Sabtu, 3 Oktober 2015

PEJUANG KANSER

Assalamualaikum semua=))

Apa khabar semua? Harap sihat hendaknya. Macam mana dengan sambutan raya haji hari tu? Semoga semuanya baik-baik dan indah di samping keluarga tersayang. Ada orang tak ambil kisah sangat raya haji ni yelah sebab cuti pun bukannya dapat lama kan. Saya kalau masa kat Jepun dulu kalau tak ada kelas atau exam, tidur je kot kat bilik! Hehehe. Teruk betul. Kalau nak sambut raya pun tunggu weekend baru berkumpul ramai-ramai buat masak-masak sikit.

Lama rasanya saya tak bersiaran kan. Maaflah, kadang-kadang masa ada tapi, tulah tak buat priority betul-betul. Saya masih struggle lagi menguruskan masa bila dah kerja sendiri ni. Kena pandai-pandai prioritize kalau tak memang terbabas. Semoga lebih istiqomah lepas ni dalam membahagi masa.

Saya nak tanya kat sini ada tak sesiapa yang kenal secara rapat dengan pesakit kanser? Atau diri sendiri memang pesakit kanser? Saya kenal yang paling rapat arwah pak cik saya, pesakit kanser otak. Baik sangat orangnya. Arwah meninggal masa saya umur 6 tahun. Anak dia umur setahun macam tu lebih kurang. Oleh kerana baiknya arwah sampai sekarang saya masih ingat senyuman dia dan setiap kali teringat saya tetap mendoakan kesejahteraan arwah di alam sana.

Dan baru-baru ni saya berjumpa dengan kawan lama dari sekolah rendah di Giant Putra Height. Sajelah ajak jumpa alang-alang saya ada appoinment kat belah sana. Suraya namanya dulu terkenal sebagai seorang hufaz di sekolah. Selalu menang pertandingan hafazan tu, suara pun sedap.

Mula-mula tu excited sangat nak bercerita sebab dah lama tak jumpa kan. Dulu semua hingusan lagi sekarang dah beranak-pinak. At one point bila dia tau saya kerja sebagai ejen takaful, terus dia gelak-gelak dan kata 'Saya dah tak layak buat insurans'. Saya pun sambil gelak jugak lah tanya kenapa, pernah ada sakit ke..

Katanya, ya saya pesakit kanser rahim. Terus saya blank seketika. I wasn't expecting that, saya tak tau nak bagi reaction macam mana. Dia nampak sihat dan kuat sangat. Apart from muka dia ada swelling sikit, mula-mula saya ingat dia pregnant! Ish nasib baik mulut saya ni tak bertanya berapa bulan??

Rupanya dah bertahun dia disahkan sakit kanser rahim. Selepas melahirkan anak pertama dapat detect. Lepas tu ada buat operation. Then doktor cadangkan dia buat kemoterapi tapi dia tak nak. Sekarang sekadar berubat secara homeopathy. Katanya biarlah mati dalam keadaan sihat daripada mati kering. Herm. Saya tak tau nak cakap macam mana. Saya pun bukannya doktor ke apa susah saya nak hakimi keputusan dia.

Yang agak tak bestnya, sebelum ni dia ada masuk insurans. Tapi stop. Setahun lepas tu yang detect kanser. So apa pun tak dapat claim. Sayang kan. Tapi nak buat macam mana dah ketentuan dia macam tu agaknya.

Pada saya bila dah terkena penyakit kritikal macam ni, bukan setakat pesakit tu berperang dengan sakit secara fizikal, berperang dengan kewangan, malah peperangan paling hebat dengan emosi dia sendiri. Macam kawan saya ni katanya biarlah dia malas nak fikir. Kalau fikir memang rasa takut, sedih dan sebagainya. Yelah memikirkan anak-anak yang kecil lagi. Tapi dia senyum je walau dalam mata ada sedikit air bergenang. Kagum betul saya dengan dia.

Kepada pesakit kanser di luar sana, terus terang saya memang tak faham perasaan anda. Tapi saya mendoakan yang terbaik untuk anda semua. Semoga terus tabah. Kepada anda yang mempunyai rakan-rakan atau saudara yang menghidap sakit kanser, supportlah perjuangan mereka. Bantulah setakat mampu. Dan buat yang masih sihat, jomlah amalkan gaya hidup lebih sihat. Badan kita juga amanah dari Allah untuk kita jaga. Kalau ada kelapangan dari segi kewangan, menyimpanlah dengan takaful. Kita tak tau bila penyakit nak datang kan..

p/s: Ingat tak pasal MAKNA yang saya kongsi haritu. Satu badan NGO yang mengumpul dana untuk membantu pesakit kanser? Boleh like FB Page MAKNA untuk info lebih lanjut.

7 ulasan:

  1. memang kita tak akan faham kak.. kita tak tanggung.. kalo ada family members yang ada kanser pun kadang2 kita paksa suruh buat treatment..
    diorang xnak kita marah.. tapi prasaan diorang kita tak tahu.. diorang berhak memilih.. kita mampu doa.. macam CT la.. amek prudential bila da patah riuk pinggang.. tu bayaq bulan2 mahai ahahaha.. lambat ada kesedaran insurance =P

    BalasPadam
  2. Dekat office murni pon ada 2orang kena breast cancer..mujur detact awal..

    BalasPadam
  3. tadi ptg husna tengok cerita hindustan, dalam cita tu anak dya disahkan ngidap sakit apa ntah yg memerlukan perbelanjaan pembedahan sbanyak 65K.. doktor tnya ada insurans? diorg ckp tak dak.. time tu baru taw yg insurans tu penting..huhuhu..

    BalasPadam
  4. Kalau la kawan Siti masih ada insurance pasti hidupnya terbela kan...

    BalasPadam
  5. ciksiti kenapa kita tak dapat baca entry bila click dekat continue reading tadi. tak keluar entry huwaaaaaaaa. ke kira je yang jadi cenggini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kiraaa ntahla xtau huhu kena godek dulu kot.sesape tau help me plsss

      Padam

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...