Khamis, 23 Oktober 2014

Breastfeeding bullies

Eherm..

Siapa yang pernah dengar term breastfeeding bullies ni? Pada yang taktau saya cerita sikit ye. Breastfeeding bullies ni refers to emak-emak yang BF anak dia dan terlalu taksub dengan breastfeeding hingga tahap menghina emak-emak yang bagi susu formula kat anak.

Lets give them a big NO!

Saya faham dengan kemajuan teknologi serta limpahan sumber informasi (eh!), it is actually a very good thing that mothers nowadays are very keen on breastfeeding their babies. Memang Allah pun sarankan kita menyusu anak sehingga cukup 2 tahun or setakat mutually agreed by both mother and baby. Tak dapat disangkal susu ibu paling baik bagi bayi.

But at the same time, kita juga kena faham tak semua ibu yang dikurniakan rezeki untuk menyusukan anak. Ada yang dah usaha macam-macam, beli breast pump mahal, makan supplement, power pumping lagi tapi masih tak mampu sediakan susu yang secukupnya untuk baby. As a final resolution kenalah bagi juga formula kan. Takkan nak biar anak kelaparan semata-mata nak mempertahakankan pendirian nak juga BF anak sebab orang sekeliling kita semua BF anak.

On the other hands, there are mothers who choose not to BF pun ada. Just leave it to them la kan. Kita tak tau apa masalah orang so lets not simply judge others dengan kecaman seperti:

Oh siapa tak BF anak, tak sayang anak..
Tak BF anak, nanti anak tak pandai..
Susu tak cukup maknanya malas nak usaha..

and what not..

I get it  some simply just nak nasihat. I also do sometimes, kalau ada orang ask for advice (saya pun BF anak2 juga).Atau bagi semangat. Cuma maybe diorang tak perasan yang their comments or remarks to actually boleh menyakitkan hati ibu-ibu yang lain. Ada yang extreme sangat komen nyer pun. Especially those yang nak sangat BF tapi tak dapat. So lets berhati-hati kalau tulis komen or update status kat FB tu. Takut tanpa disedari entah berapa banyak hati yang kita dah sakitkan.

Come on yer peeps. Bukan susu badan semata-mata yang menentukan sel-sel otak anak kita berhubung ke tak, anak kita pandai ke tak, sihat ke tak. Yes BF does help tapi it's not the only factor. Semua atas ketentuan Allah juga. Banyak lagi faktor lain, macam didikan kita, persekitaran, dan sebagainya yang bakal menentukan kelansungan hidup anak-anak kita.

Not breastfeeding does not make us less a mother.

Tidak menyusukan anak dengan susu badan tak menjadikan seseorang kurang keibuan.

Setiap ibu memang nak bagi yang terbaik untuk anak-anak. We do our best within our capabilities. Yes, mengikut kemampuan masing-masing. In sha Allah..

Kuddos to those breastfeeding mothers. And to those non-breastfeeding mothers also. We worked hard being pregnant, lepas tu pushing the babies out into the world pulak. Breastfeeding or not, kita masih seorang ibu.

Apa pun pilihan kita yang penting jangan stress tau especially dengan pandangan orang sekeliling. Kita kena happy2 barulah anak pun happy kan =)

And do not judge! Dalam segala apa aspect pun, just stop judging. Bukan kerja kita tu nak bagi hukuman kat orang. There a lots of trouble kat dunia ni yang timbul just because of people keep on judging other people. Berlapang dada lah.. It's okay to give advice, but lets keep it moderate. Or better yet, give advice to those willing to hear only heheh.

Peringatan untuk diri sendiri juga ni. Mohon tiada yang terasa ya. Kalau ada, saya minta maaf tau.

10 ulasan:

  1. apasal saya suka sangat dengan entri ni...macam nak buat ulasan pulak dah ni... hurmm...he he he... nantikan saya ulas pulak...

    BalasPadam
  2. thorbaeeeek...

    setuju sgt2.
    dh cuba yg tbaik beli segala tp susu drop ms jg Aqil kt wad.lps tu mmg x dpt fully BF...ada pon ckit2 ja tu pon tetap bsyukur Aqil nk juga hisap

    BalasPadam
  3. Assalam siti,
    betui3....
    kekadang manusia ni niat dari awai nyusu anak tu dah terpesong, tu yg boleh dok kuor kata sesuka ati busuk deme tu kan3...
    bersykur dengan apa yang ada kan3
    nikmat bersuami, nikmat melahirkan, nikmat berkeluarga, dan nikmat menyusu (kalo ada rezeki)
    setiap orang Allah kurnia nikmat bebeza2 kan3

    BalasPadam
  4. ibu mana yang tak nak menyusu anak kan..

    BalasPadam
  5. tp mmg ada yg sengaja xnak nyusu anak sebab takut nanti breast lanjut la ape lah..nanti bdn x cntk lah..yg niat mcm tu mmg dilaknat Allah...huhu

    BalasPadam
  6. Konsepnya, jangan mudah menjatuhkan hukum..menilai orang.
    Kita mmg patut beri nasihat & semangat, kpd ibu2 yg mmg sengaja tak mahu b/ feed atau kurang effort.
    Pun begitu, jgn di cemuh..
    Saya sendiri mmg selalu bagi nasihat kat ibu2 yg dtg jumpa saya...saya share sendiri kisah bagaimana wife saya menyusukan anak...

    BalasPadam
  7. betul tu setuju..siapa kita untuk menilai orang lain..
    saya penah terasa..dan ada kata2 mereka yang buat saya terasa tapi saya anggap itu semua ujian..
    ada ke ibu yang sengaja tak mahu bagi anak susu badan..

    BalasPadam
  8. Hmmm... Itu atas hak masing2 juga.. Setiap ibu nk yg terbaik utk anknya...

    BalasPadam
  9. ye saya setuju dan saya paling tak suka statment "anak yang menyusu susu ibu anak ibu, anak yang menyusu susu lembu anak lembu" saya paling benci ayat tu walaupun saya sendiri fully bf pada Fateh Uwais. rezeki memasing Allah yang bagi, ujian jugak Allah yang beri. asal kita dah usaha usaha dan doa tapi Allah tak izinkan siapa kita nak menolak takdir :)

    BalasPadam
  10. mak mana yg nak ank minum susu formula..kalo dh tak mmpu nk buat cm mana...jnji kena usaha dulu...apapn cara penyusuan org kat ank2 kita tak de hak nk kritik...kena kt seniri bru tau.... mmmm mcm2 pemikiran org skrg ni...negetif senantiasa ~

    BalasPadam

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...