Khamis, 30 April 2015

SUSAH TAK MAKAN KAT JEPUN?

Salam semua.
Hari ni ada orang search 'nak makan onigiri kat Jepun' dan sampai ke blog saya. Saya harap dia jumpa apa yang dia cari di sini. Hehe..
Ramai yang tanya saya susah tak nak makan kat Jepun. Herm. Tak susah sangatlah sebenarnya kalau dah biasa dan kalau anda jenis yang tak memilih.
Pengalaman saya, mula-mula memang susah. Masakan dia mostly tak rasa apa sangat dan tak pedas. Bab tak pedas yang saya tak boleh tahan, sebab saya memang makan pedas. Setahun pertama kat sana, mostly apa yang saya order semua tak habis dimakan. Daripada berbadan besar masa mula-mula sampai sampai jadi kurus. Dahlah malas nak masak sendiri dulu kan. Transport pula cuma basikal saja. Kalau hari cuti tu takda makanan kat rumah maka redho je lah hahaha.

Sushi

Dulu saya pon tak boleh nak makan sushi. Mula-mula pergi kedai Sushi pusing-pusing dengan boyfriend. Makan yang semua dah masak. Tapi last sekali, makan sushi unagi terus terkeluar balik. Walaupun dah masak tapi sebenarnya saya tak makan belut dan kebanyakan ikan sungai.
Lepas tu saya selalu ikut girlfriends pula makan kaitenzushi. Mula-mula memang makan telur (yang dah masak), buah-buah je. Lama-lama baru saya try makan salmon mentah. Lepas tu udang, sotong, sampailah semua yang mentah saya boleh makan. Tapi haruslah kena cicah dengan kicap dia tu, dan banyak-banyak halia jeruk dan green tea yang sedap, tak lupa juga wasabi. Elemen-elemen tambahan ni yang penting dan menambah selera kita makan sushi. Kalau mula-mula berjinak dengan sushi saya cuma makan 4-5 piring, lama-lama saya dah boleh makan 12 piring sekali makan! Nasib baiklah sepiring 100 yen saja. GST 5% jadilah 105 yen hehehe.

Makanan Halal 

Makanan halal, dulu yes, susah nak cari. Tapi diorang banyak juga menu seafood. So kalau peminat seafood macam saya sebenarnya tak susah sangat nak makan kat luar. Ambik je umi no sachi (makanan laut) punya bento. Atau pun makan udon/soba. Semuanya sedap. But yes saya rasa apa yang traveller dari Malaysia risaukan sangat ialah masalah komunikasi. Macam kami dulu boleh cakap Jepun so senanglah nak tanya dalam menu ada apa semua. Then boleh explain kami tak makan daging. Selalu kami akan minta 'niku nuki' means 'takmau daging' kalau was-was dengan sesuatu menu.
Tapi kalau anda memang tak boleh sangat nak makan washoku (Japanese food), kat sana pun ada banyak family restaurant yang hidangkan western food. Antara kegemaran saya macam First Kitchen, Saizeriya, lepas tu ada satu kedai kat Okayama dulu apa eh nama dia lupa lah.. Tapi memang best. First Kitchen tu macam McD KFC gitulah. Tapi dia ada burger udang yang sedap! Dua lagi tu Italian food punya kedai. Tapi affordable lah bagi kami as student dulu. Janganlah nak makan 3 kali sehari kat situ memanglah rasa mahal hehe. Saya pun dah naik senior sikit baru banyak makan kat luar sebab dah ada kereta yang dikongsi beli sesama batch.

Lunch Hour

Hari cuti yang problem sikit. Sebab dekat kafeteria sekolah adalah menu yang boleh makan. Tapi choice limited lah. So nak mengelak bosan hari-hari makan benda sama, selalu saya makan roti atau onigiri je. Onigiri ni nasi kepal yang dibalut dengan seaweed. Dalam nasi tu pulak ada yang kosong je, ada yang ada lauk. Selalu saya ambik lauk tuna dengan mayonis, sedap! Kalau you all nampak dia tulis 'sea chicken' tu maksudnya tuna tau bukan ayam hehe.

Masak Sendiri

Ramai juga yang tanya mana nak beli barang-barang kalau nak masak sendiri. Jangan risau. Kat sana ada tempat beli barang-barang halal. Yang mostly imported dari Saudi dan seumpanya. Beras siam pun ada juga tau. Kami panggil kedai halal, selalunya operated by orang Pakistan atau muslims yang tinggal kat sana lah. Most tempat kedai halal ni berdekatan Masjid. Masa zaman saya dulu ada seorang pakcik Jepun ni yang duk jual makanan halal ni. Ada frozen ayam, daging, ikan, belacan, maggie, santan semua adalah. In sha Allah tak ada masalah. Pandai-pandailah nak arrange macam mana nak masak tu kan. Alah kami kat sana siap boleh buat jamuan hari raya besar-besaran siap buat satay, rendang, lontong, soto, ketupat lemang semua masak sendiri tau. Walaupun mostly instant hehehe.

Online pun ada jual. Baticrom.com website dia. Dulu kalau beli lebih dari 7000 yen, penghantaran free. So kami kumpul beli ramai-ramai, jimat 1000++ yen delivery dia.

Tabehodai

Tapi kalau sekali-sekala teringin nak makan ala-ala kedai mamak tu boleh je cari kedai-kedai makan Pakistan atau India Muslim kat sana. Selalunya bandar besar memang ada. Dan diorang selalunya ala-ala buffet (tabehoudai). Dulu kami makan seorang dalam 1000 yen gitulah. Dulu kami selalu pergi kat Shinjuku rasanya. Berbaloilah kalau boleh makan banyak. Kedai masakan Malaysia ada juga, tapi mahal sikit hehe. Rasanya pun tak sama sangat macam makan kat sini sebab depa dah alter bagi Jepun pun boleh makan juga. Takat makanan Malaysia, baik masak sendiri hehehe.
That's all sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan. Sekarang lebih mudah sebab dekat Jepun pun dah ada certification Halal ni tau. Diorang dah lebih celik pasal halal haram semua ni thanks to the kemajuan teknologi informasi. Sesiapa nak p sana, nak tanya apa2 silakanlah. Baju-baju jacket saya pun ada lagi sesiapa nak pinjam untuk sana bagitau ye. Baju sejuk baby pun ada juga selai dua.


9 ulasan:

  1. sy mula2 pun takleh nak telan sushi. ehehe. tapi ade perbezaan dari segi rasa tak antara sushi kat m'sia dgn sushi kat jepun?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sushi jepun rasa lg fresh hehe..kdg2, sesetengah kedai sushi kat sini dia dh alter2 sikit kot

      Padam
  2. saya pula boleh telan je ape pun ,,unagi feveret hahaha

    BalasPadam
  3. Teringin nak pergi. Hehe. Saya tak pandai makan sushi. Acaner?

    BalasPadam
  4. akak naik 2kg first month sampai jepun..hahahaha...mula mula je tak lalu sangat miso.. tapi first month tu terus jadi gian kalau tak makan.. sushi pun takde hal.. from the beginning mmg jenis telan segala kan...

    tapi kan.. ebi katsu burger kat first kitchen mmg terbaik.. tak lupa juga french fries nya yang banyak perisa..

    tapi kan.. aside from all the japanese food yang dirindui.. sangat teringin nak makan crepe kat baskin robin.. hohohoo

    BalasPadam
  5. seronoknya belajar oversea kan ... dulu habis spm tak pulak teringin nak sambung belajar oversea, dah kempunan :p

    suka makan sushi juga :)

    BalasPadam
  6. smpai skrg x mkn sushi...err...errr...tahla...otak dh pesan kt tekak jgn telan :p

    BalasPadam
  7. Assalam siti,
    iols ni boleh la gi jepun
    peberet sushi he3

    BalasPadam
  8. Kini hadir box untuk sushi cek di sini Greenpack

    BalasPadam

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...