Khamis, 9 April 2015

BERSALIN ESOK

Salam semua=))

Eherm eherm. Siapa yang bersalin esok ni? Bukan saya tau. Biras saya yakni isteri kepada abang suami saya. Tadi terserempak kat nursery anak. Ye anak kami pergi nursery yang sama hehe. Dia dah pun on the way ke hospital. Esok mungkin kena induce sebab dia ada high blood pressure sikit. Wah wahhhhh excited nye sayaaaaaaa. Tak semena-mena saya memegang perut yang (tak berapa) kempis ni hehehe.

Saya doakan urusan mereka dipermudahkan amin. Semoga selamat semuanya sampai melahirkan. Yes bersalin memang sakit. Apa cara sekalipun memang sakit. Tapi sakit yang berbaloi hihi. Terasa macam nak share pengalaman bersalin saya dulu-dulu pula. Tapi kena tunggu ilham datang dulu lah. Sekarang banyak kerja sikit tak bestlah nak menulis entry yang panjang-panjang.

Jadi minggu ni, tak jadilah balik kampung. Standby kat Penang in case kakak dan abang ipar perlukan apa-apa bantuan. Lagipun bolehlah tengok baby baru nanti! Hihihi.

Dengan ini saya turut mendoakan ibu-ibu mengandung di luar sana, semoga selamat semuanya. In shaa Allah.. Proses kehamilan, bersalin, berpantang semuanya adalah pengalaman yang berharga. Yang membantu mengajar kita menjadi lebih kuat, tabah, sabar, mengharap dan bertawakkal pada Allah. In shaa Allah..

p/s: Sayang ibu bawa ke syurga..

15 ulasan:

  1. Saya doakan awak bersalin dengan selamat ye. Insyallah semuanya dipermudahkan. Aminn :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tima kasihhhhhhh..tapi bukan saya yang nak bersalin tauuuu hihi

      Padam
    2. Ini mesti tak baca habis ni hihi...

      Padam
  2. Ada juga yg bersalin tak sikit Siti. Yg dipengsankan. Tapi bila sedar laaaagi banyak kerenah nak jaga terutama masa dlm pantang. Kalau boleh biarlah normal delivery. Sakit memanglah sakit tapi seminggu-dua dah ok sebenarnya cuma manja-manja kenalah ikut tradisi org kita biasalah..:)

    Esok dptlah anak buah baru. Moga semuanya selamat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah kak..yg pengsan pun bila bangun terasa sakit juga kan..

      Padam
  3. smeoga semunya selamat....seronoknya dpt baby baru!!

    BalasPadam
  4. Ermmm...dpt anak sedara baru lah yek...tahniah, best kan dpt baby baru..tetiba rasank baby juga.-.tapi tak nak ngandung, he he

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi..saya teringin nak ambik anak angkat..dan nak susukan..kalau boleh baby girl hehe..

      Padam
  5. setiap kali mengandung, takkan sama. hehe. dulu anak kembar, saya alah 2 minggu aja. mengandung kali ni, sampai ke sekarang dah 12 minggu blm habis alah. memang menguji kesabaran :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeke Umi,,semoga dpermudahkan urusan dan selamat bersalin nanti ye.take care <3

      Padam
  6. Zumal ingatkan siapa tadi... Selamat menyambut anak buah baru yer ^^Hehe ^^

    BalasPadam
  7. Assalam siti
    uwawawawawa
    sekarang pun iols tengah pegang & urut perut iols yang MUNCIT 'berisi'
    TAPI isi tu lelemak & isi & usus & ayor
    sob3

    BalasPadam
  8. hehehe mommies je faham perasaan excited semua tu kan..
    iols single lagi dok pahe ehehe..

    BalasPadam
  9. haaa nanti sila share pengalaman bersalin dlu tu hihihi

    BalasPadam

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...