Jumaat, 23 Oktober 2015

CACA MERBA

Salam Jumaat semua.

Apa khabar semua? Semoga sihat seadanya semua. Saya nak warning awal-awal, entry ini caca merba hihi. Sebab saya rasa life pun agak caca merba juga sekarang. Saya masih struggle lagi ni in a lot of ways. But Alhamdulillah, banyak lagi ruang untuk disyukuri. Banyak sangat. Kena sentiasa ingat tu. Supaya sesusah mana pon kita rasa, tapi kita tak akan terputus asa.

Banyak yang saya nak share sebenarnya. Dalam kepala saya dah merangka entry-entry baru tapi tak pula tercapai. Nak salahkan masa atau saya yang kurang pandai mengurus masa hehe. Saya dah siap watermark gambar-gambar yang saya nak post kat sini untuk satu entry ni, apakan daya semua pun lesap bersama handphone yang dibawa pergi.

Beberapa hari ni saya teringat pula life masa tinggal di Jepun dulu. Makanan dia, cuaca dia, tempat-tempat yang saya selalu pergi, pahit manis hidup kat sana. Macam feeling feeling melancholic lak kan he he. Hampir 8 tahun kat sana..

Dan sekarang saya di sini, dengan pilihan yang saya buat dalam hidup saya, rentetan dari seribu satu lagi jalan yang telah saya lalui sebelum tiba di sini. Ada yang nak tau ke pengalaman hidup saya haha. Mungkin satu hari nanti kalau dah jadi public figure yang berjaya, barulah pengalaman semua tu boleh dijadikan sejarah kejayaan saya kot hehe.

Apa pun, permainan dunia. Yang penting akhirat semoga tidak saya lupa.

Kan saya dah kata, entry caca merba haha. Akhir-akhir ni rasa macam blog ni loosing the personal touch. Mungkin lepas ni saya nak tulis lebih personally? Just to keep me sane hehe.

Okaylah thanks for reading!

7 ulasan:

  1. kabar baik Ct
    aduhh kesiannya tkpe rezeki dan hp dpt dicari ganti insya Allah nnt Allah gntikan dgn yg lebih baikkk punya

    BalasPadam
  2. La tahzan innallaha ma' ana... semoga ada yang lebih baik untuk akak dan family..

    BalasPadam
  3. Singgah baca, baru sempat komen di sini,
    Phone kena curi juga ye, hrmmm..redha itu bukan rezeki, tapi terkilan sbb byk khazanah dlm tu kan, nasib kita sama nampaknya.

    BalasPadam
  4. akak.. if u still remember tips2 di Jepun.. bleh la share kak..
    nowadays ramai org nak p terjah jepun..

    BalasPadam

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...