Jumaat, 18 September 2015

TIPS MURAH REZEKI: MUDAHNYA BERSEDEKAH TANPA KELUAR SESEN PUN!

Salam Jumaat semua..

Apa khabar semua? Semoga di bawah lindunganNya sentiasa. Sempena Jumaat nan mulia, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Semoga usia yang kita jalani terus menerus mendapat rahmat dan keberkatan dariNya in shaa Allah.. Amin.

Dalam hidup ni, tak kira apa saja pun pekerjaan kita, matlamat kita, tujuan kita, pada saya yang paling utama adalah mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat. Nak rasa bahagia ni sebenarnya kena ada hati yang tenang. Siapa lagi yang mampu memberi kebahagiaan dan ketenangan dalam hati kita selain Allah yang Maha Kuasa? Orang putih kata HAPPINESS IS A STATE OF MIND. Maka siapa pula yang mengawal 'state of mind' kita? Tentunya kita dan penakluk kita Allah yang Maha Besar. Marilah kita sama-sama berusaha dan berdoa padaNya semoga kebahagiaan dan ketenangan jiwa jadi milik kita semua Amin..

Burung merpati
Rezeki ni bukan setakat duit. Ketenangan jiwa juga bagi saya merupakan rezeki yang tak terhingga. Sebabnya kalau jiwa kita tenang, kita rasa nyaman je. Tak kira apa masalah yang datang pun, kita tak cepat tension. Orang buat macam mana kat kita pun, kita tak cepat sentap. In shaa Allah mudah bagi kita melalui hari-hari yang mendatang. 

Burung merpati tengah nasi kat depan rumah=))
Okay yang atas ni semua mukadimah je hihi. Hari ni saya nak kongsikan satu tips untuk murah rezeki dengan bersedekah. Malah tak perlu keluar modal sesen pun! Iaitu memberi sedekah pada haiwan. Apa yang saya buat, lebihan makan setiap hari saya bekukan, kumpul, dan pilih satu hari untuk beri pada haiwan macam burung atau kucing. Lebihan makanan ni termasuk yang anak-anak makan tak habis, yang tumpah dan sebagainya. 

Antara kelebihannya lain:
  1. Makanan tak membazir
  2. Mengurangkan sampah
  3. Tong sampah tak busuk
  4. Dapat bersedekah dengan beri haiwan makan, malah tanpa keluarkan sebarang belanja
  5. Dengan ajak anak-anak sekali bagi makan pada haiwan, dapat memupuk sifat kasih sayang mereka pada haiwan. Mereka pun dapat belajar benda baru. Kita pun dapat meluangkan masa yang berkualiti dengan anak-anak.


Banyak manfaat nye kan. Senang je pulak tu nak buat. Cuma simpan makanan tak habis dalam freezer je. Bukan setakat nasi atau makanan basah je. Keropok-keropok atau biskut yang masuk angin, roti expired pun boleh disimpan kemudian diberi makan pada ikan. Selalunya kami pergi Eco Park kat Taman Botani, bagi ikan kat sana makan. Best!

Eco Park Taman Botani Ipoh. Ogos 2015.
Semoga bermanfaat in shaa Allah. Mungkin anda ada tips bersedekah yang lain, boleh kongsikan dengan saya? The more we gift, the more we get =)) Wallahualam..

17 ulasan:

  1. salam, entry yg sgt tenang :) tips yg bgus :D tq

    BalasPadam
  2. ooo akak tak pernah simpan dlm peti ais..selalunya lps x hbs mkn terus buang kat luar rumah..nanti mai ler burung2 kucing2 biawak2 tlg mkn sisa mknan tu..

    BalasPadam
  3. Banyakkan cara menjemput rezeki ni tanpa kita sedar...buat baik dengan makhluk Allah yang lain pun menjemput rezeki juga.

    BalasPadam
  4. Wah,idea yang bernas.memberi kesan baik buat kedua-dua pihak.

    BalasPadam
  5. Wah,idea yang bernas.memberi kesan baik buat kedua-dua pihak.

    BalasPadam
  6. Wah,idea yang bernas.memberi kesan baik buat kedua-dua pihak.

    BalasPadam
  7. jemput baca entri :) http://impianacikyaanie.blogspot.com/2015/09/thanks-blogger-siti-shahrini.html

    BalasPadam
  8. Nice tips. Tak pernah terfikir sebelum nie...

    BalasPadam
  9. Salam singgah sini...bagus perkongsian ini...

    BalasPadam
  10. Dulu akk selalu bg burung merpati makan belakang rumah, tapi bila dah keje hari2 ni jarang dpt bagi dann burung2 tu tk dtg dah, hu hu

    BalasPadam
  11. selalu bagi kat kucing je. kalau burung ni nanti dia panggil geng dia.. then berak merata-rata. tu yang x sedap tu :(

    BalasPadam
  12. amalan bersedekah ni sebenarnya ada seribu satu cara kan kak siti..:)

    BalasPadam
  13. betul kak.. suka suka entry ni..
    kadang ada buah dah nak rosak mmg kasi kat monyet2 tepi jalan.. and nasi lebih ke kan.. nasi goreng ke nasi lemak kadang beli lupa makan..
    letak je dlm bekas depan rumah.. kejap je.. ptg tngk habis dah.. dah kucing ke burung ke makan tatau..

    BalasPadam
  14. knapa saya tak dapat nak bac yer entri ni.. keluar tajuk je..

    BalasPadam

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...