Jumaat, 3 Oktober 2014

Berkorbanlah sikit demi manfaat jangka panjang

Dalam Utusan hari ni keluar artikel pasal Takaful. Secara ringkasnya dia kata;
  1. Tahap kesedaran terhadap kepentingan Takaful especially di kalangan Melayu sangat sikit. Hanya 13 daripada 100 orang memiliki sijil Takaful.
  2. Alasan utama ialah tak cukup duit sebab kos sara hidup tinggi. Sedangkan kebanyakan mampu beli kereta mewah, gajet elektronik dan sebagainya.
  3. Diorang ni actually tak nampak keperluan dan manfaat jangka panjang Takaful dan lebih cenderung spend duit untuk keseronokan jangka pendek.
  4. Skim Takaful menyediakan perlindungan dengan membayar sejumlah pampasan sekiranya peserta meninggal, sakit kritikal, kecacatan kekal. So disebabkan perjalanan hidup yang sukar diramal, semua orang sepatutnya mempunyai sijil takaful untuk melindungi diri dan keluarga.
  5. Kos rawatan semakin hari semakin meningkat. Kalau ditakdirkan kita mendapat sakit kritikal, apakah persediaan kita?
  6. Sebahagian kita sedar kepentingan Takaful tapi still buat tak endah. Until its too late.. Bila dah perkara dah jadi, kesian keluarga yang ditinggalkan terpinga-pinga tanpa perlindungan kewangan.
  7. Dalam masa sama pengendali Takaful sepatutnya memberi informasi secara lebih meluas bukan setakat di bandar sahaja. Sebab semua orang perlukan Takaful termasuk yang tinggal di kampung.
  8. Buat masa ni ejen berdaftar dengan pengendali Takaful yang banyak buat promotion. But there are certain agent yang hanya mementingkan aspect perniagaan tanpa benar-benar mendidik tentang Takaful. No Good! We need real prihatin agent here.
  9. Hopefully semua orang especially umat Islam kat Malaysia ni sedar kepentingan Takaful supaya diri dan keluarga sentiasa dilindungi ketika ditimpa musibah.
Klik link kat atas untuk artikel penuh. Gigih saya dah summarize kan untuk you all hehe.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Isteri-isteri sekalian, kita tak kan tau bila masanya suami tersayang akan pergi tinggalkan kita. Tolonglah ambil sikit masa untuk fikir, kalau suami kita tiba-tiba meninggal dunia, kemana nak kita bawa anak-anak semua? Nak tumpang rumah parents.. selama mana? Suami meninggal, pendapatan pun meninggal sama. Percayalah it will not be easy. Arwah ayah saya meninggal sebab accident masa saya form 4. Lepas tu kehidupan kami sangat susah. Duit biasiswa sekolah yang tak seberapa saya hantar kat mak dan adik2 di kampung buat belanja. Waktu rehat saya tak makan sebab tiada duit. Saya sudah laluinya sebab tu saya tau. Yang lain tak perlulah saya cerita lanjut.. (Alhamdulillah berkat doa ibu dan keluarga, cikgu, sahabat, dan kasih sayang Allah pada saya, merasa saya tamat pengajian kat Japan dulu)
Sekarang industri Takaful makin maju. Sudah ada pelan yang murah RM20 pun sudah boleh dapat perlindungan. Waktu sihat dan muda ni lah masa yang sangat sangat sesuai. Kalau dah sakit nanti belum tentu permohonan kita diterima. Application suami saya sampai sekarang belum approve sebab history sakit dia.
Yes tugas saya hanya berkongsi dan mendidik anda. Pilihan tetap di tangan anda. Kalau rasa nak jumpa saya boleh contact 012-2961984. Kalau you all ada kawan-kawan yang juga ejen takaful, silalah consult kawan you all tu pun tak apa. Kalau ada kawan yang mungkin memerlukan info ni macam surirumah sepenuh masa atau ketua keluarga dengan single income, tolong panjangkan kepada dia.


1 ulasan:

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...