Selasa, 7 April 2015

TASBIH SYUKUR

Salam semua=))
Semua pasti tahu kan cara nak dapatkan hati yang tenang, sabar dan syukur adalah sentiasa berzikir pada Allah. Atau dengan kata lainnya sentiasa ingat pada Allah. Zikir bukan setakat di bibir tapi sebolehnya dihayati dalam hati. Say it like we really mean it. Dalam hati tu biar betul-betul rasa, biar betul-betul minta apa yang kita doakan. Deep down from the bottom of your heart. Bukankah Allah itu Maha Mendengar, baik apa yang diperkatakan mahupun apa yang disembunyikan?

It's not all about the quantity. It's about the quality.

Oleh itu kalau sehari kita bertahmid 1000 kali, biarlah seribu kali itu tahmid yang benar-benar disertakan dengan rasa syukur pada Allah atas segala nikmatnya. Kalau kemampuan kita 100 kali maka, 100 kali lah. Kalau 10 kali, maka 10 kali lah. Asalkan ikhlas dari hati.

Jadi saya discover konsep tasbih syukur ini.. (Sebenarnya baru tersedar) Kalau tasbih tu selama ni kita guna untuk berzikir, Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar.. Kita add on sikit. Contohnya sambil kita ucapkan Alhamdulillah yang pertama, terbitkan rasa syukur untuk nafas kita hari ini. Alhamdulillah yang kedua, syukur untuk nikmat sihat kita hari ni. Alhamdulillah yang ketiga, syukur kerana dikurniakan keluarga, anak-anak yang juga sihat hari ni. Begitulah seterusnya. Percayalah sebenarnya berapa ribu kali kita tuturkan Alhamdulillah pun in shaa Allah banyak lagi nikmat yang boleh kita syukuri. Semoga mudah-mudahan dengan ini hati kita lebih tenang dan rasa dicukupkan. Semoga rasa amarah, rasa sedih semua pergi jauh-jauh dari kita. Dan yang penting semoga Allah redha dengan usaha kita yang sedikit ini. Wallahualam..

Maka begitu jugalah sambil kita ucapkan Subhanallah, terbitkan rasa kagum pada  ciptaan Allah, putaran malam dan siang misalnya. Sama juga bila mengungkapkan Allahuakbar, ingatlah tanda-tanda kebesaran Allah..

Amalan ini sebenarnya mudah sangat. Tak perlu sebarang alat, tak perlu tempat yang istimewa, tak perlu adat istiadat. Cuma perlukan hati yang hidup saja. Kenapa saya kata hati? Kerana waima orang yang dijadikan Allah tidak boleh bertutur pun boleh berzikir dalam hati. Orang yang sakit terbaring pun boleh selagi bernafas dan sedar (kalau koma wallahulam, kenalah orang sekeliling yang sama-sama berzikir sebelahnya mungkin). Walaupun hakikatnya mudah, tapi amat berat bagi orang-orang yang tidak mengetahui. Semoga kita tidak tergolong dalam kalangan orang yang tak mengetahui itu.
Wallahualam..

p/s: Maafkan saya hanya berkisar topik yang sama semenjak dua menjak ini. Tapi saya rasa seronok dan bahagia dengan meng-explore bab syukur ini. Rasa totally refreshed. Semoga lebih istiqamah hendaknya. Secara serius, jika sekarang masa sihat kita rasa berat nak beramal, bagaimana bila masa kita sakit nanti? Lebih senang atau lebih lebih lagi beratnya? Kalau sekarang kita rasa sibuk dan tak ada masa..bagaimana nanti bila kita betul-betul kehabisan waktu?

p/s/s: Maafkan saya masih lagi belum pos hadiah-hadiah untuk segmen tempoh hari. Masih dalam proses. In shaa Allah saya pos pakai pos laju ye. Banyak yang tak dapat saya perbuat ni. Banyak nak kena reform and perbaiki diri ini.. in shaa Allah..

6 ulasan:

  1. Thanks a lot for this great, inspirational sharing!
    Kalau nak dikira satu kali ucapan Alhamdulillah = rasa deep inside bersyukur nikmat bernafas, mmg tak cukup 24 jam kita nak bertasbih bersyukur....huhuhu..Betapa byk nya nikmat Allah, yg kita tak mintak pun, Dia bagi. Kita tak pernah bangun pagi berdoa " Ya Allah, kurniakan aku oxygen yg cukup pagi ini ya" :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhmdulillah semua yg baik dariNya..
      hihi dokter2 memang terer lah bab cukup tak cukup oxygen ni he he he

      Padam
  2. awak buku buku apa2 ke..? share la buku yg dibaca tu.. mesti menarik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Rai..tak ada buku specific yg saya baca buat masa sekarang..selalunya saya mengaji baca sekali tafsir. n slot2 by prof muhaya ke ustazah norhafizah pun banyak membantu saya mengenal dan faham serba sedikit..

      Padam
  3. Membaca kalau dengan mata hati pasti akan dapat nikmat yg berkali ganda
    Tak sama sekadar membaca utk mengetahui semata-mata.

    BalasPadam
  4. Nice sharing,sis.moga kita sama-sama sentiasa bersyukur kepada-Nya.

    BalasPadam

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...