Sabtu, 28 November 2015

KEGILAAN DI UO ANGSANA MALL DI HARI JUMAAT

Salam semua:))

Ada orang bagitau dalam whatsapp group harga diapers brand Drypers murah kat UO semalam, RM30.90 untuk 68+8 keping. Saya pon okaylah dah alang-alang balik dari Masjid Negeri semalam, pergi ambik tiket bas untuk adik kat Medan Gopeng, on the way tu singgah lah kat Angsana Mall. Tu diaaaa nak parking dah satu hal, masuk je dalam UO tengok orang bersusun-susun beratur nak bayar. Dengan troli yang terlebih muatan. Orang yang membeli lagi pun penuh sesak. Batang hidung Drypers pun tak nampak.. Penyudahnya saya keluar je balik. Sekali tengok beratur nak bayar parking ticket pun tu dia, sampai ke tempat parking orang beratur. 

Real madness. Kalau saya tau sebegitu, confirm tak pergi. Biarlah tak dapat harga murah pun setakat demi sepeket diapers tu . Apa nak buat, the world has becomes like this. Nak kata orang semua tertekan dengan ekonomi semasa tu satu hal lah. Semua rebutkan barang yang murah, siapa tak nak kan? At times, saya rasa sebenarnya ada antara kita yang taklah sesusah mana. Walaupun terpaksa berebut demi harga murah tapi masih mampu berbelanja besar sesekali demi keperluan keluarga. Because there are others yang tak kisahlah diskaun sebanyak mana pun, jualan runtuh seruntuh mana pun, masih lagi tak mampu nak beli. 

Apa pun, bersyukurlah. Percaya rezeki yang kita dapat tu lah yang kita deserve, yang terbaik untuk kita. Semoga dengan rezekiNya, dengan rahmatNya dapat mendekatkan diri kita pada Yang Maha Esa. Kalau rasa kurang, usahalah dengan lebih gigih dengan niat hanya kerana Allah. Peringatan untuk diri saya sebenarnya ni.

Lagi satu nasihat saya, walau kita berduit dan rasa seronok dapat save banyak dengan jualan murah ke diskaun ke, belilah sekadar perlu. Jangan tamak sangat. Kesian kat orang lain yang betul-betul perlu. Kalau dapat beli banyak tu, bolehlah kiranya diagih-agihkan sikit pada parents ke saudara mara ke yang memerlukan. Moga ada rahmatnya di situ. Wallahualam..

UO Angsana Mall
UO Angsana Mall

Perlukan nasihat tentang takaful atau nak jadi ejen takaful, boleh contact saya.

5 ulasan:

  1. betul...kalau ada jualan murah pasti ramai ja silap hari bulan sampai dah habis....

    kalau berjimat sikit, tapi jalan jem, pastu kena beratur panjang macam tak berbaloi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu..masa tu kan emas hehe..kalau byk sgt hbs masa beratur, rugi juga..

      Padam
  2. selalunya kan kalau ada promosi harga runtuh macam ni kira memang tak akan pergi. sebab tau dah orang punya ramai dan barang tu confirm lesap sekelip mata. bukan kata berlagak kaya ke apa sebab tau dah peniaga2 ni dorg tgu masa pintu mall tu bukak. dorg borong bertroli troli

    BalasPadam
  3. Setuju, berilah peluang kpg yg betul2 tak mampu, mcm akk ni, hi hi..
    Tapi akk tak pernah terpedaya dgn jualan murah pun, entah betul entah tidak..

    BalasPadam
  4. huurm.. time sale tu time utk borong betul2 kot bagi sesetengah orang.. tapi dgn ekonomi skrang ni hurm.. memanglah sesak dan sempit banyak benda kan..

    BalasPadam

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...