Rabu, 2 November 2016

Harga Minyak Naik?

Salam semua,

Rata-rata dua tiga hari ni ramai sangat yang update pasal kenaikan harga minyak masak dan petrol rententan dari pembentangan bajet 2017 baru-baru ni. Herm susah betul nak komen ye. Kalau mengeluh di kata mengeluh, kalau redha di kata macai. Hehe.

Image result for minyak masak
Gambar hasil Google.

Apa pun, ketepikan seketika soal politik. Ketepikan seketika soal rasuah atau penyelewangan dalam penyelenggaraan kewangan negara. Kerana semua itu amatlah sedikit yang kita (saya sebenarnya) ketahui kebenarannya. Takut tersalah kata nanti fitnah jadinya.

Yang pasti, mereka yang kaya semakin kaya. Tak kiralah dengan apa cara samada halal atau sebaliknya, mungkin atas usaha mereka. Malah yang miskin semakin miskin. Mungkin akibat si kaya yang kurang dalam berkongsi rezekinya. Dosa pahala hanya Dia yang menentukan. Sungguh Dia yang Maha Adil adanya.

Apa pun ingatlah. Dunia cuma sementara. Yang kekal akhirat jua. Kalau kita rasa susah dan teraniaya ketika di dunia, tapi akhirat tidak dilupa, Insha Allah harapnya syurga juga tempat kita kelak.

Yang diluar bidang kuasa kita, hanya doa yang mampu kita titipkan. Fokuslah kepada perkara yang boleh kita ubah. Mungkin perspektif kita dalam melihat kehidupan. Sungguh dunia kita sebenarnya adalah apa yang ada dalam minda kita.

Wallahualam.

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

4 ulasan:

  1. I agree with you, insyAllah kalau betul ada orang yg salah guna kuasa or what so ever, pastu he/she's living well in the worldly life, kat akhirat nanti takde seorang yg terlepas dr hisab Allah kan. T_T

    hanisamanina.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya..kita sepatutnya kena jaga amalan kita dulu..boleh menyuarakan pendapat tapi bersederhanalah.

      Padam
  2. tak tahu nak kata apa dengan keadaan sekarang.. hehe...
    kita cuma boleh ubah diri kita ja... hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tu..ubah gaya hidup ubah gaya makan he he

      Padam

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...