Isnin, 20 April 2015

LINDUNGI DIRI SEBELUM MELABUR!

Salam Isnin semua=))

Hari ni saya nak cerita sikit saja pasal perancangan kewangan. Secara asasnya perancangan kewangan ada 4 step:
  1. Perlindungan kekayaan (wealth protection)
  2. Pengumpulan kekayaan (wealth accumulation)
  3. Pengekalan kekayaan (wealth preservation)
  4. Pembahagian kekayaan (wealth distribution)
Ya, perkara pertama sekali yang perlu kita buat dalam perancangan kewangan adalah melindungi kekayaan kita. Kalau kita rasa kita tak kaya, kerja makan gaji, maka gaji kita itulah yang kita kena lindungi. Lindungi dari apa? Dari hilang sekelip mata kiranya berlaku sesuatu pada kita. Contoh senang, kita hidup sihat walafiat, bekerja, maka gaji jalan. Suatu hari kita kemalangan, terus hilang 2 kaki, tak boleh bekerja, maka gaji terus hilang. So penting sebenarnya untuk kita lindungi kekayaan atau gaji kita, sebab unfortunate events does happen to anyone..

Lepas kita dah lindungi kekayaan atau pendapatan kita, barulah kita mengorak langkah untuk mengumpul lebih kekayaan. Macam-macam caralah orang mengumpul kekayaan ni. Dengan melabur saham ke, unit trust ke hartanah dan sebagainya. Tapi, kenapa penting untuk kita lindungi dulu baru kumpul? Cuba bayangkan ye, kita kumpul harta banyak-banyak (tapi tak lindungi kekayaan tu), bila nilai dia ada RM50,000 tiba-tiba kita sakit jantung. Kena buat operation segera dengan kos operation RM50,000. Mana nak ambik duit tu? Dah ada duit RM50,000, mesti guna duit yang ada tu kan. Maka sekelip mata, harta yang dikumpula sekian lama, hilang sekelip mata. Kalau operation berjaya, alhamdulillah. Bolehlah nak kumpul balik harta yang tadinya dah hilang, yang mana mungkin akan mengambil masa bertahun pula lamanya. Dengan keadaan baru lepas operation jantung, rasanya boleh lagi tak nak kerja kuat macam sebelum kena sakit?

Sebab tu adalah penting untuk miliki polisi takaful/ kad kesihatan dulu sebelum melabur. Kerana takaful lah yang jadi alat untuk melindungi kekayaan kita..

7 ulasan:

  1. Nak tau mcmne nk wujudkan tabung kecemasan bernilai rm1 juta dlm tempoh 120 hari? Call/MSG/WA saya hafidz adlan 0127645998 utk details

    BalasPadam
  2. saya pun nak tabung 1 juta tu abg veder =))

    BalasPadam
  3. Assalam siti,
    eh3
    macam ku kenal itu abam veder :)

    BalasPadam
  4. saya pun nak tabung 1juta tu abam veder.. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh aja ajak suami kak Rai jumpa abam veder kat KL tuu

      Padam
  5. btw.. widget yang ada tulis to my hijrah tu nak hijrah ke mana..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hijrah career..makin dekat makin tak yakin pula huhu..

      Padam

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...