Sabtu, 15 Ogos 2015

NIKMATI TAKO YOSH DI TESCO SEBERANG JAYA

Salam semua=))

Apa khabar? Semoga sihat sejahtera adanya ya semua. Selamat menjalani hari minggu. Semoga masa yang ada dapat dinikmati bersama keluarga tercinta dengan penuh manfaat.

Hari ni cerita pasal tempat makan sikit. Hari-hari cerita pasal kewangan pon okay juga. Tapi makan pun termasuk dalam salah satu perancangan kewangan what? Makan pun guna duit betul tak hihi.

Pada yang tak kenal, saya nak perkenalkan kedai Tako Yosh ni. Letaknya di Tesco Extra Seberang Jaya, dekat food court tu lah. Entry tidak berbayar malah bukan review official tau. Saja saya share, tolong business orang kita. Lagipun kerja sebagai penasihat takaful ni memang banyak keluar dan makan kat luar he he he. Banyak lagi kedai yang saya nak introduce ni ewah! 

Satu perkataan saya bagi, best! Tak mengecewakan. Rasa makanan dia hampir sama dengan apa yang kami pernah makan dekat Jepun. Yelah owner dia pun grad sana dulu ni. Harga pon alhamdulillah berpatutan. Volume pun mengenyangkan juga kalau ambik bento set tu. Bagi yang baru cuba-cuba nak merasa 'washoku' atau makanan Jepun, jemputlah pergi ye.

Ini kedainya, dekat tempat permainan kanak-kanak, tepi KFC.



Nama sebenar tako yaki. Dalam dia patutnya 'tako' atau sotong kurita. Tapi diorang ganti dengan udang. Bukan senang nak dapat sotong kurita kat Malaysia he he.

Sebekas 6 ketol. Besar-besar ketolnya. Yang flake kaler koko kat atas takoyaki tu,hirisan ikan tau. Kombu orang Jepun panggil.

Set bento salmon yaki/grilled saya ambik. Cukup lengkap dengan misho shiru/soup, dengan 'chawan mushi' sekali..

Salmon memang sedap. Mentah pon my faveret. Mahal ni kalau nak beli kat Jusco.. Perah pulak lemon atas dia rasa masam-masam manis memang best makan dengan nasi panas-panas.

Nilah chawan mushi tu. Nama melayu dia apa eh..dia ni telur yang di steam. Dalam tu ada kani boko (crab meat), daun bawang sikit.. sedap memang menjadi. Maaf rupa asal dia cantik macam puding. Ni dah kena kacau2 hehe.

Menu beserta harga. Bagi saya overall mampu makanlah =))

So sesiapa yang terasa rindu dengan masakan Jepun atau yang baru nak mencuba tapi tak berani nak kedai Japanese restaurant yang fancy2 boleh try pergi sini ye. Tako Yosh kat Tesco Extra Seberang Jaya tau. 


p/s: Nak cuba masak sendiri makanan Jepun? Boleh cuba dapatkan bahan dari akak kite ourkizuna.blogspot.com. Dapatkah kuali tako yaki dari lazada.



Japanese Takoyaki Pan
 
RM 99.00
From RM 70.00


Japanese Takoyaki Pan RM 238.00
From RM 183.00

15 ulasan:

  1. Menu yang sangat menggoda jiwa tu ^-^

    BalasPadam
  2. i love chawanmushi =D hehehe.. penah makan 4 mangkok terus.. lepas tu
    nak muntah dah sebu perut ngan telur hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha amikkau sekali makan 4 tu..adeh SYM

      Padam
    2. ala kak.. yang kat sushi king tu kecik2 je sizenya..
      makan 4 tah2 mcm makan 2 je.. tu yg tibai 4.. heh2..

      Padam
  3. Selalu tengok ja.. tak pernah try.. maybe lepas ni, boleh try... ^_^

    BalasPadam
  4. Pernah try tako nie tp tekak xle terma lah..huhu tp teringin nak try bento..nanti nak kena cari nie.. makanan jepun yg lalu sushi je..

    BalasPadam
  5. kat tesco kulim ada takoyaki tp tak pernah try. tak reti nak mkn benda2 gituu..:p

    BalasPadam
  6. Tak pernah try walaupun dulu kerja dengan company Jepun..selalu gak diaorang jamu..nak kena try jugak la..nampak sedap gak..

    BalasPadam
  7. Assalam siti,
    iols soka betoi chawan mushi tu
    tapi dok makan hat ushi king sajork
    nak kena try hat ni pulop he3

    BalasPadam
  8. huwaaa telan air liur saya tengok entry ni... haihhh sedapnya

    BalasPadam
  9. Kat tesco kulim xde nmpk lg jual mcm ni

    BalasPadam
  10. semalam p tesco , nampak cam menarik..nnt ada masa nk try :) (Y)

    BalasPadam

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...