Boss saya pernah berkali-kali kata pada saya, kita sebagai orang makan gaji, beginilah hidup kita. Kita tiada pilihan. Suka atau tak, kita tetap kena kerja. Kena juggle between work and family.
Dulu, saya cuma senyum.
Pada saya, kita ada pilihan. Tak ada sesiapa yang memaksa kita bekerja. Apatah lagi memaksa kita buat kerja yang kita tak berapa gemar. Tak ada siapa yang paksa kita kerja dalam ofis yang penuh konflik dan politik pejabat. Contohnya.
Setuju atau tidak, sebenarnya pilihan di tangan kita. Kita yang memilih untuk terus menerus stay kat tempat sama walau tak happy. Kita boleh sebenarnya pilih untuk keluar dari tempat itu.
Of course, banyak sebab yang membuatkan kita rasa terhalang dari buat pilihan. Dan sebab utamanya ialah saya rasa, perasaan TAKUT. Takut tak cukup duit, takut tak mampu bayar hutang, takut bidang yang nak diceburi tak berjaya, takut orang kata belajar pandai-pandai tapi jadi surirumah. Itu normal.
Walhal yang sebenarnya kita kena keluarkan rasa takut dan timbulkan rasa berani. Berani berkorban. Berani keluar dari comfort zone. Berani hidup di bawah kemampuan. Berani buat perubahan. Berani untuk berjaya.
Apa pun, saya telah buat pilihan saya. Dan saya juga kena berusaha supaya pilihan yang saya ambil ini tidak memudaratkan diri dan keluarga.

setuju dengan sis... sikit sy akak nak tambah... apa pun kita keje sebenarnya Allah dah tentukan awal2 tuk kita. di mana rezeki kita Allah jg yg tentukan. terpaksa ikut pun Allah juga berikan perasaan itu pada kita. Perasaan berani dan kental kuat dgn dugaan menempuh cabaran juga Allah yg berikan pd kita. Jika rezeki kita dalam bisnes, Allah akan kuatkan hati dan semangat kita untuk berjaya dalam bisnes... Wallahualam...
BalasPadambetul kan..pokok pangkalnya semua datang dariNya..
Padamitulah tahap kita..bekerja dan dapat ganjaran..
BalasPadamTapi org bertaqwa zaman salafussoleh rezeki sentiasa dijamin Allah kerana mereka bekerja untuk Allah, berjuang utk memertabatkan Islam
hebat sungguh mereka,,kita ni jauh benar nak dibanding dengan mereka kan kak..
PadamAsalam siti,
BalasPadambetui3
takuit hokeyh
sob3
utang maaanyaaaakkkk he3
kalo takdak kaaaaaaaa
dah lama benti :)