Memaparkan catatan dengan label jepun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jepun. Papar semua catatan

Sabtu, 30 Mac 2019

BAWA PELANCONGJEPUN JALAN-JALAN DI IPOH



Assalamualaikum semua.

Bulan lepas ada tour company minta tolong saya untuk jadi translator dan guide pelancong dari Jepun. Memandangkan jadual saya pun mengizinkan, saya pun bersetuju. Cuma kelas bahasa Jepun pada hari Ahad tu, suami saya yang cover kan untuk saya. 

Program perjalanan dua hari Sabtu dan Ahad merangkumi Taiping, Kuala Kangsar dan Ipoh. Antara tempat yang kami pergi adalah:
  1. Pulau Orang Utan, Bukit Merah.
  2. Kuala Sepetang
  3. Muzium Taiping
  4. Taman Tasik Taiping
  5. Kilang Kopi Anton, Taiping
  6. Kawasan Istana dan Masjid Kuala Kangsar
  7. Stesen Keretapi Ipoh
  8. Concubine Road
  9. Han Chin Pet Soo Museum (Muzium Lombong Bijih Timah)
  10. Pamelo Garden (Limau Bali)
  11. Gua Kek Lok Tong
Memang satu pengalaman baru buat saya. Saya sendiri yang excited sebab ada tempat-tempat tu saya sendiri tak pernah pergi. Hehe. Alhamdulillah urusan pun dipermudahkan. Orang-orang Jepun yang datang tu pun baik-baik semua. 

Sedikit update berkenaan kelas Bahasa Jepun. Pengambilan untuk batch kedua sedang berlangsung. Kelas akan mula 7hb April, Ahad 8:30 pagi. Siapa nak datang preview esok percuma ya. Contact nombor di bawah ya. 

Banyak kelebihan bila kita boleh bertutur bahasa asing ni. Best tau. Mungkin saya akan ceritakan lagi nanti ya. 

Terima kasih kerana membaca blog saya!
















PRUBSN TAKAFUL/ PUBLIC MUTUAL/ KELAS BAHASA JEPUN 012-2961984 (SITI) 012-7645998 (HAFIDZ) siti.sharini@gmail.com

Selasa, 15 Januari 2019

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH



Salam semua..

Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sekian lama saya dan suami berangan nak berbuat demikian.

Minna de oide!


Biar saya ceritakan serba sedikit latar belakang penubuhan kelas ini ya. Kelas kami beroperasi di Station 18, Ipoh di bawah nama AKH Synergy & Training Centre Ipoh. Syarikat AKH dibuka oleh suami dan 2 orang lagi rakannya. Selain daripada kelas Bahasa Jepun, program utama ada menyediakan Latihan Pengendalian Makanan.

Hafidz Sensei

Latihan Pengendalian Makanan adalah mengikut permintaan daripada peserta. Setakat ini kelas Bahasa Jepun adalah pada hari Ahad pukul 1030-1130 pagi. Kelas seminggu sekali, dengan yuran bulanan RM70. Bayaran pendaftaran sekali sahaja RM30. 

Objektif utama kelas kami adalah supaya pelajar dapat bertutur asas bahasa Jepun dengan target waktu pembelajaran selama 90 jam. 

Belajar betul-betul tau!

Di sini, saya ceritakan sedikit pengalaman dan kelayakan saya dalam bahasa Jepun ya. Saya pernah tinggal di Jepun selama lebih kurang 8 tahun. Saya belajar Engineering dan pernah bekerja tetap juga di sana. Selain itu saya buat pelbagai kerja separuh masa sewaktu di sana. Salah satu daripadanya adalah sebagai tenaga pengajar Bahasa Malaysia kepada orang-orang Jepun. Malah salah seorang pelajar saya adalah pelajar tahap Master dalam bidang Bahasa Malaysia. Saya juga mempunyai sijil Japanese Language Profiency Test (JLPT) tahap 1. 

Selain daripada mengikut silibus pembelajaran setiap minggu, kami juga ambil sedikit masa untuk berkongsi tentang kebudayaan Jepun, pengalaman kami dan lain-lain pengetahuan am mengenai negara Jepun. Setakat ini kelas baru berlangsung sebanyak 2 sesi dan kami mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas kami. Boleh hubungi nombor di bawah ya.

Baik setakat ini saja untuk hari ini. Arigatou ne!

Tempat kami.


KELAS BAHASA JEPUN/PUBLIC MUTUAL/PRUBSN
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Isnin, 7 Januari 2019

5S DAN MINIMALISM


Salam semua,

Sejak beberapa minggu ni saya mula mengemas rumah yang sudah sekian lama tak berkemas-kemas. Mulakan dengan buang barang-barang dan baju-baju yang tak sudah tak perlu lagi. Siapa yang familiar dengan konsep 5S yang sinonim dengan masyarakat Jepun pasti tau kan. Kalau di kilang berorientasikan Jepun ni lagi lah. Hari-hari sebut 5S je haha..


5s Methodology and lean production

Dalam proses decluttering atau membuang barang-barang yang dah tak guna ni memang memerlukan hati yang kental kalau anda memang jenis yang susah nak buang barang. Suami saya memang tak boleh. Semua nak disimpannya. Sentimental value katanya.

Dengan lambakan barang yang semakin banyak, lama-lama semakin semak dan ruang yang ada tak dapat digunakan sebaiknya (not fully utilized). Jadi sebelum memulakan sistem pengurusan dan arragement barang-barang, adalah penting untuk kita segregate kan mana yang perlu, mana yang tak. yang tak perlu tu, bahagikan lagi untuk terus buang atau donate atau jual semula.

Saya pun buat sedikit demi sedikit, itupun dah sakit pinggang haha. Sempena tahun baru, naklah rumah yang lebih kemas dan sistematik. Anak-anak pun semakin membesar. Memerlukan environment yang lebih kondusif untuk sesi pembelajaran yang lebih baik kan.

Di Jepun juga terkenal dengan konsep MINIMALISM. Iaitu punyai barang sesedikit yang boleh untuk mengelakkan pembaziran, kesepahan dan juga lebih baik untuk alam sekitar. Awak semua bolehlah cari dekat google nanti ya. Minimalism juga satu langkah penjimatan yang sangat baik. Kita cuma beli atau ambil barang yang kita betu-betul perlu saja.

Sebenarnya dalam Islam pun dah ajar semua ni kan. BERSEDERHANA, ZUHUD. Islam tu kan indah. Islam dah ajar yang terbaik dalam setiap aspek kehidupan supaya kita menjalani kehidupan yang mampan dunia akhirat gitu.

Jadi rumah pun tak banyak barang, senang kemas dan dapat ketenangan fikiran kan. Kalau tengok rumah orang mengamalkan konsep ni, memang lapang sahaja rumah tanpa perabot-perabot yang berlebihan. Saya memang suka konsep macam ni, maklumlah malas nak kemas haha..

Baiklah setakat di sini sahaja untuk hari ini. Harapnya informasi ini dapat memberi manfaat buat kita InshaAllah amin..


Image result for minimalist

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Isnin, 13 Ogos 2018

MAJUKAH KITA?


Salam semua,

Pagi ni tengok FB, ada kawan upload gambar ibu mengandung dalam train yang terpaksa berdiri. Tiada siapa pun yang offer tempat duduk kat kakak tu, walaupun yang duduk semua tu muda-mudi belaka. Awak semua rasa patut ke tak patut?

Image result for 席を譲る
Di manakah adab kita sebenarnya. Teknologi semakin maju, tapi adab tak maju-maju. Kerajaan dah tukar tak perangai masih tiada perubahan. Buang sampah merata-rata,tak tau beratur, tak hormat pada yang lebih tua. Bukanlah semua, tapi susah juga nak cari yang betul-betul beradab sekarang ni.

Image result for 妊娠タグ

Teringat semasa saya tinggal di Jepun, bila mengandung dan buat 'buku merah' dekat City Hall, saya dapat sekali tag ibu mengandung untuk di letak pada beg. Sampai sekarang saya simpan. Tag nya pun comel. Bila naik keretapi, bila orang nampak tag ni automatik dia akan offer tempat duduk dia. Bahagia kan. Kita ibu mengandung ni bukan nak ambik kesempatan tau. Tapi tau-tau jelah mengandung ni, duduk saja tak buat apa pun rasa letih. Ni pula bila terpaksa berdiri lama-lama, dengan rasa mualnya, kadang tu sampai mengalir air mata.

Indah kan cara mereka menyantuni orang yang lebih lemah dan memerlukan. Saya percaya dalam Islam kita sepatutnya lebih hebat dari segi adab dan kesusilaan. Tapi entah di mana silapnya, nilai ini bagaikan semakin pupus dan terhakis. Jadi tanggungjawab kita lah sebagai ibu bapa untuk menerap kembali nilai-nilai murni dalam diri anak-anak. Everything starts with the education from home. Dan sama-samalah kita ingat-mengingati.

Menulis pasal Jepun, saya nak bagitau semua yang kami ada buka kelas Bahasa Jepun bertempat di Station 18, Ipoh. Boleh datang untuk preview setiap hari Jumaat pukul 830 malam, sepanjang bulan 8 ni. Lepas tu kalau berminat, bolehlah enroll kelas yang akan bermula pada September. Boleh tekan link ini untuk direct whatsapp untuk info lebih lanjut ye.





Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Jumaat, 13 Oktober 2017

Tentang Saya

Salam semua..

Hari ni saya rasa nak cerita sedikit sebanyak tentang diri saya. Macam ta'ruf gitu. Maklumlah lama tak update blog kan. Mana-mana yang kenal sikit-sikit tu, bolehlah kita refresh balik sambil merapatkan silaturrahim ewah.

Dari mana saya nak mula ya? Saya buat ringkasan sajalah saya rasa. Saya berasal dari sebuah kampung di Terengganu, dibesarkan di sana sehingga tamat darjah 6. Mula dari tingkatan 1 saya mula berkelana ke Johor Bahru, tinggal di asrama. Tamat sekolah, saya masuk ke Matriks Tangkak sekejap. Alhamdulillah dapat tawaran MARA untuk mengikuti program persediaan ke Jepun di KYPM Bangi selama 2 tahun. 

Tahun 2002, saya berangkat ke Jepun menyambung pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Kimia selama 3 tahun. Setelah grad, saya bekerja pula di sebuah syarikat di Jepun juga selama setahun. Selepas tu sambung lagi pelajaran buat Sarjana dalam kursus yang sama.





Dalam tahun pertama Sarjana, saya mendirikan rumahtangga. Kehidupan di Jepun sebagai pelajar, isteri dan ibu. Selepas anak sulung berusia setahun lebih, kami pulang ke tanah air.

Pekerjaan pertama saya di Malaysia adalah sebagai Jurutera teknikal di sebuah kilang di Penang. Tahun yang sama saya mula bekerja, saya mendaftar sebagai ejen insurans di bawah syarikat Prudential dan Prudential BSN Takaful sebagai ejen takaful separuh masa.

Dalam 2 tahun yang lepas, suami saya pula mengikut jejak sebagai ejen takaful sepenuh masa dan kami berhijrah ke Ipoh. Saya pula mula bekerja di sebuah kilang di Batu Gajah, Perak dan dalam masa yang sama masih juga menjalankan bisnes takaful bersama suami.

Kalau diikutkan perjalanan saya yang boleh dikatakan banyak berhijrah ke sana sini, pengalaman tu sedikit sebanyak ada lah juga. Sepanjang  saya memulakan karier, rasanya berpuluh-puluh sesi temuduga saya pernah hadir. Temuduga biasiswa, kemasukan ke universiti, kerja di syarikat Jepun dan Malaysia, temuduga jawatan pensyarah, temuduga kerja part-time dan macam-macam lagi lah. Mungkin lain kali saya boleh share sikit pengalaman yang tak seberapa ni.

Kini saya ibu kepada 3 orang anak lelaki. Kebanyakan masa selain bekerja dihabiskan dengan memasak untuk keluarga dan biasalah jaga perihal keluarga walaupun dengan serba kekurangan hehe. Saya suka macro photography, membaca dan cuba exercise bila ada masa terluang. Membaca tu, erm kalau baca FB kira membaca juga kan hehe. Taklah, saya memang suka baca buku. Tapi tulah, kena baiki lagi pengurusan masa..
Begitulah sedikit sebanyak tentang diri saya. Saya harap entry ini sebagai titik tolak kepada saya ubtuk aktif berblog semula. Harapan saya juga untuk kongsikan pengalaman yang ada dan meningkatkan kesedaran ramai mengenai takaful dan pengurusan kewangan.

Sekian, terima kasih kerana membaca coretan yang tak seberapa ni!



Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Khamis, 15 September 2016

Jalan-jalan Jepun Sekitar 2011

Salam semua.

Kami sangatlah bercita-cita untuk pergi ke Jepun bawa anak-anak jalan kat sana. Abang Haikal pun sibuk nak balik tempat lahir dia katanya -_-; Doakanlah kami berjaya sampai sana ye. In shaa Allah 2018, Japan here we come!!

Sebagai teaser, ini gambar-gambar di Jepun sekitar tahun 2011. Banyak lagi gambar sebenarnya tapi semua dalam hard disc lama. Entah bila nak dapat ilham untuk dapatkan balik semua gambar sepanjang 8 tahun kami kat sana. 

Gambar ni di Tokyo Disneyland. Saya pregnant 5 bulan kot masa ni.


Gambar ni pulak di Nagano. Kami ramai-ramai konvoi pergi main ski.
Tapi sebab masa tu saya pregnant, jadi tak dapatlah nak main. 
Temankan abang Haikal je lah.

Gambar ni pula dekat mana yerr lupa lah haha. Sekitar Saitama ni je rasanya. Cantik kan 'sakura rumput'?

Gambar ni di Odaiba. Tepi pantai ni. Tempat ni apa walk entah nama dia ala-ala Europe sikit.

Ini pula masa pergi Tohoku cari momiji. Best cantik sangat tempat dia.


That's all for now. Ada masa saya share lagi hehe.


Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful

siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Khamis, 26 November 2015

Throwback Nagano

Salam semua:))

Terjumpa gambar lama back in 2010. Main snow dekat Nagano. Masa ni Abang Haikal about 1 year old, baru dapat berjalan. Saya pulak tengah pregnant Abang Haris so tak dapatlah main snowboard huhu. Main korek-korek salji dengan Abang Haikal je hihi..

One fine day in sha Allah nanti kita pegi Japan main snow ye. Mama, Abah, Abang Haikal, Abang Haris n Hadi all of us will go together. Doakan ye!

Main salji di Nagano
Ssejukkkkkk

Main salji di Nagano
Abang Haikal n abah

Main salji di Nagano
Abang Haikal umur setahun

Jumaat, 23 Oktober 2015

CACA MERBA

Salam Jumaat semua.

Apa khabar semua? Semoga sihat seadanya semua. Saya nak warning awal-awal, entry ini caca merba hihi. Sebab saya rasa life pun agak caca merba juga sekarang. Saya masih struggle lagi ni in a lot of ways. But Alhamdulillah, banyak lagi ruang untuk disyukuri. Banyak sangat. Kena sentiasa ingat tu. Supaya sesusah mana pon kita rasa, tapi kita tak akan terputus asa.

Banyak yang saya nak share sebenarnya. Dalam kepala saya dah merangka entry-entry baru tapi tak pula tercapai. Nak salahkan masa atau saya yang kurang pandai mengurus masa hehe. Saya dah siap watermark gambar-gambar yang saya nak post kat sini untuk satu entry ni, apakan daya semua pun lesap bersama handphone yang dibawa pergi.

Beberapa hari ni saya teringat pula life masa tinggal di Jepun dulu. Makanan dia, cuaca dia, tempat-tempat yang saya selalu pergi, pahit manis hidup kat sana. Macam feeling feeling melancholic lak kan he he. Hampir 8 tahun kat sana..

Dan sekarang saya di sini, dengan pilihan yang saya buat dalam hidup saya, rentetan dari seribu satu lagi jalan yang telah saya lalui sebelum tiba di sini. Ada yang nak tau ke pengalaman hidup saya haha. Mungkin satu hari nanti kalau dah jadi public figure yang berjaya, barulah pengalaman semua tu boleh dijadikan sejarah kejayaan saya kot hehe.

Apa pun, permainan dunia. Yang penting akhirat semoga tidak saya lupa.

Kan saya dah kata, entry caca merba haha. Akhir-akhir ni rasa macam blog ni loosing the personal touch. Mungkin lepas ni saya nak tulis lebih personally? Just to keep me sane hehe.

Okaylah thanks for reading!

Sabtu, 15 Ogos 2015

NIKMATI TAKO YOSH DI TESCO SEBERANG JAYA

Salam semua=))

Apa khabar? Semoga sihat sejahtera adanya ya semua. Selamat menjalani hari minggu. Semoga masa yang ada dapat dinikmati bersama keluarga tercinta dengan penuh manfaat.

Hari ni cerita pasal tempat makan sikit. Hari-hari cerita pasal kewangan pon okay juga. Tapi makan pun termasuk dalam salah satu perancangan kewangan what? Makan pun guna duit betul tak hihi.

Pada yang tak kenal, saya nak perkenalkan kedai Tako Yosh ni. Letaknya di Tesco Extra Seberang Jaya, dekat food court tu lah. Entry tidak berbayar malah bukan review official tau. Saja saya share, tolong business orang kita. Lagipun kerja sebagai penasihat takaful ni memang banyak keluar dan makan kat luar he he he. Banyak lagi kedai yang saya nak introduce ni ewah! 

Satu perkataan saya bagi, best! Tak mengecewakan. Rasa makanan dia hampir sama dengan apa yang kami pernah makan dekat Jepun. Yelah owner dia pun grad sana dulu ni. Harga pon alhamdulillah berpatutan. Volume pun mengenyangkan juga kalau ambik bento set tu. Bagi yang baru cuba-cuba nak merasa 'washoku' atau makanan Jepun, jemputlah pergi ye.

Ini kedainya, dekat tempat permainan kanak-kanak, tepi KFC.



Nama sebenar tako yaki. Dalam dia patutnya 'tako' atau sotong kurita. Tapi diorang ganti dengan udang. Bukan senang nak dapat sotong kurita kat Malaysia he he.

Sebekas 6 ketol. Besar-besar ketolnya. Yang flake kaler koko kat atas takoyaki tu,hirisan ikan tau. Kombu orang Jepun panggil.

Set bento salmon yaki/grilled saya ambik. Cukup lengkap dengan misho shiru/soup, dengan 'chawan mushi' sekali..

Salmon memang sedap. Mentah pon my faveret. Mahal ni kalau nak beli kat Jusco.. Perah pulak lemon atas dia rasa masam-masam manis memang best makan dengan nasi panas-panas.

Nilah chawan mushi tu. Nama melayu dia apa eh..dia ni telur yang di steam. Dalam tu ada kani boko (crab meat), daun bawang sikit.. sedap memang menjadi. Maaf rupa asal dia cantik macam puding. Ni dah kena kacau2 hehe.

Menu beserta harga. Bagi saya overall mampu makanlah =))

So sesiapa yang terasa rindu dengan masakan Jepun atau yang baru nak mencuba tapi tak berani nak kedai Japanese restaurant yang fancy2 boleh try pergi sini ye. Tako Yosh kat Tesco Extra Seberang Jaya tau. 


p/s: Nak cuba masak sendiri makanan Jepun? Boleh cuba dapatkan bahan dari akak kite ourkizuna.blogspot.com. Dapatkah kuali tako yaki dari lazada.



Japanese Takoyaki Pan
 
RM 99.00
From RM 70.00


Japanese Takoyaki Pan RM 238.00
From RM 183.00

Jumaat, 5 Jun 2015

TRAVEL

Pada hemat saya, dalam banyak-banyak blog, mesti travel blog antara yang mendapat trafik tinggi kan? Zaman google menggoogle macam sekarang ni senang kan. Sebelum pergi mana-mana, tekan je dulu tot tet tot tet, berderet info yang keluar. Boleh lah buat persediaan sebelum pergi ke sesuatu tempat. Lagi-lagi kalau tempat asing kan.

Saya pun dah lama bebenor tak travel rasanya. Kalau travel pun mostly atas urusan kerja, atau mengikut family mertua. Tak pernah lagi travel holiday yang saya arrange sendiri. Sampaikan colleague saya pun ada tegur, eh you takde pergi holiday ke? Tak pernah nampak gambar you holiday dekat facebook pun. Heh.

Memang tak pernah pun. Selain Jepun, saya pernah pergi Korea je zaman muda mudi dulu haha. Kat Jepun alhamdulillah banyak tempat dah pergi. Tapi tu lah, gambar-gambar lama tak dapat retrieve. CPU yang lama pun masih dalam kotak lagi. Tak pernah buka since 2011 haha.

Saya sebenarnya teringin sangat kembali Jepun, tanah tumpah darah abang Haikal. (Darah saya sebenarnya, sebab saya yang melahirkan dia hehe). Nak pergi waktu winter sebab nak main snowboard ngee in shaa Allah amin.. Baby Hadi pun dah tak baby lagi dah. Boleh sangat nak main snowboard tu hehe.

Dulu saya tunggu Hadi besar, baru nak pergi travel. Sekarang dia dah besar terasa nak baby baru pula. Eh!

p/s: Doakan saya dan suami dapat qualify ke London tahun depan! In shaa Allah amiiinnn..


Khamis, 30 April 2015

SUSAH TAK MAKAN KAT JEPUN?

Salam semua.
Hari ni ada orang search 'nak makan onigiri kat Jepun' dan sampai ke blog saya. Saya harap dia jumpa apa yang dia cari di sini. Hehe..
Ramai yang tanya saya susah tak nak makan kat Jepun. Herm. Tak susah sangatlah sebenarnya kalau dah biasa dan kalau anda jenis yang tak memilih.
Pengalaman saya, mula-mula memang susah. Masakan dia mostly tak rasa apa sangat dan tak pedas. Bab tak pedas yang saya tak boleh tahan, sebab saya memang makan pedas. Setahun pertama kat sana, mostly apa yang saya order semua tak habis dimakan. Daripada berbadan besar masa mula-mula sampai sampai jadi kurus. Dahlah malas nak masak sendiri dulu kan. Transport pula cuma basikal saja. Kalau hari cuti tu takda makanan kat rumah maka redho je lah hahaha.

Sushi

Dulu saya pon tak boleh nak makan sushi. Mula-mula pergi kedai Sushi pusing-pusing dengan boyfriend. Makan yang semua dah masak. Tapi last sekali, makan sushi unagi terus terkeluar balik. Walaupun dah masak tapi sebenarnya saya tak makan belut dan kebanyakan ikan sungai.
Lepas tu saya selalu ikut girlfriends pula makan kaitenzushi. Mula-mula memang makan telur (yang dah masak), buah-buah je. Lama-lama baru saya try makan salmon mentah. Lepas tu udang, sotong, sampailah semua yang mentah saya boleh makan. Tapi haruslah kena cicah dengan kicap dia tu, dan banyak-banyak halia jeruk dan green tea yang sedap, tak lupa juga wasabi. Elemen-elemen tambahan ni yang penting dan menambah selera kita makan sushi. Kalau mula-mula berjinak dengan sushi saya cuma makan 4-5 piring, lama-lama saya dah boleh makan 12 piring sekali makan! Nasib baiklah sepiring 100 yen saja. GST 5% jadilah 105 yen hehehe.

Makanan Halal 

Makanan halal, dulu yes, susah nak cari. Tapi diorang banyak juga menu seafood. So kalau peminat seafood macam saya sebenarnya tak susah sangat nak makan kat luar. Ambik je umi no sachi (makanan laut) punya bento. Atau pun makan udon/soba. Semuanya sedap. But yes saya rasa apa yang traveller dari Malaysia risaukan sangat ialah masalah komunikasi. Macam kami dulu boleh cakap Jepun so senanglah nak tanya dalam menu ada apa semua. Then boleh explain kami tak makan daging. Selalu kami akan minta 'niku nuki' means 'takmau daging' kalau was-was dengan sesuatu menu.
Tapi kalau anda memang tak boleh sangat nak makan washoku (Japanese food), kat sana pun ada banyak family restaurant yang hidangkan western food. Antara kegemaran saya macam First Kitchen, Saizeriya, lepas tu ada satu kedai kat Okayama dulu apa eh nama dia lupa lah.. Tapi memang best. First Kitchen tu macam McD KFC gitulah. Tapi dia ada burger udang yang sedap! Dua lagi tu Italian food punya kedai. Tapi affordable lah bagi kami as student dulu. Janganlah nak makan 3 kali sehari kat situ memanglah rasa mahal hehe. Saya pun dah naik senior sikit baru banyak makan kat luar sebab dah ada kereta yang dikongsi beli sesama batch.

Lunch Hour

Hari cuti yang problem sikit. Sebab dekat kafeteria sekolah adalah menu yang boleh makan. Tapi choice limited lah. So nak mengelak bosan hari-hari makan benda sama, selalu saya makan roti atau onigiri je. Onigiri ni nasi kepal yang dibalut dengan seaweed. Dalam nasi tu pulak ada yang kosong je, ada yang ada lauk. Selalu saya ambik lauk tuna dengan mayonis, sedap! Kalau you all nampak dia tulis 'sea chicken' tu maksudnya tuna tau bukan ayam hehe.

Masak Sendiri

Ramai juga yang tanya mana nak beli barang-barang kalau nak masak sendiri. Jangan risau. Kat sana ada tempat beli barang-barang halal. Yang mostly imported dari Saudi dan seumpanya. Beras siam pun ada juga tau. Kami panggil kedai halal, selalunya operated by orang Pakistan atau muslims yang tinggal kat sana lah. Most tempat kedai halal ni berdekatan Masjid. Masa zaman saya dulu ada seorang pakcik Jepun ni yang duk jual makanan halal ni. Ada frozen ayam, daging, ikan, belacan, maggie, santan semua adalah. In sha Allah tak ada masalah. Pandai-pandailah nak arrange macam mana nak masak tu kan. Alah kami kat sana siap boleh buat jamuan hari raya besar-besaran siap buat satay, rendang, lontong, soto, ketupat lemang semua masak sendiri tau. Walaupun mostly instant hehehe.

Online pun ada jual. Baticrom.com website dia. Dulu kalau beli lebih dari 7000 yen, penghantaran free. So kami kumpul beli ramai-ramai, jimat 1000++ yen delivery dia.

Tabehodai

Tapi kalau sekali-sekala teringin nak makan ala-ala kedai mamak tu boleh je cari kedai-kedai makan Pakistan atau India Muslim kat sana. Selalunya bandar besar memang ada. Dan diorang selalunya ala-ala buffet (tabehoudai). Dulu kami makan seorang dalam 1000 yen gitulah. Dulu kami selalu pergi kat Shinjuku rasanya. Berbaloilah kalau boleh makan banyak. Kedai masakan Malaysia ada juga, tapi mahal sikit hehe. Rasanya pun tak sama sangat macam makan kat sini sebab depa dah alter bagi Jepun pun boleh makan juga. Takat makanan Malaysia, baik masak sendiri hehehe.
That's all sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan. Sekarang lebih mudah sebab dekat Jepun pun dah ada certification Halal ni tau. Diorang dah lebih celik pasal halal haram semua ni thanks to the kemajuan teknologi informasi. Sesiapa nak p sana, nak tanya apa2 silakanlah. Baju-baju jacket saya pun ada lagi sesiapa nak pinjam untuk sana bagitau ye. Baju sejuk baby pun ada juga selai dua.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...