Memaparkan catatan dengan label kecantikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kecantikan. Papar semua catatan

Jumaat, 30 Jun 2017

Jaga Pemakanan di Bulan Syawal

Assalamualaikum semua.

Macam mana dengan raya? Balik kampung ke semua? Harapnya semua baik-baik sahaja dan sentiasa di bawah rahmatnya. Pada yang memandu balik ke kampung atau pun kembali ke rumah masing-masing, pandulah dengan cermat jiwa selamat. Semoga selamat pergi dan pulang hendaknya. Pada yang dah mula bekerja, kita serupa hehe. Bekerjalah dengan seikhlas hati. 

Saya pula beraya di Ipoh sahaja. Setakat ni adalah pergu beraya rumah saudara-mara. Tapi rasanya agak kurang meriah dari tahun-tahun yang sebelumnya. Mak saya pula kurang sihat. Rumah saya sendiri pun belum jemput orang datang beraya lagi hehe.

Bercakap tentang raya, tak sah kalau tak masuk bab makan kan hehe. Jemputan raya dan rumah terbuka sana-sini. Pasti ramai yang mengambil peluang mengeratkan silaturrahim sesama saudara mara sambil makan, makan dan makan. I am guilty as charged! Tapi sukalah saya nak ingatkan, pemakanan yang seimbang dan kesihatan masih perlu dan amat penting untuk dijaga lebih-lebih lagi di bulan Syawal ni.

Follow my IG

Tips Pemakanan dan Kesihatan Semasa Musim Perayaan

  1. Minum banyak air kosong. Bangun bagi terus minum air kosong dulu. Dekat rumah paling sendiri senang nak kawal. Cuma bila pergi rumah orang selalunya tuan rumah hidang air manis. Pastikan bawa spare ais kosong untuk diminum selepas itu. Pergi beraya lebih-lebih lagi tengahari cuaca sangat panas sekarang, jadi amat penting minum air kosong untuk elakkan dehidrasi.
  2. Cuba makan banyak buah-buahan dan segala yang berunsur sayur di rumah. Musim raya selalunya orang cenderung menghidang makanan yang fokusnya daging dan daging, jadi kat rumah kita kena balance kan balik.
  3. Bila pergi rumah terbuka lazimnya tuan rumah hidang banyak jenis menu. Sebagai seorang manusia biasa yang excited tengok makanan, memang kita nak rasa semua benda. Saya pun sama hehe. Cubalah ambil dalam jumlah yang sedikit untuk setiap makanan. Elakkan terlampau kenyang. Sebab lepas tu, kita nak pergi beraya rumah lain pula kan? Kena makan lagi nanti hehe.
  4. Bila pergi rumah terbuka saudara-mara dekat, ringan-ringankanlah tulang tolong apa yang patut. Takdalah pergi makan lepas tu duduk menyembang semata-mata. Cari jalan untuk banyakkan pergerakan hehe.
  5. Bersenam. Saya tahu ini yang paling susah sekali nak buat. Waktu biasa pun susah, apatah lagi musim raya kan. Tapi cubalah. InshaAllah tak rugi pun. Sehari dapat bersenam yang ringan-ringan dalam 10 ke 15 minit pun ok dah. Boleh download apps untuk bersenam, macam-macam ada kat Apps dan Google store. Saya guna apps NikeTraining. 
Cukup dulu buat setakat ini. Sangat penting jaga kesihatan ya. Sebab sihat adalah satu nikmat, kita amat takut ia ditarik dan tak dikembalikan lagi pada kita. Dalam masa yang sama, boleh membantu kita lebih cantik juga dari segi penampilan hehe. Walaubagaimanapun sebagai persediaan dari segi kewangan, eloklah kita mencarum takaful. Tak nak apply medical card pun tak apa, sekurang-kurangnya ambil perlindungan sakit kritikal. Bila disahkan sakit kritikal, PruBSN bagi pampasan RM 50,000 (contohnya) untuk cover pelbagai perbelanjaan sewaktu sakit.

Sekian, Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua=))

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Jumaat, 16 Jun 2017

Pentingnya Gaya Hidup Sihat

Salam semua,

Ramadhan dah lebih dari separuh dan semakin hampir meninggalkan kita. Sekejap je masa berlalu kan. Sikit sangat amalan yang dibuat rasanya. Apa pun harapnya semua jangan berputus asa dan teruskan beramal di bulan Ramadhan yang mulia ini. Peringatan buat diri sendiri ni terutamanya.

Hari ni saya nak kongsi sesuatu yang sedang saya usahakan. Kalau anda follow IG saya, mungkin anda pun tahu. Saya buat senaman mengikut saranan aplikasi NikeTraining+, durasi pelan selama 6 minggu, saya mula pada awal bulan 6 hari tu. So far Alhamdulillah so good, walaupun ada behind schedule sikit. 

Image result for nike training apps

Progress update, saya rasa badan dah ringan sikit. Baju pun macam ada longgar sikit. Saya tak timbang pun berapa berat badan saya, sebab mengurangkan berat badan bukanlah matlamat utama saya. Saya punya target adalah untuk menjadi lebih sihat, kuat dan fit. Manalah tau tiba-tiba dipanggil untuk berperang, saya pun boleh turun padang sekali. Hehe. 

Image result for nike training apps

Sebenarnya, orang yang sangat dekat dengan saya sekarang sedang menjalani rawatan penyakit kanser. Kanser di kesan sejak 3 bulan lepas, dan minggu lepas Alhamdulillah berjaya dibedah. Tapi ia tidak habis setakat ini sahaja. Rawatan susulan dan follow up bakal menyusul kerana dikhuatiri sel kanser semakin merebak ke tempat lain. 

Macam satu tamparan buat saya. Saya yang selama ni beria-ia mengajak orang buat caruman takaful, medical card, insurans, pampasan penyakit kritikal lah, saya sendiri kurang mengamalkan gaya hidup sihat. Secara tak langsung saya tersedar dari lamunan. Jadi sekarang saya cuba bersenam ikut jadual yang ditetapkan, dan berusaha untuk mengambil makanan yang lebih sihat dengan jumlah yang sederhana. 

Jadi 2 point penting yang saya nak ingatkan pada semua. Yang pertama, jagalah kesihatan. Tolonglah jaga pemakanan. Elakkanlah ambil suplemen-suplemen yang diragui kandungannya. Makan yang lebih sihat. Kurangkan makanan segera. Bersenam selalu.

Yang kedua, siapkanlah diri dengan pelan takaful kesihatan yang baik. Kita memang tak minta untuk sakit, tapi kita tak tau. Sakit tetap datang. Sekurang-kurangnya masa sakit datang, kita tak perlu fikir banyak tentang kos rawatan. Kita boleh fokus untuk rawatan dan proses penyembuhan.

Sekian saja dari saya. Kalau nak join bersenam, boleh download apps NikeTraining+, ada untuk Apple dan Android. Kalau dah install, bolehlah add saya sebagai kawan nanti ye. Saya akan cuba update perkembangan dari masa ke semasa. Okay, thanks for reading!

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Selasa, 28 April 2015

WANITA DAN USIA

What is it with woman and aging?
Wanita dan penuaan?
Seteru terulung yang tiada tolok bandingnya?
Kalau di Jepun, it is so so so wrong for you to ask a woman how old is she. Some people may get really offended. Some will ask you to guess. Kalau kita teka umur dia lebih muda dari usia sebenar, they will get happy. Hati-hati jangan teka umur mereka lebih tua! Bahaya hahaha. Some cuma gelak dan tanya balik kena pula nak tau umur dia. Dan lepas tu sampai ke sudah tak bagitau. Sebab apa? Entahlah. Privacy reason?
Tapi kat Malaysia ni, I get it some people do ask umur kita berapa, just to justify are we older or younger than them. Kalau kita lagi tua, they feel obligued untuk panggil kita kakak. Sopan betul adik kita ni kan. Hehe. But I don't mind, really.
Some people maybe tanya umur kita untuk justify whether we are married or not hehe.. Baru-baru ni saya sedar gaya orang menggunakan bahasa halus untuk tanya sama ada saya dah kawin ke belum. Kalau yang baru-baru nak kenal tu, diorang tanya kat sini tinggal dengan siapa? Family ke (family as in parents)? Then kenalah saya cakap, aah family..suami dan anak-anak. Then barulah depa kata ooh dah kawin...
The art of asking politely hehehe.. Ada juga yang tanya tak habis pastu assume kita single lepas tu ajak dinner. Ini bahaya. In the end, somehow kena juga clarify yang kita ni umur sekian-sekian and not available anymore untuk elak kejadian yang tak perlu hahaha..
To wrap things up.. I am 31 and proud of it. "31 and proud." Say it like the way Mystique says "Mutant and proud". Haha.. Saya tak kisah jika orang tau usia saya sebab.. aren't we all getting older day by day? Menjadi tua mengingatkan kita pada hampirnya tamat tempoh usia kita. Semoga umur yang kita telah lalui dan akan lalui bermanfaat dan berkat adanya.. Amin..
p/s: Tak kisah berapa usia kita, asalkan sentiasa kelihatan cantik di mata suami ihiks!
p/s/s: Takaful Puteri cover penyakit wanita. Bulanan RM100.

Rabu, 8 April 2015

BAHAYA SUPPLEMENT BERLEBIHAN?

Salam..

Saya baru baca artikel Dr. Zubaidi tentang kesan pengambilan Vitamin C berlebihan dekat blog beliau. Sebenarnya kalau kita makan buah oren besar sebiji atau dua sehari, sudah cukup untuk menampung keperluan vitamin seharian badan kita. Kalau bagi adult ideally kita ambik 65-90 mg sehari, maximum 2000 mg sehari.

Macam mana pulak kalau terlebih ambik? Apa kesannya? Antaranya cirit-birit, loya, muntah, insomnia, batu karang dan lain-lain boleh refer artikel tadi. Wah bahaya juga effect terlebih ambik vitamin C ni kan.

Tapi kalau kita amalkan pengambilan vitamin C melalui supplement memanglah kena monitor juga berapa intake kita ambik. Kawan saya yang dietitian kata, nak ambil supplement boleh, tapi make sure minum air masak banyak-banyak supaya kita boleh buang yang belebihan tu melalui perkumuhan. So what's the point ambik banyak2 pastu buang pula? Kan membazir tu he he he.

Bagi saya pula being moderate lebih bagus. Berserdehanalah. Bak kata kawan saya, air masak pun kalau dah diambik secara berlebihan sangat pun boleh jadi mudarat. Sebab tu Rasulullah pun menyarankan kita supaya bersederhana.

Saya pula as of now tak ambil Vitamin C atau apa-apa supplemen. Saya cuba makan buah dan sayur banyak hari-hari. Minum fresh milk. Makan kurma dan kismis. Kadang-kadang culas juga hehe. But I rather enjoy the foods sebab saya memang suka makan semua tu. Ikan pun suka.

Mereka yang ambil supplement pun tak salah juga. Pilihan di tangan anda kan. Apa yang penting? Kerjasama! Eh.. Sederhana. Sungguh Allah tidak suka pada mereka yang melampaui batas. Wallahualam..

Selasa, 10 Februari 2015

NATURAL BEAUTY

Kenapa Tak Mau Pakai Make Up?


Sejak 2 menjak ni saya rasa agak reluctant untuk apply make up. Not that I selama ni make up beria kan. Tapi sekarang saya rasa nak pakai krim pun malas, compact powder pun malas, foundation apatah lagi! Saya rasa macam dah cantik dah tapi bila sekali sekala orang ambik gambar mak oii. Banyaknya flaw hahahahaha..

Tapi tetap tak mematahkan semangat saya untuk kekal malas make up. Banyak boleh jimat/benefit kalau tak apply make up ni. Antaranya:

  • Satu jimat tak payah beli make up banyak-banyak.
  • Lepas tu jimat masa dan tenaga pagi masa untuk apply make up, lepas tu masa untuk remove make tu pulak.
  • Jimat air tak payah nak basuh muka teruk-teruk haha. Nak solat pun rasa lebih yakin.
  • Terkadang kalau cuci make up tak bersih nanti melekat pulak dekat tudung atau telekung.
  • Chemical free. Kulit lebih selamat. Concern juga kan dengan bahan-bahan kimia dalam alat make up kita tu dan takut juga akan ada kesan sampingan kalau guna berpanjangan kan. Maklumlah saya masih lagi ahli kimia dan environmentalist at heart. Tak sia-sia Puan Chong mengajar saya dulu hahaha..
(Herm yang sebenarnya, saya malas dan kedekut ha ha ha.)

Tapi untuk seseorang wanita keluar dari rumah tanpa secalit make up haruslah kena ada keyakinan yang tinggi menggunung terhadap kulit wajahnya. Kawan satu lab kat Jepun dulu, dia takkan keluar rumah tanpa make up. Sanggup bangun 5-6 pagi semata-mata nak pakai make up walaupun tak mandi he he he.

Penjagaan Diri Dengan Home Made Remedy


Ingat lagi tak entry bedak sejuk saya kat SINI? Saya masih praktis tau. Wah dah lebih kurang 40 hari ni. Sikit lagi nak habis tempoh pantang larang. Bolehlah saya tengok cermin lepas ni. Eh? Hehe. Well tapi 2-3 menjak ni asik ngelat je. Tapi nampaklah perubahan bila ngelat pakai bedak sejuk, rasa muka terus hodoh. (Over). Sebab saya pun tak ada pakai benda lain dah.

Saya ada kidnap daun aloe vera kat rumah mama hehehe. Best weh sapu aloe vera kat kulit kepala, rasa sejuk je kepala sepanjang hari macam berangin gitu haha. Patutlah petua orang tua-tua suruh tenyeh aloe vera bila demam untuk sejukkan badan. Pakai kat muka pun best tapi saya tak berani lagi nak buh banyak-banyak. Kang tetiba ter alergik ke apa, habis pulak kulitku yang sedia ada tak mulus huhu.

Home made remedy ni ada kelebihan ada kekurangannya. Kelebihan, sangat murah dan bahan pun selalu senang je didapati, dan selamat digunakan tanpa bahan-bahan kimia. Kekurangan nya pula kena rajin dan consistenly apply sebab hasil dia memang lambat, kena rajin juga masa proses penyediaan, pastu proses pembuatan kena selalu sebab tak tahan lama, pastu akan messy sikitlah sekitar masa membuat dan juga memakai.

Ewah beria benor ni. Macam organic guru pulak rasanya hahaha. Sebenarnya saya masih tak jumpa skin care yang berkenan di hati sebab tak cari pun lagi. Plus sayang duit haha. Tapi saya ada laa isi form kat Physiogel kot-kot boleh menang cabutan bertuah trial kit dia he he he..

Khamis, 22 Januari 2015

Jadi cantik dengan bedak sejuk

Assalamualaikum semua=)

Kulit tak terjaga kerana sifat culas


Ingat tak hari tu saya berkira-kira nak membeli produk penjagaan kulit kat sini? Sudahnya sampai sekarang tak beli lagi. Sebab utama Abang Veder tak berapa approve. Sebab dia tau sangat perangai saya ni sat lagi hangat-hangat tahi ayam je. Bila malas nanti tak guna, membazir je beli kalau yang mahal tu. Itu yang jadinya kulit muka terbiar je tanpa kasih-sayang. Dan saya pun memang cheapskate hahahaha.

Bedak Sejuk Beras Pulut


Entah macam mana lebih kurang sebulan lepas, dalam duk mengGoogle cari-cari skin care tu saya jumpa pulak blog orang share tentang cara buat bedak sejuk. Dan rata-rata kata pakai bedak sejuk pun bagus juga. Jadi tanggal 31/12/2014 hari tu bermulalah kisah saya dan bedak sejuk. Haha. Saya guna beras pulut lebihan dari masak nasi dagang dulu, rendam dalam air dalam 3-4 genggam beras. Sementara nak tunggu bedak sejuk menjadi, saya basuh muka guna air basuhan beras. Segala pencuci muka semua saya stop guna. Hari-hari saya tukar air rendaman dia supaya tak busuk.

Seminggu saya rendam, beras dah mula la jadi rapuh sikit. Memang ambil masa lama buat bedak sejuk ni. Saya tengok ada orang tulis makan masa bertahun-tahun baru beras hancur sepenuhnya dan jadi macam tepung tu bila kering. Oleh kerana sifat tidah sabar saya, hari ke 7 tu saya blend beras tu haha. Lepas tu sambung rendam balik, sampai sekarang dan hingga bila saya pun taktau hehe.





Saya dah mula sapu kat muka 3 minggu jugalah. Pagi sekali, malam sekali. Saya pakai sekejap je, bila kering for few minutes tu saya basuh. Selalu pakai sebelum mandi sambil-sambil buat kerja rumah atau siapkan baju anak-anak ke sekolah. Masa mandi nanti basuh sekali je senang.

Saya ambil yang lapisan teratas sekali. Beras yang dah betul-betul hancur dia jadi warna putih dan likat. Bau pun wangi je. Oh saya rendam dalam balang kaca, tutup dengan kain. Supaya bendasing tak masuk dan supaya gas-gas yang terhasil akibat penguraian beras boleh dilepaskan ke udara.  Ha saintifik sangat hehe. Kalau gas terperap dalam balang nanti jadi busuk atau takut meletup. Amboi over.

Perubahan pada kulit muka


So far Alhamdulillah, kesan positif. Jerawat atas dahi 2-3 ketul hilang dan parut makin pudar. Saya rasa kulit lebih licin sikit dan tona warna kulit lebih sekata. Lembut juga sikit. Saya rasa saya bukan perasan. Sebab Abang Veder pun kata saya lebih hot semenjak pakai beras -_-;

Tapi betul lah. Sekarang saya keluar rumah tak pakai foundation atau compact powder pun takdalah rasa buruk sangat muka ni. Dan kalau nak apply foundation pun sikit je pun dah cukup. Nak terus pakai compact powder pun boleh. Tapi selalunya saya tak pakai apa-apa dah. Konon nak back to natural gitu haha.

Harapan


Saya harap dapat terus istiqomah menjaga kulit muka, badan dan penjagaan diri segala keseluruhan. Umur makin meningkat. Tambah pula sejak dua menjak ni heboh sangat cerita suami curanglah, suami kawin dua tiga empat tanpa pengetahuan isteri lah. Minta dijauhkan. Tapi dalam masa yang sama kenalah kita berusaha menawan hati suami kan hehe. Motif sangat nak jadi cantik sebab takut suami kawin lain haha.

Lepas ni target saya nak buat treatment guna lemon pulak. Lepas tu buat mosturizer guna daun aloe vera. Pokoknya dah ada kat rumah mak hehe. Saya taknak buat semua dalam satu masa. Try satu satu supaya boleh tau mana yang berkesan. Lagipun nak mengajar diri supaya konsisten. Guna homemade remedies ni kenalah sabar. Kesan bukan dalam masa sehari dua. Tapi saya percaya kesannya tetap ada dan lebih selamat. Tengok sajalah nenek kita dulu-dulu pun cantik je dengan pakai bedak sejuk hehe.

p/s: Tapi kalau orang yang mampu pakai SKII pun tiada salahnya. Go for it heheh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...