Khamis, 30 April 2015

SUSAH TAK MAKAN KAT JEPUN?

Salam semua.
Hari ni ada orang search 'nak makan onigiri kat Jepun' dan sampai ke blog saya. Saya harap dia jumpa apa yang dia cari di sini. Hehe..
Ramai yang tanya saya susah tak nak makan kat Jepun. Herm. Tak susah sangatlah sebenarnya kalau dah biasa dan kalau anda jenis yang tak memilih.
Pengalaman saya, mula-mula memang susah. Masakan dia mostly tak rasa apa sangat dan tak pedas. Bab tak pedas yang saya tak boleh tahan, sebab saya memang makan pedas. Setahun pertama kat sana, mostly apa yang saya order semua tak habis dimakan. Daripada berbadan besar masa mula-mula sampai sampai jadi kurus. Dahlah malas nak masak sendiri dulu kan. Transport pula cuma basikal saja. Kalau hari cuti tu takda makanan kat rumah maka redho je lah hahaha.

Sushi

Dulu saya pon tak boleh nak makan sushi. Mula-mula pergi kedai Sushi pusing-pusing dengan boyfriend. Makan yang semua dah masak. Tapi last sekali, makan sushi unagi terus terkeluar balik. Walaupun dah masak tapi sebenarnya saya tak makan belut dan kebanyakan ikan sungai.
Lepas tu saya selalu ikut girlfriends pula makan kaitenzushi. Mula-mula memang makan telur (yang dah masak), buah-buah je. Lama-lama baru saya try makan salmon mentah. Lepas tu udang, sotong, sampailah semua yang mentah saya boleh makan. Tapi haruslah kena cicah dengan kicap dia tu, dan banyak-banyak halia jeruk dan green tea yang sedap, tak lupa juga wasabi. Elemen-elemen tambahan ni yang penting dan menambah selera kita makan sushi. Kalau mula-mula berjinak dengan sushi saya cuma makan 4-5 piring, lama-lama saya dah boleh makan 12 piring sekali makan! Nasib baiklah sepiring 100 yen saja. GST 5% jadilah 105 yen hehehe.

Makanan Halal 

Makanan halal, dulu yes, susah nak cari. Tapi diorang banyak juga menu seafood. So kalau peminat seafood macam saya sebenarnya tak susah sangat nak makan kat luar. Ambik je umi no sachi (makanan laut) punya bento. Atau pun makan udon/soba. Semuanya sedap. But yes saya rasa apa yang traveller dari Malaysia risaukan sangat ialah masalah komunikasi. Macam kami dulu boleh cakap Jepun so senanglah nak tanya dalam menu ada apa semua. Then boleh explain kami tak makan daging. Selalu kami akan minta 'niku nuki' means 'takmau daging' kalau was-was dengan sesuatu menu.
Tapi kalau anda memang tak boleh sangat nak makan washoku (Japanese food), kat sana pun ada banyak family restaurant yang hidangkan western food. Antara kegemaran saya macam First Kitchen, Saizeriya, lepas tu ada satu kedai kat Okayama dulu apa eh nama dia lupa lah.. Tapi memang best. First Kitchen tu macam McD KFC gitulah. Tapi dia ada burger udang yang sedap! Dua lagi tu Italian food punya kedai. Tapi affordable lah bagi kami as student dulu. Janganlah nak makan 3 kali sehari kat situ memanglah rasa mahal hehe. Saya pun dah naik senior sikit baru banyak makan kat luar sebab dah ada kereta yang dikongsi beli sesama batch.

Lunch Hour

Hari cuti yang problem sikit. Sebab dekat kafeteria sekolah adalah menu yang boleh makan. Tapi choice limited lah. So nak mengelak bosan hari-hari makan benda sama, selalu saya makan roti atau onigiri je. Onigiri ni nasi kepal yang dibalut dengan seaweed. Dalam nasi tu pulak ada yang kosong je, ada yang ada lauk. Selalu saya ambik lauk tuna dengan mayonis, sedap! Kalau you all nampak dia tulis 'sea chicken' tu maksudnya tuna tau bukan ayam hehe.

Masak Sendiri

Ramai juga yang tanya mana nak beli barang-barang kalau nak masak sendiri. Jangan risau. Kat sana ada tempat beli barang-barang halal. Yang mostly imported dari Saudi dan seumpanya. Beras siam pun ada juga tau. Kami panggil kedai halal, selalunya operated by orang Pakistan atau muslims yang tinggal kat sana lah. Most tempat kedai halal ni berdekatan Masjid. Masa zaman saya dulu ada seorang pakcik Jepun ni yang duk jual makanan halal ni. Ada frozen ayam, daging, ikan, belacan, maggie, santan semua adalah. In sha Allah tak ada masalah. Pandai-pandailah nak arrange macam mana nak masak tu kan. Alah kami kat sana siap boleh buat jamuan hari raya besar-besaran siap buat satay, rendang, lontong, soto, ketupat lemang semua masak sendiri tau. Walaupun mostly instant hehehe.

Online pun ada jual. Baticrom.com website dia. Dulu kalau beli lebih dari 7000 yen, penghantaran free. So kami kumpul beli ramai-ramai, jimat 1000++ yen delivery dia.

Tabehodai

Tapi kalau sekali-sekala teringin nak makan ala-ala kedai mamak tu boleh je cari kedai-kedai makan Pakistan atau India Muslim kat sana. Selalunya bandar besar memang ada. Dan diorang selalunya ala-ala buffet (tabehoudai). Dulu kami makan seorang dalam 1000 yen gitulah. Dulu kami selalu pergi kat Shinjuku rasanya. Berbaloilah kalau boleh makan banyak. Kedai masakan Malaysia ada juga, tapi mahal sikit hehe. Rasanya pun tak sama sangat macam makan kat sini sebab depa dah alter bagi Jepun pun boleh makan juga. Takat makanan Malaysia, baik masak sendiri hehehe.
That's all sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan. Sekarang lebih mudah sebab dekat Jepun pun dah ada certification Halal ni tau. Diorang dah lebih celik pasal halal haram semua ni thanks to the kemajuan teknologi informasi. Sesiapa nak p sana, nak tanya apa2 silakanlah. Baju-baju jacket saya pun ada lagi sesiapa nak pinjam untuk sana bagitau ye. Baju sejuk baby pun ada juga selai dua.


Rabu, 29 April 2015

KE TELUK INTAN

Salam semua,,

In shaa Allah 2/5 saya akan berada di Teluk Intan, menghadirkan diri ke majlis akikah baby kembar client. Eee bestnye baby kembar kan.. Alhamdulillah happy for them. Si ayahnya pun dapat kerja baru so double happy hehe.

Ada orang Teluk Intan free hari Sabtu ni. Jom jumpa saya. Bukan kena bayar pon hehehe..

Selasa, 28 April 2015

WANITA DAN USIA

What is it with woman and aging?
Wanita dan penuaan?
Seteru terulung yang tiada tolok bandingnya?
Kalau di Jepun, it is so so so wrong for you to ask a woman how old is she. Some people may get really offended. Some will ask you to guess. Kalau kita teka umur dia lebih muda dari usia sebenar, they will get happy. Hati-hati jangan teka umur mereka lebih tua! Bahaya hahaha. Some cuma gelak dan tanya balik kena pula nak tau umur dia. Dan lepas tu sampai ke sudah tak bagitau. Sebab apa? Entahlah. Privacy reason?
Tapi kat Malaysia ni, I get it some people do ask umur kita berapa, just to justify are we older or younger than them. Kalau kita lagi tua, they feel obligued untuk panggil kita kakak. Sopan betul adik kita ni kan. Hehe. But I don't mind, really.
Some people maybe tanya umur kita untuk justify whether we are married or not hehe.. Baru-baru ni saya sedar gaya orang menggunakan bahasa halus untuk tanya sama ada saya dah kawin ke belum. Kalau yang baru-baru nak kenal tu, diorang tanya kat sini tinggal dengan siapa? Family ke (family as in parents)? Then kenalah saya cakap, aah family..suami dan anak-anak. Then barulah depa kata ooh dah kawin...
The art of asking politely hehehe.. Ada juga yang tanya tak habis pastu assume kita single lepas tu ajak dinner. Ini bahaya. In the end, somehow kena juga clarify yang kita ni umur sekian-sekian and not available anymore untuk elak kejadian yang tak perlu hahaha..
To wrap things up.. I am 31 and proud of it. "31 and proud." Say it like the way Mystique says "Mutant and proud". Haha.. Saya tak kisah jika orang tau usia saya sebab.. aren't we all getting older day by day? Menjadi tua mengingatkan kita pada hampirnya tamat tempoh usia kita. Semoga umur yang kita telah lalui dan akan lalui bermanfaat dan berkat adanya.. Amin..
p/s: Tak kisah berapa usia kita, asalkan sentiasa kelihatan cantik di mata suami ihiks!
p/s/s: Takaful Puteri cover penyakit wanita. Bulanan RM100.

Isnin, 27 April 2015

PELEPASAN CUKAI UNTUK TAKAFUL NYAWA, KESIHATAN, PENDIDIKAN

Salam semua..

Masih berbaki 3 hari sebelum tarikh tamat e-filing. Hari ni website e-hasil dah start jammed hehehe. Siapa yang belum buat lagi bolehlah stay up buat e-filing  malam nanti untuk elakkan kesesakan hehe.

Insurans/takaful juga termasuk dalam item yang mendapat pelepasan cukai.

Insurans/takaful nyawa: Sehingga RM6000
Pendidikan/Kesihatan: Sehingga RM3000

Kalau anda pemegang policy investment link, sila claim berdasarkan penyata tahunan 2014 yang dihantar ke rumah anda pada  bulan 12 tahun lepas. Kalau dah missing in action, boleh minta pada ejen masing-masing.

Sebarang kemusykilan, boleh tanya saya. Saya cuba bantu setakat mampu=))

Jumaat, 24 April 2015

HARI PROMOSI

Salam Jumaat semua=))

Hari ni saya dengan suka hati nak share services yang saya gunakan dekat area Penang (Kepala Batas, Sungai Dua, Farlim). Saya berpuas hati dengan servis mereka dan saya rekemen untuk anda pula. So sesiapa yang sedang mencari kabinet dapur, repair screen handphone/tab, dan mencari Batook Ori, boleh contact mereka di bawah ini. Very friendly guys.

1. Cube Kitchen Design

Lokasi show room di Sungai Dua. Check their FB page out or direct contact 013-5213957.

Cube Kitchen Design

2. Husen Sarbat Mobile Repair Shoppe

Lokasi di Farlim. Boleh siap dalam masa setengah jam. Harga pun terbaik. Saya tukar screen iPad Air RM280. Contact 012-4411335. Kalau jauh nak hantar guna delivery pon boleh.

Husen Sarbat FB

3. Naim Batook Ori

Sabtu lepas ALhamdulillah baru saya dapat beli minyak ni. Dua hari sapu minyak ni dekat Hadi, Alhamdulillah nampak nak baik dah selsema dia. Beliau menjual di pasar-pasar malam sekitar Sungai Dua, Kepala Batas, SP dan seangkatan dengannya. Boleh contact 017-405 4558 untuk tau lokasi dia mengikut hari-hari tertentu.


Naim Batook Ori

Sekian, semoga bermanfaat.. Kalau nak cari takaful, contact saya=))

*Entry tidak berbayar*

Rabu, 22 April 2015

3 TIPS MEMILIH SMARTPHONE: UKUR SMARTPHONE DI JARI SENDIRI

Salam semua=)

Pada yang dah lama follow blog saya, terima kasih saya ucapkan. Terharu saya hehe. Mungkin ada yang pernah baca entry saya pasal nak beli phone baru kat sini dan sini. Well guess what?? Saya dah beli semalam! Pachi pachi pachi (bunyi tepuk tangan dalam bahasa Jepun). Tahniah untuk saya hehe.

Setelah beberapa tahun nak tukar phone akhirnya saya terpaksa tukar sebab screen pecah teruk. Boleh guna lagi tapi nanti rasakanlah serbuk kaca tercacak-cacak kat jari haha.

Jadi hari ni saya nak kongsikan 3 tips untuk membeli smartphone (jika anda seorang menghargai setiap inci nilai duit anda atau berjimat macam saya)


1. Tahu feature phone yang macam mana sesuai untuk memenuhi keperluan anda. Contohnya saya semalam pergi kedai phone dan terus pin point phone macam mana yang saya nak, iaitu:
    • Android (sebab dah biasa guna)
    • Dual sim (sebab saya guna different plan untuk call dan data)
    • RAM at least 2GB (phone lama saya 512MB je tau. tu pun saya sabar selama 4 tahun)
    • Battery tahan lama (saya malas charge handphone especially kat rumah)
    • Kalau jatuh tak pecah. Well at least susah pecah. (saya kurang tertib dan selalu lupa nak sorok dari anak)
    • OS atleast Android 4.4
Ini priority saya. All other things macam camera ke, storage ke, resolution ke apa saya tak kisah sangat. Sebab saya bukan gamers, bukan heavy camera user. Jadi saya suka phone saya practical saja.

2. Setengah orang susah sikit nak faham kalau guna technical spec macam kat atas ni kan. Mungkin juga anda boleh tanya diri anda soalan berikut dulu sebelum memilih phone yang sesuai.
  • Anda suka sambil gambar, dan banyaaaaakk gambar? (Perlu high quality camera & storage besar)
  • Anda suka main game? (Perlu screen resolution cantik, processor speed laju)
  • Anda suka online, whatsapp, uploading gambar/video to social networking 24/7? (Perlu yang capabale of high speed network)
  • Anda ada keperluan istimewa tertentu? Macam kalau musician ke kena guna apps yang size besar and everything, so kena consider high storage)
  • Dari segi fizikal phone tu, kebesaran screen, tebal nipis, warna mana yang anda prefer?
Ini adalah antara benda yang anda boleh consider sebelum memilih smartphone yang sesuai dengan citarasa dan keperluan anda.

3. Lastly haruslah budget anda. Berapa yang anda nak spend? Kadang-kala anda sebenarnya tak perlu pun beli those high end phone yang terpampang di iklan-iklan yang harga ribu-ribu. Sometimes less is more=))

Some tips juga untuk cara bayaran. Saya malas nak terikat dengan  contact telco company (as in saya tak mau berhutang kalau boleh), so saya prefer beli cash atau credit card (yang saya akan bayar in full amount everytime). Tapi hati-hati! Beli guna credit card ada extra charge contoh kalau Maybank 2.5% (banyak tuuu). Guna debit card pun ada charge juga. Lain bank lain amount charge dia. So kalau ada cash beli terus guna cash lebih untung. Goshhh saya benci betul kalau duit saya kena guna untuk bayar banking charge. Saya prefer buat makan atau sedekah lagi bagus.

Sekian. Sesiapa ada tips tambahan dipersilakan bagitau ye.


p/s: Btw, saya beli Lenovo S860: dual sim, 2GB RAM, 4000 mAH battery, Android 4.4.2, 16 GB internal storage only, titanium back cover housing.
p/s/s: Semua tips di atas secara automatik terbatal kiranya orang tersayang nak hadiahkan iPhone 6+ untuk anda. Kalau dah free ambik je lah jangan banyak cerita lagi. Rezeki tu hehe.

Isnin, 20 April 2015

LINDUNGI DIRI SEBELUM MELABUR!

Salam Isnin semua=))

Hari ni saya nak cerita sikit saja pasal perancangan kewangan. Secara asasnya perancangan kewangan ada 4 step:
  1. Perlindungan kekayaan (wealth protection)
  2. Pengumpulan kekayaan (wealth accumulation)
  3. Pengekalan kekayaan (wealth preservation)
  4. Pembahagian kekayaan (wealth distribution)
Ya, perkara pertama sekali yang perlu kita buat dalam perancangan kewangan adalah melindungi kekayaan kita. Kalau kita rasa kita tak kaya, kerja makan gaji, maka gaji kita itulah yang kita kena lindungi. Lindungi dari apa? Dari hilang sekelip mata kiranya berlaku sesuatu pada kita. Contoh senang, kita hidup sihat walafiat, bekerja, maka gaji jalan. Suatu hari kita kemalangan, terus hilang 2 kaki, tak boleh bekerja, maka gaji terus hilang. So penting sebenarnya untuk kita lindungi kekayaan atau gaji kita, sebab unfortunate events does happen to anyone..

Lepas kita dah lindungi kekayaan atau pendapatan kita, barulah kita mengorak langkah untuk mengumpul lebih kekayaan. Macam-macam caralah orang mengumpul kekayaan ni. Dengan melabur saham ke, unit trust ke hartanah dan sebagainya. Tapi, kenapa penting untuk kita lindungi dulu baru kumpul? Cuba bayangkan ye, kita kumpul harta banyak-banyak (tapi tak lindungi kekayaan tu), bila nilai dia ada RM50,000 tiba-tiba kita sakit jantung. Kena buat operation segera dengan kos operation RM50,000. Mana nak ambik duit tu? Dah ada duit RM50,000, mesti guna duit yang ada tu kan. Maka sekelip mata, harta yang dikumpula sekian lama, hilang sekelip mata. Kalau operation berjaya, alhamdulillah. Bolehlah nak kumpul balik harta yang tadinya dah hilang, yang mana mungkin akan mengambil masa bertahun pula lamanya. Dengan keadaan baru lepas operation jantung, rasanya boleh lagi tak nak kerja kuat macam sebelum kena sakit?

Sebab tu adalah penting untuk miliki polisi takaful/ kad kesihatan dulu sebelum melabur. Kerana takaful lah yang jadi alat untuk melindungi kekayaan kita..

Jumaat, 17 April 2015

TUTORIAL: BANNER DI SETIAP ENTRY BLOG

Assalamualaikum semua. Salam Jumat. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Semoga kita semua mendapat keberkatan di hari yang mulia ini Amin..

Entry hari ini lari sikit dari tema kebiasaan sitisharini.com. Demi memenuhi permintaan cik adik manis Kiera Sakura kita, dengan rendah hati saya tampilkan cara-cara nak pasang banner kat bawah setiap entry macam yang selalu ada kat entry saya sebelum-sebelum ini. Saya tidaklah pandai sangat. Saya pun dapat hasil dari meng-google sana sini. Semoga bermanfaat.


Cara nak letak banner, ada 3 step saja.
  1. Buat banner.
  2. Upload gambar banner dekat mana-mana entry blog.
  3. Masukkan coding dalam post setting.
In details:

1. Buat banner

Saya guna Power Point saja. Cepat mudah dan senang. Saya guna PP 2010, tapi saya rasa any recent PP will do. Guna design Smart Art yang dah ada memang mudah sangat bagi orang yang kurang kreativiti macam saya hehehe..

  • Bukak PP, pastu tekan Insert, lepas tu SmarArt. Pastu pilihlah yang mana berkenan di hati.


  • Yang lebih best lagi, nak tukar color ke, nak buat design 3-D ke pun main tekan-tekan hehe.. Pergi dekat Design, lepas tu boleh tukar color dan jenis design.


  • Lepas tu pandai lah kan edit mana-mana yang perlu. Anyway kalau tak ada Power Point, guna software lain pon boleh. Nak guna Paint boleh ikutlah. Dah siap kerja-kerja mendesign Save As JPEG ye. Atau GIF atau mana-mana jenis file yang diterima oleh blogspot sebagai gambar.

2. Upload gambar banner dekat mana-mana entry blog.

  • Upload lah kat memana. Entry dulu2 ke, entry baru ke. Tujuan kita nak dapatkan url image tu untuk digunakan kat step seterusnya.
  • Dah siap upload, copy image url.

3. Masukkan coding dalam post setting.

  • Dalam blogspot punya dashboard, klik setting->post and comments, masukkan coding kat bawah ni dalam kotak Post Template.

  • Macam gambar kat bawah ni, dekat highlighted area tu, copy paste url image anda kat step 2 tadi.
  • Size boleh lah ubah mengikut cita rasa. Kalau nak ubah biarlah proportianate dengan size asal.
  • Dah siap klik save setting. Pastu nak try, boleh buat new entry tengok ada tak gambar tu dalam entry baru. Banner ini hanya akan keluar dekat entry baru je. Entry lama tak ye..


Sekian=))

Update untuk Cik Imm: Macam mana nak masukkan textarea box dalam entry, yg utk bubuh coding tu.

Cuba copy paste coding kat bawah ni kat html tengok boleh tak?
Starting dari img alt blablabla tu masukkanlah coding apa yg nak diletak dalam box tu ye.



Isnin, 13 April 2015

JADIKAN 7 HABIT INI SEBAGAI AMALAN SETIAP HARI

Assalamualaikum semua=))

Semoga hari ni kita menjadi insan yang lebih baik dari hari semalam. Semoga minggu ini kita menjadi insan, isteri, ibu, anak, pekerja dan ahli masyarakakat yang lebih baik dari minggu lepas. Amin..

Suka saya nak kongsikan satu artikel lama dari productivemuslim.com.

http://productivemuslim.com/7-daily-spiritual-productive-habits-to-develop/

Let's start fresh. It is never to late untuk mencari redha Allah=)) So the 7 habits are:
1) Pray the Sunnah Prayers before and/or after Prayer
2) Remembrance of Allah after Salah

3) Morning/Evening Remembrance of Allah
4) Night Prayer
5) Duha Prayer
6) Supplications before you Sleep
7) Reciting one hour of Quran each day

Dalam artikel tu juga kata, the best way untuk menjadikan tabiat ini sebagai salah satu sebagai cara hidup adalah dengan make them as a habit. Kena practice dan practice. Cuba amalkan continuously untuk 30 hari contohnya. In shaa Allah semoga ada kesannya..

p/s: Jom ganti puasa =PP
p/s/s: Alhamdulillah semua hadiah bagi segmen www.sitisharini.com telah berjaya dipos via Pos Laju hari Sabtu 11/4/2015. Sukalah kiranya kalau penerima boleh inform saya once the items received for the peace of my mind hehehe.

Jumaat, 10 April 2015

DAH PERNAH SAKIT, BOLEH APPLY TAKAFUL LAGI?

Salam Jumaat semua. Semoga hari ini kita berusaha menjadi insan yang lebih baik dari semalam. Ya Allah ampunkan dosa-dosa kami. Berkati usia kami. Berkati rezeki kami. In shaa Allah amin..
Baru-baru ini saya ada tolong seorang cousin colleague saya untuk apply medical card. Alhamdulillah syukur, usia muda lagi dah sedar kepentingan takaful.
Adik manis ni dulu pernah accident jatuh motor. Dalam siku ada besi. Jadi keluar requirement, kena jawab questionnaire sikit berkenaan accident dulu tu. Memandangkan sekarang boleh kata dia dah pulih sepenuhnya, harapnya permohonan lulus tanpa sebarang masalah.
Kalau ada history sakit atau accident macam ni, memang akan ada hiccup sikit bila apply takaful. PruBSN akan lebih concern dan betul-betul nak tau condition sebenar. Sebab apa? Because we want to make everything right at the first place. Mereka nak bagi perlindungan tu lama, dan jumlahnya besar. Jadi kenalah specific. Kalau tidak nanti kasihan pada peserta takaful yang lain. Sebab konsep kita kan, payment yang kita bayar bulan-bulan tu akan dikumpul dan diberi pada orang yang betul-betul memerlukan.
Dalam kes macam ni, bergantung pada keputusan underwriting. Mungkin permohonan boleh lulus macam biasa. Atau mungkin lulus tapi ada bayaran tambahan 'loading' sikit. Atau lulus tapi tak cover untuk penyakit sedia ada. Worst case, permohonan ditolak. Jadi walau ada sejarah sakit sikit, masih boleh cuba apply medical card. In shaa Allah kalau sudah rezeki kita, boleh lulus.
The best thing pasal our card ni, in shaa Allah we will cover as per written in the policy. Apa yang tertulis dalam policy, itulah yang kami bayar bila claim nanti. Just make sure you know the content of your policy ye. Yang dah ada card tu, sekali sekala ceklah balik policy anda. Untuk refresh balik benefit apa yang ada dalam tu. Entah masih valid atau tidak. Kalau perlu, bolehlah upgrade mana yang patut.
So kepada semua yang belum ada pelan takaful, now is always the right time to apply for a medical card. Kalau ada kenalan yang juga ejen, bolehlah dapatkan nasihat daripada mereka. Or you can ask me also=))


Khamis, 9 April 2015

BERSALIN ESOK

Salam semua=))

Eherm eherm. Siapa yang bersalin esok ni? Bukan saya tau. Biras saya yakni isteri kepada abang suami saya. Tadi terserempak kat nursery anak. Ye anak kami pergi nursery yang sama hehe. Dia dah pun on the way ke hospital. Esok mungkin kena induce sebab dia ada high blood pressure sikit. Wah wahhhhh excited nye sayaaaaaaa. Tak semena-mena saya memegang perut yang (tak berapa) kempis ni hehehe.

Saya doakan urusan mereka dipermudahkan amin. Semoga selamat semuanya sampai melahirkan. Yes bersalin memang sakit. Apa cara sekalipun memang sakit. Tapi sakit yang berbaloi hihi. Terasa macam nak share pengalaman bersalin saya dulu-dulu pula. Tapi kena tunggu ilham datang dulu lah. Sekarang banyak kerja sikit tak bestlah nak menulis entry yang panjang-panjang.

Jadi minggu ni, tak jadilah balik kampung. Standby kat Penang in case kakak dan abang ipar perlukan apa-apa bantuan. Lagipun bolehlah tengok baby baru nanti! Hihihi.

Dengan ini saya turut mendoakan ibu-ibu mengandung di luar sana, semoga selamat semuanya. In shaa Allah.. Proses kehamilan, bersalin, berpantang semuanya adalah pengalaman yang berharga. Yang membantu mengajar kita menjadi lebih kuat, tabah, sabar, mengharap dan bertawakkal pada Allah. In shaa Allah..

p/s: Sayang ibu bawa ke syurga..

Rabu, 8 April 2015

BAHAYA SUPPLEMENT BERLEBIHAN?

Salam..

Saya baru baca artikel Dr. Zubaidi tentang kesan pengambilan Vitamin C berlebihan dekat blog beliau. Sebenarnya kalau kita makan buah oren besar sebiji atau dua sehari, sudah cukup untuk menampung keperluan vitamin seharian badan kita. Kalau bagi adult ideally kita ambik 65-90 mg sehari, maximum 2000 mg sehari.

Macam mana pulak kalau terlebih ambik? Apa kesannya? Antaranya cirit-birit, loya, muntah, insomnia, batu karang dan lain-lain boleh refer artikel tadi. Wah bahaya juga effect terlebih ambik vitamin C ni kan.

Tapi kalau kita amalkan pengambilan vitamin C melalui supplement memanglah kena monitor juga berapa intake kita ambik. Kawan saya yang dietitian kata, nak ambil supplement boleh, tapi make sure minum air masak banyak-banyak supaya kita boleh buang yang belebihan tu melalui perkumuhan. So what's the point ambik banyak2 pastu buang pula? Kan membazir tu he he he.

Bagi saya pula being moderate lebih bagus. Berserdehanalah. Bak kata kawan saya, air masak pun kalau dah diambik secara berlebihan sangat pun boleh jadi mudarat. Sebab tu Rasulullah pun menyarankan kita supaya bersederhana.

Saya pula as of now tak ambil Vitamin C atau apa-apa supplemen. Saya cuba makan buah dan sayur banyak hari-hari. Minum fresh milk. Makan kurma dan kismis. Kadang-kadang culas juga hehe. But I rather enjoy the foods sebab saya memang suka makan semua tu. Ikan pun suka.

Mereka yang ambil supplement pun tak salah juga. Pilihan di tangan anda kan. Apa yang penting? Kerjasama! Eh.. Sederhana. Sungguh Allah tidak suka pada mereka yang melampaui batas. Wallahualam..

Selasa, 7 April 2015

TASBIH SYUKUR

Salam semua=))
Semua pasti tahu kan cara nak dapatkan hati yang tenang, sabar dan syukur adalah sentiasa berzikir pada Allah. Atau dengan kata lainnya sentiasa ingat pada Allah. Zikir bukan setakat di bibir tapi sebolehnya dihayati dalam hati. Say it like we really mean it. Dalam hati tu biar betul-betul rasa, biar betul-betul minta apa yang kita doakan. Deep down from the bottom of your heart. Bukankah Allah itu Maha Mendengar, baik apa yang diperkatakan mahupun apa yang disembunyikan?

It's not all about the quantity. It's about the quality.

Oleh itu kalau sehari kita bertahmid 1000 kali, biarlah seribu kali itu tahmid yang benar-benar disertakan dengan rasa syukur pada Allah atas segala nikmatnya. Kalau kemampuan kita 100 kali maka, 100 kali lah. Kalau 10 kali, maka 10 kali lah. Asalkan ikhlas dari hati.

Jadi saya discover konsep tasbih syukur ini.. (Sebenarnya baru tersedar) Kalau tasbih tu selama ni kita guna untuk berzikir, Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar.. Kita add on sikit. Contohnya sambil kita ucapkan Alhamdulillah yang pertama, terbitkan rasa syukur untuk nafas kita hari ini. Alhamdulillah yang kedua, syukur untuk nikmat sihat kita hari ni. Alhamdulillah yang ketiga, syukur kerana dikurniakan keluarga, anak-anak yang juga sihat hari ni. Begitulah seterusnya. Percayalah sebenarnya berapa ribu kali kita tuturkan Alhamdulillah pun in shaa Allah banyak lagi nikmat yang boleh kita syukuri. Semoga mudah-mudahan dengan ini hati kita lebih tenang dan rasa dicukupkan. Semoga rasa amarah, rasa sedih semua pergi jauh-jauh dari kita. Dan yang penting semoga Allah redha dengan usaha kita yang sedikit ini. Wallahualam..

Maka begitu jugalah sambil kita ucapkan Subhanallah, terbitkan rasa kagum pada  ciptaan Allah, putaran malam dan siang misalnya. Sama juga bila mengungkapkan Allahuakbar, ingatlah tanda-tanda kebesaran Allah..

Amalan ini sebenarnya mudah sangat. Tak perlu sebarang alat, tak perlu tempat yang istimewa, tak perlu adat istiadat. Cuma perlukan hati yang hidup saja. Kenapa saya kata hati? Kerana waima orang yang dijadikan Allah tidak boleh bertutur pun boleh berzikir dalam hati. Orang yang sakit terbaring pun boleh selagi bernafas dan sedar (kalau koma wallahulam, kenalah orang sekeliling yang sama-sama berzikir sebelahnya mungkin). Walaupun hakikatnya mudah, tapi amat berat bagi orang-orang yang tidak mengetahui. Semoga kita tidak tergolong dalam kalangan orang yang tak mengetahui itu.
Wallahualam..

p/s: Maafkan saya hanya berkisar topik yang sama semenjak dua menjak ini. Tapi saya rasa seronok dan bahagia dengan meng-explore bab syukur ini. Rasa totally refreshed. Semoga lebih istiqamah hendaknya. Secara serius, jika sekarang masa sihat kita rasa berat nak beramal, bagaimana bila masa kita sakit nanti? Lebih senang atau lebih lebih lagi beratnya? Kalau sekarang kita rasa sibuk dan tak ada masa..bagaimana nanti bila kita betul-betul kehabisan waktu?

p/s/s: Maafkan saya masih lagi belum pos hadiah-hadiah untuk segmen tempoh hari. Masih dalam proses. In shaa Allah saya pos pakai pos laju ye. Banyak yang tak dapat saya perbuat ni. Banyak nak kena reform and perbaiki diri ini.. in shaa Allah..

Khamis, 2 April 2015

SUKARNYA SABAR. SUSAHNYA SYUKUR.

Alangkah indahnya.
Andai sabar sentiada di dada.
Andai syukur memenuhi jiwa.
Setiap masa.
Tak kira waktu dan ketika.
Saat susah mahupun senang.
Saat kaya mahupun miskin.
Saat sihat mahupun sakit.
Saat lapang mahupun sibuk.
Ya Allah tunjukkankanlah jalanMu.
Kurniakan aku keyakinan yang teguh atas setiap janjiMu.
Kurniakan aku rasa berharap dan berserah hanya padaMu.
Benar.
Bukan hidup kaya raya yang aku impikan.
Sungguh aku hanya mahu hidup dengan tenang.
Bertemankan sabar dan syukur.
Namun.
Sukarnya sabar.
Susahnya syukur.
Hanya Allah yang mampu memudahkan.
Allah, dekatkan aku denganMu.
Dekatkan aku denganMu.
Dekatkan aku denganMu.
Astagfirullah.
Sebagai langkah pertamaku.
Sempurnakan solatku.
Sempurnakan solatku.
Sempurnakan solatku.
Moga sabar dan syukur milikku.
Amin.

Rabu, 1 April 2015

BAYAR TAKAFUL GUNA PLUG N PAY

Di zaman moden yang serba-serbinya canggih ini, macam-macam kemudahan dah ada ye. Kalau nak tau sekarang ni nak apply takaful pun boleh guna iPad atau tablet je tau. Sign je atas screen. And the latest, even can pay directly guna card dengan hanya swipe dekat device Plug n Pay ni. Canggih ke tak canggih PruBSN ni hehe. Sungguh memudahkan kerja-kerja client dan juga ejen.
Yes we are expanding really fast. Sebab tu kami nombor 1 hehehe. Sesiapa yang tengah berfikir-fikir nak buat takaful/insurance/medical card tu bolehlah consider PruBSN dalam list anda. Best takaful provider in sha Allah=))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...