Memaparkan catatan dengan label keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keluarga. Papar semua catatan

Jumaat, 24 Ogos 2018

Blueblue Playland Ipoh



Image may contain: 2 people, people standing

Alhamdulillah tempoh hari saya, suami dan anak-anak dapat merasai pengalaman bermain di Blueblue Playland (BBP) Ipoh. Lokasinya terletak di No.2, Arena Gunung Rapat, Jalan Gunung Rapat, Gunung Rapat 31350, Ipoh, Perak.

Image may contain: Masliana Tarmimi, smiling, hat


BBP telah memulakan operasi sejak 30 Jan 2017 dan merupakan taman permainan kanak-kanak yang terbesar di Ipoh dengan keluasan 21,000 kaki persegi. Bangunan 4 tingkatnya menampung akitiviti seisi keluarga dan anak-anak yang berusia 0 hingga 15 tahun. Ya, baby pun boleh main tau.




Tarikan utama BBP ni adalah trampoline park yang diberi nama Master Jump. Anak-anak yang berusia 7 tahun ke atas boleh lah cuba main trampoline park ni. Best!! Setiap hari siap ada free training lagi dari pukul 3-5 petang yang akan dilatih oleh jurulatih profesional. Masa kitorang pergi tu siap ada pertunjukan Ninja!


Selain daripada Master Jump, ada juga arena sukan yang family-oriented seperti gelanggang badminton yang mempunyai size standard Olimpik. Sesiapa yang suka main badminton boleh lah cuba main di court badminton BPP. Kalau nak hantar anak tau sign up diri sendiri dalam Lee Chong Wei Badminton Academy pon boleh. Coachin badminton dan modul latihan adalah inspired dan guided by Datuk Wira Lee Chong Wei tau. Kalau tak nak main badminton, ada juga gelanggang futsal indoor (Master Kick).


Yang menariknya BPP turut menyediakan aktiviti-aktiviti seperti corporate event, lawatan sekolah, lawatan OKU secara percuma, birthday party, aktiviti hujung minggu dan juga pertandingan mewarna. Selari dengan tema BPP iaitu 'Fun, Play and Learn', BPP sangat menekankan kepentingan development anak-anak termasuk fine and gross motor skills, bahasa dan sosial. Anak-anak dapat belajar melalui permainan dan dapat meningkatkan kebolehan melalui aktiviti seperti Messy Art, Creative Art dan lain-lain.

Image may contain: 1 person, smiling

Dekat BBP ni terdapat juga kawasan permainan pasir yang menggunakan biji cassia (perubatan China) untuk meningkatkan body dan sensory play anak-anak. BBP meluaskan lagi cabang pembelajaran melalui permainan dengan memberi fokus kepada idea-idea dan cara pembelajaran yang terbaru.

Image may contain: 4 people, people standing

BPP ni sesuai juga untuk dijadikan sebagai tempat untuk buat team building. Jadi you all bolehlah usulkan kepada management company tempat anda bekerja untuk buat aktiviti kat sini. Barulah boleh meningkatkan lagi semangat setiakawan dan lebih bermotivasi untuk bekerja dengan lebih baik gitu. Hehe.



Untuk yang datang berkeluarga dan bawa anak kecil, jangan risau. BBP menyediakan nursing room untuk ibu menyusukan baby dan bilik rehat untuk ibu dan baby. Kalau bawa banyak barang, nak sewa locker pun boleh. Bayar deposit RM10, nanti masa pulangkan kunci pihak BBO akan pulangkan balik deposit tu.


Sesiapa yang nak buat birthday party atau event kat sana tu, ada disediakan event hall yang boleh memuatkan sehingga 60 orang jemputan. Best ke best? Budak-budak mesti seronok habis ni. Dahlah dapat pergi birthday party, dapat pulak main macam-macam kat dalam tu.

Image may contain: 3 people, people smiling

BBP mengamalkan natural air ventilation yakni pengudaraan secara semulajadi. Lebih mesra alam gitu. Yang penting kita nak bakar kalori kita kat sana, bukan untuk bakar tenaga elektrik!

Bagi ibu-ibu, bapak-bapak, tak perlu risau tentang kebersihan dan juga hygiene sepanjang berada di BBP. Sebab mereka dah engage dengan SD Pro, company yang bertanggungjawab untuk memastikan kebersihan dan proses nyahkuman di premis BBP. Mereka menggunakan coating dengan bahan yang unik dan menjanjikan peformance yang baik dan tahan untuk tempoh jangka masa yang lama.


Selain tu pihak BBP juga menyediakan hand sanitizer di 9 stesen, jadi you all dan anak-anak boleh sentiasa sanitize tangan untuk mengelakkan sebarang jangkitan penyakit berjangkit. Kesimpulannya, taman permainan dan trampoline BBP ni adalah selamat, bersih dan berkualiti tinggi.

Bagi kita yang beragama Islam juga jangan risau. Ada ruang solat yang bersih dan selesa untuk kita solat di sana. Sejadah dan telekung bersih pun ada tau. InshaAllah bolehlah beribadat dengan selesa walaupun sambil beriadah bersama keluarga kan.


So, berminat tak nak bawa anak-anak pergi jenguk Blueblue Playland ni? Ada pakej promosi kombo yang disediakan dan BPP juga menawarkan harga promosi istimewa pada hari bekerja. Untuk pertanyaan lebih lanjut bolehlah intai-intai Facebook page, Instagram ataupun terus call BBP. 




Waktu operasi: Selasa-Ahad, 10 pagi hingga 8 malam.


Lokasi: Arena Gunung Rapat, Jalan Gunung Rapat, Gunung Rapat 31350, Ipoh, Perak. 



Silalah datang dan kongsikan keriangan bersama Blueblue Playland ya!



Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Selasa, 27 Disember 2016

Cuti Sekolah 2016

Salam semua,

Apa macam cuti 3 hari? Baik ke? Semoga bik-baik semua dan dapat dimanfaatkan bersama keluarga tersayang.

Macam mana pula program cuti sekolah? Saya tak ada ke mana pun lagi. Hari tu pergi rumah mak kat Shah Alam je. Nasib baik kat sana ada kolam dapatlah budak-budak2 tu berseronok bermandi-manda. Nak kata pergi holiday tu belum lagi lah.

Semalam pula kami open table kat depan rumah je. Ajak anak-anak saudara datang. Open table kat porch rumah tu, bawak keluar dapur dengan tong gas. Lepas tu kami masak burger, sosej n fries ala2 buat BBQ. Ketiau goreng pun ada. Settle.

Alhamdulillah it was good. Budak-budak semua pun happy. Dah macam pusat asuhan kanak-kanak jadinya rumah saya semalam.

[Photo]




Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Khamis, 27 Oktober 2016

Tips Rumah Tangga - Sokong Apa Yang Pasangan Minat


Image result for walking dead

Salam semua...

Eh tajuk kata tips rumah tangga, apasal tiba-tiba keluar gambar cerita zombie? Hehe.. Buat sesiapa yang mengikuti cerita bersiri Walking Dead, season baru dah mula dah ye, dah habis 1 episod.

Okay, baru masuk tajuk sekarang. Saya pada mulanya tak minat tengok cerita ni. Macam ganas je. Lepas tu bukannya benar pun zombie zombie semua ni pada saya impossible. Tak real. Saya lebih suka cerita yang berkisarkan kehidupan, yang terjangkau dek akal. Bahkan saya suka tengok cerita dekat Sundane channel, yang pada setengah orang mungkin bosan dan selalu ceritanya tanpa kesudahan yang jelas. 

Tapi disebabkan suami yang suka tengok cerita ni, maka saya pun sikit-sikit follow jugaklah. Tengok sama-sama. Lepas tu excited sama-sama nak tunggu episod minggu depan. Saya tau dia minat, jadi saya sokonglah. Supaya we have some moment in common. Boleh buat sesuatu bersama.

Suami saya pun sama juga. Dulu masa di Jepun, saya yang mula-mula layan cerita House. Lepas tu dia pula teman saya tengok. Kadang tu dia pula terlebih layan sorang-sorang tak tunggu saya. Antara cerita lain that we enjoyed watching together adalah drama bersiri Jepun, My Boss My Hero.

Sebenarnya saya dapat tips ni pun dari kawan sekolah. Dia pun sokong minat suami dia yang suka sangat kumpul jersi bola. Sampai ada satu wardrobe khas untuk jersi saja. Dasyat betul.

So that's it yang saya nak kongsikan. Selagi minat pasangan kita tu bukan sesuatu yang melanggar syarak atau memudaratkan, biarlah dia buat. Jangan asyik nak marah saja. Nanti dia tak happy, kita pun tak happy. Apa pun, toleransi adalah kunci utama kebahagiaan. Sekian, terima kasih kerana membaca=))


Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Rabu, 25 Mei 2016

KENAPA RAMAI WANITA MEMILIH UNTUK BERHENTI KERJA?

Dilema Ibu Bekerja

Menjadi dilema bagi setiap ibu berkerjaya antara kerja dan keluarga. Saya pun merasakan yang sama sejak dulu lagi. Apakan daya tuntutan kewangan menyebabkan saya terus bekerja. Tapi saya rasa tak kurang ibu-ibu yang walaupun bekerjaya, memiliki ijazah malah ada yang berkelulusan dari luar negara, memilih untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Jangan tak percaya kawan sekolah saya sendiri yang seorang doktor pun dah berhenti tau.

Punca Ibu Memilih Untuk Berhenti Kerja

Kenapa agaknya ye? Kalau diikutkan banyak punca dan sebab mengapa ibu bekerjaya memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Malah ada juga sebab-sebab terpencil mengikut keadaan setiap ibu dan keluarga.

Tuntutan Tanggungjawab Terhadap Keluarga

Pada saya wanita bekerja ni, sementelah jadi ibu terutamanya, tanggungjawab sangat banyak. Selain tuntutan di tempat kerja, keperluan keluarga juga kebanyakannya masih perlu digalas oleh ibu. Menjaga anak, memasak, mengemas rumah, penjagaan kesihatan anak-anak dan sebagainya. 

Yang mana kadang-kala tuntutan keluarga sebegini menyebabkan ibu-ibu tak dapat fokus sepenuhnya pada kerjaya. Maka timbullah masalah sebagai seorang pekerja, terpaksa ambil cuti untuk jaga anak contohnya. Kadang-kadang kena masuk kerja lambat, atau pulang lebih awal untuk ambil anak. 

Penilaian Prestasi Di Tempat Kerja Kurang Baik

Kalau dapat majikan yang memahami, alhamdulillah, kurang sikit tekanan. Tapi selalunya setiap tempat kerja ada polisi nya yang tersendiri. Kalau pekerja yang selalu ada masalah kedatangan macam ni selalunya akan mendapat penilaian yang rendah. Penyudahnya kenaikan gaji rendah dan susah nak naik pangkat.

Bila dapat penilaian rendah dari pihak majikan, rasa tak gembira dan tekanan mesti ada. Yelah kita penat-penat bekerja tapi tak mendapat imbuhan yang sepatutnya hanya disebabkan kita perlu fokus pada keluarga berbanding kerjaya. Ini yang pada saya salah satu sebab penyumbang golongan ibu memilih untuk berhenti kerja.

Faktor Kewangan, Kos Yang Tinggi

Biasanya orang akan teragak-agak untuk berhenti kerja sebab tuntutan kewangan dan keperluan membayar pelbagai hutang, Kalau tak kerja tak ada duit, tapi kalau kerja pun sebenarnya habis juga banyak duit. Nak bayar kos upah orang atau taska mengasuh anak lagi, minyak kereta dal tol lagi. Sudahnya sebahagian besar gaji ibu-ibu habis sebagai kos untuk keluar bekerja. Jadi ada juga yang memilih untuk lebih baik duduk di rumah, jaga anak sendiri. Walaupun hanya tinggal mata pencarian suami, memilih untuk hidup biasa-biasa dan tengok anak membesar di depan mata.

Demi Menjaga Anak-anak

Dan saya rasa dilema terbesar ibu bekerja adalah tak cukup masa dengan anak-anak. Terkadang tu rasa macam cepatnya budak-budak ni membesar sedangkan kita tak dapat menikmati sepenuhnya setiap detik pembesaran mereka. Sayangnya.. Perasaan nak mendidik anak dengan usaha sendiri, nak bagi anak-anak membesar dengan makan hasil air tangan ibu sendiri pasti ada bagi setiap ibu kan. Yelah kadang-kadang ibu yang bekerja mana nak sempat masak sangat. Melainkan ibu yang betul-betul gigih bangun memasak pukul 4 pagi. Ibu yang begini memang saya salute sangat. Hebat!

Setiap Ibu Adalah Hebat, Bekerja Mahupun Tidak!

Apa pun saya pasti, setiap ibu yang memilih untuk terus bekerja mahupun yang mempunyai kekuatan untuk berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa, mereka pasti ada alasan yang tersendiri. Setiap pilihan pasti dibuat setelah memikirkan pro dan kontra dan memilih yang terbaik untuk diri sendiri, anak-anak dan keluarga.

Lagipun sekarang ni dah banyak pilihan untuk menambah pendapatan. Sekarang dunia di hujung jari, nak jalankan perniagaan dari rumah pun boleh sangat. Malah ada ibu yang memperoleh pendapat yang lebih dengan berniaga dari rumah berbanding dengan semasa bekerja di luar. Hebat kan.
Dan bagi ibu-ibu yang memilih untuk terus bekerja dan dapat menyeimbangkan antara tuntutan kerja dan keluarga seikhlas hati, anda cukup hebat! In sha Allah setiap kita pasti mendapat balasan atas setiap yang kita kerjakan walau sebesar zarah. Saya ada terbaca artikel yang menulis tentang mencadangkan waktu kerja fleksibel bagi ibu-ibu untuk support ibu yang bekerja, maaf saya lupa sumbernya. Tapi saya kira, negara kita masih jauh lagi untuk ke arah itu. Maka berusahalah! Hehe.

Akhir kata saya doakan yang terbaik buat ibu-ibu semua,, bekerja atau tidak, semoga dipermudahkan urusan dunia akhirat. Dan semoga syurga jualah pengakhiran buat kita amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...