Saya belajar sesuatu semalam daripada seseorang.
Masa adalah.. masa
Masa bukan emas.
Masa bukan duit.
Tapi masa adalah masa.
Dalam maksudnya yang tersendiri.
Sesuatu yang sentiasa ada, sentiasa berjalan, seolah-olah masa juga hidup tapi tak pernah mati.
Bayangkanlah cahaya bintang yang kita lihat bertebaran indah di langit malam tadi, sebenarnya terbakar entah berapa ratus malas ribu tahun cahaya yang lalu.
Panjangnya masa yang telah berlalu!
Manusia dalam kerugian
Kalaulah dulu saya tau.
Takkan saya mensiakan masa di kala lalu.
Kalau lebih dulu saya tahu, rahsia pada ketenangan hati, kebahagiaan jiwa, hidup pasti terasa lebih indah dan nyaman.
Tapi saya tak tau, terkadang tau tapi kurang sedar.
Lalu banyak masa saya dibazirkan dengan rasa marah, sedih, geram, takut dan seumpanya.
Kalaulah saya tau!
Masih belum terlambat
Masa yang berlalu telah tinggalkan saya.
Atau saya yang tinggalkannya.
Saya pun tak tahu siapa tinggal siapa.
Syukur masa masih bersama saya,
Atau sebetulnya saya masih bersama masa.
Semoga masih sempat saya memperbetulkannya.
Kerana tiap saat adalah berharga.
Kita pinta, doa hari2 supaya dikurniakan keberkatan masa.
BalasPadamBerkat nya masa itu penting.
Tu pasal alim ulama zaman dahulu, boleh baca khatam Al Quran dlm sehari, padahal mmg tetap busy mengajar, berniaga....sebab berkatnya masa.
Indah perkongsian Cik Siti...semoga memberi manfaat kita bersama, singgah sabtu ke sini :)
BalasPadamNice sharing.. Jom la join GA Papaglamz..
BalasPadamRED CARPET GIVEAWAY BERSAMA PAPAGLAMZ
setuju semua tu demi msa sesungguhnya manusia dlm kerugian. penuhilh msa dgn perkara yg baik serta manfaat.
BalasPadamn3 yg simple sgt bermakna
dalam maksud kata2 cik siti ni kan :)
BalasPadamada banyak.. benda yang dah berlalu yang dikesalkan.. smoga Allah ampunkan kita semua..
BalasPadamusah disesalkan masa silam pasti ada hikmahnya =) insyaAllah Allah kan Maha Pengampun..
Padam