Isnin, 7 Januari 2019

5S DAN MINIMALISM


Salam semua,

Sejak beberapa minggu ni saya mula mengemas rumah yang sudah sekian lama tak berkemas-kemas. Mulakan dengan buang barang-barang dan baju-baju yang tak sudah tak perlu lagi. Siapa yang familiar dengan konsep 5S yang sinonim dengan masyarakat Jepun pasti tau kan. Kalau di kilang berorientasikan Jepun ni lagi lah. Hari-hari sebut 5S je haha..


5s Methodology and lean production

Dalam proses decluttering atau membuang barang-barang yang dah tak guna ni memang memerlukan hati yang kental kalau anda memang jenis yang susah nak buang barang. Suami saya memang tak boleh. Semua nak disimpannya. Sentimental value katanya.

Dengan lambakan barang yang semakin banyak, lama-lama semakin semak dan ruang yang ada tak dapat digunakan sebaiknya (not fully utilized). Jadi sebelum memulakan sistem pengurusan dan arragement barang-barang, adalah penting untuk kita segregate kan mana yang perlu, mana yang tak. yang tak perlu tu, bahagikan lagi untuk terus buang atau donate atau jual semula.

Saya pun buat sedikit demi sedikit, itupun dah sakit pinggang haha. Sempena tahun baru, naklah rumah yang lebih kemas dan sistematik. Anak-anak pun semakin membesar. Memerlukan environment yang lebih kondusif untuk sesi pembelajaran yang lebih baik kan.

Di Jepun juga terkenal dengan konsep MINIMALISM. Iaitu punyai barang sesedikit yang boleh untuk mengelakkan pembaziran, kesepahan dan juga lebih baik untuk alam sekitar. Awak semua bolehlah cari dekat google nanti ya. Minimalism juga satu langkah penjimatan yang sangat baik. Kita cuma beli atau ambil barang yang kita betu-betul perlu saja.

Sebenarnya dalam Islam pun dah ajar semua ni kan. BERSEDERHANA, ZUHUD. Islam tu kan indah. Islam dah ajar yang terbaik dalam setiap aspek kehidupan supaya kita menjalani kehidupan yang mampan dunia akhirat gitu.

Jadi rumah pun tak banyak barang, senang kemas dan dapat ketenangan fikiran kan. Kalau tengok rumah orang mengamalkan konsep ni, memang lapang sahaja rumah tanpa perabot-perabot yang berlebihan. Saya memang suka konsep macam ni, maklumlah malas nak kemas haha..

Baiklah setakat di sini sahaja untuk hari ini. Harapnya informasi ini dapat memberi manfaat buat kita InshaAllah amin..


Image result for minimalist

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

5 ulasan:

  1. Buat 5S kat rumah tak pernha-pernahnya nak sudah. Betul sesetengah orang memang susah nak buang barang-barang kat rumah. Akak pun kadang-kadang macam tu tapi bila barang bertambah, kena `pejam mata' juga buang kan mana yang betul-betul tak perlu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak Azi..nafsu kita ni bila nampak barang di kedai semua nak angkut bawa balik. sudahnya penuh rumah..Astagfirullahal'azim kena banyak mengucap bila pergi mall he he..

      Padam
  2. Dulu rumah Zumal macam store sekarang dah lapang boleh main badminton sebab jual apa yg dah lama dan buat sakit mata

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagusnya Zumal.. rumah saya pun lapang..tp buku2 banyak sgt nk buang sayang. nk jual kut xde org nk beli he he..

      Padam
  3. I am so grateful for your article.Much thanks again. Fantastic. Get 1000s of Twitter hashtags using Keyword Tool for (FREE)! Grow your Twitter followers & find trending topics. #1 BEST alternative to Twitter search!

    BalasPadam

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...