Pada yang tinggalkan komen pada entry lepas, terima kasih banyak-banyak. Nantikan sambungannya nanti jeng jeng jeng.

Hari ni saya nak bagi info, kalau anda pemegang polisi Prudential atau Prudential BSN Takaful, and somehow dah tak tau apa cerita dengan ejen. Atau ejen dah berhenti, tak dapat dikesan dan sebagainya, boleh hubungi saya. Kalau perlukan bantuan, bolehlah nak assist apa yang patut. Dan kalau rasa perlu nak tukar ejen kita boleh consider. Alhamdulillah setakat ni ada beberapa orang yang contact saya berhubung hal ni.

Saya juga boleh pergi bagi talk berkenaan kesedaran takaful di sekolah, pejabat atau tempat anda bekerja. Contact saya ye.

OK, till we meet again. Thanks for reading!!

Selasa, 4 Ogos 2015

WANITA DAN KEWANGAN - PART 1

Salam semua:))

Pertama sekali, saya nak ucapkan takziah buat keluarga salah seorang client merangkap sahabat saya yang baru kehilangan seorang adiknya. Allahyarhamah berusia 24 tahun, meninggal dunia akibat komplikasi selepas pembedahan jantung. Muda lagi kan? Sungguh ajal maut itu di tangan Tuhan. Dari Allah kita datang, kepadaNya kita kembali. Semoga syurga tempatnya di sana. Amin.

Masuk pada topik untuk hari ni, wanita dan kewangan. Saya percaya ramai antara blog readers saya ni wanita kan kan? Terima kasih ye you all yang selalu berkunjung ke sini:)

Apa pendapat anda tentang wang? Tentang duit? Bila sebut je duit, apa yang terlintas dulu dalam fikiran? Gaji ke? Tak cukup ke? Shopping ke? Handbag ke? Simpanan ke?

Percaya atau tidak, 95% rakyat kita bila dapat gaji, dia akan belanja dulu. Last sekali baru simpan. Hanya 5% saja yang menyimpan dulu. Jadi anda jatuh dalam kategori mana? Yang 95% atau yang 5%? Kenyataannya, almost everybody LOVES shopping! Especially bila duit banyak, who doesn't? Tihihi..

Untuk kali ni saya cuma nak tanya you all semua, how's your spending habit? Apa yang you all semua suka beli?

Do leave some comments ye. I'll be back. Thanks for reading!

Jumaat, 31 Julai 2015

DAFTAR HAJI DENGAN KWSP

Salam semua=))

Alhammdulillah hari Jumaat hari yang indah di Ipoh hari ni. Walaupun pagi tadi nampak agak mendung, sekarang dah cerah terang benderang. Semoga dimudahkan urusan kita semua hari ni in shaa Allah. Banyakkan berdoa, semoga Allah terima.

Back to business..

mekah
Sumber gambar : Google image


Saya percaya menunaikan haji menjadi impian, cita-cita dan target dalam hidup setiap umat Islam. Penting untuk kita merancang supaya dapat kita tunaikan rukun Islam ni. Macam mana nak merancang, mulalah dengan mendaftar dulu, Barulah rasa macam lambaian Kaabah semakin hampir ye tak. So, hari ni saya nak share macam mana cara nak mendaftar haji dengan menggunakan akaun KWSP (akaun 1). Kepada yang belum lagi mendaftar haji, semoga menjadi manfaat.

Secara normalnya, kita boleh buat pendaftaran haji bila duit dalam akaun Tabung Haji kita cukup RM1300. Tapi kepada yang dah bertahun-tahun menyimpan tapi masih belum dapat kumpul RM1300 tu, berita baik untuk anda! Dengan ,menggunakan akaun KWSP pun boleh mendaftar. Cuma perlu ada sekurang-kurangnya RM1300 dalam KWSP akaun 1, dah boleh daftar. Syarat-syaratnya seperti di bawah.
Syarat-syarat Kelayakan

Ahli KWSP yang layak adalah seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap
b. Beragama Islam
c. Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00
d. Belum mencapai umur 55 tahun
e. Mempunyai akaun simpanan Tabung Haji

Kemudahan pendaftaran haji ini hanya dibenarkan kepada individu atau ahli KWSP berkenaan sahaja.
Ahli KWSP yang telah mendaftar haji di bawah prosedur Tabung Haji sebelum ini boleh menukarkannya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP tanpa melibatkan pertukaran tarikh giliran haji yang telah diberi sebelum ini dan wang pendaftaran haji RM1,300.00 sebelum ini dicairkan.

Kaedah Pelaksanaan
Ahli boleh mendaftar haji di bawah Pendaftaran Haji Ahli KWSP dengan hadir sendiri di mana-mana cawangan LTH, Bank Rakyat dan Bank Islam dengan membawa MyKad dan Penyata Ahli KWSP. Proses pendaftaran haji adalah mengikut prosedur semasa LTH.

Nota: Penyata KWSP boleh diperolehi melalui i-Akaun, kios, kaunter atau penyata tahunan yang dihantar melalui mel.
Mudah dan senang kan? Cuma bawa penyata akaun terkini dan bawa ke kaunter Tabung Haji. Tak bawa buku TH pun tak apa, bawa penyata akaun, IC dan badan saja he he he. Maklumat lanjut di sini.

Sedikit tips: Bagi yang sudah daftar guna simpanan dalam TH, pun masih boleh daftar semula dengan KWSP. Maka RM1300 yang sebelum ni di 'lock' dah boleh dikeluarkan. Tapi amat tidak digalakkan lah. Just in case anda memang sangat sangat sangat terdesak nak guna duit, bolehlah. Lepas tu ganti lah balik kan. Tarikh pendaftaran masih lagi mengikut tarikh asal yang kita daftar.

Sekian. Kalau nak buat simpanan haji yang beserta perlindungan, boleh contact saya ye. Menyimpan dengan PruBSN paling best bila mana walaupun anda dah tak dapat menyumbang akibat sakit kritikal atau hilang upaya kekal, simpanan anda akan terus berjalan. Bolehlah nanti diguna untuk upah haji dan sebagainya kalau secara fizikal anda tak mampu menunaikan haji.

Rabu, 8 Julai 2015

PENGELUARAN KWSP BAYAR ANSURAN LOAN RUMAH

Assalamualaikum semua.

How's your Ramadhan so far? Semoga semua baik-baik sahaja. Sedar tak sedar Ramdhan pun dah hampir meninggalkan kita. Ruginya kita kalau tak ambil peluang ni untuk meningkatkan amalan dan mencari keberkatan dalam bulan Ramadhan yang mulia. Peringatan untuk saya juga ni. Anyway, bersempena dah lama sangat rasanya tak update blog, hari ni saya nak kongsikan cara pengeluran duit KWSP untuk bayar ansuran loan rumah. Benda ni simple dan senang je, sajalah saya nak share juga. Boleh?

Sebenarnya sejak beli rumah dan mula bayar ansuran bulanan haritu dah terfikir-fikir nak buat pengeluaran KWSP untuk bayar loan rumah ni. Tapi masa tu belum bersungguh-sungguh lagi mencari info. Sampailah saya berhenti kerja, barulah rushing sikit dan kebetulan ada masa nak berurusan.





Sebenarnya step untuk keluarkan duit KWSP untuk bayar ansuran loan rumah ni mudah dah sekarang. Secara ringkas syarat pengeluaran:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur kurang dari 55 tahun
  3. Simpanan dalam akaun 2 ada paling kurang RM600
Saya share je lah pengalaman saya ye buat pengeluaran KWSP bayar ansuran rumah ajelah ye. Kita tak boleh keluarkan duit dari akaun 2 KWSP tu lebih dari baki pinjaman kita. So, mula-mula sekali kena pergi bank untuk minta penyata baki pinjaman. macam saya, loan dengan Maybank Islamic so saya pergi minta dekat Maybank Perai tempat saya buat loan tu lah. Tips penting kat sini, kalau joint loan dengan pasangan, dan kedua-dua suami isteri nak buat pengeluaran KWSP, minta bank bagi 2 copy penyata baki. Nak pergi minta tu salah seorang pun tak apa. Penyata baki nak siap ambil masa dalam 2 minggu. Selepas lebih kurang 2 minggu, bank call kata penyata dah siap. Saya collect kat Maybank Ipoh Station 18 sebab saya dah pindah Ipoh. Masa apply penyata tu cakap kat dia siap-siap kalau kita nak collect dekat branch lain.

Bila dah ada penyata baki, bolehlah pergi mana-mana pejabat KWSP untuk proses buat pengeluaran KWSP untuk bayar ansuran perumahan. Untuk proses ni, kedua-dua suami isteri kena hadirlah. Nak pergi secara berasingan pon boleh. Yang penting jangan lupa bawa penyata baki pinjaman. Pergi pejabat KWSP mula-mula tu pergi kiosk dan print penyata KWSP. Senang je, masukkan MyKad nanti automatik boleh print penyata. Lepas tu ambik no giliran kat kaunter depan tu. Sambil-sambil tunggu giliran sampai, get ready no akaun bank untuk duit KWSP tu dikreditkan. Mesti no akaun saving yang personal lah. Dia bukan terus masukkan dalam akaun loan. Dia masuk dalam akaun kita, nanti pandai-pandailah kita buat bayar loan. Jangan buat benda lain pulak he he he.

Dekat kaunter tu nanti, petugas kaunter akan tolong kita buatlah kira-kira semua tu. Berapa baki kita ada dalam akaun 2, bahagi 6 (kalau nak buat pengeluaran berperingkat selama 6 bulan), jumlah tu lah yang akan dikreditkan dalam akaun kita bulan-bulan. Contoh kalau akaun 2 ada 6000, bolehlah keluarkan RM1000 sebulan. Macam saya, loan rumah RM1600 sebulan, pengeluaran KWSP yang boleh dibuat dari kedua-dua akaun saya dan suami dalam RM900. So selama 6 bulan selepas ni, kami tinggal topap lagi RM700 lah untuk cukupkan bayaran ansuran perumahan kami. Tempoh masa bila permohonan siap dia kata dalam masa 14 hari bekerja. Tapi alhamdulillah saya hari tu lepas 3-4 hari dah masuk. Sangat efficient kan. Maklumat lanjut di sini

Warning: Make sure duit KWSP yagn dikreditkan tu gunalah buat bayar ansuran rumah. Kalau tak nanti KWSP dapat detect kalau ada bayaran tertunggak, next time dah susah nak buat pengeluaran lagi.

Maka dengan ini semakin susutlah dana persaraan saya. Sebab tulah kita ni tak boleh berharap pada KWSP semata-mata untuk menyara hari tua nanti. Confirm tak cukup punya. Rancanglah persaraan anda dengan PruBSN Takaful =))

Jumaat, 3 Julai 2015

BUFFET RAMADHAN DI VISTANA HOTEL 2015 BERSAMA BLOGGER UTARA

Alhamdulillah.. Ahad lepas saya berkesempatan join iftar bersama dengan geng-geng #bloggerutara. Teruja semuanya nak pegi buka puasa. Yang nervous pun ada sebab pertama kali bersua muka. Saya dalam semua yang join tu pernah jumpa Sha (http://aryshafayyadh.blogspot.com/) sorang je. Lain-lain tak pernah jumpa. Bila pergi tu tak sangka pula saya antara yang berusia hahaha. Muda-mudi diorang ni semua rupanya.




Tengok apa yang ada kat luar ni dulu siap berapi-api ha.. ni lah tempat pembakaran daging kambing dan ayam bakar.. Sedap!

Ni pulak pilihan ikan-ikan bakar. Ada ikan keli, ikan pari dan pelbagai jenis ikan lagi. Pari bakar dia pun sedap dimakan bersama air asamnye yang marvelous.

Buah-buahan yang ada..betik, nanas, honeydew dan tembikai..
Kuih muih yang ada.. Saya ni kuih muih tradtional fail sikit bab nak bagitau namanya. Yang pasti ada popia, karipap, donat, kuih kaswi, kuih cara, kuih sagu, agar-agar dan errrrr banyak lagiklah seperti dalam gambar di atas. Anak-anak saya dok ulang makan popia je pun -_-;
Ha ni pun nampak cantik je tersusun deserts dalam cawan ni. Nampak sedap semuanya. Tapi ampun tak sempat nak makan. Tapi menengokkan sekejap je habis desert ni semua, kira kawtim sedap lah tu kan.
Pudings pon ada.. Kami sampai awal so semuanya kelihatan cantik moleks lagi..
The cakes for desert..
Beralih pula ke bahagian dishes untuk nasik.. haa yang dalam kuali-kuali atas sampan tu semua ulam-ulaman. My favourite! Ada bendi rebus, ada tomato, ada daun kadok, ada terung, malah petai pon ada! Teringin nak makan petai tapi control control hehe. Ditemani pula dengan pelbagai sambal.. sambal belacan ada, budu ada, cencaluk pun ada kalau tak silap. Hermm saya kalau makan nasi dengan sambal dan ulam macam ni saja pun takpa dah. Everyday also can~~









Beralih ke bahagian lauk pauk pula, memang banyak. Ada ikan ada ayam ada kerang ada remis ada. Masak lemak, masak kari, masak merah, segala masak pon ada. Masakan sayur pun banyak pilihannya. Sambal ikan bilis tu pun nampak sedap betul kan nyumssss. Erm lapar pulak terasa di kala menaip entry ni tengahari buta ><;

Laksaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa my favouriteeeeeeeeeeeeeee

Nampak tu kuah dia panas panas berasap fuh fuhhhhhh kalau makan ni mau meleleh peluh disebabkan kesedapan dan kepedasannya yang menggugat jiwa raga amboiiihhhhhh


Ini kerang yang menjadi kebanggaan Pha Is hehehehe. Sian akak yang jaga kerang tu tersipu malu pula bila orang nak snap gambarr
Yang sebenarnya variety of foods memang banyak sangat. Tak termakan rasanya kalau nak merasa semua. Tambah pulak I busy dengan budak bertiga tu. Tak sempat sangat nak sembang dengan semua geng #bloggerutara. Maafkan saya ye -__-; Lain kalik kita gather lagi he he he. Anyway thanks to organizer SITI YANG MENAIP, and thanks to Vistana to for welcoming us.

Gambar dicuri dari SITI YANG MENAIP. Sedih saya tiada dalam gambar T__________T


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...