Ahad, 25 Januari 2015

THE POWER OF FOCUS

Bismillahirrahmanirrahim..

Fokus Apa Yang Kita Mahu

Dalam hidup ini banyak benda yang kita nak. Banyak benda yang kita teringin nak buat. Tapi kadang-kadang rasa nak buat dan teringin tu sekadar tinggal rasa. Sebab apa? Sebab kita tak betul-betul fokus dan work for it. Memanglah tak dapat, kan?

Sebenarnya kalau kita fokus dan precise dengan apa yang kita nak, insyaAllah hati kita akan lebih terbuka untuk usaha mendapatkannya. Tapi sebelum tu, kena tetapkan betul-betul dalam hati dan bayangkan apa yang kita nak tu sedetail mungkin as if you already got them. Cuba bayangkan betapa seronok dan indahnya perasaan bila kita dah pun dapat benda yang kita nak tu.

Contoh Kuasa Fokus Paling Mudah

Setakat ini yang selalu saya praktik, contoh paling senang, cari parking! At times masalah tak ada parking ni memang leceh kan bila pergi tempat crowded. Kalau drive kereta bersaiz besar lagi susah sebab tak boleh menyelit-nyelit. Sepanjang Abang Veder warded kat KPJ Penang, alhamdulillah mudah saya park kereta waktu melawat. Tempat yang dapat betul-betul dekat lobi hospital, jadi mudahlah saya nak angkut anak-anak.

Macam mana saya buat? Sepanjang perjalanan ke hospital saya set dalam otak InsyaAllah ada parking yang dekat dan mudah. Saya ajak anak-anak sekali berdoa semoga dipermudahkan. Saya ajar Haris berdoa "Ya Allah, bagilah ada parking untuk mama. Terima kasih Allah". Alhamdulillah dengan izinnya it worked everytime =)) Dan selalu parking lot yang saya dapat tu is the last spot. Macam memang ditinggalkan satu space untuk saya.

Allah Mengikut Sangkaan HambaNya

Ingat tu. Allah mengikut sangkaan hambaNya. Dalam contoh parking kat atas, kalau kita asik fikir takde parking takde parking, memang tak dapat parking. Kadang-kadang ada sebenarnya tapi kita missed. Sebab apa? Sebab kita asik fokus pada tempat yang penuh sampai kita tak nampak tempat yang kosong. Cuba lepas ni kita fikir je "InsyaAllah ada parking", tak kiralah crowded mana pun tempat kita pergi tu. It doesn't hurt to just think and make du'a aite?

Praktik Kuasa Fokus dan Kesannya

Sejak dua menjak ini saya fokus kepada mini cooper warna putih =)) Kesannya? Mata ni macam asik ternampak mini cooper putih kat atas jalan tihihihi..

Why don't you give it a try? Cuba fokus dan lihat hasilnya. InsyaAllah.. Fokus pun perlu praktis juga. Jangan putus asa kalau cuba sekali tak berjaya. Teruskan mencuba =))




4 ulasan:

  1. sis JM satement "Macam mana saya buat? Sepanjang perjalanan ke hospital saya set dalam otak InsyaAllah ada parking yang dekat dan mudah. Saya ajak anak-anak sekali berdoa semoga dipermudahkan. Saya ajar Haris berdoa "Ya Allah, bagilah ada parking untuk mama. Terima kasih Allah". Alhamdulillah dengan izinnya it worked everytime =)) Dan selalu parking lot yang saya dapat tu is the last spot. Macam memang ditinggalkan satu space untuk saya."

    snn sis pun buat perkara yang sama tapi cara yg berbeza..ye kuasa FOKUS..SETUJU...bila nk mencari parking je sis akan fokus dan baca Robbi Yassir Wala Tuassir Robbi Tamin Bil Khoir..alhamdulillah x pernah mengecewakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Robbi Yassir pun bagus dijadikan amalan harian=))

      Padam
  2. betol tu sis. sama lah bab parking ni. selalu set dalam otak akan ada parking kosong yg dekat2 pintu masuk. doa moga dipermudah Allah. dan Alhamdulilah Allah kabulkan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. semoga dlm setiap perkara kita buat pun kita bergantung harap hanya padaNya=))

      Padam

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...