Khamis, 20 Ogos 2015

MEMBANTU PESAKIT KANSER DENGAN MAKNA

Hari Isnin kami jumpa client dekat Tanjung Rambutan. Dia nk sign up policy takaful nyawa. Cuma RM50 sebulan sumbangan dia. Bagus Abang tu, ada habit suka menyimpan walau gaji tak besar. Dia pernah setiap hari simpan duit syiling baki-baki perbelanjaan harian dia, cukup 2 bulan syiling dia ada dalam RM200. Hebat kan. Banyak tu jumlah RM200, lagi-lagi dalam bentuk syiling. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit

SIAPA MAKNA?
Anyway, masa dekat situ saya sempat bagi fliers kat depan CIMB. Kebetulan ada 2 orang from MAKNA tengah buat promotion untuk collect fund from public untuk kegunaan pesakit-pesakit kanser yang memerlukan. MAKNA merupakan salah satu daripada badan NGO kat Malaysia dan dibawah seliaan JKS (Jabatan Khidmat Sosial).

APA TUJUAN/FUNGSI MAKNA?
Seperti yang saya tulis tadi, MAKNA bertujuan untuk membantu pesakit-pesakit kanser yang kurang kemampuan menjalani kehidupan seharian yang lebih baik disamping assist dalam bantuan rawatan dan sebagainya. MAKNA mengumpul dana daripada public, dana itu kemudiannya digunakan untuk beli macam susu khas, diapers dan pelbagai keperluan khusus diberikan kepada keluarga pesakit.

BAGAIMANA MAKNA BEROPERASI?
Secara ringkas yang saya faham, MAKNA berkolaborasi dengan institusi bank (maaf tak ingat berapa bank) bagi tujuan mengumpul dana. Dalam pengagihan dana pula, MAKNA bekerjasama dengan 92 buah hospital. Bila ada pesakit yang memerlukan bantuan, pihak hospital yang akan usulkan permohonan bantuan kepada MAKNA. Bila semua okay, bantuan akan disalurkan secepat mungkin.

BAGAIMANA KITA BOLEH BANTU?
Saya tak tau macam mana nak sampaikan, tapi saya rasa program ini sangat-sangat bagus. Bukan saja bagus untuk pesakit dan keluarga mereka yang memerlukan. Malah bagus kepada kita sebagai orang awam sebab diberi peluang menghulurkan sumbangan. Bukankah sebahagian rezeki kita tu ada milik mereka yang kekurangan. Anda boleh sign up untuk menderma dengan potongan credit card atau akaun bank dengan jumlah hanya RM38 sebulan, atau RM58. Kalau jumpa booth mereka ni di mana-mana bank atau hospital, cubalah dekati dan dengar penerangan petugas MAKNA. Atau boleh layari makna.org.my untuk info lebih lanjut. Anda juga boleh jadi volunteer mnghulur sumbangan dalam bentuk tenaga.

KISAH BENAR
Kebetulan masa saya sampai kat booth diorang tu ada seorang ayah ni datang memulakan bicara. Katanya anak dia pun pernah terima sumbangan dari makna. Cepat juga bantuan sampai katanya. Anaknya telah kembali ke rahmatullah akibat kanser otak. Sekurang-kurangnya sepanjang tempoh rawatan bantuan daripada MAKNA memang boleh mengurangkan beban keluarga. Nampak ayah tu tenang bercerita walau ada sedikit sebak.
See our small deeds can really make a difference. Kalau kita mampu bantulah. Kalau tak doalah yang baik-baik untuk mereka. Dan kalau mampu juga, ambillah pelindungan takaful. Sekurang-kurangnya bila kita sakit, kita tak perlu pohon bantuan. Jadi bantuan yang ada boleh diei ada mereka yang betul-betul memerlukan. Sepanjang jadi ejen takaful, dah ramai yang saya jumpa mereka betul-betul minat nak buat takaful sebab tau takaful tu penting. Tapi tak dapat sebab tak mampu..

Ok sekian sampai di sini saja. Thanks for reading!

MAKNA membantu mengumpul dana pesakit kanser
MAKNA membantu mengumpul dana untuk pesakit kanser


Siti Sharini
Wakil Prudential BSN Takaful dan Prudential 
012-2961984
siti.sharini@gmail.com

14 ulasan:

  1. bntu mana yg blh n mampu pun dh baik =)

    BalasPadam
  2. Bukan prejudislah Siti realitinya masih ramai bangsa kita tak ambil perlindungan masa depan seperti takaful yg Siti katakan itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai yg xsedar lagi kepentingan tkaful..selagi belum kena kat diri sendiri. InshaAllah tugas kami nak bagi kesedaran kat orang kita tu:))

      Padam
  3. Assalam siti,
    iols dok simpan syilling dalam tabung boboboy sajork
    2bulan baru nak dekat Rm100 :)

    BalasPadam
  4. Singgah pagi di sini, salam jumaat cik siti

    BalasPadam
  5. keep it up kak siti.. tak ramai yg tahu bagus laa kalau ada pendedahan mcm ni..:)

    BalasPadam
  6. Minggu lepas MAKNA ada datang ke sekolah bg talk.
    Memang kanser nie kadang2 tak leh nak jangka. Nauzu billah min zalik.

    BalasPadam
  7. Sekarang memang dah biasa dah cancer ni...dulu sape dpt cancer mmg kita gerun.skrg ni kita akan ckp..ooo yeke cancer..patutlaàaa..

    Bgus takaful ni dpt mmbntu ringankan beban.

    Salam ukhuwah.

    BalasPadam
  8. kadang2 kat mall mall pun ada tabung makna ni.. boleh la masukkan apa yg termampu kan..

    BalasPadam
  9. ingat makna, teringat Siti Nurhaliza

    Yang Benar,
    Nota Purba

    BalasPadam
  10. Masa zaman bujang duit gaji simpan duit syiling boleh byk gak ratus2 skrg dah tak keje ni boleh la simpan sikit2...

    BalasPadam
  11. Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.sebulan akan turun sebanyak 60 hinga 80 militer or 0.6 cm atau 0.8 cm.ubat saya.andai 4 cm sel ketumbuhan.bajet 6 bulan untuk sembuh sepenuh nya.andai 8 cm ketumbuhan.bajet 8 hinga 10 bulan untuk sembuh sepenuh nya.insya allah.

    memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm140 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh...daun daun herba warisan termasuk juga daun rerama and herba herba terpilih memang tidak akan jumpa di mana mana.percaya lah..
    ..
    .merawat dan membaik pulih...jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi... sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh...jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid...orang ada kanser...saya akan membantu merawat hingga sembuh NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    BalasPadam
  12. ANTARA KANSER YANG MAMPU DIRAWAT DAN BERJAYA DIUBATI :

    KANSER PARU-PARU
    KANSER USUS BESAR
    KANSER SERVIKS/PANGKAL RAHIM
    KANSER PUNDI KENCING
    LEUKIMIA
    KANSER REKTUM/DUBUR
    KANSER TULANG
    KANSER OTAK
    KANSER OVARI
    KANSER HATI
    KANSER NODUS LIMPA/LYMPHOMA
    KANSER PAYUDARA
    KANSER RAHIM
    KANSER PROSTAT
    KANSER PERUT
    KANSER PANKREAS
    KANSER PITUITARI
    KANSER KELENJAR LIUR
    KANSER VAGINA/FARAJ
    KANSER KULIT
    KANSER MULUT
    KANSER HIDUNG
    KANSER TIROID
    KANSER TEKAK
    KANSER TESTIS
    KANSER ESOFAGUS/SALUR MAKAN
    KANSER HEMPEDU/SALUR HEMPEDU
    DAN LAIN-LAIN KANSER

    BalasPadam

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...