Jumaat, 3 Oktober 2014

Terima kasih top commentators!

Setelah 5 bulan blog ini beroperasi.. dengan ini saya nak menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan buat semua yang melawat blog saya yang tidak seberapa ini. Lebih-lebih lagi buat yang rajin memberi feedback yang bernas untuk entry2 saya juga =)

7 top commentators setakat seperti berikut:
  1. Mamakaori (45)
  2. Z@i Z@mR33 (25)
  3. Rai Ourkizuna (18)
  4. Kira Sakura (12)
  5. cik Anggur (10)
  6. Mimi Azirah (8)
  7. Petak Bunga (7)
Terima kasih tau.. saya taktau lah nak bagi apa. Saya kirimkan doa boleh? :P

Mamakaori especially mendahului rakan-rakan yang lain jauh tuuu.. Kita kasik cerita sikit. Akak kiter ni senior saya dekat JAD dulu. JAD stands for Japanese Associate Degree, tempatnya dekat KYPM Bangi. Dulu kitorang buat foundation before pergi Jepun kat sanalah. Selama 2 tahun, 8 jam sehari kami belajar bahasa Jepun plus other subjects @_@ Setiap hari ada test Kanji (tulisan Jepun yang macam China tu). Cumanya kat sana dulu saya nampak2 jelah mamakaori ni. Comel2 gitu orangnya. Saya ni pemalu takut nak tegur senior ni hehe. Senior yang kenal banyak sikit pun mungkin kakak2 usrah. Itupun diorang yang beriya nak membimbing saya ke arah kebenaran. Dulu2 zaman muda mudi, bila nampak kakak usrah jer lari ahahahahha buruk perangai. Jenuh kakak usrah pulak nak kejar kami hihi. Anyway mamakaori ni senegeri dengan saya, orang Ganu kiterrr. Wahwah orang Ganu memang comel2 kan. Ahaks! Apparently Rai Ourkizuna pun sama tempat juga kami. Hihi. Kecik donia ni kan..

Thanks again yer atas sokongan anda. Disebabkan mamakaori dah jauh sangat meninggalkan sahabat2 yang lain, saya rasa nak tukar widget buat top monthly commentator lah pulak. Barulah competetive sikit haha! Tapi saya tak jumpa pulak widgetnya. Share dengan saya pulissssss.. Manalah tau lepas ni dapat ilham nak bagi sesuatu ker kat pembaca yang disayangi sekalian ewah!

Serius ni. Tolong share widget monthly top commentator. Thanks in advance!

7 ulasan:

  1. Hihihi...rasa glemer kejap...

    Krik..krik..

    BalasPadam
  2. Syabas semua


    Farah nak url tu
    http://fuzamusa.blogspot.com/2014/10/bubblynotescom-mini-segmen-url-uolss.html

    BalasPadam
  3. http://madey09.blogspot.com/ datang dari blog mia liana

    BalasPadam
  4. mendoakan yang bebaik jugak untuk awak sekeluarga..

    err widget tu kan. saya dapat masa dashboard lamaaaaaaa dulu, sekarang dah tukar yang baru tatau nak cari ceruk mana dah link dia T.T

    BalasPadam
  5. tanhniah buat semua yang tersenarai :)

    BalasPadam
  6. Kalu ada widget yang auto, mummy pun nak juger.. tapi rasanya orang yang pakai domain tertentu je kot yg boleh monitor secara auto nih.. hmmm..

    BalasPadam

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...