Adoi.
Tadi nampak seorang abang technician kat kilang dengan kaki bengkak. Minggu lepas saya nampak dah kat FB dia gambar kulit kaki terkoyak ADOIADOIADOI tengok pun dah sakit.
So saya sembanglah dengan dia tanya macam mana boleh jadi semua. Rupanya sebab jatuh longkang masa tengah menguruskan perniagaan pasar malam dia. Allah.. musibah datang pelbagai cara kan.
Yang xsyoknya, benda tu jadi sehari lepas dia cancel policy PruBSN dia. Adeh.. so tak dapatlah claim.. Abang ni saya pernah juga offer nak tolong buat application medical untuk dia dulu, tapi tak ada feedback. Baru-baru ni dia buat dengan kawan dia, so okaylah. Saya pun happy jer as long as orang tu berkesedaran nak ambil insurans, dengan ejen mana2 pun Alhamdulillah dah.
Tapi boleh pulak dia cancel. Sebabnya policy dia exclude coverage untuk kaki kiri sebab kaki dia pernah patah masa main bola dulu2. Dia kata rugi lah, bayar mahal tapi tak cover untuk bahagian yang paling dirisaukan. Actually memang macam tulah kaedahnya insurans, kami cover orang yang berkemungkinan untuk jadi sakit (which is everyone are likely to get sick). Kalau kami cover orang yang dah memang sakit alamat lingkuplah seluruh company insurans, sebab semua orang buat claim. Then all money will be gone in seconds yo lah..
I can relate lah sebenarnya. Betullah dia rasa macam tu kan, sebab dia fokus pada satu expect saja. (Expect rugi bayar insurans sebab insurans ni takmau cover kaki kiri aku) Tapi sebenarnya pada saya you kena tengok on the whole picture. Cuma satu exclusion. Tapi kalau dia kena penyakit lain, masih lagi cover. Banyaaaaaakk lagi penyakit lain yang dia boleh kena selain kecederaan pada kaki kiri. Ahli sukan pun ada yang bukan meninggal masa bersukan, malah ramai yang bermasalah jantung, kanser and so on. See..
Ada member ejen saya kata, dia sepatutnya bersyukur sebab exclude satu bahagian je. Ada orang yang NAK sangat buat insurans tapi tak dapat tau. Betul juga tu. Setakat ni saya tak ada lagi client yang kena reject permohonannya..
Back to square saya rasa Abang ni sebenarnya tak sedar lagi ruginya dia cancel plan insurans tu. Dan mungkin juga bayaran bulanan yang dia kena bayar terlalu tinggi bagi dia which does not meet dia punya budget. Tu sebab utama yang dia cancel rasanya.
Jadi kawan-kawan, insurans memang penting, tak dinafikan lagi. But it is also important to find an agent yang boleh bagi harga according to your budget, dan yang boleh bagi maklumat secara telus kepada anda. Above of all kalau you dah ada insurans, jangan terus terpedaya kalau ada ejen yang approach suruh stop insurans lama, then buat baru dengan dia. Anda mungkin rugi besar. Melainkan kalau insurans lama tu pun tak boleh diharap dan menghabis beras semata-mata. Things like this, tolong consult kepada yang lebih mengetahui. Kalau you all tanya saya, in shaa Allah saya tak akan bias. Saya cuma akan kata PruBSN is the best. Heheh. Seriously saya akan advice according to your needs. Saya orang jujur (sambil buat muka dedikasi).
Eh tertinggal. Kenapa saya rasa sayang sangat dia stop policy insurans dia (walaupun saya bukan ejen dia)? Sayang woohh. Kali ni Alhamdulillah dia cuma jatuh longkang. Masih boleh datang kerja hari ni. What if anything bigger happened? Adoi kesian kat anak bini dia tau. Ingatkan boleh claim insurans, sekali jer tak boleh sebab dah cancel polisi! Ajal maut jodoh pertemuan memang di tangan tuhan, tapi kan Allah dah suruh kita bersedia.
Perkongsian tentang pengurusan kewangan, takaful, unit trust, bahasa Jepun and a little bit of everything.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH
Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...
-
Bismillahirrahmanirrahimm.. Siapa guna kredit kad kat sini? Angkat tangan. Saya pun baru je guna setelah 3 tahun bekerja kat bumi Malaysia...
-
Salam semua, Saya ada satu Whatsapp group kawan-kawan satu batch sekolah menengah ni. Memandangkan sekolah tu semua perempuan makanya ahli...
-
Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...
thanks for the reminder and information dear...
BalasPadamwahh akak bubbly datanglah..hihi thanks!
Padamowh u agent insurance ekk
BalasPadamif kat nihon ni insurance memang wajib bukan option
Tu lah kan.. Sebab tu lah kami tak cancel2 policy yg ambik dulu walaupun dpt ejen teruk dan bayarannya agak mahal..
BalasPadamPs:/ dapat.. Akak da balas rasanya.. Ingat siti sibuk sbb tak reply masa tu.. Sori sori
kami pun baru stop insurans Uwais bulan ni. punca utama dia kekangan kewangan lah. dengan kami PJJ lagi. sayang memang sayang, tapi dah tak boleh tarik ;(((( insyaAllah lepas ni akan buat balik, dan suami pun baru je dapat permision untuk pergi ujian insurans dia :)
BalasPadamit's okay Kira..kalau betul2 tak mengizinkan nak buat mcmana ye tak. in sha Allah ada rezeki Uwais tu nanti. Good luck to your hubby!
PadamSetakat ni takde lagi cancel policy insurans walaupon sebelum ni beria jgk nk cancel..
BalasPadam