Semalam Alhamdulillah berjaya melalui sehari buka booth PruBSN di KWSP. Sempat juga tunjukkan manfaat takaful dan medical card pada seorang dua yang berkesempatan. Seriously saya bukanlah jenis orang yang terlalu go getter. Saya bukan mengejar sales sebab saya tak reti. Saya cuma educate saja pada mereka yang nak tau lebih lanjut mengenai kepentingan dan produk takaful. Tapi lumrahlah orang semua lari bila nampak ejen. Lalu pun buat-buat tak pandang. Kami cakap pun buat-buat tak dengar. Itu lumrah dalam business ini. Anyway yesterday was a good experience for me.
Suka saya nak kongsi cerita tentang 2 orang hebat (pada saya) yang saya jumpa semalam. Seorang adalah Pak Cik pengusaha kantin. Pak Cik ini dulunya kerja kilang berbelas tahun. Dalam masa yang sama dia juga pernah menjadi ejen insurans secara part-time selama 10 tahun. Income yang buat insurans tu pun dah hampir RM2000. Banyak tu bagi part-timer. Ditakdirkan dia ditukarkan ke shift malam jadi susah dah dia nak berurusan untuk jumpa orang dan sebagainya. Jadi dia berhenti jadi ejen. Tambahan pula sekitar zaman itu kekecohan mengatakan industri insurans ni haram and so on. Yelah masa tu takaful belum berkembang. Setelah berapa lama dia penat kerja kilang, dia ambik VSS. Dengan duit tu buat modal untuk jadi pengusaha kantin, sampailah sekarang Alhamdulillah. Dia cerita boss dia dulu pandang rendah pada dia. Boss dia kata boleh ke dari kerja kilang tiba-tiba nak tukar ke aliran business pula. Dan sekarang terbukti dia boleh!
Katanya, rezeki Allah pasti ada. Yakin saja. Yang penting kena syukur. Dapat sikit pun syukur. Dapat banyak pun syukur. Jangan mengeluh. Kalau kita syukur tak kira dengan yang sedikit atau banyak, Allah mesti bagi lagi. Sekali lagi pesan dia, yakinlah. In shaa Allah Pak Cik, terima kasih atas nasihat..
Orang yang kedua pula seorang anak muda, umur 26 tahun. Kerja sebagai security di bangunan itu. Masya Allah hebat anak ni. Pada usia muda dia sudah berkahwin, memiliki seorang anak, malah sebuah rumah juga! Dia beli rumah sebelum berkahwin lagi, joint loan dengan abangnya. Alhamdulillah. Untung isteri dia hehe. Saya puji dia. Bagi saya that is a very very good move. Saya dapat rasa dia ada perancangan masa depan yang bagus. Dulu sebelum jadi security dia kerja kilang juga jadi operator. Yelah sekolah sampai SPM je.. katanya merendah diri. Nampak dia sangat bersyukur dengan kerja dan gajinya kerja security tu. Allah jauhnya saya dibandingkan dia..
Jujur saya kata, saya tak kisah kalau sesiapa pun belajar hatta setakat UPSR mahupun tak sekolah sekalipun. Setiap orang berpeluang untuk berjaya dunia akhirat. Malah akhirat yang lebih utama. Kerana bak kata Pak Cik kantin tadi, rezeki Allah pasti ada. Yakinlah!
Perkongsian tentang pengurusan kewangan, takaful, unit trust, bahasa Jepun and a little bit of everything.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH
Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...
-
Bismillahirrahmanirrahimm.. Siapa guna kredit kad kat sini? Angkat tangan. Saya pun baru je guna setelah 3 tahun bekerja kat bumi Malaysia...
-
Salam semua, Saya ada satu Whatsapp group kawan-kawan satu batch sekolah menengah ni. Memandangkan sekolah tu semua perempuan makanya ahli...
-
Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...
takaful termasuk insurans kesihatan sekali ea sis?
BalasPadamye cik adik manis..dgn saving sekali:)
Padamsaya pun ada kawan buat insurance.. mmg income dia kalah org makan gaji.. seronok tgk :D
BalasPadamrezeki dia=))
PadamFarah la antara yg suka mengelat dgn agen insurans..hehehe...bkn xnak tp belum lg kot buat masa nie.. =D
BalasPadamit's okay Farah..bila ada kelapangan nanti terus buat insurans ye..takmo tangguh2 yee
PadamAsaalammualaikum...salam perkenalan..saya sokong dengan kata2 REZEKI ALLAH SENTIASA ADER.. yang penting memang kene rajin...husband saya hanya belajar smpai tingkatan 2 dan dia berjaya dalam dunia fotografi tanpa pergi universiti or kelas utk belajar..hanya mencari kawan2 yang terbaik utk belajar..youtube sebagai medium belajar...alhamdulillah kami sekeluarga hidup tak susah walaupong taklah sesenang orang lain... (sekadar perkongsian) salam perkenalan sahabatku...
BalasPadamwaalaikumussalam..alhamdulillah..rezeki Allah ada di mana-mana kan..
Padamyup sokong sangat. hidup bersyukur dan sandar hanya padaNya. ingat rezeki datang dair Dia. insyaAllah tak kan pernah kita rasa susah :)
BalasPadamin sha Allah..
Padamkita akan banyak belajar dengan merenung dan melihat kehidupan orang lain..
BalasPadambetul..setiap orang yang kita jumpa..pasti ada sesuatu yg kita boleh belajar dari dia..
PadamAssalam siti,
BalasPadambetui3
jangan pandang rendah kat orang
tak belajor tinggi ka, belajor tinggu gunung ka
semua tu belum menjamin kehidupan
tak rajin, tak koje, tanpa rezeki Allah...tak kemana jugak yer dak :)
hubby iols pun bukan golongan berpelaran tinggi
masa kawen ramai pertikai (tak sekufu kekdahnya)
tapi Alhamdulillah Allah maha adil :)
betul...setuju dengan Pak Cik tu
BalasPadam