Memaparkan catatan dengan label teknologi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label teknologi. Papar semua catatan

Rabu, 21 September 2016

Langkah Mudah Ganti Kad ATM Maybank Melalui Maybank2U

Salam semua..

Anda semua dah ganti kad ATM yang baru ke? Masa yang viral kena tukar kad sebelum 31 Julai tu ada juga saya pergi kaunter Maybank nak tukar, tapi masa tu waktu solat Jumaat jadi staff Maybank kata lepas Jumaat baru boleh tukar. Tak jadilah saya tukar sebab nak kena masuk kerja balik. Orang pun ramai nampaknya.

Kenapa kena tukar kad baru sebenarnya? Berikut saya copy paste dari adarain.com. Terima kasih ye.



Dengan penggantian kad baru akan memudahkan pengguna untuk melakukan aktitviti jual beli serta meningkatkan keselamatan.
Penggunaan tandatangan untuk transaksi pembelian akan dihentikan apabila semua Kad kepada Kad PIN. Ini adalah salah satu inisiatif yang meluas untuk meningkatkan keselamatan kad anda yang berkaitan urus niaga tanpa kebenaran, melancong dan aktiviti penipuan.
Kad ini diaktifkan dengan ciri sentuh iaitu Visa payWave, MasterCard® dan MyDebit. Anda boleh ‘wave’ atau sentuh pada pembaca kad tanpa sentuhan macam Touch N GO. PIN tidak diperlukan jika transaksi di bawah RM250, manakala transaksi di atas RM250 nombor PIN diperlukan.
Jika anda belum tukar lagi kerana kekangan waktu atau apa jua alasan, jangan risau! Bagi pemegang kad Maybank kini anda boleh tukar kad dengan hanya memohon dari laman web Maybank2u.


Langkah 1: Log in ke akaun Maybank2u anda, tekan butang Replace your Maybank Debit Card via M2U seperti di atas.

Langkah 2: Tekan butang Replace Card.

Langkah 3: Masukkan alamat anda ingin kad baru anda dihantar, tekan butang Continue.

Langkah 4: Dah siap! Kad baru anda akan dihantar dalam masa 14 hari bekerja.

Ok sekian. Mudah kan? Tak perlu lagi menunggu lama di kaunter bank. Jimat masa dan tenaga. Terima kasih kerana membaca blog saya.

*Update 2/11/16: Kad ATM baru saya dah sampai yeay.

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Selasa, 2 Ogos 2016

Sambil Kenyit Mata, Sambil Snap Gambar!


Blincam. Kamera baru yang sangat kecil dan compact, boleh dilekatkan pada bingkai cermin mata, winkkkkkk terus dapat snap gambar. Totally hands free. Nampak video iklan ni lalu dekat newsfeed FB saya. Menarik sangat kan. 

Sebuah inovasi yang memberi nafas lebih baru pada dunia fotografi. Walaupun saya rasa banyak je dah kamera kecil macam ni dicipta dan digunakan especially dalam dunia pengintipan yang macam selalu kita tengok kat TV tu kan. But they way they put it into the video makes it look so handy and amazing.


I bet camera ni will be very beneficial to those yang suka buat tutorial masakan ke kan. Ye lah tangan masih boleh buat kerja, cuma kenyit mata saja terus dapat ambil gambar.  Ambik ambar anak-anak ataupun natures pun seronok juga. Sebab anak-anak kan pergerakannya pantas. Selalu ibu-ibu ni excited bila anak baru nak belajar sesuatu benda baru. Saat-saat yang kita nak capture will be more captureable dengan Blincam ni kan. Apa saja yang kita nampak, terus boleh snap. Tak perlu terkial-kial godek beg, baru nak cari camera atau phone lepas tu nak on lagi. By the time camera ready, the moment passed by.

Technology will never stop right? It will goes on and on, getting more advance day by day. And of course all thing comes with the pro and cons. Ada baik buruknya. How to overcome the bad? Pandai-pandailah jaga diri!

Sorry it wasn't a good closing, but I am getting a bit dizzy. Thanks for reading!



Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Rabu, 22 April 2015

3 TIPS MEMILIH SMARTPHONE: UKUR SMARTPHONE DI JARI SENDIRI

Salam semua=)

Pada yang dah lama follow blog saya, terima kasih saya ucapkan. Terharu saya hehe. Mungkin ada yang pernah baca entry saya pasal nak beli phone baru kat sini dan sini. Well guess what?? Saya dah beli semalam! Pachi pachi pachi (bunyi tepuk tangan dalam bahasa Jepun). Tahniah untuk saya hehe.

Setelah beberapa tahun nak tukar phone akhirnya saya terpaksa tukar sebab screen pecah teruk. Boleh guna lagi tapi nanti rasakanlah serbuk kaca tercacak-cacak kat jari haha.

Jadi hari ni saya nak kongsikan 3 tips untuk membeli smartphone (jika anda seorang menghargai setiap inci nilai duit anda atau berjimat macam saya)


1. Tahu feature phone yang macam mana sesuai untuk memenuhi keperluan anda. Contohnya saya semalam pergi kedai phone dan terus pin point phone macam mana yang saya nak, iaitu:
    • Android (sebab dah biasa guna)
    • Dual sim (sebab saya guna different plan untuk call dan data)
    • RAM at least 2GB (phone lama saya 512MB je tau. tu pun saya sabar selama 4 tahun)
    • Battery tahan lama (saya malas charge handphone especially kat rumah)
    • Kalau jatuh tak pecah. Well at least susah pecah. (saya kurang tertib dan selalu lupa nak sorok dari anak)
    • OS atleast Android 4.4
Ini priority saya. All other things macam camera ke, storage ke, resolution ke apa saya tak kisah sangat. Sebab saya bukan gamers, bukan heavy camera user. Jadi saya suka phone saya practical saja.

2. Setengah orang susah sikit nak faham kalau guna technical spec macam kat atas ni kan. Mungkin juga anda boleh tanya diri anda soalan berikut dulu sebelum memilih phone yang sesuai.
  • Anda suka sambil gambar, dan banyaaaaakk gambar? (Perlu high quality camera & storage besar)
  • Anda suka main game? (Perlu screen resolution cantik, processor speed laju)
  • Anda suka online, whatsapp, uploading gambar/video to social networking 24/7? (Perlu yang capabale of high speed network)
  • Anda ada keperluan istimewa tertentu? Macam kalau musician ke kena guna apps yang size besar and everything, so kena consider high storage)
  • Dari segi fizikal phone tu, kebesaran screen, tebal nipis, warna mana yang anda prefer?
Ini adalah antara benda yang anda boleh consider sebelum memilih smartphone yang sesuai dengan citarasa dan keperluan anda.

3. Lastly haruslah budget anda. Berapa yang anda nak spend? Kadang-kala anda sebenarnya tak perlu pun beli those high end phone yang terpampang di iklan-iklan yang harga ribu-ribu. Sometimes less is more=))

Some tips juga untuk cara bayaran. Saya malas nak terikat dengan  contact telco company (as in saya tak mau berhutang kalau boleh), so saya prefer beli cash atau credit card (yang saya akan bayar in full amount everytime). Tapi hati-hati! Beli guna credit card ada extra charge contoh kalau Maybank 2.5% (banyak tuuu). Guna debit card pun ada charge juga. Lain bank lain amount charge dia. So kalau ada cash beli terus guna cash lebih untung. Goshhh saya benci betul kalau duit saya kena guna untuk bayar banking charge. Saya prefer buat makan atau sedekah lagi bagus.

Sekian. Sesiapa ada tips tambahan dipersilakan bagitau ye.


p/s: Btw, saya beli Lenovo S860: dual sim, 2GB RAM, 4000 mAH battery, Android 4.4.2, 16 GB internal storage only, titanium back cover housing.
p/s/s: Semua tips di atas secara automatik terbatal kiranya orang tersayang nak hadiahkan iPhone 6+ untuk anda. Kalau dah free ambik je lah jangan banyak cerita lagi. Rezeki tu hehe.

Jumaat, 9 Januari 2015

Print anak dengan 3D printing

Hehehe.. boleh ker nak print anak? Ini contoh je. Contoh tipu takpee senior saya kat U dulu kata =P

Maklumlah seiringan dengan kemajuan teknologi alaf ini (ayat karangan sangat ni!), semua benda dah nak di 3D 4D kan. Scan anak dalam perut pun nak bagi nampak sampai ke dalam lubang hidung. Hehe. Kami dah beranak 3 ni, cukuplah sekadar 2D scan hitam putih tu saja dari dulu hingga selamanya hehe.

Anyway what is 3D printing?

Apa tu? Teknologi ni dah agak lama juga dah bertapak since few years ago. First time saya rasa tengok dalam TV kat Japan dulu. 3D print ni senang kata, print2 keluar benda sebijik sejibon macam yang kita nak. Bukan keluar gambar kat kertas ye. Tapi objek. Paling sinonim aplikasi dia untuk create prototype rumah ke bangunan ke untuk architecture purpose. Bolehlah baca kat wiki kalau rajin hehe.

Sumber google. Salah satu contoh 3D printing.

Dasat betul sekarang. Now we all can make these things at home. Set mainan LEGO contohnya pun boleh buat sendiri je. Butang ke pershiasan ke apa-apa jelah. Well provided you pandai CAD design lah software semua lah kan. Dan modal untuk beli printer dan bahan 'ink' dia. Haha. The 'ink', atau sebenarnya filament material yang digunakan sebagai output tu selalunya adalah plastik lah. ABS, HIPS, PLA dan sebagainya. Ni semua jenis-jenis plastik, tak faham takpe haha. Anyway kilang saya produce ABS resin. Most of your electronic appliances kat office dan rumah punya casing, outer, sebenarnya adalah berasal dari Prai ni ha hehehe.

Sekarang lebih advance lagi, the technology are used in medical industry. To recreate organ for education purpose lah. Sehingga ke tahap boleh print tangan/kaki palsu bagi yang memerlukan. Hebat kan.. Subhanallah Maha Suci Allah.. yang mengurniakan akal fikiran ilmuNya pada manusia..


Geli pulak tengok telinga macam ni haha



If you are planning to get on of this, it's quite a fun thing to do lah kan if you are into crafting dan benda-benda seni ni hehe.. But my concern is, more on the safetylah. Sebab semua pon boleh beli printer ni dan create things at home. All those plastics are not actually safe especially untuk dijadikan bekas makanan/minuman atau pun toys untuk toddlers because of the chemicals. I hope they are wise enough to puts warnings together with the printer set. Mestilah ada kot kan.

Okaylah that's all. Sekian kelas sains Cik Siti hihi.

Jumaat, 17 Oktober 2014

Biar gadjet beribu harga, tiada data apalah guna..

Assalamualaikum..

Salam Jumaat semua. Amboi tajuk entry ala-ala pepatah Melayu gitu. Sambil senyum simpul persis gadis sunti dengan kain batik menudung kepala =D

Hehehehe.. al-kisah hari ni saya tertinggal pulak Maxis MiFi punya benda alah tu. So no whatsapp so everlah for today. Saya currently guna 2 phone. 1 untuk call / sms saja. Line phone saya ni memang murah punya RM28 jer per month. Lagi satu untuk data. Sebab saya punya iPad wifi punya so saya guna lah Maxis MiFi ni. So, 4 benda alah ni kena sentiasa ada bersama saya, baru saya boleh betul2 connected to the world hahahaha. Which usually end up saya akan terlupa bawa salah satu, dua atau tiga benda ni semua. Hehehe.. How easy our life back then kan. Ignorance is bliss. Kadang-kadang on weekend saya biar je semua habis bateri, tenang hidup. Tapi not good juga untuk business person kan. Sekali sekala okay ler.
So sepatutnya hari ni saya nak share dengan you all sesuatu jeng jeng jeng. Tapi tak boleh nak access gambar-gambar semua, so tak dapatlah. Sila nantikan yer. Keyword: Shawl.

Selamat melalui hari Jumaat yang penuh barakah you all.

PruBSN ada launch product baru UmmahLink. Later saya cerita lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...